Assalammualaikum dam salam sejahtera semua. Memang minggu nih agak sibuk dan mencabar lah sebab menyelesaikan segala kerja sebelum bercuti sekejap ke pantai timur iaitu negeri Kelantan untuk hujung minggu nih. Nak bercuti kenalah selesaikan semua kerja sebab bukan namanya cuti kalau waktu tengah sedap berehat-rehat tiba-tiba dapat panggilan daripada bos.
Saja nak berkongsi satu kisah pasal semalam. Memandangkan dekat tempat aku nih memang susah nak jumpa kedai makanan orang melayu atau halal jadi bila ada satu restoran mamak baru buka dan diakui makanan di restoran nih boleh tahan sedap jadi aku pun singgah sekejap untuk beli makanan untuk makan malam.
Gambar Hiasan
Aku ambil nasi campur jadi sementara aku terasa seronok mengarah pekerja restoran tu macam aku nih bos restoran untuk ambil makanan yang aku nak dan tiba-tiba dia tanya aku :-
Pekerja : Ini ayam mahu patong ka? (sambil tunjuk ayam goreng berempah yang sedap)
Aku : Hah? Patong? Apa tu? (apa kejadah dia nih sebut?)
Pekerja : Ini mahu patong ka? (Tunjuk lagi ayam tu dengan pisau)
Aku : .......(Fuh! Mencabar aku nak menjawab apa dia tanya nih!)
Pekerja : Mahu patong ka bos? Patong? (sambil tunjuk ayam goreng lagi)
Aku : Yer! Yer! (Mengangguk dan mengiyakan jer lah!)
Pekerja : Ketang! Ketang! (memotong ayam dengan pisau)
Rupa-rupanya dia tanya aku ayam tu nak potong kecil-kecil atau nak seketul. Adoi! Mohon majikan beliau hantar pergi kelas bahasa Melayu hujung minggu nih. Selepas tu tiba-tiba pekerja nih tanya aku pula satu lagi soalan. Walaupun loghat India dia pekat tetapi aku boleh faham lah juga.
Pekerja : Bos! You mana itu asal?
Aku : Saya orang sini lah. Kenapa lu tanya?
Pekerja : You india ker?
Aku : Hah??? (Erkkk? Apakah soalan ini?)
Pekerja : You orang India kan?
Aku : Tak lah! Saya Melayu lah!
Pekerja : Ada butul ka?
Aku : Betul lah! (Ada juga polisterin nasi nih aku sumbat dalam lubang hidung mamat nih kang!)
Pekerja : Oh! Wokay! Wokay!
Aku : ........(Tahu Lah Ada Iras-Iras Hero Bollywood Pun!! Hahaha! Puii!)
Gambar Hiasan - Budget Muka Sama Macam Aku! Kahkahkah!
sama la kita..sye pon pernah alami macam nie taw..mentang2 la keterunan mamak terselit kan muka dia haha
BalasPadamdone klik iklan nuffnang awak
hahaha..tahu xper
Padamadehhh..tak pepasal mamat india tu makan polisterin jugak karang..=P
BalasPadamitu belum msuk kes org luar jadik pekerja dlm negara yg mmerlukan khidmat servis pelanggan..rosak!! =D
gambar tu memang sama dgn hans ;- ngerrr
BalasPadamhahahaha...ingatkan patong apalah..
BalasPadamHeheee..
BalasPadamWelcome to Kelantan Hans.. :)
haha.. sblum hire kene masuk kelas bhs melayu. haha
BalasPadamhahaha...patong jgn tak patong
BalasPadammuka seiras bollywood ke...? hahaha.....dia nak kenalan tu....
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com