Kehidupan Pelajar

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Gambar dibawah nih gua terjumpa di facebook kawan gua masa tengah sibuk mengemaskini akaun facebook sebentar tadi. Tiba - tiba gua tersenyum sendiri tengok gambar di bawah nih. Pasti anda semua pun senyum juga kan?




Pada pandangan gua sendiri sebenarnya semua ini bergantung pada bagaimana kita menguruskan wang kita sendiri. Macam gua yang meminjam daripada PTPTN ini apa yang gua boleh katakan pada awal dan pertengahan semester rasa - rasanya gua masih boleh menikmati makanan yang sedap lagi dan pada akhir semester gua mulai berjimat tetapi gua masih dapat menikmati nasi yang ditemani beraneka lauk. Hehehe! Zaman gua kecil - kecil memang gua suka makan mee segera. Zaman sekolah pula apa kurangnya tambah - tambah waktu tu gua minat ke dapur. Segala sotong, ayam, daging, udang dan sayur semua wujud dalam mee segera gua. Zaman diploma pun gua agak suka mee segera sebab ramai kawan - kawan termasuk gua ada menyimpan stok. Hahaha! Cuma bila masuk zaman belajar seterusnya gua semakin kurang berminat untuk menikmati mee segera nih dan sehingga lah sekarang gua boleh bilang tak lebih 2 kali lagi gua makan mee segera nih.




Ramai juga kawan - kawan gua pelik sebab tengok gua selalu makan luar dan selalu tengok wayang tetapi duit sentiasa ada juga. Mungkin sebab gua makan di tempat yang murah tetapi berkualiti dan berkuantiti. Hehehe! Jadi, gua rasa sebenarnya tidak kira anda peminjam PTPTN atau mendapat biasiswa dari JPA mahu MARA asalkan anda bijak menggunakannya pasti anda dapat mengelakkan nasib anda dari terjerumus seperti di dalam rantaian gambar di atas. Jika anda lebih bijak berjimat pasti anda boleh menyimpan baki pinjaman anda ke dalam bank atau mana - mana amanah saham seperti yang gua berjaya buat sebanyak 3 kali. Jadi, selamat berjimat dan bijak menggunakan wang anda! Sekian.


P/S : Tadi Gua Dapat Panggilan Telefon! Ingat Ada Orang Telefon Panggil Gua Untuk Temuduga Kerja Tetapi Rupa - Rupanya Kawan Gua! Punah Harapan Yang Berbunga - Bunga Sebentar Tadi! Hahaha! (^_^)Y


19 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. pengurusan kewangan peribadi tu, sgt penting..!!

    BalasPadam
  2. betul,cara kita uruskan duit penting,if kita mmg boros,mid sem sampai hujung sem megilah jawabnya,hehe

    so,kena pandai berjimat cermat,jgn boros,hee

    BalasPadam
  3. lu harus letak gambar roti juge, sbb tu mmg makanan ruji wa masa time blaja dulu.. roti kaya roti kaya ~~ lailai!!~ terbaiklah gamba haha!

    BalasPadam
  4. Cik Nur : yups..betul2

    si robot comel : pengajaran dia jika boros makan lah mee segera sampai muak..hohoho

    Leana : ini gambar bukan gua create sendiri...gua jumpa dekat facebook member gua...hohoho

    BalasPadam
  5. aku lagi suka berjimat waktu awal sem. bila dah habis sem, baru aku belanja habis habisan.

    BalasPadam
  6. Miss No Right : aku pun pernah buat macam tu...sangat heaven..orang lain semua tak berduit aku pula gembira je berduit..cuma bosannya bila ajak diorang keluar semua tak nak sebab tak ada duit...hahaha

    BalasPadam
  7. benda yang paling lemah....buat pengurusan kewangan...pemborosan kewangan pandai la...huhu

    BalasPadam
  8. baik bos. terima kasih dgn nasihat itu.

    BalasPadam
  9. Aku baru dapat duit scholar pun maggi ada je makan..haha

    Kekadang bukan masalah tak de duit, tapi masalah malas nak turun pergi beli.

    BalasPadam
  10. siswi mmg boros. tp jarang mkn megi ujung2 bulan. sbb pndai2 la bahagi duit utk mkn sume tuh.. ^^

    BalasPadam
  11. kah3...tepat sekali!
    100 markah utk encik hans!

    BalasPadam
  12. harapan berbunga dah jadi harapan berdaun la nampaknye.. hahaha..

    aku setuju ngan gambo tu.. ujung sem aku memang makan biskut cicah air teh je.. sampai satu tahap, aku gi kedai takleh order teh o ais.. muak!

    BalasPadam
  13. tapi, siyesly duit loan aku banyak abes kat makan je..

    BalasPadam
  14. haha...terasa weh...tapi aku jimat tang mkn but hbiskan duit kat bnda len..(-_-")

    BalasPadam
  15. saya pun peminjam ptptn jugak..huhu..

    tp mmg lgsg tak mcm gmbr atas tuh..
    stock maggi mmg tak penah ad.

    BalasPadam
  16. hahahaha!! orait2 :p , zaman blaja sememangnye zaman memboros..sbb tak reti bahasa sngt lagi perit mencari duit.. aku la,org lain aku tak tau.. skang dah keje,lebih memahami erti sebenar kepentingan berjimat cermat..sbb dah keje takde da akaun tambahan pama ..hee :D

    BalasPadam
  17. rindu nak rasa student life balik..
    skrg ni bile mkn maggi feel dah kurang..huhu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama