Review Doktor Umum : Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad


Tajuk:
Doktor Umum : Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad

Bilangan Muka Surat:
982

Harga:
RM59.90

Cetakan Pertama:
2012

Terbitan:
MPH Group Publishing Sdn Bhd

Sinopsis Belakang Buku:
Barat menyifatkannya sebagai seorang yang keras kepala, perkauman, anti-Yahudi dan angkuh. Negara membangun bagaimanapun, memandang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai juara wawasan dan pemimpin luar biasa yang menyuntik semangat kepada setiap individu Dunia Ketiga untuk berdiri megah. Bahkan pengkritik beliau yang paling lantang pun tidak dapat menafikan bahawa di sebalik semua ini, Tun Dr Mahathir memberikan negara-negara yang terpinggir keberanian dan menunjukkan jalan ke arah masa depan yang penuh harapan. Sungguhpun demikian, beliau tidak terlepas daripada kontroversi. Selama 22 tahun memimpin negara, beliau digambarkan sebagai seorang diktator dan juga perangsang. Tidak ramai pemimpin yang berjaya mengubah keseluruhan negara daripada ekonomi agraria kepada kuasa perindustrian dalam tempoh singkat selama dua dekad. Di sini, dengan ketepatan pembedahan, Dr Mahathir menjejaki susur galur sejarah dan menghalusi peranan beliau sendiri dalam membentuk Malaysia moden.

Ulasan Hans:
Aku amat menggemari buku - buku yang bersifat biografi atau pun yang terdapat di dalamnya sedikit fakta mengenai sejarah yang memang tidak akan dijumpai langsung di dalam mana - mana buku teks sejarah sekolah. Sejarah ialah satu perkara yang misteri terutama kepada sesiapa yang tidak pernah berada di sesuatu tempat atau hidup pada waktu kejadian yang dikatakan sejarah itu berlaku. Jadi, untuk mempercayai atau tidak terpulang kepada pembaca itu sendiri. Ini adalah buku kedua yang aku baca selepas Natrah yang walaupun mungkin tidak sama namun konsepnya adalah selaras dan buku ini merupakan antara beberapa buku tebal yang dapat aku habiskan pembacaannya dengan penuh minat.

Mempunyai 62 bab dengan pelbagai kisah suka duka tentang kehidupan di zaman kanak - kanak, keadaan semasa perang melanda Tanah Melayu melibatkan British, Jepun dan Komunis, kisah cinta, pandangan peribadi, kisah kontoversi, sejarah politik dan banyak lagi menjadikan buku ini memang menarik untuk dibaca helaian demi helaian. Banyak sebenarnya perkara atau kesilapan yang boleh dipelajari di dalam buku ini yang sememangnya memberikan aku nilai positif untuk mengejar dan mencapai kejayaan serta tidak takut kepada kegagalan jika kita telah bersedia untuknya.

Penggunaan bahasanya yang ringkas, bersahaja dan mudah difahami menyebabkan aku mampu menghabiskan bacaan dalam beberapa hari sahaja. Aku tidak mahu mengulas lebih lanjut kerana sememangnya di dalam buku ini terdapat pelbagai perkara dan aku merasakan buku ini adalah pilihan terbaik untuk bacaan anda semua. Jadi, selamat membeli, memiliki dan membaca naskhah ini. Sekian!

P/S : Suka Membaca Dan Menonton Kisah Biografi Seseorang Tokoh Yang Dikenali! (^_^)Y

7 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. hans..nk pinjam buku kamu..saya xduit nk pg beli...keciani lah sy..abg......=..(

    BalasPadam
  2. Jejaka Riderz : hahaha...beli jer la...murah jer tu.. :-)

    BalasPadam
  3. macam menarik je :)
    nanti nak pau bapak beli buku ni.. hehe

    BalasPadam
  4. beri hadiah pun okey jugak buku ni kan. :)

    BalasPadam
  5. memang buku ini sangat menarik..dah baca sampai separuh...tak sabar nak habiskan..rugi tak baca

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama