Catatan Seorang Perantau Bernama Hans

11.30 malam - Gua bertolak ke Puduraya dari Alor Setar

5.15 pagi - Gua dah tiba di Puduraya. Asal cepat gila sampai nih?

5.20 pagi - Gua menunggu LRT beroperasi pada pukul 6 pagi. Ramai juga yang menanti rupanya!

6.00 pagi - Pintu dibuka dan gua membeli tiket ke Bukit Jalil dengan pantasnya. Kagum sebab dah boleh beli tiket dengan cepat dan yakin! Hahahaha!

6.15 pagi - Tiba di Hentian Bukit Jalil. Rasa sangat mengantuk!

6.20 pagi - Menaiki teksi ke tempat kerja dengan bayaran RM6! Fuh!


Pukul 6.40 Pagi! Tiada Orang! Hahahaha!!


6.30 pagi - Tiba di tempat kerja dengan kepenatan dan kebosanan sebab tiada orang!

9.30 pagi - Akhirnya rakan tiba dan bersarapan di kafe. Makan nasi lemak tapi lidah tak mesra lagi sebab dah lama cuti dekat rumah dan makan masakan mak kan! Jadi, faham-faham lah!


Buang Tebiat Sebab 1st Time Ambil Gambar Dekat Office!


2.00 petang - Memulakan persiapan kerja selepas menunggu dengan penuh kesabaran

3.00 petang - Memulakan tugasan kerja yang amat membosankan tetapi layan kan jer!

5.30 petang - Tamat tugasan kerja dan sangat-sangat bersyukur kerana selesai sudah benda yang membosankan jiwa aku!



Gembira Kan Muka Aku! Haha!


6.20 petang - Tumpang rakan sekerja. Terima kasih bro!

7.00 petang - Tumpang rumah rakan sekerja sambil makan malam. Terima kasih sekali lagi bro dan isterinya.




Dapat Coklat Kegemaran! Terima Kasih! Yehaaaaaa!!!


9.30 malam - Budak rumah datang menjemput sambil berborak. Layan juga dengar. Hehehe!

10.30 malam - Tiba di rumah dengan selamatnya. Terima kasih housemate! Kemudian masuk bilik dan stress melihat meja kayu diserang kulat. Aku dah lah penat! Jadi lagi penat tengok keadaan meja! Jadi terpaksalah gigih membersihkan meja dan almari kayu aku dari kulat kayu tu! Lepas tu aku panaskan enjin motosikal yang dah 10 hari tak hidup tu! Asal side mirror dengan kusyen motosikal aku macam kena kacau dek kucing jer? Kena tukar lah esok rasa-rasanya side mirror tu! Lepas tu mandi!





11.30 malam - Nak layan Setia Hujung Nyawa di Tonton sebab terlepas tengok tadi tapi terlupa password pula!

1.00 pagi - Tidur Sebab Esok Pagi Meeting! Sigh!


31 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. homesick la kiranya ni ye?? hehehe apapun, semangat2! nak cari rezeki kena semangat.. nanti cuti lagi, berehatlah kat rumah sepuas2nya.. awwww

    BalasPadam
    Balasan
    1. homesick? tak adalah...homesick apanya baru balik dari kampung jer...hahaha...cuma mood tu masih dalam keadaan bercuti lagi sebenarnya

      Padam
  2. wahhhh..detail habis ni... :)
    apa penyebab tiba2 kayu tu di serang kulat..?
    kena hujan ke meja tu...?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak tau la...adakah sebab kelembapan buat kulat hidup dkt kayu?

      Padam
  3. Kucing baru pas gadoh kat atas motor tu hans. Hahaha. Wow. Datang kerje awal tu..
    Keep it up. Hahahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaa
      pekerja cemerlang bulan Januari 2013 katanya
      hahaha

      Padam
  4. kerja dah yer...

    selamat bekerjalah diucapkan di tahun baru ni ;)

    p/s: akk ada buat contest Top Referral, kalo x bz, moh le join ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah 6 bulan dah kak..insyaallah ada masa saya join :-)

      Padam
  5. rajin nya tulis diari kehidupan.

    BalasPadam
  6. awal tu sampai 6 lebih..hehehe...

    BalasPadam
  7. org kg kita rupanya..hehe

    letihnyeee sampai terus masuk ofisssssssssssssss.


    Selamat berkerja :)

    BalasPadam
  8. Heihei..bila rumah tempat kita membesar tu jauh..memang rasa berat hati nk tinggalkan..

    BalasPadam
  9. Pekerja paling awallah ni...he..he...

    BalasPadam
    Balasan
    1. awal untuk bahagian tu untuk hari tu je lah
      hahaha

      Padam
  10. selagi belum tutup mate..keje..keje...hihi

    BalasPadam
  11. amboiiiih, layan jugak cite tu ehhh. hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah terlayan dari awal memang layan habis la
      hahaha

      Padam
  12. bab pkul 930 hingga 530 ptg tuh..dari senin sampai jumaat..camtu je ke?..wadusss!!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama