Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Pada minggu lepas, aku berkesempatan melancong ke Kemboja atas urusan kerja. Aku menyertai salah sebuah kumpulan amal ke Phnom Penh serta Kampong Cham selama 3 hari 2 malam.
Hari Pertama (1 April 2014)
Pada pukul 3.00 pagi, aku dan rakan-rakan membantu mengangkat barang-barang sumbangan seperti Al-Quran, pakaian, makanan, karpet dan pelbagai lagi untuk di bawa ke LCCT. Kami tiba LCCT lebih kurang pukul 4.00 pagi. Sepatutnya setiap peserta diminta berkumpul di sana pada pukul 4.30 pagi tetapi disebabkan beberapa masalah remeh serta kelemahan komunikasi menyebabkan kesemua peserta berjaya dikumpulkan hanya selepas jalan 5.15 pagi dan ini menyebabkan pelbagai masalah berlaku. Kami sepatutnya berlepas pada pukul 6.45 pagi tetapi disebabkan masalah kelewatan peserta berkumpul serta ditambah pula dengan masalah muatan barang-barang sumbangan yang berlebihan menyebabkan nama kami semua dipanggil sebanyak dua kali dan menyebabkan penerbangan kapal terbang ke Phnom Penh terlewat daripada jadual biasa. Buat pertama kalinya aku tersangat lah risau dan terpaksa berlari menuju ke kapal terbang sambil membawa beg yang agak berat. Memang betul-betul gila! Kena marah dengan pekerja Air Asia sebab lewat walaupun masalahnya bukannya disebabkan aku! Selepas tu disebabkan aku terlalu gabra sampaikan aku dengan selamba badaknya melintas di kawasan yang tidak dibenarkan dan sekali lagi kena marah. Hahahaha! Dah macam pertama kali naik kapal terbang pula. Padahal dah banyak kali! Nak buat macam mana! Takut tertinggal kapal terbang punya pasal! Termengah-mengah aku dalam kapal terbang!
Svakom Cambodia! Hehehe!
Lebih kurang pukul 8.00 pagi macam tu akhirnya aku pun tiba di lapangan terbang Phnom Penh. Walaupun Phnom Penh bukannya bandar yang meriah dan terkenal tetapi rasa teruja tu tetap ada. Melihat wajah orang-orang Kemboja yang sangat mirip dengan orang Melayu menyebabkan aku terasa seperti masih berada di Malaysia. Hahaha! Kedatangan aku dan badan amal ini disambut oleh Ustaz Osman Yusof yang bertanggungjawab menguruskan serta membantu kami semua sepanjang berada di Kemboja ini.
Restoran Wau
Destinasi pertama kami ialah mengisi perut yang sedang lapar. Nak cari makanan halal dekat Kemboja nih insyaallah tak susah sebab dekat sini ada beberapa buah restoran halal untuk orang Islam. Salah satu restoran Muslim yang terdapat di bandar Phnom Penh nih iaitu Restoran Wau. Tak silap aku restoran ini kepunyaan orang Kelantan dan sebab itu nama restoran nih wau. Tak kisah lah orang negeri mana pun! Janji halal dan sedap! Hehe!
Aku nak cuba rasa makan roti canai buatan orang Kemboja sebab yang masak orang Kemboja tak silap aku. Walawehhh!! Roti canai dia memang buat aku terangkat! Sedap! Cuma kuah dia agak kuat dari segi penggunaan rempah. Lepas tu depan restoran nih ada Liberty Statue. Dah tak payah dah susah-susah aku nak kumpul duit pergi US! Ambil gambar dekat sini pun jadi lah! Hahahaha! Perut pun dah kenyang jadi destinasi seterusnya ialah ke Cheoung Ek yang mana dekat sini ada sebuah tempat pelancong bersejarah yang cukup terkenal di kalangan pelancong asing iaitu Killing Field.
Killing Field Di Cheoung Ek
Perjalanan menuju ke Cheoung Ek nih agak lama dan memang mencabar sikit sebab terpaksa melalui jalan yang dalam pembinaan. Memang berdebu gila kut! Ditambah pula dengan pemandu dekat Kemboja nih yang bawa kenderaan tak ikut laluan dan arah yang betul. Memang dasyat! Hahahaha! Akhirnya, aku tiba di Killing Field yang merupakan tempat dimana ramai rakyat Kemboja yang tidak berdosa dibunuh beramai-ramai dengan cara yang cukup kejam oleh pemimpin komunis Khmer Rouger iaitu Saloth Sar atau lebih dikenali sebagai Pol Pot.
Dekat Kemboja nih, mereka lebih suka menggunakan mata wang dolar US untuk setiap urusan. Jadi, untuk masuk ke dalam Killing Field nih, harga tiket untuk pelancong asing ialah USD6 tetapi disebabkan keikhlasan yang terpancar dekat muka aku nih jadi aku cuma perlu bayar USD3 jer. Hahaha! Sebenarnya pemandu pelancong kami yang merupakan orang tempatan yang belikan. Sebab tu dapat murah! HEHEHE! Lepas tu aku syorkan dekat korang semua, kalau nak lagi mudah korang boleh sewa Audio Story Teller dekat sebelah kaunter tiket. Perlu tambah dalam USD3 sahaja sebab alat nih bagus untuk bantu korang dengan lebih memahami sejarah di setiap check point yang disediakan dekat sini. Kalau yang tak berapa nak faham sangat bahasa English macam nih aku nih, jangan risau sebab ada audio dalam bahasa Melayu. Bahasa baku lagi tau! Mudah jer!
P/S : USD1 - 4000 Cambodian Riel (RM3.30)
Bersama 5000 Tengkorak Di Stupa Killing Field
Hah! Tudiaaa! Banyak tak tengkorak dekat belakang aku tu? Itu semua tengkorak betul tau! Bukan main-main! Dekat dalam Stupa Buddha di Killing Field nih jer ada lebih daripada 5000 tengkorak mangsa pembunuhan yang disimpan untuk dipamerkan kepada pelancong. Aku tengok semua tengkorak ni dan setiap tengkorak nih ada rekahan, lubang dan retakan. Rupa-rupanya mereka ini semua dipukul di kepala dan diseksa dengan kejam oleh tentera Pol Pot sebelum dibunuh.
Inilah Wajah Pol Pot
Pol Pot nih nampak jer muka suci sesuci embun pagi tapi sebenarnya kejam tahap firaun dah aku rasa. Bayangkan lah! Dia jadi Perdana Menteri Kemboja cuma 3 tahun lebih jer bermula pada tahun 1975 hingga 1979 tetapi dia bersama tentera dia membunuh lebih kurang 3 juta rakyat Kemboja hanya semata-mata untuk mencapai dasar dia untuk menubuhkan sebuah negara komunis. Gila betul!
Killing Tree
Dekat Killing Field nih ada lebih kurang 129 lubang kubur yang ditemui pada tahun 1980 dan dekat sini dijumpai pelbagai jenis mayat. Ada mayat tanpa kepala! Ada mayat wanita yang dibogelkan! Ada pula mayat kanak-kanak serta bayi sekali! Paling aku sedih tu dekat Killing Field nih ada sebuah pokok besar yang dipanggil Killing Tree dan dekat pokok nih bayi-bayi kecil dibunuh di hadapan ibu mereka oleh tentera Pol Pot dengan dihempas atau dilempar di batang pokok nih. Tak ker kejam macam syaitan tu! Tak boleh bayang aku perasaan ibu-ibu tu! Dekat Killing Field nih juga selain kawasan kubur dan Stupa Buddha tu, ada satu lagi muzium dan disitu korang boleh lah tengok pakaian orang Islam zaman tu, gambar-gambar mangsa dan senjata-senjata yang digunakan untuk membunuh rakyat Kemboja waktu tu.
Rentung Wehhhhh!! Hahahaha!
Nak bagitahu betapa panas nya Kemboja sekarang nih, korang tengok jer lah muka aku tu! Terus rentung bak hanggggg masa dekat Killing Field tu! Memang betul-betul kill my skin nih! Hahaha! Panas beb! Mengikut kata pemandu pelancong, musim panas di Kemboja ialah dalam bulan Januari hingga Jun! Jadi, memang merasalah kepanasan Kemboja tahap ketuhar nih. Minum air pun laju ja! Air Samurai tu merupakan minuman tenaga dekat Kemboja nih! Boleh tahan sedap juga lah! Aku ingat ker minum-minum terus jadi samurai! Angan-angan jer tu!
Hotel Holiday Villa, Phnom Penh
Selepas sudah melawat Killing Field di Cheoung Ek dan kemudian berpatah balik ke Phnom Penh untuk pergi ke hotel dan tempat tinggal aku di Kemboja ialah Hotel Holiday Villa. Lain rupanya Hotel Holiday Villa nih kalau dekat negara luar. Boleh tahan mewah dan sewa semalam pun agak mahal juga. Nasib orang sponsor u'olsss! Hahaha! Kalau tidak tak mampu lah aku nak duduk hotel mahal macam nih. Tapi sebelum sampai hotel, aku sempat singgah sekejap dekat monumen independent dekat bandar Phnom Penh nih.
Monumen Independent Phnom Penh
Ada banyak sebenarnya monumen dekat sini dan salah satunya macam dalam gambar tu. Kawasan sini jadi lebih meriah bila tiba waktu malam sebab semua monumen-monumen yang terdapat dekat sini akan diterangi dengan sinaran beratus-ratus lampu. Memang cantik gila!
Suasana Bandar Phnom Penh
Sementara nak tunggu makan tengah malam dekat restoran yang sama iaitu Restoran Wau, saja aku keluar dan ambil gambar di depan restoran nih. Kawasan bandar Phnom Penh nih tak adalah semaju atau semewah bandaraya-bandaraya negara maju tetapi aku suka suasana bandar nih. Mengingatkan aku kepada kampung kelahiran masa zaman sekolah rendah dulu. Lebih kurang macam nih lah.
Makan Malam Di Restoran Wau
Inilah dia makan malam hari pertama di bandar Phnom Penh, Kemboja. Tomyam campur di Restoran Wau nih memang terbaik! Kenyang perut aku dibuatnya! Hahaha! Selepas sudah makan malam balik semula ke hotel dan berehat sekejap. Dalam pukul 9 malam macam tu, aku dan kawan-kawan ambil keputusan nak naik tut tut dan pusing bandar Phnom Penh. Bayaran yang dikenakan lebih kurang USD15 tetapi memang puas hati sebab pemandu tut tut memang bawa pusing habis satu Phnom Penh. Macam-macam tempat di bawa! Pusat bandar! Monumen Kebebasan! Royal Palace! Kawasan rehat Sungai Mekong! Kawasan Funfair! Kawasan kasino dekat Naga World! Kawasan 'ayam' pun dia bawa! Hahaha! Lengkap semalaman pusing Kemboja!
Kopi Phnom Penh
Sebelum aku datang Phnom Penh, aku ada usha dekat google. Katanya kopi dekat Kemboja nih sedap! Jadi, lepas pusing-pusing bandar Phnom Penh tu teringin lah nak rasa! Belilah satu cawan kan! Baru sedut sikit terus muka berubah! Pahit bak hangggg!!! Tak rasa gula langsung! Terus teringat filem Nujum Pak Belalang! Aku rasa ini kopi arang nih! Hahahaha! Sumpah pahit! Tengok dalam gambar tu! Itulah kopinya dan begitulah jumlah air kopi tu sampai pagi esok! Tak boleh telan weh! Aku berus gigi dengan lidah pun masih juga rasa pahit kopi tu! Haihhhh!!! Fobia kut nak minum kopi dekat Phnom Penh nih! Hahahaha! Jadi, begitulah pengalaman hari pertama aku di bandar Phnom Penh, Kemboja nih. Akan datang aku akan kongsi pengalaman aku sewaktu melawat Kampong Cham yang merupakan satu daerah yang majoriti penduduknya beragama Islam. Terima kasih kerana membaca coretan aku yang panjang lebar nih. Assalammualaikum :)
berani nye duk bergambar rapat2 ngn tengkorak tuhh.... er sana senang cari makanan halal?
BalasPadamentah...maybe sebab zaman sekolah dulu suka duduk dekat tengkorak makmal kut
Padamalhamdulillah tak ada masalah untuk makanan halal :)
blogwalking! haha.. so mmg betul la kopi tu rase die pahit giler eh? hahaha... sy try jugak.. tapi version blanded.. p mmg pahit! =D
BalasPadamhahahaha...yups memang pahit...tak tau la kalau kopi tu dia buat jadi kopi susu..maybe sedap lah kut
Padamyeay kite pon last year pergi sana
BalasPadamowh best tak?
Padamboleh tahu which ngo? Berminat juga nak join ngo tapi tak tahu yang mana bersesuaian dan bagus
BalasPadamSungguh tengkorak betul atau tidak ? :o
BalasPadamtengkorak betul :)
Padamsaya suke betul dengan cambodia...especially phnom penh... dulu stay dekat kedutaan malaysia.... ermm bila cakap pasal kampng cham dengan pol pot... wajib baca buku i love you stupid-melur jelita. dekat situ, kita dapat tahu lebih mendalam pasal kampung cham.
BalasPadamPerkongsian yang sangat menarik...
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com