Ini adalah entry terakhir pengalaman aku sepanjang berada di negara Brunei Darussalam yang mendamaikan dan menenang. Selamat membaca :)
Ada hikmah semalam makan durian tu sebab tidur pun rasa selesa jer. Maklumlah sebab penghawa dingin sejuk kan. Ceria bebenar muka aku masa nih. Sebelum pergi Jerudong kena singgah dulu Regalia Muzium. Hah? Apa tu?
Inilah Regalia Museum yang merupakan tempat untuk kita belajar tentang sejarah kesultanan Brunei dan dalam masa yang sama kita boleh tengok pelbagai jenis hadiah-hadiah yang diterima oleh sultan daripada seluruh dunia serta banyak barang-barang sultan yang diperbuat daripada emas.
Hobi baru sekarang suka layan bumbung bulat atas nih. Hehehe! Disebabkan hanya ruang depan saja boleh ambil gambar...jadi aku tak dapat nak kongsi gambar-gambar kawasan lain sebab di larang bawa masuk telefon, kamera atau yang seumpama dengannya. Tetapi, memang seronok dapat tengok segala macam hiasan pelik-pelik dan juga sejarah-sejarah sultan Brunei yang sangat awet muda wajahnya. Dekat bawah nih aku kongsi sikit lah gambar-gambar alat kebesaran istana.
Sekali lagi hasil kreativiti Tuan Haji yang diminta oleh aku. Hahahaha! Terbaik! Masa aku dekat sini memang ramai betul pelancong dari Korea. Pegawai dan pekerja muzium pula bila tahu aku dari Malaysia makin ramah layanan mereka. Bagus betul orang Brunei nih.
Dari jauh dapat tengok Istana Sultan Brunei di tepi sungai nih. Kalau dari atas masa naik kapal terbang pun boleh nampak. Memang cantik dan luas istananya.
Rupa-rupanya dekat kawasan sungai pun ada buaya. Nasib tak nampak hari tu. Dia tahu aku nak datang lah tu...sebab tu dia takut dan sembunyikan diri. Muahahahahaha!!!!
Dari semalam aku bagitahu Tuan Haji yang aku nak makan ambuyat. Tak pernah makan sebenarnya. Selalu dengar daripada kawan-kawan aku di Sarawak dan Sabah jer. Aku nih berjalan merata dah tapi Sabah dengan Sarawak juga aku tak sampai-sampai lagi. Kawan dekat sana pun ada ramai. Hahaha! Jadi, Tuan Haji bawa aku ke Restoran Aminah Arif nih.
Ruang Restoran Aminah Arif nih luas, cantik dan yang paling penting tentulah bersih. Rasa macam orang kaya pula bila makan dekat sini. Hahahaha!
Bila pekerja dia datang bagi segala alat nak makan...tiba-tiba aku terpandang kayu yang macam chopstik tu tapi lain sikit bentuknya. Rupa-rupanya kayu tu nak guna untuk makan ambuyat kejap lagi. Terus cuak tiba-tiba sebab guna chopstik pun dah terkial-kial. Hahaha!
Sekali sampai mangkuk besar Ambuyat. Sudahhhhhhh!!! Matilah nak! Hahaha! Tapi Tuan Haji cakap ini kira kecil lagi. Dan kena cepat makan. Kalau dibiar lama nanti akan jadi keras.
Sambal nih sedap cuma tak pedas mana. Abang kan makan pedas. Tapi layan lah! Cicah dengan ambuyat :)
Daging urat nih serius sedap bak hangggggg!!! Abang memang suka gila makan! Sedap tahap terangkat.
Ikan Goreng lah. Takkan tu pun abang nak bagitahu hangpa lagi?
Yang nih sambal lain pula. Sekejap jer habis tu. Hehehehe!
Sayur Pucuk Ubi Masak Lemak cara orang Brunei nih pun sedap.
Masa nih Tuan Haji ajar aku macam mana nak makan ambuyat nih. Macam yang dia tunjuk dalam video tu. Aku pun terus lah cakap senang rupanya. Ingat susah. Tapi masa giliran aku nak makan...punya azab nak melipat-lipat ambuyat dengan kayu nih. Hahaha!
Hahahaha! Ini cubaan pertama aku! Belemoih bibiaq nak habaq mai! Terkial-kial betul nak melipat melilit. Sekali jadi seketul besar pula tu. Jenuh aku mengunyah. Hahaha! Tapi lepas-lepas tu dah terrer dah aku. Sedap bila makan dengan daging tu atau cicah sambal dekat situ. Kenyang aku makan ambuyat nih.
TARAAAAAAAAAAAAAAA!!! ALHAMDULILLAH!!!!!
Akhirnya dah sampai dekat kawasan Jerudong. Solat Zohor dulu dekat Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam.
Masa tu aku punya teruja tengok masjid-masjid besar nih sebab nak tengok keadaan dalam masjid macam mana. Hehehehe!
Banyak betul masjid-masjid dekat Brunei nih. Tiba-tiba rasa macam nak buat rancangan Jelajah Seluruh Masjid di Brunei pula. Hehehehe!
Ini yang abang teruja tu bila tengok. Lampu chandelier dia memang cantik. Masjid pun bersih dan wangi jer.
Layan buat time lapse kejap dengan tangan menggigil. Hahaha!
Inilah hotel ketiga dan terakhir yang aku duduk sepanjang melancong ke Brunei iaitu Rumah Persinggahan Bintang @ Star Lodge. Rupa-rupanya hotel nih tak jauh mana pun dari masjid tadi.
Memang bila masuk dalam hotel tu rasa cantik gila. Bersih! Wangi! Dan ini memang antara hotel yang bayaran boleh tahan lah kalau tukar kepada duit Ringgit. Hahaha!
Suasana dalam bilik. Katil ada dua sebab asalnya patut ada kawan aku nak ikut tapi tiba-tiba batalkan pula. Hotel nih selain dekat dengan masjid tadi juga dekat dengan kampung-kampung. Memang kalau nak menikmati pemandangan hijau memang rasa seronok lah. Dan jarak hotel nih dengan Jerudong Park pun tak jauh mana untuk orang muda macam abang nih.
Nak dijadikan cerita malam tu pula tiba-tiba hujan renyai-renyai. Aku dah rasa macam kecewa dah sebab ikut hati aku nak lah berhibur main roller coaster ker apa dalam nih. Masa tu tengah berbelah bahagi nak masuk ker tak sebab pekerja cakap permainan tak boleh main sebab hujan. Faktor keselamatan kan. Jadi, aku fikir-fikir masuk jer lah sebab duit Brunei aku pun banyak lagi. 15 Dolar Brunei untuk tiket dewasa.
Pintu utama Jerudong Park.
Banyak permainan boleh main sebenarnya kalau tak sebab hujan...sob sob sob!
Roda-Roda Jerudong Park...Hehehe!
Tempat main golf.
Masa aku masuk tu benda nih jer boleh main...memang tak thrill langsung untuk abang yang berjiwa berani dan lasak..hahaha!
Cantik kan?
Memang bersih dan cantik tempat nih.
Kebetulan malam tu ada sambutan bunga api. Terubat juga lah hati aku nih. Memang lama weh bunga api nya. Lebih 30 minit aku rasa. Tak tahu lah. Yang aku tahu memang lama gila. Hahaha!
Sebenarnya malam nih memang macam malang sikit lah untuk aku. Nak main permainan dekat Jerudong Park pun tak dapat. Nak makan Nasi Katok pun tak dapat. Menyesal aku tak beli masa pergi Pasar Gadong hari tu. Orang kata tak lengkap pergi Brunei kalau tak makan Nasi Katok. Dan aku memang rasa misi aku yang paling gagal ialah sebab nih. Jadi, aku tak tahu apa rasanya Nasi Katok tu. Kecewa gila! Semua kedai aku tanya semua cakap habis. Sedih betul hati ini!!!
Kawasan Jerudong Park, Food Court dengan Garden dia memang tempat warga Brunei dan pelancong dekat sini berhibur, makan-makan dan melepak-lepak. Memang meriah. Bila dekat sini memang seronok kalau kau ada kawan atau keluarga. Bila seorang-seorang macam nih terasa lah sunyi sikit. Cuma satu yang aku kagum sikit bila anak-anak muda Brunei dekat sini...dia punya pakaian ikut trend sekarang lah kan...ada yang gothic bagai tapi bila jalan depan aku siap tunduk macam kita tunduk bila jalan depan orang tua. Hahhh! Itu yang aku kagum sekejap tu masa tengah tunggu makanan siap. Jadi, malam nih abang balik ke hotel dalam keadaan sedikit kecewa. Kecewa punya pasal macam-macam makanan abang beli bawa balik hotel. Lepas tu mengah perut nak habiskan. Hahaha!
HARI KE EMPAT @ TERAKHIR
Sedar tak sedar dah masuk hari ke empat iaitu hari terakhir abang dekat Brunei. Sekejap gila rasa. Gambar di atas tu cuba nak sampaikan emosi supaya korang terasa kesedihan aku. Hahaha!
Inilah orang Brunei yang sangat berjasa dengan aku sepanjang aku melancong ke Brunei Darussalam nih iaitu Tuan Haji Zainal. Aku pun dah rasa dia macam ayah aku sendiri dah. Dia sanggup tunggu sampai aku check in masuk dalam ruang menunggu pesawat lah. Memang betul-betul baik Tuan Haji nih. Kalau tak ada dia memang tak merasa aku nak pergi banyak tempat nih. Allah S.W.T sahaja lah boleh balas jasa Tuan Haji. Semoga sentiasa murah rezeki, gembira selalu dan awet muda. Hehehehe!
Tamat sudah perkongsian pengalaman aku sepanjang berada di Brunei Darussalam. Banyak pengalaman yang aku dapat di sini. Antaranya ialah :
1) Kalau orang Brunei ada tawarkan pada korang untuk bantu sepanjang lawatan....aku yakin mereka sangat jujur dan pemurah. Masa aku di hari kedua, ada seorang orang Brunei yang pernah tawarkan dekat aku untuk bawa berjalan di Brunei hubungi aku. Dia nak bawa aku naik cruise. Aku terpaksa tolak sebab masa tu aku dengan Tuan Haji atas bot laju pula. Rasa bersalah tu tak tahu nak kata sebab nampak macam dia kecil hati tapi lepas tu alhamdulillah dia okay.
2) Aku rasa aku faham kenapa orang Brunei sangat suka bantu pelancong. Sebab jarak antara satu-satu tempat melancong di Brunei nih jauh. Macam dekat Kedah juga lah dimana tempat pelancongan bukannya duduk setempat. Kalau kau banyak duit kau boleh buat cara backpackers naik bas ker naik teksi ker apa ker dari hotel tetapi tengok lah nilai mata wang kau macam mana. Hahaha! Tambahan lagi susah sangat nak jumpa pengangkutan awam dekat sini sebab orang Brunei alhamdulillah hidup mereka dilimpahi dengan rezeki.
3) Aku masih rasa tak lengkap lawatan aku ke Brunei nih sebab aku tak makan lagi nasi katok. Hahahaha! Tuan Haji pun bersimpati dengan aku!
4) Ada lagi tempat-tempat pelancongan lain di daerah lain tetapi aku tak sempat pergi kerana tak sempat. Tuan Haji kata aku patut duduk seminggu baru dia boleh bawa semua tempat. Aku duduk 4 hari 3 malam nih pun aku dah segan tahap dewa dah dengan dia. Hahaha!
5) Orang Brunei selalunya akan bahasakan diri mereka dengan gelaran AKU. Ada sesetengah orang termasuk aku dari Malaysia nih adakala rasa macam kasar tetapi sebenarnya mereka tak rasa macam tu pun. Jadi, biasa-biasakan lah mereka bahasa diri mereka AKU. Hehehe!
6) Brunei bukanlah tempat untuk kau membeli-belah macam Bandung atau tempat kau nak berhibur macam di Bangkok. Brunei ialah sebuah tempat untuk kau belajar cara bagaimana rakyat-rakyatnya hidup dalam suasana kesederhanaan. Mereka bahagia dengan kesederhanaan itu. Mereka hormat kau seadanya bukan atas sebab kau pelancong tapi memang itu sikap mereka.
7) Aku suka negara Brunei Darussalam dan alhamdulillah impian aku sejak dari tingkatan 2 nak datang sini akhirnya tercapai setelah 14 tahun menunggu. Terima kasih kepada semua yang membantu aku sepanjang di Brunei. Terima kasih Tuan Haji kerana sampai sekarang masih hubungi aku dan bertanya khabar. Terima kasih kepada semua orang-orang Brunei lain yang sebelum ini menawarkan bantuan. In Sha Allah ada rezeki aku pergi lagi ke sana. Sekian.
Nanti kalau datang brunei, dtanglah ke Daerah Tutong Pulak. Pasal transport jgn susah, makan minum gerenti halal punya. Kepada semua yang di Malaysia silakan datang, Jgn malu minta pendapat. In Sha Allah banyak yg ingin membantu
BalasPadamdi Tutong ada apa yer?
Padamwah kalau ada yang nak bawa...In Sha Allah boleh jer pergi nanti :)
saya akan ke sana 1 - 4 mac ni....solo dan pertama kali. cerita2 ni, menarik. terima kaseh.
Padammohon dapat info lagi...
Padamowh...pergi seorang diri?
Padamdekat sana ada kenalan?
boleh whatsapps saya kalau ada apa2 nak tanya
Padamnombor ws saya 0125787649
Padamkebetulan dapat tiket RM 0.00 dari AA. dan cuma bayar epot fee aja RM 89.00
alright saya dah whatsapps
PadamTerima kasih kpd saudara krn share pengalaman di Brunei. Rasa lega sikit nak ke Brunei tak lama lgi, harap2 dpt jmpe org mcm Tuan Haji tu....hehe
BalasPadamIn Sha Allah...orang Brunei selalunya baik-baik jer. Jangan lupa kongsi pengalaman disana nanti yer :)
Padamassalamualaikum...inshaallah taun depan saya nak pg brunei...dapat tiket murah..hehe...tapi itu la...nak g sana 1hari je..so nak la berjalan mana yang sempat..so..bleh x wasap no ni..bleh kami nak tny2..014-5061937-yuyu...tq...
BalasPadamwaalaikumsalam
Padamwhatsapps saya boleh..nombor 0175056267
wokey
Padamsaya baru nak pergi. ada ke kenal sapa2 yang boleh bantu bwk saya berjalan nanti? TQ ya
BalasPadamalamak..
Padamtak dapat nak bantu
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com