Adik! Adik! Tudung Nih Berapa Ringgit?

Pada hari Ahad yang lepas, gua dan keluarga telah berjalan - jalan di sekitar Nilai 3 untuk membeli - belah beberapa barang yang diperlukan. Dalam banyak - banyak kedai yang rata - ratanya dikuasai oleh penjual berbangsa Pakistan serta Bangladesh itu terdapat satu peristiwa lucu telah berlaku di sebuah kedai yang menjual tudung serta jubah dan kekal di memori sehingga saat ini. Mak gua sedang leka melihat beberapa puluh jenis tudung yang ditayangkan manakala abah gua pula terlalu ramah berborak dengan penjual - penjual yang gua syak datangnya dari Pakistan. Abang gua pula yang kelihatan penat duduk di penjuru kedai dengan muka yang sedikit serius.


Gambar Hiasan


Tiba - tiba datang seorang makcik dan senang cakap gua gantikan panggilan makcik ini dengan nama Cik Timah jer lah. Cik Timah sudah membelek beberapa helai tudung yang dipamerkan dan mungkin gara - gara hati sudah berkenan maka di panggilnya jurujual kedai tersebut untuk tawar menawar harga barangkali.


Cik Timah : Adik! Adik! Kejap! Tudung nih berapa harga?

Jurujual X : ........(buat tak tahu)

Cik Timah : Adik! Kejap! Haih! Panggil tak datang - datang juga!!

Jurujual : Yer akak! Ada apa mau beli? Ini tudung kalu beli satu saya kasi RM8 juga! Tapi beli tiga tudung saya ada kasi diskaun RM18 ini macam juga!

Cik Timah : Eh...oh! Hah! Kasi RM7 jer lah...bla bla bla....

Gua : ...........(lari jauh - jauh kejap dan ketawa)

Abah : Hahahaha! Naya betoi hang!

Mak : Dia ingat hang tuan kedai nih la tu!

Jurujual X : .....(senyum jer)


*Jurujual X = Abang Gua


P/S : Hahahaha! Nasib Gua Tak Kena Panggil Dengan Cik Timah! Kehkehkeh! (^_^)Y


19 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. HAHAHAHA. mak Ety pun suka ke Nilai 3, beriya borong kain pasang.

    hehe. kesian Ababg Hans. sabar je laa :D

    BalasPadam
  2. muka ada iras-iras ke sampaikan pembeli tu kata abg awk pnjual..haha

    BalasPadam
  3. hahah , teya pun pernah jadi macam ni . masa tu teya tengah berdiri macam jurujual je dekat kedai tu . tetiba datang minah mane ntah , tanya macam tu jugak ! tensionnn !!

    BalasPadam
  4. hang pun nyaris jgk tu wei kalau tdak mmg kena jgk pa..haha

    BalasPadam
  5. haha. kesian. Ade ghupe tokey kedai lettew :P

    BalasPadam
  6. hahaha..lucu..makcik2 slalu mcm 2,main redah ja tnya..assume org yg da situ jurujual..

    BalasPadam
  7. saya pun pernah kena situasi cenggini. haha. maluuuuu *tutup mata dgn hujung tudung*

    BalasPadam
  8. hidung abang Hans mancung sangat kot..heheh

    BalasPadam
  9. saya pun biasa tanya orang macam cik timah tu..hahahha

    BalasPadam
  10. hoh. Abg ko ada gaya tokey tdg la ea..

    BalasPadam
  11. hahaha ! xpasal2 jadik jurujual !

    BalasPadam
  12. sy pn slalu kena, kdg2 org layan jeee siap pilih2 lagi utk sy, padahal dia bukan jurujual pn ! haha tp ad antara org2 tu jd kwn baik sy skg !! see bkn susah nk cari kawan! dgn 1 ksilapan pn bleh dpt.

    BalasPadam
  13. haha...kes naya tu...agak2 la cik timah pun semangat nak beli. aku pun byk kali dah order makanan pada pelanggan yang dtg makan...hee

    BalasPadam
  14. sebenarnya tercari-cari novel lma n terjumpa entry awk..awk da novel kompilasi siri yoyo x?pleasee emel dinulislami204@gmail.com.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama