Makan Nasi Tok Deng

Assalammualaikum semua. Hari nih Hans nak kongsikan sikit salah satu tempat makan yang paling sedap sekali bagi sesiapa yang bekerja atau tinggal di sekitar Bukit Jalil dan Technology Park Malaysia (TPM) iaitu Nasi Tok Deng atau dalam bahasa orang putihnya Tok Deng Kitchen.


Macam Hans yang bekerja dekat Astro Bukit Jalil tu..memang dekat sangat dengan tempat makan nih. Memang dah bertahun-tahun lah makan Nasi Tok Deng nih. Kepada sesiapa yang layan Thinker Studios dekat Youtube mesti korang perasan kan ada satu episod diorang yang bercerita pasal Nasi Tok Deng nih makanan ruji pekerja Astro. Hahahaha!

Untuk Hans pula, selepas beberapa lama tidak sempat menjamu selera disini dan pada hari ini Hans bersama rakan-rakan berkesempatan singgah sebentar melepaskan rindu kepada Nasi Tok Deng yang menjadi idaman perut nih.


Nama Kedai :
NASI TOK DENG

Alamat :
Wisma Standard Chartered,
Jalan Teknologi Malaysia,
Technology Park Malaysisa,
57000 Bukit Jalil,
Kuala Lumpur.

Instagram : 

Dekat sini memang makanan dia yang azali dan sangat popular ialah nasi ayam kunyit, nasi daging kunyit dan nasi sotong kunyit. Dan setiap menu ada dua jenis iaitu jenis biasa dan pedas. Macam Hans yang suka makan pedas jadi mestilah ambil yang pedas. Kepada yang tak tahan pedas tu, hangpa ambik yang jenis biasa ja lah noh. Nanti merah pula bibir tu menahan pedas. 


Waktu tengahari iaitu dalam pukul 12 tengahari hingga 1 tengahari tu memang waktu puncak lah sebab masa nih kan masa manusia mengisi perut yang kelaparan. Silap-silap beratur panjang kalau datang masa nih. Tetapi, bila dah teringin tu apa nak kisah kan. Beratur jer. Janji dapat makan makanan pujaan hati nih. Hahaha!


Hari nih Hans ambil sotong pedas, sebiji telur mata dan begedil. Hans lupa pula harga sebab tadi bayar dengan nasi kawan sekali cuma kalau tak silap dalam lingkungan RM9 untuk seorang. Biasalah kalau ambil sotong memang harga mahal sikit tetapi kalau ambil ayam murah lah lagi. Tetapi, Hans tak kisah sebab kuantiti banyak dan yang paling penting rasanya tiptop nak habaq mai. Sangat puas hati dan berbaloi.

Siapa yang pernah makan Nasi Tok Deng nih silalah kongsikan pengalaman dan pendapat korang tentang Nasi Tok Deng nih di ruangan komen yer.

SKALA SEDAP : 4.5 / 5 

48 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. sedap nmpknye tu..nmpk sotong di situ

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheheh....gemuk-gemuk sotong..memang puas makan :)

      Padam
  2. Sedapnya nampak. Terliur :) Haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sodap...rugi kalau tak makan masa nasi tengah panas-panas

      Padam
    2. Huish. Haha rasa nak pi makan sekarang jugak. Dah la tengah lapar ni. Agak agak boss marah tak kalau keluar pi lunch awai sikit ahaha

      Padam
  3. MACAM SEDAP JE.. BILA LA CIKYAN DPT MERASA NIH..NAMPAK MENYELERAKAN !

    CIKYAN FOLLOW SINI :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tok deng nih ada banyak cawangan juga dalam 3-4 xsilap...kena try...sodap nih

      Padam
  4. jemput join segmen cikyan...

    https://nurazianjaafar.blogspot.my/2018/01/segmen-blogwalking-by-cikyan.html

    BalasPadam
  5. Menu dia simple tp yg simple tu lah yg sedap. Skrg mmg trend org suka makan nasi mcm ni. Kt jln duta ada nasi mcm ni tp kalau lambat sikit hbs semua. Pg2 org dh beratur pjg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups simple tapi memang sedap...nak tapau bawa balik pun boleh :)

      Padam
  6. Sedapnya sotong. Next time kalau ke area sana boleh lah try jugak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. singgah-singgah tapi memang penuh orang...tapau makan dekat rumah senang..hehe

      Padam
  7. Nampak sedap tapi mampu tengok je... takkan lah nak makan skrin pulak kan? hohoho T__T

    BalasPadam
    Balasan
    1. dtg lah makan situ...anda mampu mengubahnya...hahaha

      Padam
  8. kedai yang glemer dengan masakan kunyitlah ni hehe

    BalasPadam
  9. Wah mmg sedap tgk makanan di atas. Kalau harga RM9 tu rasanya okey. huhu. GV pernah makan tempat lain, bila letak sotong je confirm rm10 ke atas. huhu. Patutlah ramai datang makan kat sini. Sedap dan harga berpatutan. :)

    BalasPadam
  10. Terasa lapar la tengok nasi Hans makan tu...

    BalasPadam
  11. Uiks bahaya tgk picho mknan memlm nii, terlapar pulok 😄😄😄

    BalasPadam
  12. First time tau pasal nasi tok deng ni... asal mana lah agaknya tok deng ni kan

    BalasPadam
  13. cheq suka sotong gakk....nampak sgt yummylicious laaa

    BalasPadam
  14. dekat dah ni... selalu ke situ sbb nk pam myk je hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. haahaa...dekat sgt tu...dia dalam bangunan standard chartered tepi shell tu

      Padam
  15. Dulu tahun 2008 pernah kerja kat scope tpm tu. lama betul dah rasanya tak ke sana

    BalasPadam
  16. salam ziarah..cam sedap jer makanan tu.. bkh try ni..selalu jgk ke area situ ihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam..terima kasih komen entry saya...owh try lah..dalam bangunan standard chartered yg ada starbuck tu

      Padam
  17. Saya dah follow sini.. Thanks sebab baca my entry

    BalasPadam
  18. tempat mkn paling sedap katanya..kih kih kih..Tok Deng? lawak nama kedai ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha...dah memang sedap menjilat jari
      tok deng tu nama panggilan owner dia

      Padam
  19. Hans bekerja di Astro ke dekat Astro :0)

    BalasPadam
  20. kalau RM9 makan berdua..murah tuuuuuuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. makan seorang ja lah kak
      mana datang berdua pula...hahaha

      Padam
  21. Balasan
    1. tapi dekat sini banyak kali dah dengar...sebab femes dan sedap..hehe

      Padam
  22. Betul ke rm9 untuk 2 orang? Memang murah.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama