Assalammualaikum semua pembaca dan pengunjung hanshanis.com dan alhamdulillah nampaknya tahun 2013 bakal tiba ke penghujungnya sebelum kita menuju pula tahun 2014. Seperti biasa lah setiap tahun pastinya ada pelbagai pengalaman tak kiralah pengalaman manis, pahit atau pun sebagainya. Tetapi, Alhamdulillah kerana tahun ini aku dapat melakukan pelbagai aktiviti yang belum pernah aku buat dan juga rasakan sepanjang hidup selama suku abad ini. Jadi, disini aku kongsikan gambar - gambar dan sedikit penerangan untuk gambar - gambar tersebut yang berlaku sepanjang tahun 2013.
Aktiviti Skytrex anjuran Nuffnang nih memang merupakan aktiviti paling best yang aku pernah terjebak sepanjang aku bergelar blogger. Aku suka aktiviti-aktiviti yang lasak dan menguji keberanian dan aktiviti kali ini ialah menguji keberanian menghadapi ketinggian. Memang terbukti aku tak gayat dan aku cukup suka buat aktiviti nih. Dekat sini pun dapat ramai kawan baru dan aku lebih rapat dengan beberapa blogger yang aku dah lama kenal. Alhamdulillah!
Daripada dulu aku teringin sangat nak mendaki gunung atau bukit tetapi disebabkan masa sekolah dulu aku nih di dalam kategori obesiti dan tidak diyakini ramai untuk melakukan aktiviti macam nih jadi memang aku selalu diabaikan dan dianaktirikan. Hahaha! Tetapi, alhamdulillah untuk tahun nih aku berjaya melakukan aktiviti mendaki Broga Hill. Yer lah! Orang amatur macam aku nih kena mula mendaki dengan Bukit Broga dulu dan untuk pencapaian pertama mendaki memang agak membanggakan lah. Sekejap jer pun sampai atas dan perkara paling nikmat ialah menikmati kemunculan matahari di awal pagi. Memang cukup menakjubkan! Alhamdulillah!
Ini juga adalah salah satu perkara yang aku memang dah lama dan nanti-nantikan untuk lakukan iaitu mengundi di pilihan raya dan alhamdulillah aku mendapat peluang untuk menunaikan kewajipan sebagai rakyat Malaysia dengan mengundi pada tempoh hari. Memang menarik dan rasa seronok beratur panjang dan melihat sendiri bagaimana proses mengundi berjalan. Insyaallah akan mengundi lagi pada pilihan raya akan datang.
Salah satu tempat yang aku belum pernah lagi sedangkan keluarga aku semua dah pergi iaitu Cameron Highland. Hahaha! Akhirnya dapat juga aku menikmati kesejukan dan merasai buah strawberry segar di sini. Satu pengalaman yang menarik apabila pergi dengan rakan-rakan yang masing-masing ada kegilaan tersendiri dan aku memang merindui suasana disini. Seronok :)
Buat pertama kalinya dalam hidup aku ialah pada tahun 2013, aku akhirnya berjaya merasa sendiri pengalaman menaiki kapal terbang sewaktu pergi bercuti ke Bangkok, Thailand. Memang waktu tu rasa teruja kan sebab dapat tengok awan-awan di bawah kapal terbang. Hahaha! Pengalaman di Bangkok juga memang cukup seronok sebab macam-macam pengalaman aku dapat disini. Budaya, cara hidup, makanan, suasana dan juga kehidupan malam mereka yang memang dasyat. Paling aku rindu nak pergi lagi ialah Chatuchak Market sebab aku tak habis pusing lagi situ. Dah kalau beribu kedai memang tak sempat. Hahaha!
Hajat aku untuk menjejak kaki di Singapura juga tercapai pada tahun ini dan seperti biasa aku suka melihat daripada pelbagai sudut bila aku sampai di negara orang daripada sudut budaya, sikap dan juga negara mereka. Singapura memang cukup bersih cuma sistem peraturannya memang cukup tegas. Pengalaman di Singapura juga ada manis dan pahit dimana aku dan rakan-rakan memang gelabah sebab kami terlepas daripada mengambil pas perjalanan di kaunter imigresen disebabkan masalah komunikasi dan teknikal. Memang cuak habis! Apa-apapun, kalau nanti aku berkesempatan pergi ke Singapura lagi mungkin aku ingin ke USS jer kut. Hahaha!
Teringat pula kenangan sewaktu bekerja di Johor. Waktu nih aku tak tahu lah asal aku gemuk sangat. Mungkin sebab bila bekerja asyik makan jer. Dah nama pun shooting untuk juadah raya. Hahaha!
Antara banyak-banyak pengalaman aku bekerja dan salah satu yang paling mencabar apabila terpaksa bekerja di Kelantan sewaktu bulan puasa. Fuh! Panas tak usah nak cakap lah kan! Lepas tu kerja pula bukan dalam pejabat. Semua luar jer! Memang buka puasa jer terus cari air jer! Hahaha! Dekat sini pun ada macam-macam juga pengalaman lucu macam kes seorang warga emas nih yang terbuang air kecil di dalam kereta dan kawan aku menjadi mangsa sebab dia terduduk di tempat nenek tu tanpa kami semua sedar. Hahahaha! Satu lagi pengalaman yang cukup menggerikan ialah sewaktu aku berbuka puasa di cafe tempat kerja aku beramai-ramai. Aku beli makanan di bazaar ramadhan dan tengah seronok mengunyah tu tiba-tiba terasa benda keras. Jarum peniti oiiiii!! Nasib aku tak telan! Alhamdulillah! Trauma terus aku nak pergi bazaar tu. Hahaha!
Hari Raya Aidilfitri tahun 2013 memang hari raya yang cukup manis dan menarik. Pertama sebab aku dapat bercuti cukup panjang. Nak dekat tiga minggu jugalah. Walaupun masa cuti aku nih menjadi pertikaian beberapa pihak tetapi ada aku kisah? Kerja aku dah selesai kut. Hahaha! Kedua buat pertama kalinya aku ada dua pasang baju melayu dan hari raya kedua pun aku pakai baju melayu siap bersampin. Terkejut rakyat jelata Alor Setar tengok aku beraya sakan tahun nih. Hahaha! Ketiga sebab memang bermula hari raya kedua memang aku tak lekat rumah sampai lah raya kelima. Berjalan jumpa member-member saja! Kawan sekolah rendah, sekolah menengah dengan kawan masa jumpa sewaktu temuduga kerja pun ada. Hahaha! Alhamdulillah! Seronok raya tahun nih!
Tahun 2013 memang banyak betul kawan-kawan aku kahwin. Yang mana aku boleh pergi aku pergi dan yang tak boleh atas sebab kesibukan kerja tu aku mohon maaf sangat-sangat. Paling aku kecewa sebab aku tak dapat pergi majlis kahwin sahabat baik aku Nurhayati yang berlangsung di Sarawak. Hajat di hati memang nak sangat pergi tapi nak buat macam mana kan. Ada juga yang kahwin senyap-senyap dan tahu-tahu jer dah kahwin. Itu aku tak faham apa puncanya. Lantak korang lah! Hahaha! Apa-apapun, semoga berbahagia hingga akhir hayat. Aku nih bila pula lah nak kahwin yer?
Tahun ini juga aku berkesempatan pergi ke Majlis Berinai Rozita Che Wan. Aku tak tahu nak kata apa sebab aku confuse ini majlis berinai ker atau majlis kahwin. Hahahaha! Apa-apapun, memang meriah dan semoga berbahagia lah yer. Terima kasih jemput! Hahaha!
Sepanjang aku bekerja di dalam bidang produksi ini dan dah hampir setahun lebih dah aku buat Primadona nih, memang rakan kerja aku berubah setiap masa. Paling sedih ialah pada awal bulan Disember 2013 nih bila semua kawan baik aku dah bertukar kerja. Alhamdulillah rezeki masing-masing. Aku tumpang gembira dengan rezeki mereka cuma sedih sebab dah kehilangan ramai sahabat yang cukup baik, gila-gila dan susah senang bersama-sama dalam menyiapkan kerja dan menyelesaikan sebarang masalah. Sumpah aku rindu gila nak bekerja dengan korang semua balik. Sekarang aku tengah menyesuaikan diri dengan rakan-rakan kerja baru cuma apa aku nak cakap korang tetap terbaik weh! Semoga masing-masing berjaya dengan kerjaya baru yer :)
Bekerja dengan dunia seni nih ada masanya mencabar dan ada masanya juga buat aku teruja. Bukannya teruja nak bergambar. Helloooo!! Hahaha! Teruja sebab nak tahu bagaimana sikap setiap artis nih sewaktu bekerja dengan aku. Maklumlah masing-masing ada perangai tersendiri sebab kita semua manusia. Ada yang memang cool dan ada juga yang poyo. Hahaha! Apa-apapun, layan kan jer lah!
Gambar nih saja letak nak bagi orang kampung jeles. Tu pun kalau jeles lah. Terlajak lariiisssss! Tiba-tiba pula kan? Hahahaha! Nih sebab menaip sambil tengok iklan tv. Jadilah caption merepek nih!
Tahun 2013 nih memang banyak juga pengalaman kerja yang menarik bagi aku. Aku berkesempatan bertemu dengan Allahyarham Maimon Mutalib yang merupakan antara pelakon veteran yang aku gemar lakonannya di kaca televisyen. Allahyarham memang cukup baik orangnya. Al-Fatihah! Aku juga berpeluang bertemu dengan Dato Siti Nurhaliza buat pertama kalinya secara berhadapan dan berpeluang menemuramah beliau. Aku juga berpeluang menemuramah pasangan pengantin Fizo Omar dan Mawar serta beberapa artis Malaysia sewaktu majlis perkahwinan mereka. Memang mencabar juga untuk bersaing dengan beberapa petugas daripada stesen televisyen yang lain. Satu pengalaman kerja yang baru dan menarik untuk aku pada tahun 2013 nih.
Untuk penghujung tahun 2013 nih, selain Primadona aku berpeluang bekerja untuk dua rancangan berbeza iaitu SESI bersama Mufti Menk dan juga Mini Konsert Stacy & Smash. Bekerja di dalam rancangan Sesi mengingatkan aku pada pengalaman kerja aku bersama Imam Muda Musim Ketiga. Alhamdulillah semoga rancangan ini memberi manfaat kepada penonton. Aku sebenarnya memang mengimpikan untuk bekerja di dalam penerbitan rancangan yang melibatkan muzik dan alhamdulillah walaupun cuma Mini Konsert tetapi paling tidak sudah ada sedikit pengalaman untuk program yang berkonsepkan sebegitu.
Tahun ini juga aku berpeluang menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan dan membuatkan ramai sahabat aku bertanya adakah aku akan berkahwin dalam tahun 2013. Calon pun tak tahu lah ada ker tak nih tetapi persediaan tu dah bermula dari sekarang. Takkan nak kahwin baru nak bersedia kan? Semoga aku cepat bertemu jodoh aku. Amin! Aku juga berpeluang menonton Konsert Gegar 5 Lagenda di Istana Budaya. Walaweh! Mahu tak suka! Selain lagu Bollywood memang lagu rock kapak menjadi lagu kesukaan. Layan beb! Dah seat depan! Gila macam tengok 3D jer. Kahkahkah! Menariknya juga aku berpeluang menikmati makanan berasaskan coklat di Evelyn Chocolate. Sebagai peminat tegar coklat memang tak akan aku lepaskan. Melantak coklat jer lah aku waktu tu. Hahaha!
Alhamdulillah! Tahun 2013 ini juga aku bersama rakan aku suka sangat buat kerja gila yang tak dirancang. Maksudnya, bila aku nak lepak hilangkan stress memang tak rancang pun nak pergi mana. Dah duduk dalam kereta dan bila kereta dah bergerak baru fikir nak pergi mana. Pergi berkelah! Pergi Melaka waktu petang dan balik tengah malam. Makan durian! Memang terbaik! Pengalaman paling best ialah pergi Kelantan tempoh hari yang makan tengahari kena RM70 lebih tu. Hahahaha!
P/S : Apa-apapun, inilah antara pengalaman aku sepanjang tahun 2013 ini yang aku boleh kongsikan dengan semua pembaca blog hanshanis.com ini. Semoga tahun 2014 lebih memberi makna, dilimpahkan rezeki berganda dan juga lebih kebahagiaan kepada aku. Doa-doakan yer! Sekian, assalammualaikum! (^_^)Y
hamboihhhh kemain lagi Hans. dah macam retis dah engko ha !
BalasPadampart "terlajak larissss" tu seriyes teringat kat anak sedara.
sbb dia asyik repeat bende tu je hahaha
hahahaha....benci sebenarnya iklan tu tetapi kadang-kadang benda yang rasa benci tu yang selalu nak disebut...hahaha
Padamwaaalaikumussalam.. banyak pengalaman ko tahun ni. :)
BalasPadammoga dapat jodoh tahun 2014 :P :P
amin :)
PadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com