Assalammualaikum semua. Minggu ini banyak pula makanan segera @ fast food yang memikat hati Hans untuk dicuba. Salah satunya ialah KFC Golden Egg Crunch nih. Nampak menyelerakan pula bila tengok dekat iklan tu ayam nih disalut dengan rasa-rasa indah daripada telur masin, daun kari, sweet basil (apa entah ejaan bahasa melayu nya) dan semestinya didatangkan dengan rasa pedas yang menyelerakan.
Tengok jer iklan dekat atas memang buat air liur dalam mulut tiba-tiba macam penuh jer. Masa nak beli tadi pun Hans sebenarnya dalam dilema juga nak pilih yang ada dua ketul ayam atau tiga ketul ayam. Buatnya nanti tak sedap menyesal pula kalau ambil tiga ketul. Jadi, selepas istiharah maka Hans pilih dua ketul ayam yang berharga RM14.50.
Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Inilah rupa sebenarnya ayam nih. Gigih Hans susun nak bagi nampak semua. Tengok dalam telefon macam dah cantik. Bila tengok dekat laptop memang nan hado jer gambar Hans ambil nih. Hahaha! Untuk set nih memang tak ada roti bun tu yer. Kepada peminat roti bun tu dah boleh bawa roti sendiri nanti kalau nak makan set KFC Golden Egg Crunch nih.
Mari kita lihat secara lebih dekat menggunakan kanta pembesar. Hahhh...nampak tak tu? Nampak tak? Daun kari dan rempah-rempah yang menyeru-nyeru namaku untuk dimakan. Memang nafsu nak makan membuak-buak masa nih. Bau dia memang sedap dan unik sikit. Adakah disebabkan sweet basil tu? Tapi serius memang lain dari yang lain kali nih.
Sebelum kita makan, kita cuci mata dulu tengok kentang putar dan salad yang mengiurkan ini. Hans memang suka coleslaw KFC nih. Memang terbaik nak habaq mai!
Masa untuk mengketedarah kini bermula. Serius untuk tekak Hans memang rasa sedap!!! Rasa daun kari dekat ayam nih memang menggamit memori daku. Rasa masin dari telur masin tu pun ada. Lepas tu ada rasa pedas-pedas sikit. Senang cakap memang rangup dan sedap. Kombinasi yang cukup bagus. Siapa orang KFC yang buat menu nih? Bos KFC tolonglah naikkan gaji beliau. Sedap weh!
Pendapat peribadi Hans, bila makan ayam nih memang tak perlu cicah dengan sos dah sebab takut nanti terjejas rasa semulajadi daun kari dan telur masin tu. Boleh dimakan begitu saja! Memang serius sedap nak habaq mai weh tambah-tambah bila tadi dapat set ayam yang panas sampai kulit ibu jari ala-ala nak melecur masa nak tarik isi ayam tu!
Alhamdulillah! Bersemadi sudah dua ketul ayam KFC GOLDEN EGG CRUNCH dalam perut Hans nih. Semoga ditempatkan di dalam golongan yang baik wahai ayam-ayam KFC sekalian. Perghhh! Serius memang berbaloi dan sepatutnya menu nih dikekalkan. Dah boleh ganti dah menu ayam spicy KFC tu. Jemu dah dengan Ayam KFC Spicy. Nasib menu kali ini sangat berbaloi untuk dimakan.
Cuma satu cadangan Hans untuk pihak KFC, kalau dilebihkan lagi daun kari dan telur masin tu seperti dalam iklan memang pasti bertambah-tambah sedapnya. Baru kena dengan nama GOLDEN tu.
Cuma satu cadangan Hans untuk pihak KFC, kalau dilebihkan lagi daun kari dan telur masin tu seperti dalam iklan memang pasti bertambah-tambah sedapnya. Baru kena dengan nama GOLDEN tu.
Dengan harga RM14.50, anda semua dah boleh menikmati keindahan dan kesedapan ayam KFC Golden Egg Crunch di semua cawangan KFC berdekatan rumah dan tempat kerja anda. Tunggu apa lagi! Serbu KFC cepat-cepat dan biarkan pekerja KFC jadi tekanan nak layan pesanan dan kerenah anda semua. Muahahaha!
SKALA SEDAP : 4 / 5
P/S : Sepatutnya KFC Golden Egg Crunch nih patut keluar masa Deepavali. Baru kena dengan tema daun kari tu. Hehehe!
Smlm br mkn KFC tp xorder set ni sbb takut xsedap.. Yg gmbr 1st xnmpk telur masin.. Yg gmbr dh abis mkn ada telur masin
BalasPadamowh nanti try...sedap dari spicy...hehe
Padamsedapnya lama dah rabia tak makan kfc
BalasPadamuishhh berapa lama xmakan tu?
PadamLooks nyummy. Ah, alangkah indahnya kalau kat Malaysia sekarang ni. Terus nak order and cuba!
BalasPadamsekarang dkt mana?
PadamWah hans dah rasa ye. Kak ana baru plan nak beli. Nampak menarik sgt.
BalasPadamhah...dah makan ker kak ana? rasa sedap x?
Padambelum try lagi
BalasPadamsila try sebelum habis...hehehe
Padamtak pernah try lagi makan golden egg crunch ni..kalau ada pergi KFC, bolehlah order yang ni
BalasPadamcubalah sementara stok masih ada :)
PadamHadoi! Menggoda!
BalasPadamhehehe gi beli sekarang
Padamkah kah kah..siap buat istiharah tu..nipu na hahahah
BalasPadamhahahaha....sempat pula buat depan kaunter tu...tu saja bagi unsur humor..haha
Padampesal ayam dalam gambo tu nampak lebih menarik dari dalam pinggan..saje tau dorang ni bukat iklan nak kasi org tergoda tgk
BalasPadamiklan mestilah lebih menggoda...nak jual barang...tapi so far rasa dia memang sedap
Padamwwoww..review dari Hans buat yg membaca nk telan air liurr!!! rasa cam esok jgk nak p makan heee..so lepas ni oder set 3 ketul la eh sbb sedap hihhi
BalasPadamkalau pergi lagi memang order 3 ketul terus....berbaloi2
PadamTeringinlah pulak nak makan KFC hari ni....kebetulan mmg tak masak hari ni bolehlah....
BalasPadamSedap ek Hans.... KFC!!! Mu tunggu aku datang!hahaha
amacam? dah makan? sedap x?
PadamHahahaha licin pinggan tu memang sure sedap, x perlu dinafikan lagi..
BalasPadamBalik keja nanti LZ nak tapau untuk dinner, sekian. :-)
hahahaha...saya memang makan licin..tapi kfc nih memang sedap kalau ikut tekak den :)
Padamlast skali nmpak ayam terus lapar.. hehe
BalasPadamhahaaha
Padamgi makan
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com