Melancong Ke Central Market Kemboja - Part 4

Alhamdulillah! Akhirnya sampai juga entry di hari terakhir aku sewaktu berada di Phnom Penh, Kemboja pada bulan April yang lepas. Memandangkan pagi terakhir nih terlajak tidur pula disebabkan keletihan di Kampong Cham semalam maka aku memang bergegas ke Central Market kerana nak membeli-belah nih. Jadi, cakap awal-awal memang aku tak sempat nak ambil gambar langsung sebab nak berkejar ke lapangan terbang pula nanti. Jadi, aku sekali terpaksa cari di google(HAHAHAHA!!!) tetapi memang lebih kurang sama jer gambar yang aku cari dengan yang aku lihat sendiri depan mata.


Memandangkan negara Kemboja nih semakin pesat membangun selepas mundur akibat pemerintahan Pol Pot yang maha kejam tu jadi kerajaan Kemboja nih memang rancak lah menarik taraf kemudahan serta jalan raya di Kemboja ini untuk menarik kehadiran pelancong. Salah satu tempat pelancongan dan juga merupakan syurga membeli-belah buat pelancong-pelancong asing yang datang ke Phnom Penh nih ialah Central Market.


Nama asal Central Market ini ialah Thmey Market. Pada entry lepas aku ada bagitahu kan yang aku ada belajar sikit-sikit pada bahasa Kemboja nih. Kalau orang Malaysia sebut Pasar tetapi mereka sebut 'Phsar'. Hehehe! Kagum tak aku tahu bahasa Kemboja? Kagum kan! Central Market nih mula dibina pada tahun 1935 dan siap sepenuhnya pada tahun 1937. Lama kan? Malaysia pun tak merdeka lagi waktu Central Market nih dibina. Dibuka setiap hari pada pukul 9 pagi hingga 5 petang dan yang paling penting urusan pembelian menggunakan Dolar US yer. Hahhhhhh!! Mampu membeli-belah guna Dolar? Tak mampu pun buat-buat mampu jer lah! Bukan selalu datang! Hahaha!


Kaum wanita terutama makcik-makcik atau anak dara tu kalau datang sini aku tak tau la apa jadi!! Mana tak nya kalau dah kain-kain dekat sini pun boleh tahan cantik-cantik! Harga untuk tudung dengan shawl daripada 2 dollar sampai ke 5 dollar. Aku yang tengok nih pun rambang mata! Habis duit beli kain jer aku dekat sini! Hahaha! Tak silap balik aku congak-congak dekat 85 dollar lah habis lepas aku borong sakan kain pasang dengan shawl dekat sini. Oh, mesti korang pelik asal aku yang lelaki nih pula borong kain orang perempuan nih? Hello! Jangan fikir bukan-bukan! I'ols straightt hookayyy! Hahahaha! Aku beli dekat keluarga dengan kawan-kawan aku lah. Penat kut nak tawar-menawar. Ada yang bagitahu aku kalau yang 5 dollar tu boleh dapat 3 dollar. Aku dok tawaq-menawaq last-last dapat 4 dollar ja. Ada juga yang aku dapat 3 dollar. Sebab aku tak ada masa nak duduk lama-lama tetapi aku sempat minta dia free gift. Ada patut dia nak bagi aku keychain ja. Memang tak lah! Aku minta dia shawl 4 dollar! Hahaha! Akhirnya dia mengalah dan bagi dekat aku! Fuhhhh! Tak sangka berjaya juga aku walaupun penat lah juga dok urus niaga nak dapat harga murah nih! Hasilnya memang satu beg plastik besar lah aku pegang! Bos aku geleng-geleng kepala tengok sebab aku jarang beli banyak macam tu. Hahaha!


Ada ramai juga peniaga dekat sini yang boleh bercakap bahasa Melayu. Jadi tak ada lah masalah sangat! Kalau yang tak tahu cakap Melayu korang jangan risau! Cakap ja bahasa Inggeris! Cakap tunggang terbalik pun akhirnya yang penting korang perlu tahu pun "How much?" "Give me a discount!" "Please?". Macam aku sebab aku ada belajar sikit bahasa Kemboja nih jadi aku berlagak lah sikit cakap dekat diorang "Cho Te Laiii!". Aku pun lupa dah maksudnya minta diskaun ker atau terlalu mahal. Masa dekat sana aku ingat lagi maksud perkataan tu apa. Hahaha! Seronoknya tu lagi satu aku dapat tips daripada pemandu pelancong tu, kalau korang minat sangat satu-satu benda, korang tanya harga dan bagitahu peniaga tu harga yang betul-betul realistik yang korang rasa murah dan berbaloi untuk korang dapat. Dan kalau peniaga tu cakap tak boleh kurang dah jadi korang keluar jer daripada kedai tu. Jika si penjual tu panggil balik korang itu bermaksud dia boleh bagi harga yang korang nak. Aku dah cuba dan aku berjaya! Hehehehe! 


Kalau masuk dalam Central Market pula kebanyakkan barang ada dekat situ ialah jam tangan, mutiara, aksesori wanita dan macam-macam lagi lah. Kalau orang perempuan memang mata tak berkelip lah tapi macam aku tak ada perasaan langsung. Hahaha! Tetapi, barang-barang yang aku beli semua dekat bahagian luar pintu masuk. Aku beli kain, keychain, fridge magnet, beg dan duit kemboja semua dekat luar. Congak-congak balik lebih kurang 100 dollar juga lah aku habis dekat sini tetapi memang penuh beg aku lah. Hahaha! Jadi, alhamdulillah memang puas hati sebab waktu aku pergi tu berduit. Kalau tidak tengok sajalah orang membeli-belah. Hehehe! 


Jadi, sebelum bertolak ke lapangan terbang antarabangsa Phnom Penh tu, aku sempat lah singgap sekejap dekat Royal Palace Phnom Penh yang menjadi salah satu kebanggan rakyat Kemboja. Memang cantik tetapi panas bak hang! Sia-sia aku makan produk pencerah kulit! Kahkahkah! Duduk 3 hari 2 malam jer dekat Kemboja tetapi dah rentung. Fuh! Tetapi, memang seronok dapat sampai ke Kemboja nih! Belajar banyak benda dari segi gaya hidup rakyatnya yang agak sederhana, kegigihan mereka mencari rezeki serta melihat Kemboja yang sedang membangun untuk menjadi salah sebuah negara maju di Asia Tenggara.


Hah! Inilah dua pemandu pelancong yang merupakan rakyat Kemboja yang setia menemani aku dan rakan-rakan yang lain sepanjang 3 hari 2 malam di sana. Aku dah lupa dah nama diorang nih. Yang biru tu aku panggil Kwang Soo jer sebab muka macam ahli Running Man tu. Hahaha! Yang kanan tu nama dia Sinai ker apa entah! Ini yang minat filem Syurga Cinta tu! Mereka nih mula-mula memang pemalu tetapi lama kelamaan ramah dan memang baik gila. Kadang-kadang saja aku duk mengata depa dalam bahasa Melayu yang depa tak faham. Tak tahu depa faham ker tak tapi setiap waktu muka senyum jer. Apa-apapun, terima kasih sangat-sangat! Harap-harap boleh jumpa korang berdua lagi. Insyaallah!


Alhamdulillah! Selesai sudah perjalanan di Phnom Penh, Kemboja yang merupakan negara ketiga yang aku sampai selepas Thailand dan Singapura. Koleksi syiling dan wang kertas aku pun dah bertambah. Selepas ini aku tak tahu buku merah nih akan bawa aku kemana pula. Harap-harap lebih jauh dan keluar daripada Asia Tenggara. Insyaallah kalau ada rezeki! Jumpa lagi dalam pengembaraan seterusnya yang tak tahu bila :-)

4 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Woahh. Best gilaaa. Eh, mana shawl aku? Nakkkkkkkk! hahaha

    BalasPadam
  2. Bestnya dpat melancong mcm ni. Tertarik ngan aksesori wanita tu.. :-)

    BalasPadam
  3. nampak best sgt....
    inshaallah cuti raya haji akan ziarah dan qorban di sana...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama