Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Sekarang nih jiwa aku lebih ke arah nak menaip dekat blog nih jadi kepada sesiapa yang menanti Hans Comix tu harap bersabar lah yer! Baiklah! Nak kongsi sedikit pengalaman hidup pada hari Jumaat yang lepas tentang makan tengah hari. Disebabkan dekat depan masjid ada banyak kedai makan beroperasi jadi aku dan kawan sekerja pun pergi lah menjamah kejap supaya perut tak rasa lapar atau berbunyi masa dalam masjid nanti.
Jadi, antara banyak-banyak kedai tu akhirnya aku dan kawan aku memilih untuk mencuba juadah nasi tomato sebab melihatkan ramai betul orang beratur untuk membayar makanan yang mereka ambil. Memang ada banyak pilihan lauk macam ayam masak merah, gulai daging kambing, ayam goreng berempah, acar timun dan macam-macam lagi lah.
GAMBAR HIASAN
Jadi, kawan aku nih memang seronok lah mencedok lauk itu dan ini. Di dalam pinggan dia ada seketul ayam, beberapa ketul daging lembu dan kambing serta papadom. Manakala aku pula cuma ambil 3 ketul jer daging kambing dan papadom. Jadi, kalau dilihat pada kuantiti makanan tu memang rakan sekerja aku kena bayar mahal lah daripada aku.
Sampai giliran rakan aku untuk bayar makanan kepada makcik yang mengira dan kemungkinan besar merupakan tauke kedai :-
Rakan : Berapa nih kak?
Tauke : RM12 dik!
Rakan : Nah...(sambil menghulur duit RM20)
Tauke : Adik tak ada duit RM1?
Rakan : Oh! Alamak! Saya ada sekeping jer RM1 nih kak!
Tauke : Oh! Tak apa! Bagi RM1 tu! Yang lagi RM1 tu akak sedekah jer!
Rakan : Terima kasih kak! :)
Ohhhh!! Memandangkan harga makanan rakan aku yang memang penuh dengan lauk tu bernilai RM11 selepas mendapat diskaun RM1 jadi dalam fikiran aku nih aku merasakan yang harga makanan aku mesti bawah RM10. Paling kurang RM8 atau RM9 sebab ialah aku tak ambil ayam kan. Akhirnya, tibalah giliran aku!
Tauke : RM11 yer dik! (sambil memberi senyuman)
Aku : .........(secara automatik memandang pinggan rakan aku tadi)
Rakan : ........(secara automatik memandang pinggan aku)
Aku : Oh! RM11 yer kak? (pandang rakan aku dengan wajah tanpa perasaan)
Tauke : Yer dik! Terima kasih! (gembira dapat duit RM11)
Aku : .........................................!!!!
ASAL HARGA MAKANAN AKU
MAHAAAALLLLLLLLLLLLL!!!!!!!!
INI TIDAK ADIL! TIDAK ADIL!
TIDAK ADILLLLLLL!!!!!!!!!!!!!
Sampai di meja makan dan aku terus suarakan perasaan tak puas hati tu dekat kawan aku tu...
Aku : Makcik tu main hentam jer harga kan! Kau setuju tak apa yang aku kata?
Rakan : Tu lah pasal! Aku pun terkejut bila dia cakap harga makanan kau RM11. Padahal sikit jer aku tengok!
Aku : Kau tengok abang tu! Dia pun ambil makanan lebih kurang aku! Prepare RM10 juga tapi alih-alih kena bayar lebih!
Dekat depan aku dan kawan aku tu ada seorang bro nih yang juga tengah makan nasi tomato di kedai yang sama. Dia macam curi-curi dengar perbualan kami berdua.
SIBUK JER NAK DENGAR!!!
MAKAN JER LAHHHH BRO!!!
Rakan : Betul juga tu! Eh? Yang mamat tu pula RM8 tapi makanan dia lebih kurang kau dengan abang tadi jer!
Aku : Lepas nih aku tak mau makan kedai makcik nih dah! Buat aku sakit hati jer dengan pengiraan harga dia yang tak konsisten tu! Huhhh!!!
Rakan : Hahahahaha!!!
P/S : Jumpa Dekat Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Yer Nanti Makcik! Hahaha!! (^_^)Y
mahalnya. hehe. kalau kat oz ni lg la semua mahal :( btw jum join segment mya. ecey buat segment lak:))
BalasPadamhttp://sweettedy.blogspot.com.au/2013/06/segment-winter-blogwalking-by-mya.html
haha..sian sabar je ye dik..tpaksa la sedekah duit da jumaat dah tu tomato je..aku pon bengang..
BalasPadamps-promote skit k..aku dah lama xupdate blogwalk etc...cantik perpel theme blog kau http://sweetdayday.blogspot.com/2013/06/collection-of-cardigans.html > tumpang lalu...online bis skit :) happy weekend
sy pernah kena. .plih lauk yg simple2 cm telur n ikan goreng je. .hrga dah rm7. .pdahal spupu yg mknn dia lebih best. .sme je harga. .ape daa. .kmi pun xpuas hti. .mmg makcik tu letak harga sukati.
BalasPadam*lain kali pergi hotel ambil buffet sng. .wakaka*
Bapak gila mahal! Kalau aku memang aku dah komplen.. heee.
BalasPadamperlukan lawyer tak? haha
Haha.. pernah kena sekali dekat warung.. member aku bayar dengan pelayan lain n aku pun bayar ngn pelayan lain.. member aku just bayar 5 rgt, aku plak pelayan tu boleh cas 8 rgt makan benda yg sama.. Ini tidak adil!!
BalasPadamSerious mahal, lain kali kan before nk bayar tu, sorok dulu duit, bila dia tgok kita pegang duit byk, dia akan kasi mahal sbb dia tahu kita byk duit..
BalasPadamnie mcm saya & kawan² pernah terkena dulu. makcik tu mmg x tengok lauk apa yg kitorg ambik. dia tengok muka kita, pastu dia bg harga. saya mkn skali je lepas tu x pernah pergi dah. tp yg peliknya member² saya suka sgt pergi mkn kat makcik tu walopun dia letak harga x munsabah... nak kata sedap sgt tu, tekak saya rasa biasa je. wallahua'lam...
BalasPadamhaishh...paling tak suke kedai mkn yg main hentam je harga makanan...
BalasPadampernah terkena, mmg tak pergi dah la lepas tu...
kadang2 mereka yg menjual nasi campur nih harga main taram jer,kadang2 hari nih harganya lain,esoknya lain pulak..hmm...
BalasPadamui..beta tak tahu la betul2 mahal ka apa..sebab jarang makan luar..huhu..
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com