Assalammualaikum serta salam sejahtera kepada semua pembaca blog hanshanis.com dan memang dah lama Hans tak kongsi cerita atau pengalaman sepanjang minggu lepas umat Islam mula berpuasa. Seperti tahun-tahun yang lepas apabila tibanya bulan Ramadan maka satu isu yang selalu diperkatakan ialah kualiti serta tahap kebersihan makanan yang disediakan oleh peniaga-peniaga yang mendapat tapak untuk menjual makanan mereka di bazar ramadan.
Jika tahun lepas, Hans sendiri mempunyai pengalaman buruk membeli makanan di bazar Ramadan dimana Hans sendiri mengakui agak gerun juga bila teringat balik (boleh baca entry ini - Hampir Mati Di Puasa Hari Ketiga) dan untuk tahun ini juga Hans nak berkongsi sedikit pengalaman sepanjang membeli-belah di Bazar Ramadan untuk tahun ini.
1) Nasi Kerabu (Bazar Puncak Jalil) - Sebenarnya Hans mula meminati makan nasi kerabu nih pada bulan 4 tahun ini. Dan suku abad hidup baru nak makan nasi kerabu. Kalau tahu sedap dah lama aku makan. Hahaha! Jadi, sewaktu berkunjung ke bazaar Ramadan Puncak Jalil, ada seorang abang ini menjual nasi kerabu bertentang tempatnya dekat restoran mamak. Waktu tu kita masih baru lagi berpuasa jadi memang masa Hans sampai tu tak ada langsung orang beratur panjang. Hans pun malas nak fikir panjang sebab Hans percaya yang beratur panjang pun kadang-kadang tak sedap mana pun. Bila waktu berbuka...mak datooooo!!! Sedap bak hanggggg! Serius sedap! Housemate Hans yang orang Kelantan pun cukup suka nasi kerabu abang nih. Lusa pergi balik sana dah mula kena beratur! Punya lah panjang hahhhh!! Tapi yang seronok tu kualiti dan kuantiti nasi dan lauk dia tetap sama macam mana Hans beli waktu kedai nih tak popular lagi. Memang bagus abang nih. Harap tahun depan jual lagi nasi kerabu dengan rasa yang sama di Bazar Puncak Jalil yer.
2) Cucur Cempedak (Bazar X) - Memandangkan Hans teringin sangat nak makan (dah macam orang mengidam) dan tengah melihat makanan-makanan yang dijual tu tiba-tiba terbau pula aroma cucur cempedak yang harum tu. Fuhhh!! Pergi lah tanya kedai tu :-
Hans : Akak! Ini kira macam mana yer?
Penjual : 3 biji RM2!
Hans : Hah? Sorry? Berapa kak?
Penjual : RM2...3 biji bang!
Hans : Oh...okay! Bagi...bagi...(dalam hati terfikir asal mahal sungguh nih)..RM4 lah macam tu...
Datang pula dua orang Cina bertanyakan harga cucur cempedak dan bila dapat tahu harganya macam tu terus mereka tak jadi beli. Hans tak tahu lah kalau korang rasa harga tu murah ker tak tapi bagi Hans memang mahal sebab selalunya Hans beli RM1 dapat 3 biji. Paling-paling tidak pun kalau RM2 dia bagi 4 atau 5 biji tu boleh juga lah Hans pertimbangkan. Hans boleh terima kalau RM2 untuk 3 biji tapi besar-besar isinya. Ini kecil jer pun! Haihhh!! Tak tahu nak cakap lah akak nih punya lah nak untung sampai macam tu sekali! Tunggu Hans balik kampung nanti aku goreng satu buah terus. Murah pun murah! Nasib dekat sini tak ada masa nak masuk dapur jer. Hahaha!
3) Ayam Golek (Bazar K) - Sebab apa Hans tak percaya sangat bila orang beratur panjang ini bukti kedai tu sedap sebab Hans dah terkena dengan kedai ayam golek ini. Seekor dijual RM16 dan memang tak lah aku nak mengketedarah semua tu. Jadi, penjual kedai nih juga ada jual setengah ekor dengan harga RM8. Hans pun belilah dengan harapan nanti kalau ada kawan minta boleh juga Hans bagi sebab setengah ekor pun banyak. Dan Hans sebenarnya beli ayam tu jer sebab bercadang nak makan ayam dengan kuih jer. Sekali ayam tu masak luar jer!!! Dalamnya ada bahagian yang masak dan ada yang tak masak. Tak ker aku mencarut tiba-tiba depan ayam golek tu sebab geram!!! Tak faham juga lah macam mana boleh tak masak sedangkan hari-hari kau jual benda yang sama. Kesimpulannya bakar ayam sendiri juga lah yang confirm masak luar dalam.
Tetapi, alhamdulillah setakat ini Hans tak ada lagi lah terbeli makanan yang berbau atau berulat ker. Syukur sangat-sangat! Tak dinafikan ada penjual makanan di bazar makanan yang memang di bulan lain pun berniaga makanan. Ada yang baru cuba berniaga dan alhamdulillah makanan mereka memang sedap. Ada juga yang berniaga sebab nak kejar keuntungan jer dan semestinya harga cekik darah tetapi rasa makanan memang tak boleh belah. Hans sebenarnya berharap sangat sesiapa yang nak jual makanan di bazar Ramadan nih kalau boleh tu biarlah korang nih memang tahu memasak. Jangan lah tak pandai masak tapi beriya-iya juga nak menjual dan akhirnya korang disumpah seranah oleh pembeli. Bab tak sedap tu tak apa lagi tetapi tolonglah jangan cekik darah dan jaga kualiti serta kebersihan makanan.
Ada pula sesetengah orang nih yang jenis suka kutuk pembeli-pembeli di bazar Ramadan nih. Kata mereka kalau asyik mengadu jer jangan beli! Masak sendiri! Tetapi, kepada yang suka mengutuk tu korang kena faham lah bukan semua pembeli tu yang bekerja ikut waktu pejabat. Ada yang bekerja sampai malam. Ada yang tak tentu masa. Yang kerja pejabat pun tak sempat nak balik masak kalau dah nak menghadap kesesakan jalan jer dah lebih sejam. Nak tak nak terpaksa lah beli dekat bazar Ramadan. Dapat beli makanan yang sedap dan berkualiti...alhamdulillah! Cuma kalau dapat makanan yang buat perut kau meragam...tak akan kau nak senyum??
Kepada peniaga-peniaga bazar Ramadan(terutama yang mengejar keuntungan semata-mata)...kami nih sebagai pelanggan anda dan selain membeli makanan untuk mengisi perut kami sewaktu berbuka...kami juga sebenarnya membantu perniagaan anda! Bab rasa itu sebenarnya subjektif. Mungkin Hans beli makanan kamu dan Hans rasa tak sedap tetapi mungkin orang lain suka. Tetapi, yang Hans nak tekankan disini ialah :
1) Jagalah dari segi kualiti makanan. Makanan tu biar masak betul-betul! Jangan mentah di dalam! Potong tau selera dengan emosi waktu berbuka!
2) Jangan lah kitar semula makanan dua hari lepas untuk dijual pada keesokan hari! Kerajaan suruh kitar semula barang terpakai jer tapi itu korang tak nak pula buat (kalau buat Alhamdulillah) tetapi kitar semula makanan juga yang korang nak buat. Korang tahu tak azab keluar masuk bilik air? Kesian lah pada pelanggan korang yang sampai tak boleh berpuasa keesokan hari sebab makanan yang korang jual tu dah basi atau sebagainya.
3) Bab jual air tu kalau boleh jangan lebihkan ais dengan gula. Lebihkan kordial atau isi buahnya. Korang letak situ Air Tembikai tetapi bila minum rasa macam sirap jer pun. Kadang-kadang ais yang lebih daripada air. Hans jarang beli air dekat bazar melainkan bila balik Kedah nanti confirm akan pergi beratur dekat bazar Ramadan Jalan Stadium sebab nak beli Air Teh Bunga Terbaikkkkk. Korang yang jual air ini insyallah mesti untung jadi lebih-lebihkan lah sikit apa yang patut tu.
4) Bab harga lah yang wajibnya! Macam tadi Hans cerita pasal cucur cempedak tu. Ada juga jual air sebungkus RM5. Apa kejadah tu? Bukan bungkus besar tetapi bungkus kecil! Kalau betul sedap tak apa juga tapi...faham-faham sendiri lah! Tak tahu lah sebab apa korang jual mahal..mungkin sewa tapak mahal ker apa ker...tetapi ada juga penjual dekat kawasan bazar yang sama jual murah pula dari korang. Hahaha! Memang lah berniaga semua nak untung tetapi ambil untung banyak sangat pun tak baik juga. Sama-sama lah beramal untuk orang yang beli makanan atau minuman yang korang jual untuk berbuka nanti.
Jadi, setakat ini sahaja lah rasanya coretan Hans pada kali ini. Kalau korang ada pengalaman menarik di Bazar Ramadan sama ada pengalaman tahun ini atau sebelum ini tidak kiralah pengalaman manis atau buruk...boleh kongsikan di ruangan komen yer. Jadi, selamat beramal di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Assalammualaikum :)
amboi hang hans skali menulis hatudiaaaa.... aku pon tak berkesempatan lagi p bazar jalan stadium tu
BalasPadamaku mana pergi lagi bazar jalan stadium..hujung2 ramadan baru pi
Padamsesekali tulis memang la panjang..hahaha
panjang lebar entry ek?hahaha
BalasPadambuat sy lapar je nihh.. hadoiii
cucur cempedak mahal gilaaaaaaaa...baek buad sendiri lagi bagussss.hahaha
tahu xper...kalau dekat rumah memang goreng sendiri jer
PadamAkak Jm x pegi lagi bazar ramadon tahun sbb apa kualiti mknan agak menyakitkan hati dari mengeji je baik x yah g beli. Ada pengalaman buruk ngan bazar ni sbb tu dh lama x pegi masak ikut suka nak kaut untung je lebih tp kualiti x jaga. So masak sendiri wlau x sedap mcm chef yg masak :-)
BalasPadamtu la pasal
Padamada yang berkualiti tapi tak banyak
kesian kan yg betul2 ikhlas berniaga tapi akhirnya sebab ada yang hampeh...tak pasal2 dia pun kena..
semalam pun ika cerry berry sbb beli mknn kt bazar.. pastu harini lak x terbangun sahur.. mmg lembik gile la harini.. rase cam lmbt je nk smpai wktu buke.. tp mmg xde choice, nk msk, balik kje pn dh kul bpe.. dok bujang, camni la.. haa.. kn dh ade sesi meluah perasaan kt sini.. maaf ye tuan tanah.. :)
BalasPadamtak apa...memang saya suruh share pengalaman pun :)
Padamtu lah...Hans tahun nih alhamdulillah tak ada lagi lah kena cirit birit
tahun lepas rasa pernah sekali
ahahaa..syoomell laa dialog2 kat gambaq2 tuhh!! >.<
BalasPadamhahaha...lama xbuat komik..tu terasa nak buat tu
Padamhaha tersengih sendiri membaca dialog2 di atas..
BalasPadamhehehehe
Padammemang niat nak hiburkan pembaca dengan buat dialog2 macam tu :)
bagi aku laa kan hans...peniaga bazar nie tergolong dari 2 jenis...
BalasPadam1) memang dia peniaga full time yang amik tapak kat bazar ramadhan...
2) peniaga yang hanya berniaga pada bulan ramadhan...
masalah timbul normally kepada golongan no 2 nie...disebabkan dia bukan peniaga full time jadi kekadang dia tatau mcm mana nk preserve makan dan kekedang simpan makanan hingga busuk dan dijual tanpa disederi...memandangkan dorang nie hanya nak berniaga bulan pose jadi mereka nie tak kisah pun letak harga mahal sbb mereka nak berniaga sebulan jer..itu pendapat aku laa...hehehe
Regards,
-Strider-
yups..mcm yang ku tulis tu...golongan nombor 2 tu yang buat spoil tu
Padammak aiiii...memang mahal cucur tuh..kalau dah mengidam bolehlah beli kan..tapi kalau tak..memang x beli la.huhu
BalasPadamtahu xper
Padambeli sekali tu jer lah
mana beli dah
hahaha
tahun ni baru sekali jejak bazar.. tak minat aihh nak berjalan sesak gitu :)
BalasPadamhehehehe
Padamsometimes sesak-sesak best
sebab saya suka tengok gelagat orang
alhamdulilah peg bazar pon sebab nak cari popia basah... ok jer stkt nie dekat bazar.. btw cuma harga yg 3 rm2 tu mmg xley blah.. mahal kot..
BalasPadamtahu xper
Padammahal kan
hahaha
omakai mahainya....tak g bazar ramadhan lagi tahun ni..
BalasPadambagus lah :)
Padambulan ni, insyaAllah takkan jejak ke bazar. bukan xnk support org melayu tp kualiti dan kuantiti tu. Aku lebih rela masak sendiri. hehehe hai hans. igt aku lagi x ? heee
BalasPadamingat
Padam:)
pengalaman manis:
BalasPadamsaya memang sejak kecik, kalau pergi bazaar ramadhan je mesti datang lambat.
bukan tak sengaja lambat, tapi memang intended pun.
sebab apa ? mesti pelik kan?
SEBAB NAK DAPAT HARGA MURAH LA !! HEHEHE
selalu org yg meniaga akan diskaun kaw kaw kalau nak tutup tak. nak clear punya pasal
itula pengalaman manis saya :P
tak suka pergi lewat-lewat :)
Padamselalu gi bazar beli air jer...so far sini punya bazar makanan idak ler mahal sgt pun...air sebungkus RM1 lagi...yang lain-lain macam kuih semua tue tak tahu pulak ghupe cm mna sbb xprnh beli...hehe
BalasPadambazar mana tu?
Padammurah yer
Nafsu saya untuk ke bazar Ramadan tahun ni dah hilang, walaupun bazar tu dok depan pintu pagar tempat kerja saya. Saya selalu beli kat Petronas je makanan untuk berbuka puasa sebab selalunya sampai rumah, langit dah gelap, tak sempat nak berbuka kat rumah, maklumlah, perjalanan je dah sejam.
BalasPadamowh jauh yer tmpt kerja dari rumah
PadamJauh juga. Dalam 50 km sehala.
Padambelum pegi lagi :)
BalasPadamwah bagus lah masak sendiri
PadamKadang2 bulan Ramadhan la bulan yang peniaga suka ambil kesempatan. Kalau nak kaya cepat pun biar la kena caranya. Zumal pernah beli kuih kat 1 gerai, rasanya sedap la esok kita nak cari lagi kan... Tapi esoknya tu dah tak sedap, kuih semalam yang tak habis. Keras macam batu. Kalau semua boleh buat sendiri kan bagus :)
BalasPadamitu lah kan
Padamsebab tu Hans cakap peniaga ni kena ingat sebenarnya mereka berniaga nih bukan setakat nak untung tapi sebenarnya mereka beramal kepada orang yang berpuasa dan beli makanan mereka
saya gi bazzaar selalunya tengok je..hehehe..lepas tu balik
BalasPadamaneh tu
Padamhahaha
Tahun ni, dah 2 kali saya sakit perut.... tobat xnak pergi lagi dah...
BalasPadamuishhh
Padambeli makanan apa yang sakit perut tu?
cempedak 3 biji rm 2 mmg mahal sbb satu buah cempedak yg cuma berapa rm tu dalamnya blh jual byk ...
BalasPadamitu la pasal
Padammahal gila kan
df kene food poison sebab makan roti john . sangat terseksa =.=
BalasPadamuishhh
Padamroti john pun?
haihhhh dasyat
tahun lepas slalu beli kt bazaar ramadhan tpi tahun ni kurang sikit. tpi makanan kt bazaar sedap jugak rasa dia
BalasPadamkalau dapat yg sedap alhamdulillah
Padamwalaupun kita bukan peminat nasi kerabu, tapi tengok gambar macam best je nasi kerabu tu...Nway kita pun agak terkejut pasal cempedak goreng tu ...kita orang beli last wo day...4 biji RM2...rasanya agak mahal coz cempedak tu kecil sangat..hmmm..
BalasPadamhehehehe...
Padamnasi kerabu tumis puncak jalil sedap owhhh
assalamualaikum hans...mama belum pernah lg pi bazar ramadhan puasa tahun ni ...rasanya masak kat rumah lebih baik n sedap kot..:)
BalasPadamyups
Padammasak sendiri lagi best :)
Sejak 1 Ramadan sampai sekarang, belum pernah lagi menjenguk bazaar, semua makanan mummy yang sediakan. Alhamdulillah. ^_^ Selamat beribadah di bulan puasa.
BalasPadamuntunglah mummy masak :)
PadamSeminggu pergi bazaar hehehe...sekali terkena beli ikan kari seketul sampai rm 8 , lepas tu terus insaf...sekarang ni hari2 masak..
BalasPadammak aihhh
Padammahal gila
Hari ke 3 puasa ayu xsihat. Enciksuami beli nasi ayam. Nampak yummy tapi nasinya jelantah. Sob sob..
BalasPadamadoiiii
Padamnasi kalau lembik boleh makan lagi
kalau jelantah memang tak leh telan
bulan pose kali ni xde minat nak pi bazar
BalasPadammalas nak sesak2
mujur stay dgn parents, so mmg ibu dah prepare seme
balik keje boleh mentekedarah haha
untunglahhhhhh
Padamhahahaha
Macam-macam kes ada kalau kat bazar ramadhan ni. Kita gunakan kuasa kita pengguna, tak suka tak perlu beli. mesti nak kena tanya harga dulu biasnaya.
BalasPadambukan nya pasal tak suka tak perlu beli bro
Padammaksudnya disini awal-awal kita membeli pada peniaga tu
makanan nampak sedap tapi hakikat tak
selalunya kalau dah tak sedap memang tak beli dah
cuma kesian bila ada pelanggan yang terkena bila pertama kali beli pada peniaga yang salah :)
mak aooooii...mahalnye donat rm10 sbiji??boleh buat mkan 2 hari tu..agak2 la,orang laen pun manusia jugak..
BalasPadamhahahaha
Padambro...
tu dialog rekaan jer lah
kalau betul donat sebiji RM10...dah lama jadi muka depan akhbar malaysia
betul tu.. penjual kalau nak letak harga mahal tak kesah pun tapi biarlah kena dengan quality dia..jgn ingt nak cepat untung ja sampaikan org yg membeli teraniaya...uhu
BalasPadamyups
Padambetul tu
Belum sempat pegi bazar lagi. Nak pegi malas sebab sesak sangatt.
BalasPadamhahahaha
Padamsaya sekarang suka kalau bersesak nih
rasa meriah jer suasana
hahaha
wahh banyak lauk ni, sedap berbuka puasa
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com