Apakah Ketakutan Terbesar Anda?

Baru-baru ini Astro melalui Saluran Astro Ria (104) bakal mempersembahkan sebuah lagi program bercorak realiti terbaru iaitu Fear Factor Selebriti Malaysia yang bakal menemui penonton-penonton Astro pada bulan Disember 2012 ini dan yang menariknya program ini akan dihoskan oleh pelakon lelaki yang amat popular di Malaysia iaitu Aaron Aziz.




Program ini akan menguji selebriti-selebriti Malaysia melalui cabaran-cabaran yang disediakan seperti melawan ketakutan kepada tempat tinggi, takut kepada haiwan, takut kepada tempat yang sempit dan macam-macam lagilah. Memang yang paling kuat dari segi emosi sebenarnya yang berpeluang menang.





Antara selebriti yang menyertai Fear Factor Selebriti Malaysia kali ini ialah Dafi, Arja Lee, Elfira Loy, Roslan Shah, Kaka Ashraff, Ezylnn, Johan Ashaari, Jehan Miskin, Celina Khor, Ammar, Atu Raja Lawak, Alam Wakaka Crew, Ajak Shiro, Dazrin, Hairul, Farish Aziz, Akim, Azam Pitt, Nik Michael, Arthur, Zoey, Dr Faiz, Gambit Saifullah, Azri, Zawen, Hafizul, Fairul, Didie Alias, Isham, IZ OIAM dan Yassin. Menariknya mereka semua akan bersaing merebut hadiah wang tunai berjumlah RM200 ribu.




Antara nama-nama selebriti yang bertanding tu, saya memilih kumpulan Jehan Miskin dan Dr. Faiz sebagai calon untuk menjadi pemenang Fear Factor Selebriti Malaysia kerana kelebihan tampak lebih memihak kepada mereka dari segi fizikal, mental dan semangat untuk bersaing.




Sebenarnya entri ini ditulis sebagai menyertai salah sebuah pertandingan yang dianjurkan oleh pihak Nuffnang. Berbalik kepada tagline “Fear Factor House – Is your chance to experience Fear Factor live!” dan ketakutan terbesar saya yang perlu diatasi ialah LIPAS. Yer! LIPAS! Saya tahu lipas cuma seekor serangga yang kecil dan sememangnya bukannya menjadi ancaman besar pun kepada manusia tetapi sememangnya ditakdirkan saya langsung tidak menyukai makhluk bernama lipas.





Saya pun tidak pasti apa punca ketakutan saya terhadap lipas ini tetapi seingat saya ia bermula daripada mimpi berkenaan lipas yang ada di dalam botol susu saya sewaktu saya kecil dahulu. Kemudian, perasaan tidak suka dan takut kepada lipas ini terbawa-bawa di dalam diri dan masalah menjadi bertambah rumit sewaktu saya tinggal di hostel semasa belajar dahulu. Biasalah apabila tinggal di hostel tambah-tambah hostel pelajar lelaki pula dan pastinya bukan semua penghuninya bersikap pembersih. Jadi, apabila bilik mereka bersepah atau tidak dikemas maka memang akan mengundang kedatangan lipas.




Boleh korang bayangkan tak sewaktu saya membuka almari selepas cuti sekolah yang panjang untuk mengambil mug saya dan tiba-tiba terdapat dua ekor lipas yang besar di dalam mug tersebut sedangkan almari saya dipenuhi dengan ubat gegat pada ketika itu kerana petua orang mengatakan lipas tidak suka kepada bau ubat gegat. Menjerit-jerit saya sambil membaling mug tersebut. Apabila saya ke bilik air untuk mandi, saya akan pastikan bilik tersebut tiada lipas dan yang uniknya saya boleh tahu sama ada lipas ada atau tidak di situ melalui deria hidung saya. Entah macam mana hidung saya amat peka dengan bau lipas. Adoiyaiii!!





Pernah satu ketika saya memang ingin sangat membuang air besar. Apabila masuk ke dalam bilik air dan terpandang pula seekor lipas di dalamnya terus saya menahan sakit perut sehingga pagi esok. Paling bahayanya jika saya terjumpa lipas dan di tangan saya ada penyembur racun serangga. Boleh dikatakan habis racun serangga tersebut saya sembur hanya pada seekor lipas sehingga yakin bahawa lipas tersebut mati atau nyawa-nyawa ikan. Lebih dasyat lagi walaupun lipas itu sememangnya sudah mati tetapi saya akan membuangnya menggunakan penyapu tanpa langsung menyentuhnya. Ngeri!





Kesimpulannya, ketakutan terbesar saya ialah lipas dan mungkin jika saya tersenarai antara 30 orang yang bakal dipilih untuk menyertai Fear Factor House Challenge ini ketakutakan saya dapat diatasi. Insyaallah!




Katakan Tidak Kepada Lipas


3 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Ekcely program ni memang bgus pun . dulu da penah bersiaran di ntv7 . juz bezanya ni dalam kalangan selebriti .

    gud luck yer mr HANS . :D

    Ouh , sees like same as me . Makhluk tu memang femes dlm klgn bdk ostel . Dah memang jadi port utk dia lepak kat almari-II yg bersepah . Tambah menggelikan kalau makhluk tu boleh terbang . Euww !

    P/s : Maaf komen ter ' panjang ' sedikit . ;)

    BalasPadam
  2. ehem..tak sabar mama nak menonton fear factor versi malaysia ni..

    ** oh takut ngan lipas ?.. ;)

    BalasPadam
  3. tak sabarnya..bila eh start tayang?

    good luck for this contest :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama