Tahun 2017 nih menandakan masuknya tahun kelima aku menjadi perantau mencari sesuap ayam goreng dan sebiji pizza sebagai rezeki harian. Dalam masa lima tahun nih memang syukur sangat-sangat menyewa pun cuma tiga rumah sahaja.
Rumah sewa pertama di Damansara Damai. Memang damai juga lah tempatnya masa tu dan kedai makan pun banyak. Yang penting rumah masa tu dekat dengan pasar malam. Aku sebagai peminat makanan yang menyihatkan seperti buah-buahan nih memang suka lah membeli-belah dekat situ. Walaupun jarak dari rumah ke tempat kerja di Bukit Jalil tu dalam 35 minit ke 45 minit juga lah tapi tak kisah. Maklumlah jiwa muda lagi masa tu.
Rasanya tak sampai setahun aku dengan kawan baik aku si Fizi tu pindah sebab bagi ruang kawan lagi seorang si Botak tu untuk duduk dengan adik-adik dia dekat situ. Jadi, carilah rumah baru dan dapatlah satu rumah ni di Puncak Jalil. Namanya Apartment Casariana tak silap aku. Jarak nak pergi tempat kerja pun dalam 15 minit jer. Kawasan situ pun syurga makanan. Rumah cantik. Seronok gila duduk situ tetapi apakan daya bila pemilik rumah buat pasal pergi jual rumah tu tanpa pengetahuan kami yang menyewa nih...rasa macam gunung berapi meletus jer.
Alhamdulillah, hikmahnya disitu dapat jumpa rumah dekat Bukit Serdang nih. Jarak dari rumah pergi tempat kerja dalam 5 minit ke 10 minit jer. Makin lama makin dekat. Makin dekat maka makin lambat lah masuk kerja. Meeting pukul 10 pagi pun tak risau kalau bersiap pukul 9.30 pagi. Tapi jenis aku perlukan masa yang banyak juga. Walaupun tak bersolek tapi tak tahu asal perlu masa. Padahal pakai pomade jer pun. Hahaha!
Selama nih aku selesa menyewa dengan orang yang aku kenal. Daripada rakan universiti sampai lah ke rakan tempat kerja. Bila dah kenal paling tidak kita tahu hati budi dan sikap orang nih. Kau pengotor ker pembersih ke pemalas ker paling tidak kita dah bersedia dengan macam bencana yang bakal dihadapi. Tetapi, macam aku cakap dalam entry sebelum nih bila mana-mana masing ada rezeki dah jumpa jodoh masing-masing...yang tercongok aku lah dekat rumah nih.
Dah nak masuk 4 tahun sewa dekat sini cuma sekarang misi mencari budak baru untuk sewa rumah memang sukar betul. Tak tahu lah kenapa. Mari aku senaraikan sikit calon-calon yang pernah kata nak duduk menyewa dekat rumah ni bermula pada bulan November 2017 yang lepas.
Calon 1 : Seorang gadis whatsapps aku tanyakan untuk kawan lelaki dia. Kawan lelaki dia nih dah umur 40 tapi bujang. Bila dah bagi semua detail dan katanya tak jauh dengan UPM. Dia cakap kawan dia akan mesej tapi dah masuk Tahun Baru Cina tapi tak ada pun. Hahaha!
Calon 2 : Budak muda. Umur dalam 22 macam tu. Orang Pulau Pinang. Sekapai juga dengan aku lah nih. Dia whatsapps aku tanya pasal bilik sewa nih dalam pukul 1.30 pagi yer. Dalam masa yang sama ada calon 3 pun mesej juga. Dua tiga hari juga dia whatsapps aku tanya itu ini. Sampai akhirnya dia dah bagitahu aku dia memang nak dan nak datang minggu depan. Minggu depannya dia tak jadi datang sebab katanya tempat kerja dia tunda tarik kemasukan. Dia kata dia akan datang masa tarikh baru tu. Pada malam sehari sebelum tarikh dia nak datang tu dia dah memang bagitahu aku dia confirm nak. Esok paginya dia kata tak jadi sebab katanya kawan tempat dia kerja ajak duduk rumah syarikat. Aku masa tu terkedu kejap. Rasa nak marah pun ada. Sebab apa? Sebab bila dia dah confirm jadi aku dah reject calon nombor 3.
Calon 3 : Budak muda. Umur pun sama macam calon 2. Tempat kerja pun sama. Orang Pahang. Ikutkan baik budaknya. Aku dah bagitahu dia calon 2 dah confirm kan awal dah dan aku minta maaf dekat dia. Dia pun kata tak apa lah. Nak buat macam mana dah tak ada rezeki dia sebab dia nak datang tengok rumah dah. Tapi bila calon 2 dah cancel jadi aku tanya balik calon 3 dan dia dah jumpa rumah lain. Jadi, itu yang aku rasa macam nak marah dekat calon 2 tu sebab dia tahu calon 3 pun nak sewa rumah nih juga. Aku positifkan diri aku yang budak tu nak jimat dapat duduk rumah syarikat tapi bahagian hati aku pula tak puas hati sebab dia dah berjanji. Antara jimat dan janji mana yang lebih penting dan bermaruah? Ikut korang lah nak fikir apa tapi aku memang tetap rasa marah bab tu. Hahaha!
Calon 4 : Budak muda. Orang kampung aku lah dari Kedah. Nak duduk sewa tapi dengan 3 orang lagi kawan dia. Mak aihhh!!! Dah macam zaman student dah aku rasa ramai-ramai nih. Hahaha! Tambah pula tu nak sewa bilik kecil jer tapi nak duduk 4 orang. Bangla yang menyewa dekat sini pun tak ramai macam tu satu bilik. Hahahaha! Aku cakap kalau 2 orang boleh lah. Kalau 4 orang memang tak dapat. Kang macam-macam boleh jadi tambah aku pun menyewa situ. Bukan pemilik rumah.Tetapi, bila semak balik jauh rumah nih dengan tempat kerja dia. Dan tak jadi lah tapi dah jadi member dah budak tu dengan aku. Hahaha!
Calon 5 : Budak muda juga. Umur lebih kurang juga dengan calon 2, 3, dan 4 tadi. Nak sewa bilik juga sebab katanya sekarang duduk hostel dengan Bangla-Bangla. Tapi baru mula kerja. Ramai cakap dekat aku kalau boleh ambil yang kerja stabil tapi aku nih positifkan diri tak kisah lah. Aku nih kesian juga fikir budak-budak nih baru mula kerja. Teringat zaman aku baru mula kerja betapa derita nak kumpul deposit rumah. Tapi, diam membisu pula lepas tu.
Calon 6 : Ini umur dah 24-25 tahun. Orang Sabah bah. Baik juga budaknya. Ikutkan tempat kerja dia dekat area Sri Petaling jer. Memang dekat lah dengan rumah sewa aku nih. Kerja pun jurutera. Cuma masalahnya dia tak ada kenderaan buat masa nih sebab dia dari Sabah. Aku rasa itu kut puncanya sebab lepas tu dia pun diam membisu bak angin yang sepoi-sepoi bahasa.
Calon 7 : Ini kira orang kampung aku juga lah nih. Budak Kedah. Umur dalam 23-24 tak silap. Baik juga budaknya. Ini mula-mula dia kata memang nak sewa. Aku okay jer. Dan dia ini calon tunggal setakat nih yang datang tengok rumah. Tengok bilik. Aku bersembang dengan dia dekat 2-3 jam juga lah. Lepas tu dia cakap dia nak sewa 2-3 bulan jer. Aku okay jer walaupun dalam hati tak apa lah sekejap pun. Kita tolong orang In Sha Allah nanti ada orang lain tolong kita. Masa dia nak balik dia dah bagitahu aku petang nanti dia nak datang hantar barang. Aku pun tunggu jer lah sampai ke petang. Tak ada pun datang. Aku whatsapps lah kalau tak sempat hari nih tak apa. Esok pun boleh sebab aku tak kerja esoknya. Dia baca whatsapps aku tapi tak reply. Sebelum nih laju jer reply. Esok tu aku mesej tanya lagi bila nak datang. Dia baca jer tapi tak reply.
Walawehhhhh!! Kau dapat bayang tak apa perasaan aku sekarang. Antara banyak-banyak calon nih, Calon 7 inilah yang sebenarnya membuatkan aku rasa sangat geram. Hahahaha! Bukan apa sebab dia dah berjumpa dengan aku. Aku pun layan elok jer lah. Kalau tak elok aku rasa tak adanya bersembang sampai 3 jam. In Sha Allah elok! Dan dia dah mempermainkan masa aku menunggu dia yang konon nak hantar barang petang tu. Itu pun aku tak marah lagi. Cuma bila aku dah whatsapps baca tapi tak balas tu, aku dah agak lah tak jadi cuma aku rasa sangat tak berbudi bahasa lah buat macam tu. Cakap jer lah kalau tak jadi sebab kau dah jumpa aku depan-depan. Sampai sekarang dia diam macam tu jer.
Sampai satu tahap aku dah macam malas gila dah nak iklan bilik sewa nih. Yang bertanya semua macam bagi harapan palsu jer. Tapi, kalau aku duduk seorang diri, membazir lah duit gaji aku nak membayar duit sewa rumah nih seorang diri jer. Inilah salah satu stress nya bila kau masih bujang di umur 29. Hahahaha!
Kadang aku sahaja merepek sendiri-sendiri fikir rumah sewa nih ada saka ker? Tapi, saka nih tak silap aku orang Melayu jer. Rumah nih pemiliknya orang Cina. Hahahaha! Entah! Buntu aku!
Doakan aku dapat jumpa penyewa baru yang baik dan pembersih yer. Letih dah 3 bulan mencari tak jumpa-jumpa nih.
P/S : Tajuk Entry Macam Tak Ada Kaitan Pun Kan?
punye la aku baca mengharapkan toyol ke ape yang jelma... cis...hampa
BalasPadamhahaha....nampak tak tajuk entry memainkan peranan...hahaha
PadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com