Assalammualaikum dan salam sejahtera semua pembaca hanshanis.com sekalian. Walawehhhhh! Selamat tahun baru 2015 yer semua! Sebenarnya Hans dah lama nak berkongsi percutian ke Bukit Gambang Resort City ini tetapi asyik tak ada masa jer. Kali ini Hans bercuti bersama 3 orang rakan baik dan memang riuh-rendah lah kalau bercuti dengan tiga-tiga manusia nih. Jadi di bawah adalah sedikit butiran tentang percutian dan perbelanjaan kami di Bukit Gambang Resort City nih.
Lokasi:
Gambang Resort City, Kuantan
Tarikh:
28-30 November 2014
Bilik:
Caribbean Bay Family Suit
Pakej:
2 x sarapan @ Caribbean Cafe (4 pax)
1 x makan malan @ Caribbean Cafe (4 pax)
1 x Safari Park Tiket (4 pax)
1 x Water Park Ticket (4 pax)
Harga Keseluruhan:
RM1100
Perancangan nak bercuti ini dah lama dan akhirnya impian untuk bercuti bersama kawan-kawan berjaya juga dilaksanakan. Dengan baget masing-masing RM350 jadi percutian kali ini memang tidak membebankan daripada segi kewangan. Jadi, pada pagi Jumaat yang indah lagi permai dan muhibahnya suasana(HAHAHAHA!) maka Hans dan rakan-rakan pun bertemu di Shah Alam dan kami bergerak dengan sebuah kereta ke sana.
Masing-masing memang bersemangat menikmati cuti kali ini cuma emosi aku sedikit terganggu disebabkan satu panggilan daripada seseorang yang sel-sel otaknya masih belum berhubung dengan sempurna. Sabar jer lah! Hahaha! Apa-apapun, nasib segala-galanya berubah apabila perut diisi dengan makanan. Hehehe!
Kami singgah di sebuah kedai makan. Hans lupa tetapi memang banyak kedai makan disitu. Hans sebenarnya makan nasi ayam tetapi disebabkan nasi ayam tu tak sedap sebab nasi tu macam mentah jer jadi memang tak ada semangat nak ambil gambar. Memang spoil betul lah mood aku pada hari pertama nih. Akhirnya, saat dinanti-nanti telah tiba! Bukit Gambangggggggg! Aku datangggggg!!!!
Hahhh!! Tudiaaaa! Pintu gerbang dah macam istana dah! Semangat nih masuk ke dalam mencari tempat penginapan yang dah di tempah 3 minggu sebelum nya. Dekat sini ada dua jenis bilik iaitu Arabian dan Caribbean. Memandangkan kami berempat merasakan kami orang kaya jadi kami pun sepakat bersetuju untuk memilih Caribbean Bay Suites sebagai tempat bermalam kami sepanjang di Bukit Gambar Resort City nih. Hahaha!
Tunggu lagi! Bergambar lah dalam 30-40 keping dulu sebelum check in bilik. Hahahaha! Bila sampai jer dekat sini memang terus lupakan hal-hal kerja. Nama pun cuti kan jadi bercuti lah sepuas-puasnya. Wah! Memandangkan perjalanan 3 jam lebih daripada Shah Alam ke sini, jadi memang badan terasa letih lah memandu walaupun hakikatnya aku cuma duduk di belakang dan tidur jer pun! Memandangkan sampai disini pun waktu petang, jadi rasa rugi pula kalau terus gunakan tiket yang ada untuk masuk ke Gambang Water Park atau Gambang Safari. Jadi, aku dan yang lain buat keputusan untuk pusing-pusing menikmati alam kehijauan sambil survey dulu tentang apa yang menarik disini.
Bergambar siap-siap lah sebab esok nak pergi mandi jer dekat sini!
Tak ada masa dah nak snap-snap gambar nih jang!
Aku tak tahu lah asal muka masing-masing happy sangat!
Terima kasih Chinese Uncle sebab ambil gambar kami berempat dekat sini! Hahaha!
Semangat dok selfie alih-alih kena candid pula! Hahahaha!
Apa tujuan ambil gambar nih? Habiskan bateri phone? Betul! 10 markah!
Terima kasih sangat Bukit Gambang Resort City sebab letak singa nih!
Nampak sikit kekuatan dan keberanian aku biar tangan sendiri digigit singa!
Dah penat bergambar, berselfie dengan bergelak ketawa jadi memang lah perut tu asyik berbunyi 60 kali dalam seminit. Dalam pakej yang kami beli tu ada satu baucer makan malam. Jadi, kami kena pilih sama ada nak gunakan baucer tu untuk malam pertama atau malam kedua. Fikir punya fikir jadi kami ambil keputusan - Hari Pertama! Yehaaaaaaaaaaaaaa!
Sebab kelaparan yang amat sangat jadi memang fokus makan jer! Tak ada masa dah nak ambil gambar makanan-makanan nih! Makanannya biasa-biasa jer tapi asalkan kenyang dah syukur alhamdulillah! Malam pertama kami berempat habiskan masa di bilik sambil tengok filem seram di TV3. Hahaha! Nak kena rehat secukupnya sebab esok jadual kami padat dari siang sampai ke malam!
BERSAMBUNG.......
Dah lama nak p sini... Insya Allah ada kesempatan pada tahun ini...
BalasPadampergi lah...so far seronok dekat sini :)
PadamBanjir hari tu ada efek dekat tmpat ni tak??
BalasPadamMerancang jgak nak ke sana bercuti...
aku pergi hujung bulan 11 hair tu cero...tak pasti lah now tempat ni terjejas banjir ker tak
Padamakak pergi last 2013
BalasPadamtapi just tengok pertunjukan haiwan je
kat arena, ehee
best nya..tengah rancang nak pi
BalasPadambest nya
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com