Hello 2013

Selamat Tahun Baru 2013 jika mengikut kalendar orang Barat! Kalau mengikut kalendar Islam dah lama dah kita sambut tahun baru! Kan? Apa - apapun, gua nak ucap juga lah selamat tahun baru 2013 kepada semua pembaca blog Hans nih! Terima kasih atas sokongan, komen membina, kritikan dan nasihat yang kalian semua kongsi dan berikan kepada gua selama nih!

Kalau pada tahun 2011 gua ada buat serba sedikit analisis berkenaan blog gua nih jadi untuk tahun 2012 juga gua rajin-rajinkan diri buat analisis untuk pencapaian blog Hans nih dari beberapa segi iaitu :-




1) Jumlah Entri : Cuma 191 entri sahaja yang dihasilkan pada tahun 2012 dan ini amat lah sedikit jika nak dibandingkan dengan tahun 2011(525 entri) dan 2010(790 entri). Beza sungguh apabila sudah bekerja jika nak dibandingkan sewaktu sedang belajar. Haha!!




2) Jumlah Komen : Alhamdulillah! Komen-komen kali ini kebanyakkannya diterima oleh pembaca setia dan juga blogger-blogger yang baru ku kenal yang kebanyakkan daripada mereka memberikan komen yang positif dan menggembirakan hati aku untuk terus berkarya disini.

3) Jumlah Follower : Meningkat sebanyak 470 orang tetapi jika mahu dibandingkan peningkatan tahun 2012 dengan tahun 2011 sememangnya ibarat langit dan bumi. Kemungkinan besar disebabkan jarangnya mengemas kini entri baru menyebabkan kurangnya daya tarikan untuk menarik perhatian pembaca-pembaca baru yang lain. Apa-apapun gua gembira sebab masih ramai pembaca yang sudi follow blog gua nih! Terima kasih kepada semua atas sokongan kalian!




4) Jenis Entri : Tahun 2012 sebenarnya ialah tahun gua mengalami fasa kecewa pada permulaan tahun. Kalau sesiapa yang baca entry sebelum nih mesti faham. Jadi, gua pun tak tahu tiba-tiba gua hilang idea atau minat untuk menaip entry yang panjang-panjang seperti mana tahun-tahun sebelum nih. Akhirnya, gua menjumpai satu minat baru iaitu menghasilkan entry Hans Comix. Alhamdulillah diam tak diam sudah ada 65 Hans Comix dan maklum balas yang diterima oleh kebanyakan pembaca amatlah menyenangkan hati gua. Terima kasih atas sokongan kalian semua!




5) Contest : Tahun 2012 gua sangat tidak berminat untuk sertai contest! Cuma ada beberapa contest yang gua join dan tak bernasib baik untuk menang. Tetapi, hujung bulan Disember 2012 buat pertama kali gua join contest yang dianjurkan oleh Nuffnang iaitu Cabaran Fear Factor Versi Blogger. Walaupun tak menang juga tetapi memang seronok! Untuk tahun 2012, blog gua tidak menganjurkan sebarang contest tetapi mungkin untuk 2013 gua akan membuat satu contest iaitu menghasilkan Comix seperti Hans Comix. Anda berminat nak join kalau gua buat contest nih? Hahaha!!

6) Rakan Blogger : Tahun 2012 juga sebenarnya menemukan gua dengan ramai blogger yang sudah 3-4 tahun gua kenal. Ada yang selesa dengan sikap gua dan ada juga sebaliknya. Begitu juga dengan gua sendiri. Hahaha! Apa - apapun, semuanya baik - baik belaka! Dan terima kasih kepada yang masih sudi menjadi rakan-rakan gua. Alhamdulilah!

7) Rezeki Iklan : Alhamdulillah rezeki daripada blog untuk tahun 2012 masih murah dimana buat kali ketiga gua cashout daripada nuffnang. Iklan di blog sendiri pula gua dah hentikan sebab takut tak mampu nak beri komitmen(sebab kesibukan kerja) pada blog tetapi sebaliknya alhamdulillah blog gua masih berupdate dan masih ada pembaca. Moga 2013 rezeki untuk blog ini semakin murah. Amin!

8) Blog Filem : Blog filem gua iaitu http://hansrollodepelicula.blogspot.com pula berkembang dengan agak baik tetapi selepas gua bekerja memang blog ini agak terbengkalai sikit sebab gua jarang menonton wayang dan kalau tonton pun agak susah untuk membuat ulasan filem disebabkan kesibukan kerja sekitar Jun hingga Ogos lepas. Namun, alhamdulillah selepas itu blog ini kembali dibelai cuma kini jarang sedikit berupdate. Apa - apapun, terima kasih pada sokongan semua.

Jadi, apa - apapun gua nak mengucapkan sekali lagi ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong dan secara tak langsung membantu blog Hans ini supaya lebih matang dan menarik! Semoga tahun 2013 memberi kejayaan kepada kita semua. Selamat datang 2013 dan selamat tinggal 2012!


P/S : Alhamdulillah! (^_^)Y


34 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. aku suka dgn no 5 tu..buatlah,konpem aku join.. haha XD

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha...insyaallah...ada rezeki nanti aku buat...aku buat ko jangan tak join pula!! :)

      Padam
  2. Hans..nanti bila blog dah makin popular mesti ada haters. Jadi bila dapat 'trash' comment tu just acknowledge yang your blog is getting better. XD

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahun 2010 dengan 2011 banyak juga dapat 'trash' comment...tahun nih jarang sangat dapat..hahaha..tak tau kenapa..tapi bersyukur lah sebab tak payah nak membaca comment-comment camtu..hehehe

      Padam
  3. ehem dah lama hans berblogging ek..semuga terus berjaya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedar tak sedar dah nak masuk 5 tahun dah sis :-)

      Padam
  4. WOW, SAYA MASIH KALAH DALAM ENTRY TERBANYAK.. HAHAHA.. SEMOGA SUKSES PADA TAHUN INI

    BalasPadam
  5. Selamat Tahun Baru..salam kenal dari Abah khalisha

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat tahun baru
      thanks Abah Khalisha sebab sudi follow blog saya
      :-)

      Padam
  6. Tidah banyak dapat diceritakan mengenai blog aku pada tahun 2012, kerana kekurangan perhatian diberikan. Moga tahun ini blog ini lebih aktif, ya.

    BalasPadam
  7. new here.....alhamdulillah kita masih hidup sampai sekarang.......

    BalasPadam
  8. Sikit ke..byk ke entry tu, xpe... yg penting msh gigih berblog...

    BalasPadam
  9. fuuh,hebat ah bro
    apa yang aku tahu pasal ko, ko sangatlah kreatif bro
    keep it up

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      tak ada lah kreatif mana pun
      apa2pun tq bro :-)

      Padam
    2. best blog ko ni bro lama aku xmasuk makin ceria aku tgk blog ko ni... keep it up bro!!!

      Padam
  10. Buat le contest tu, mst ramai nak join.. hadiah pun kasi gempak r..hehe..
    Happy new year Hans, lambat sikit!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe..insyaallah..tgok kalau ada masa nanti
      ekau join x kalau den buat?

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama