Iklan Paling Bagus

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Petang semalam waktu gua dekat kampung tengah kumpul ramai - ramai sekeluarga dan tiba - tiba datang seorang lelaki yang tak dikenali bersama motosikalnya menghampiri rumah Mak Lang gua. Kelihatan ramah tetapi ramah yang pelik. Ditangannya terdapat banyak helaian kertas putih yang telah dipotong sama dari segi saiz dan dia memberi kepada kami sekeluarga dua helaian kecil yang sama sahaja isinya. Kami semua mengucapkan terima kasih dan si lelaki tersebut beredar ke rumah lain pula untuk mengedar kertas yang sama.


Iklan Sekejap : Klik Gambar Dan Bantu Hans Untuk Menang iPad2!

 
Kertas iklan itu berpindah tangan dari seorang ke seorang dan masing - masing menggeleng kepala membaca iklan tersebut. Jadi, gua kongsikan seluruh isi iklan tersebut di bawah ini.


Assalammualaikum Wh. WBT.
Kepada Semua Warga Penduduk..........
Kg.....Tmn.....Rumah Pangsa / Teres / Banglow .....DLL

Terima Kasih Kerana Sudi Menerima Tetamu..........
Tujuan Kedatangan Ini Untuk Mencari :-

  • Anak Anak Yang Sudah Atau Akan Terlibat Dalam Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM, SIJIL, DIPLOMA Dan Lain - Lain.
  • Untuk Berkongsi Pengalaman Dan Bermotivasi Bagaimana? Anak Berjaya Dalam Peperiksaan.


Jadi, selepas anda habis membaca isi iklan di atas ini maka apa sebenarnya yang anda nampak tentang tujuan sebenar iklan ini? Apakah perkara penting yang tidak ada di dalam iklan nih? Sila kongsikan pandangan anda di ruang komen entri ini yer! :-)


P/S : Kesimpulan Dari Gua Ialah Mereka Terlalu Ghairah Agaknya Sewaktu Membuat Iklan Ini Sehingga Terlupa Perkara Yang Penting Yang Perlu Ada Dalam Sesuatu Iklan! (^_^)Y


10 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. die nak promote program motivasi yg die anjurkan utk bdk2 yg nak ambil exam kot...

    BalasPadam
  2. Puan Bee : hahaa...tahu xper

    Eyqa : tapi apa fungsi dia promote dengan iklan yang tak ada fungsi..eheheh

    BalasPadam
  3. mcm tgantung aje. kan hans kan?
    tak paham sbnaqnya, haha.

    BalasPadam
  4. sebenarnye dia anjurkan program motivasi atau mencari penceramah motivasi? hebatlah iklan dia tu...dia bg peluang kat kita mcm mana kita nak fahammmm....hehehe

    BalasPadam
  5. salam..Kurg phm dengn iklan tue..ayt yg dgunakan pon xjelas... mgkin kurg pgtahuan kot mcm mane nk wt iklan yg baek...

    BalasPadam
  6. iklan dah bagus cuma tak ada contact no & address yg patut dihubungi jika ada yg berminat...mgkn pengiklan terlepas pandang sebab terlalu excited nak buat promosi.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama