Pameran Dan Pertunjukan Ular : Bisa Berbisa
Lokasi:
Muzium Negeri Kedah
Tarikh
6 Mei 2012 - 6 Jun 2012.
Tujuan:
Pameran yang mempamerkan lebih 100 spesis ular dengan kerjasama sebuah
syarikat pemilik dan penjinak ular ini bertujuan memberi pengetahuan dan pendidikan kepada orang ramai mengenai jenis dan keluarga ular, anatomi ular, ular untuk
perubatan, cara merawat bisa ular dan pertolongan cemas, gejala dan
tanda patukan ular serta cara menghalang ular memasuki rumah.
Waktu Pameran:
Sabtu-Rabu : 10 pagi - 10 malam
Khamis : 10 pagi - 7 malam
Jumaat : 10 pagi - 12.30 tengahari
2.30 petang - 10 malam
Harga Tiket:
i) RM2 bagi kanak-kanak(6 tahun hingga 12 tahun)
ii) RM2 bagi pelajar sekolah rendah dan menengah
iii) RM4 bagi orang dewasa.
Aktiviti:
i) Pameran Ular
ii) Pertunjukkan Gadis Bersama 100 Ekor Ular Berbisa
iii) Kuiz Berkaitan Ular
iv) Sesi Bergambar Dengan Ular
*Hadiah menarik kepada pemenang kuiz dan pengunjung
bertuah seperti peti televisyen LCD, basikal fixie dan barangan elektronik.
Antara Senarai Ular Yang Bertuah Gambarnya Diambil:
Kulit Ular Nih Kalau Buat Beg Memang Cantik Sudah!!
Comel Tak Ular Nih Posing?
Ular Sawa Albino Tak Silap Namanya!
Lupa Salin Nama Dia!!
Ular Kacukan Apa Entah! Aku Lupa Salin Nama Dia!
Ular Zaman Dulu Kut Sebab Tiba - Tiba Gambar Hitam Putih! Kui3!!
Ular Daun Yang Comel
Ular Kapak Kut??
Ular Sawa Burma
Ular Sawa Nih Aku Tengok Macam Donat Pun Ada Tadi! Hehehe!!
Ratu Ular Beraksi Sambil Layan Al-Kuliyyah Kut! Hehehe!
Kalau Korang Pandai Ini Ular Apa? Siapa Dapat Jawab Memang Hebat Lah!!!
**Sumber Gambar : Samsung Galaxy Note Rakan Saya Bernama Nazrul**
P/S : Akhirnya Menjejak Juga Kaki Di Muzium Selepas Bertahun Tidak Menjenguk! Hehe! (^_^)Y
Nampak macam menarik!
BalasPadamPernah dulu sekali pi muzium tu, rombongan sekolah...
Yg last sekali tu bukan kura2 ke?...
pergh kejam kalau dijadikan beg kulit ular.
BalasPadamhari tu dah ade pameran nih kat muzium kuala terengganu. pastu siap ada demo raja ular bagai. hik hik.
BalasPadamHanih Borhan : betulllllllllllll...hohoho
BalasPadamAdzim : tapi memang kulit ular buat beg pun
Picoz : owh..dkt ganu raja ular ek? dkt sini ratu ular...lagi ekstream..hehe
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com