Pengalaman Batu Karang Menyerang

Assalammualaikum semua. Saja nak kongsi sikit pengalaman disahkan menghidap penyakit batu karang di usia yang belum pun menjangkau 30 tahun. Adoiyai!! Muda-muda lagi aku dah kena penyakit batu batan nih.

Kisahnya di tengahari Khamis yang indah permai....memandangkan hari Khamis jer aku cuti (buat masa sekarang)....jadi aku ambil kesempatan dengan menonton wayang lah. Cerita Batman VSuperman tu. Tengah 15 minit + 10 minit iklan tiba-tiba aku yang tengah cuba menyelami hati batman nih tiba-tiba diserang sakit perut yang maha dasyat. Wehhhh! Pertama kali rasa sakit menusuk-nusuk ngilu yang tak pernah dialami. Apa yang terlintas dekat fikiran... "Aku sakit perut kut nih!"

Tapi jenis aku malas nak pergi tandas bila tengok wayang nih. Macam-macam posisi duduk aku ubah sampai aku dah fikir tak boleh jadi nih. Makin sakit dan sakit tu tak pernah berhenti. Akhirnya aku keluar pergi tandas tapi tak ada apa proses berlaku. Jadi, aku mula dok risau aku ni kena gastrik ke? Appendix ker? Tapi aku sakit belah kiri....kalau kiri ni selalu gastrik tapi masalahnya aku makan jer tadi.

Terus keluar dari wayang dan balik menuju ke klinik berdekatan rumah. Sampai dekat klinik, doktor kata aku kena gastrik. Okay! Masa tu aku fikir macam tu rupanya orang kena gastrik! Sakit gila kut! Jadi, aku beli lah nasi tapi aku makan dalam tiga suap dan terus makan ubat sampai tertidur sebab tak tahan sakit sangat.

Esok paginya masa bangun tu macam okay tak ada apa-apa. Jadi, bersiap nak pergi kerja macam biasa. Lepas mandi jer tiba-tiba perut sakit balik macam semalam tetapi lagi dasyat. Aku fikir lah tak akan gastrik serang waktu macam nih? Bukan aku bangun kul 1 tengahari...aku bangun pagi-pagi kut! Jadi, aku capai roti 2 keping dan makan dengan segera. Lepas tu aku makan ubat gastrik tetapi tak ada apa-apa perubahan. Berguling-guling aku atas katil dah tentu arah.

Akhirnya, aku gagahkan diri ke klinik dan buat pertama kalinya aku minta dekat akak jaga kaunter tu yang aku nak masuk dulu sebab memang tahap kesakitan aku dah diluar kawalan. Doktor mula-mula cucuk aku dulu dan biarkan aku 15 minit tetapi tak ada sebarang perubahan. Kemudian doktor bagi aku ubat untuk aku makan tetapi lepas 5 minit makan aku muntah. Akhirnya doktor cakap ubat dan suntikan tadi untuk kesan sama ada aku gastrik atau appendiks tetapi sebenarnya dua-dua tu aku tak ada. Akhirnya dia buat surat refer aku ke mana-mana hospital.

Aku keluar jer dari pintu klinik aku dah tak boleh berdiri dan tak boleh membongkok. Senang cakap betapa sakitnya sampai apa sahaja posisi badan aku masa tu semua tak kena. Aku duduk depan klinik dan telefon budak rumah minta tolong hantar hospital. Aku tanya ejen insurans Prudential aku....hospital mana yang terdekat dengan area Bukit Jalil nih yang aku boleh pergi. Dia bagi 4-5 nama dan akhirnya yang paling dekat Columbia Asia Puchong.

Sampai sana jer memang terus lah kena check badan semua kan. Aku siap minta kerusi roda lagi sebab memang tak boleh nak berjalan. Selepas dah uji darah, buat ultrasound apa semua dan akhirnya aku disahkan ada batu karang dekat buah pinggang kiri. Dan yang buat aku sakit sangat tu sebab batu karang tu pecah. Jadi, bila bergesel dengan isi ker apa dalam tu yang buat aku sakit sangat tu. Aku juga ditahan dekat wad. Masa tu aku risau juga bila kena tandatangan satu borang nih yang kata aku setuju bayar kalau pihak insurans tak cover.

Masa tu aku dah memang sakit jadi aku tandatangan jer sambil terus mesej ejen insurans aku. Ejen aku cakap jangan risau. Jadi, 2 hari 1 malam lah aku berada di wad sana. Hari kedua aku diminta berpuasa dan alhamdulillah aku tak sakit. Kalau sakit memang kena buat operation laser lah jawabnya dan tak tahu pula berapa lama kena duduk dekat sana. Walaupun memang layanan dan servis hospital bagus tetapi siapa lah yang suka duduk hospital kan? Hahaha!

Alhamdulillah, masa aku dah boleh keluar wad dan pihak insurans pun dah luluskan semua bayaran. Walawehhh!! Terkejut aku tengok jumlah bil sama dengan gaji aku sebulan. Hahahaha! Alhamdulillah rezeki aku sebab dah beli insurans lama dah dan aku cuma bayar RM10.60 sahaja. Jadi, sekarang tengah makan ubat pecahkan batu karang dan banyak minum air dengan harapan agar kesihatan aku kembali seperti sediakan. Siap diberi cuti seminggu lagi. Fuhhh!!!

Jadi, disini selain bercerita tentang penyakit batu karang aku yang aku sendiri tak pernah tahu ada dengan harapan agar korang semua doakan kesihatan aku semakin pulih....aku pun nak juga lah suntik sedikit kesedaran korang semua terhadap kebaikan insurans. Masa dulu aku beli insurans nih pun sebab aku tengok ada seorang pekerja dekat ofis aku nih yang sebab stress tiba-tiba pengsan selepas karaoke dan disahkan kena serangan strok. Nak tak nak terpaksa bayar duit sendiri sebab tak ada insurans. Nasib lah dia ada duit dan adik beradik pun berada. Masa tu aku terfikir memandangkan aku nih bekerja sendiri jadi baik aku beli insurans.

Dah lebih setahun macam tu bayar insurans...aku tak pernah sakit...tak pernah kemalangan...alhamdulillah! Tetapi, biasalah ada sesetengah orang nih yang ada jugalah cakap dekat aku,"Rugi jer lah kau bayar bulan-bulan insurans....bukan jadi apa pun!" 

Aku pun kadang-kadang ada terfikir...betul juga kan....sebulan aku bayar RM150....setahun dah dekat RM1800....tetapi dalam masa yang sama aku fikir Allah dah gerak hati aku untuk beli insurans dan mesti ada lah hikmah tu. Bila dah diuji macam nih aku memang bersyukur sangat-sangat sebab kalau tidak mana lah nak cari duit gaji sebulan masa hujung-hujung bulan nih. Hahaha!

Memang akan ada yang cakap hospital kerajaan ada...tak dinafikan betul cuma kalau ikut rasa sakit masa tu....aku tak tahu lah aku boleh tahan ker tak sebab serius memang sakit. Jadi, bagi aku sendiri...aku memang bersyukur sebab hati aku digerakkan oleh Allah untuk beli insurans. Jadi, kepada yang bekerja sendiri macam aku nih....korang peruntuk lah sedikit duit gaji korang tu untuk beli insurans. Memang lah masa tak sakit korang tak nampak kelebihan bayar bulan-bulan tetapi bila sekali datang dan penyakit yang datang tu bukan calang-calang...In Sha Allah mesti korang akan rasa lega gila bila Allah kurniakan rezeki dekat korang dimana semuanya pihak insurans bayar.

Sekadar perkongsian berdasarkan pengalaman sendiri. Assalammualaikum :)

19 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Salam bro. Aku pun baru lepas kena bulan lepas setelah kencing berdarah dan sakit perut. kerap minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Jangan kerap tahan kencing. Avoid makanan yg tinggi uric acid. Semoga cepat sembuh. 👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh..senasib :)
      tapi aku sebab asid urin..kurang minum air kosong..
      bukan sebab tahan kencing :)

      Padam
  2. scary la weh. take care! semoga cepat sembuh. aku dulu pernah kene kencing tak lawas tapi alhamdulillah la x sampai lagi tahap batu karang.

    BalasPadam
  3. bahayenye.. semoga cpt sembuh ye..

    BalasPadam
  4. terima kasih atas perkongsian pengalaman.. kawan saya sampai kena buat laser untuk pecahkan batu karang tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes...kalau lagi teruk kena operation..laser tu kira masih kecil lagi tu

      Padam
  5. Aku masuk Kali ni dah 3 Kali kene Batu karang ginjal..sakit Nye Allah je yg Tau...rasa cam nak mati...

    BalasPadam
  6. boleh share berapa kos rawatan x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. alamak saya tak pasti sebab insurans yang cover semua
      cuma kalau gov memang murah dari swasta
      kalau swasta siap duit lah..haha

      Padam
  7. condition sekarang macam mana? semoga baik baik sahajaa 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah sekarang nih okay
      setakat nih baik lah
      harap tak jadi lah balik batu tu

      Padam
  8. Batu karang tu saiz brp mm /cm???

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah lupa dah
      tapi kecil jer pun
      cuma dia pecah-pecah

      Padam
  9. ya allah...seramnya baca kena batu karang...semoga sihat2 saja ye...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama