Assalammualaikum semua! Alhamdulillah hari nih Hans tersangat lah gembira sebab Hans berjaya melengkapkan koleksi Pengeluaran Wang Kertas Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun Ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Mungkin masih ramai yang tak tahu atau tak pernah tahu tentang koleksi nih kan?
Jadi, Hans kongsikan sedikit tentang info maklumat berkaitan koleksi ini yang diperoleh dari Bank Negara Malaysia seperti di bawah :
Bank Negara Malaysia mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena dengan Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Wang kertas peringatan ini dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V di Muzium dan Galeri Seni, Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Wang kertas ini memperingati Ulang Tahun ke-60 upacara menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Wang kertas peringan ini merupakan tanda penghormatan terhadap sumbangan Majlis (kemudiannya dikenali sebagai Persidangan) Raja-Raja yang merintis jalan ke arah merealisasikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Perjanjian bertarikh 5 Ogos 1957 yang mengisytiharkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Tertinggi Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani antara pihak Majlis Raja-Raja yang terdiri daripada Raja-Raja Melayu dari Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu dengan Sir Donald MacGillivray, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu, yang mewakili Queen Elizabeth II. Perjanjian ini menjadi bukti perlembagaan yang bersejarah bagi kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Jadi, untuk membeli wang kertas nih bukannya pergi terus ke Sasana Kijang nih dan beli. Sebenarnya, Bank Negara Malaysia telah pun memberi peluang kepada seluruh rakyat Malaysia dan juga rakyat mana-mana negara di dunia ini untuk wang kertas ini melalui tempahan dalam talian online pada 29 Disember 2017 yang lepas dan tempahan ditutup pada 19 Januari 2018.
Keputusan undian pula diumumkan pada 25 Januari 2018 dan pengambilan wang kertas ini boleh diambil bermula pada tarikh keputusan diumumkan sehingga tarikh akhir 28 Februari 2018 ini. Jadi, memang banyak betul lah orang tempahkan dan bila keputusan diumumkan Hans cuma dapat wang kertas RM60 sekeping. Jadi, terpaksa lah Hans merayu meraih simpati kawan-kawan yang dapat lebih wang kertas nih. Alhamdulillah berjumpa dan harga pun tak adalah depa naikkan banyak sangat.
Maka, Hans pun pergilah ke Sasana Kijang Bank Negara Malaysia untuk mengambil wang-wang kertas Hans nih.
Selain di Sasana Kijang, pejabat Bank Negara Malaysia nih ada beberapa cawangan lagi seperti di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu. Macam Hans mesti pergi ke Sasana Kijang sebab dah nama pun duduk dekat Kuala Lumpur. Hehehe!
Hans pergi ke sini hari Sabtu sebab fikir macam tak sibuk. Sekali ramai pula manusia! Bila nak masuk dalam nih memang langkah-langkah keselamatan mereka ketat. Semua beg tak kira lah beg tangan ker beg galas ker beg plastik ker....asal nama beg memang akan diperiksa dekat setiap check point yang terdapat di dalam tu. Jadi, kalau sesiapa yang tak suka diperiksa berulang kali tu elakkan bawa beg.
WANG KERTAS SEKEPING RM60
WANG KERTAS BERCANTUM RM60 (3 DALAM 1)
KOTAK WANG KERTAS SEKEPING RM600
INILAH WANG KERTAS RM600
Cantik gila kan reka bentuk dan warna wang kertas nih? Hehehe! Tetapi, mesti ada yang tak tahu apakah makna setiap reka bentuk dekat wang kertas. Jadi, Hans kongsikan lagi info daripada Bank Negara Malaysia nih :
REKA BENTUK WANG KERTAS
Reka Bentuk Wang Kertas peringatan ini berdasarkan tema "Raja Payung Kedaulatan Negara". Wang kertas peringatan ini adalah yang pertama dicetak oleh Bank Negara Malaysia menggunakan bahan substrat komposit, iaitu gabungan substrat polimer dan kertas yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih tinggi dan jangka hayat yang lebih panjang. Wang kertas peringatan ini dicetak lebih besar, mengikut nilai muka wang tersebut.
REKA BENTUK HADAPAN
Singgahsana di-Raja dikelilingi potret 15 Yang di-Pertuan Agong yang bertakhta dari tahun 1957 sehingga kini tertera pada bahagian tengah wang kertas, melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan. Reka bentuk hadapan diilhamkan daripada lambang bulan sabit dan bintang pecah 14 Persekutuan yang tersemat pada Tengkolok Diraja.
REKA BENTUK BELAKANG
Reka bentuk bahagian belakang wang kertas peringatan ini memaparkan potret sembilan Raja-Raja Melayu yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957. Kesemua wang kertas peringatan ini dihiasi dengan gambar tokoh-tokoh dan ciri-ciri penting yang berkaitan dengan kemerdekaan. Pada bahagian kanan wang kertas ini terdapat bayangan laungan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang merupakan arkitek Kemerdekaan Tanah Melayu dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Terdapat empat mercu tanda penting yang dicetak pada latar belakang wang kertas ini : Istana Negara, Perdana Putra, bangunan Parlimen dan Istana Kehakiman yang masing-masing mencerminkan empat tonggak negara : Institusi Pemerintahan Beraja, Badan Eksekutif, Badan Perundangan dan Badan Kehakiman.
Jadi, dibawah ini Hans kongsikan lagi dengan korang semua tentang reka bentuk, ciri-ciri keselamatan, spesifikasi, kuantiti tempaan dan juga nilai harga untuk setiap jenis.
Jadi, banyak soalan dari kawan-kawan Hans tentang wang kertas nih. Jadi, rasanya dengan entry kali ini dah menjawab soalan-soalan tersebut. Jadi, kepada sesiapa yang hobi suka kumpul wang kertas dan syiling tu, pastinya wang kertas ini wajib ada di dalam simpanan korang. Selamat membeli dan mengumpul yer.
P/S : Ketika entry ini ditulis, nilai wang kertas RM600 ini yang pada asalnya dijual dengan harga RM1700 telah melonjak naik dengan begitu hebat sekali. Paling mahal Hans dengar dijual sekarang ialah hampir RM3000. Menangis Hans dengar!
baru tahu.. hehehe.. kagum sekejap :D
BalasPadamhehehe...yer ker? okay lah tu dah tahu :)
Padamtq for sharing...wah wang kertas rm 60 & rm 600
BalasPadamwelcome sis :)
PadamThanks Han... Mummy baru tau ada RM 60 ni... hhehehe
BalasPadamowh yer ker?
Padamhehehehe
Nak jugak 🤗🤗
BalasPadampergi beli
Padamhahaha
Uniknya wang kertas RM 600 ni.. Lawa!
BalasPadamlawa dan besar gila
Padamhahahaha
Terima kasih berkongsi,,akak baru tahu tentang ni.
BalasPadamsama2 :)
Padammenukar semula RM60 pada ringgit yg lain boleh x
Padamboleh tapi tak pernah ada orang buat sebab belinya bukan dengan nilai RM60
PadamInteresting. Tapi bagi PH, beli wang kertas tu and then masuk frame macam tak syiok gitu. Because I prefer to spend the money hah..hah...
BalasPadambeli mahal-mahal takkan nak belanja nilai kecil...rugi lah :)
PadamInfo menarik. Baru tau ni.
BalasPadamhehehe..bagus2 :)
Padamblm pernah tgk lagi duit ni.. hehe
BalasPadammemang susah nak nampak sebab orang simpan :)
PadamWei, gigih juga pergi sana nak dapatkan wang kertas RM600. Aku pengumpul duit syiling lama je, wang kertas seringgit 2 ringgit je ada dalam simpanan. Serius cantik pula tengok duit kertas RM600 dengan simbolik 15 orang Sultan hang duk terangkan tu. Ada lebih tak? Nak satuuuu...hahaha..
BalasPadamhahaha...nak satu? Bak RM3000..boleh tolong belikan..
PadamMenarik...bg yg berminat mmg tak lepaskan peluang ni..cantik kaler..
BalasPadamhehehehe...yups..berebut2 orang beli
PadamSalam kenal anakanda Hans....terima kasih sudi ke Blog Bunda.
BalasPadamsalam kenal juga juga
Padamterima kasih kembali sudi komen :)
Tak sempat nak tukar... teman nie collector duit lama... agak-agak la, 10 tahun lagi duit nie berapa value dia yerk...
BalasPadamtak pasti tapi kemungkinan besar harga dia mahal sebab edisi terhad...
Padamlagi pun dah ramai pengumpul duit dari luar negara macam China, Hong Kong, Singapura dan banyak lagi yang nak beli juga wang kertas RM600 nih sebab untuk masa sekarang ini duit kertas terbesar dunia.
Tq share pasal wang kertas rm60 & rm600 ni. Harga asal wang kertas rm600 tu rm1700 ke? Yg rm60 tu berapa pulak? Hehe.. Bnyk pulak soalan akak ni..
BalasPadamtu harga dalam gambar tu kak
PadamBNM jual RM60 tu dengan harga RM120
tapi penjual dah jual harga lebih dari tu bergantung pada nombor siri wang juga
wow... terbaik la.. minat eh kumpul mcm nih... kalau abg ipar pulak dia suka simpan ada jugak laa duit mcm lama lama, pastu setem.. setem ni mmg win..entah zaman bila punya pon taktau..tp mmg smuanya lma2 laaa... mmg terbaik laaa...
BalasPadamhehehe
Padamsaya memang kumpul wang kertas, syiling peringatan dan syiling
Cantiknya..
BalasPadamhehehe memang cantik
PadamBerbaloi ke hans beli not rm600 ni?
BalasPadamTakut la kot nilai dia jatuh ke di masa depan
berbaloi sangat sebab harga In Sha Allah tak jatuh sebab keluaran dia pun terhad dan tak banyak
Padamsekarang pun harga dah around 4K dah orang jual
hahaha
Ohhhh cantik nya note RM600. Thanx kongsi info
BalasPadamhehehe...ada gambar2 agong yang sebelum2 nih dekat duit tu
Padamwelcome
info menarik. boleh tengok gambar agong dulu-dulu dekat duit tu
BalasPadamyer betul tu
PadamSeriously new info for me Hans..
BalasPadamCollector mesti alert dengan info begini setiap masa..
Limited edition mesti exclusive. Thank you for sharing this info..
hehehe
Padamyer collector memang alert setahun awal dah...hahaha
so far exclusive sebab mintage dia tak banyak
hehe welcome :)
Hehee, tahu juga pasai duit baru yang limited edition ni.
BalasPadamSelamat mengumpul buat para pengumpul :)
alhamdulillah dapat kumpul
Padamhehehe
Hans!!!! caption gambar kat atas tu RM60 ke RM600? :-)
BalasPadamowh nasib sis bagitahu
Padamter typo lebih 0
hahaah
lawa..gempak gilak design wang kertas tu...cuma design RM600 dan RM60 sekali pandang sama jek..cuma nilai je berbeza..ke sis JM x perasan ada perbezaan lain
BalasPadamdesign sama...yang beza nilai dan saiz
Padammak aih...bukan senang nk beli ehh...sipa ada undian lagii..kiranya Hans antara insan bertuah laa dpt kumpul duit LIMITED EDITION ni...
BalasPadamhehehe..saya punya cabutan pun xdapat...saya beli dekat kawan yang dapat lebih...harga dia tak mark up tinggi..so jimat sikit
Padamkiranya Hans habiskan RM2K lebih la ehh utk dapatkan koleksi yang terhad ni...tapi kalau jenis yyg mmg buat koleksi..nila tu rendah jek..tul tak..after few year nilai duit tu mesti berganda naik.mmg untung kalau jual balik kan
BalasPadamtotal RM2600 macam tu...simpan dalam 3-4 bulan juga lah...hehehe
Padambergantung pada keadaan juga tentang harga duit nih selepas nih
kemungkinan besar naik kut sebab pengeluaran tak banyak
yang best tu ada gambar2 agung tersusun cantik jek
BalasPadamhehehehel...
Padamtu yang semua berebut beli tu
hehehe
besar gedabak macam tuh.. fuhh lain dari yang lain nih..
BalasPadammemang besar gedabak
Padamdah macam saiz tv pun ada..haha
wahh lawa rm600. barang rare kan :D
BalasPadamhehehe...rare juga lah :)
Padamhari tu ada nampk org update rm60 tu and now baru tau macam mana yang rm600 tu .
BalasPadamhehehe...yups..sebab RM600 nih tak ramai yang dapat beli
Padamhobi yg bagus ni mengumpul wang kertas sbb nilai duit tu akan naik. abam kie folo sini ye? www.zukidin.com
BalasPadamthanks abam kie
Padamsalam perkenalan :)
Nice sharing. Hobi yang sangat menarik.
BalasPadamRare sangat pada Mrs. A almaklumlah bukan sejenis pengumpul.
hehehehe
Padamyang mengumpul nih pun rasa rare
Wow cantik, sesuai bagi para pengumpul tu...
BalasPadamehehehe..memang cantik
Padamnice info... 1st time tgk ni...
BalasPadamowh yer ker?
Padamhehehe
besar betul wang kertas RM600 ni
BalasPadamhehehe...besar :)
Padamwahhhhh best nyer dpt tu hans... simpan lek lok.... 30 thn akn dtg jgn lupa jual RM1 juta ok... hahahaha
BalasPadamhahahaha..tak ada lah sampai sejuta tapi harap harga jadi berpuluh ribu...hehehe
PadamAda org mmg suka buat collection mcm ni. Mak mertua mmg minat benda benda gini Hans tp malamgnya tak sorang anak pun yg mengikut.
BalasPadamAda nilai mcm duit biasa kan duit ni
hehehehe
Padamselalu memang macam tu
macam mak saya suka kumpul setem tapi saya tak minat
hehehe
Seriouslly.. sha baru tahu.. terima kasih atas perkongsian.. mampu tengok jelah.. hehehe
BalasPadamhehehehe
Padamalright
wow... nice sharing.. rare betul tengok duit tu. apa-apapun teruskan menulis ye :)
BalasPadamIn Sha Allah
Padamterima kasih atas sokongan
Bole dpkn wang rm600?
BalasPadamtak faham..maksud?
PadamMana nk cari rm600?
BalasPadamboleh cari dekat group yang jual duit di facebook..cuba search kemaruk duit lama...
PadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com