Assalammualaikum semua. Hujung minggu lepas memang Hans sibuk betul sampai tak dapat nak kemas kini blog sebab terlibat dengan program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SLI1M) Peringkat Zon Tengah 2018 yang berlangsung di MAEPS, Serdang. Daripada hari Jumaat sampai hari Ahad memang sibuk dengan latihan perasmian dan latihan bersama pengacara sampai setiap hari tidur dalam tiga jam sahaja. Nasib tak jadi zombie! Hahaha!
Gambar di atas ini adalah gambar sesi mesyuarat bersama Puan Hajah Norashikin Datuk Hj Ismail, Ketua Sekretariat Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) sebelum program bermula lagi. Pertama kali Hans terlibat dalam mesyuarat yang habis nak dekat tengah malam. Satu pengalaman yang agak menarik untuk Hans sendiri. Selalunya Hans kalau kena masuk bilik mesyuarat pun pada waktu pagi atau petang sahaja. Tetapi, mesyuarat dengan orang SL1M nih memang lain waktunya.
Dan buat pertama kali juga lah Hans menjejakkan kaki dekat MAEPS, Serdang nih. Boleh tahan besar sebenarnya kawasan MAEPS nih. Macam-macam ada sebenarnya dekat sini. Sesiapa yang tak pernah pergi tu nanti boleh lah rajin-rajin pergi.
Gambar ini diambil masa hari Jumaat iaitu sehari sebelum program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SLI1M) Peringkat Zon Tengah 2018 bermula. Memang semua pihak urusetia dan syarikat-syarikat yang terlibat sibuk mendirikan tapak gerai pameran dan jualan masing-masing. Memang meriah betul lah sebab banyak sungguh tapak-tapak yang disediakan dan semuanya penuh.
Macam Hans pula memang terlibat dengan program yang berlangsung di Dewan D sahaja sebab dekat sini program-program bersama artis, pakar motivasi dan keagamaan berlangsung. Jadi, kawasan pintu hadapan dewan ini dipenuhi dengan ratusan utas payung-payung yang berwarna-warni tu. Lawa kalau ambil gambar dekat situ tetapi memandangkan Hans memang sibuk gila jadi tak ada masa nak swafoto waktu-waktu genting nih. Haha!
Kalau sesiapa yang baca blog nih dan anda datang ke program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SLI1M) Peringkat Zon Tengah 2018 pada Sabtu dan Ahad lepas mesti anda tengok pentas di sini meriah, cantik dan terbaik dengan pengcahayaan dan sistem suara yang padu kan? Gambar-gambar di atas adalah gambar sebelum pentas itu disiapkan. Memang beza kan sebelum dan selepas?
Di atas adalah bilik pihak produksi dimana Hans dan rakan-rakan juga turut sama berada di dalam tu. Memang program macam nih menggunakan berbelas kamera. Memang mencabar kalau jadi pengarah nak kena pilih shot-shot kamera yang cantik-cantik.
Makanan yang disediakan sepanjang program juga memang sedap-sedap sampai tak tahu nak pilih lauk yang mana satu. Ikutkan Hans memang nak sebat semua tetapi takut nanti rasa lemau pula bila kerja. Jadi, pilih mana yang mampu makan jer lah. Hahaha!
Hans dan rakan-rakan dibekalkan dengan walkie talkie tetapi macam Hans tak perlu sangat pakai nih sebab Hans dah pakai tempest. Nak tahu macam mana rupa tempest tu silalah google. Hehehe!
Malam sebelum program bermula, Hans terlibat di dalam latihan dan terpaksa jadi pengacara bersama seorang lagi rakan memandangkan kami berdua yang menulis skrip pengacara. Pada masa inilah juga semua pihak yang terlibat daripada pengarah, cahaya, suara, kamera dan sebagainya nak tengok mana yang betul dan mana yang tak kena sewaktu di atas pentas. Masa latihan nih memang sangat mencabar sebab latihan lebih daripada 7 kali kalau tak silap. Hans pun masa tu memang dah rasa letih gila sebab masa bercakap pun nak kena bercakap betul-betul macam pengacara. Tak kira lagi dengan rasa mengantuk dan lapar masa tu. Hahaha! Cuma yang Hans perasan malam tu Hans langsung tak ada rasa gementar ker takut-takut ker masa bercakap sebab depan Hans boleh tahan ramai juga orang dan pelajar-pelajar UPM yang duduk dekat kerusi-kerusi depan tu. Selalu ada juga lah rasa macam cuak tetapi kali ini semua perasan tu tak ada. Okay! Dah boleh jadi artis lah lepas nih. Hahaha!
Ini bilik pengacara untuk duduk dan berehat. Pengacara program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SLI1M) Peringkat Zon Tengah 2018 ini ialah AG dan Nabil. Pertama kali Hans bekerjsama dengan kedua-duanya dan mereka berdua ini boleh tahan gila-gila dan kelakar juga. Kira seronok lah bekerja dengan dua orang nih sebab penat tu tak terasa.
Pertama kali juga lah boleh tengok Perdana Menteri Malaysia nih dekat-dekat. Hahaha! Budak-budak SL1M seronok lah bila diumum elaun naik lagi RM500. Kaya lah hangpa semua lepas nih. Hahaha! Gambar-gambar yang ada pengacara nih Hans rembat jer dekat instagram AG sebab masa nih Hans dekat belakang pentas. Tak sempat nak ambil gambar. Hahaha!
Macam-macam aktiviti sebenarnya yang ada sepanjang program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SLI1M) Peringkat Zon Tengah 2018 berlangsung. Cuma disebabkan Hans memang sibuk dekat Dewan D ini dengan pengacara dua orang tu, jadi tak dapat lah nak merayap-rayap pergi tempat lain. Kalau bukan sebab kerja memang dah lama Hans terjah Hot Air Baloon dengan gerai-gerai makan. Hahaha!
Alhamdulillah! Lepas habis program ada pula cabutan hadiah kecil-kecilan dan yang tak sangka tu Hans dapat kipas meja. Hahahaha! Ini kali kedua sepanjang bernafas dekat muka bumi nih menang cabutan bertuah. Kali pertama menang masa umur 14 tahun. Itu pun menang jajan cekedis jer. Hahaha! Alhamdulillah Hans menang kipas! Yuhuuuu!
Sejak-sejak harga durian melampau-lampau sekarang nih memang dah lama tak makan durian. Tiba-tiba semalam ada kambing bakar dengan durian. Apa kau rasa bila seorang hantu durian berjumpa durian? Naik Sheikh lah jawabnya! Hahaha! Hans dah melantak dua ketul daging kambing yang besar gedabak tu. Lepas tu tiba-tiba baru tahu ada durian. Nah! Memang berbelas ulas lah Hans melantak. Gila rasa seperti berada di syurga masa tu! Hahaha!
Masa nih lah kawan-kawan nak ambil gambar. Sambil makan sambil bergambar dan akibatnya muka comot kelihatan disitu. Hahaha! Akibatnya, masa nak tidur memang badan panas lah sebab kombinasi makanan panas iaitu kambing dan durian. Masa makan macam di syurga. Masa nak tidur macam di ________. Sila isi sendiri. Hahaha!
Alhamdulillah! Berakhir sudah program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SLI1M) Peringkat Zon Tengah 2018 yang berlangsung selama dua hari iaitu hari Sabtu dan Ahad. Banyak perkara baru yang Hans belajar sepanjang terlibat dalam program kali ini terutama dari segi pengurusan dan formaliti. In Sha Allah, harap dapat buat pelbagai lagi program yang besar-besar macam nih. Jumpa lagi!
P/S : Cari Mana Hans Dalam Video Di Atas! Hahahaha!
Alhamdulillah dan tahniah.
BalasPadamMesti rasa lega dan puas hati program dah berjaya.
alhamdulillah..yups puas hati sebab program berjaya
PadamWahh temuduga slim...ada terbaca pasal ni kat mana ntah..
BalasPadamteringin nak pegi, tapi xde masa pulak...
yups
Padammemang dapat banyak liputan media massa dan sosial :)
oo hans boleh mengacarakn majlis rupanya.
BalasPadamgood !
masa rehearsal jer
Padambukan betul2 pun
hahaha
Ambik tu..belakang tabir dia grand no
BalasPadamhahaha
Padamkena grand
tak grand jenuh menjawab
hahaha
Whoaa such a good experience!! ^^
BalasPadamalhamdulillah :)
PadamThanks Hans for sharing your experience, kalau tidak sis tak tahu camne persediaan program SL1M ni..
BalasPadamNampak susah jugak, banyak tenaga kerja diperlukan..
Bravo!
banyak
Padamini baru team production jer
banyak lagi team lain :)
1) best bekerja dpt pengalaman baru camtu cuma penat la kann
BalasPadam2) wahhh tahniah dpt kipas..sejuk..blh berkipas lepas kepanasan makan duyan, kite pun jrg bertuah..rasanya 1st time dpt adiah cabutan bertuah masa family day bahagian thn 2012 kot. dpt kipas meja yg nipis tu.
3) kambing aii x jeless..duyan tu ohmaiiii rasa dengki plak tetibe tgk org dpt makan duyan berbelas ulas..hahahah
4) masa tidur, macam ni............... hahaha nak jugak isi..di nerakaaaaaaaa.. ahahahahahah
bagus menjawab dengan betul
Padamhahaha
wahh..tahniah,pengalaman berharga ni, susah gak nak organise event besar, tapi yg penting kerjasama!
BalasPadamYes
Padamapa yang penting? kerjasamaaaa! Hehehe
Duriannnnn.. sedapnya!
BalasPadammemang sodap
Padamterbaikkkk durian depa
Han baru 2 ketul besar kambing bakar.. mummy ni kalo sekor kambing bakar pun boleh habis tau..hahhaha :P
BalasPadam2 ketul kambing + berbelas ulas durian D24
Padamkalau kambing saja saya okay jer
hahaha
skrg ni banyak majlis2 ke apa2 dirasmikn kt maeps nun kan... nnti ada acara apc jabatan akak ni pun kt sana bulan depan...
BalasPadambestnya tang mkn2 tuh... durian ngn kambin pun ada...
owhh
Padamnanti kalau pergi sana
try lah makan dekat House Of Kambing tu
ramai kata sedap
thanks share pengalaman camni. seronok kita yang membacanya pun. cuma tu la kalau dapat join mesti lagi seronok tapi disebabkan kerja sabar jelah kan
BalasPadamhehehehe
Padamyups
nanti ada program2 lain saya buat..saya share jer sini
nampak krew2 di sana busy dengan kerja masing2.. tahniah...
BalasPadamowh ada pergi ker hari tu?
PadamTahniah..
BalasPadamJemput singgah tgk entry terkini k.. :)
1. Budak berpakaian seragam sekolah merokok
2. Tukar Nama Link Blog [25 FEB 2018]
apa yang tahniah?
Padamhans script writer. bagusnya Bahasa Malaysia yang ditulis dalam entry ni :)
BalasPadamtak adalah
Padambiasa-biasa jer
Bestnya dapat menyumbang tenaga dalam event besar camni
BalasPadamdah kerja jadi kena lah sumbangkan tenaga
Padamhahaha
wahhh. bestnyaaaa jumpa piyeeeeem :D ada mintak duit brim tak dengan dia? ahaks
BalasPadammana boleh dekat2...ada bodyguard jaga dia
Padamhoho
Waah meriah rupanya event ni. Opis i pun ada bukak booth .
BalasPadamapa nama ofis?
Padamyang mana satu hans..
BalasPadambelum kenal sangat la
hahaha...tengok gambar profile saya kan ada muka tu
PadamMeriah nya.yg paling best part doyan tu 😁
BalasPadamhahahaa
Padammemang best
Salam Hans kakya singgah balas kunjungan .. tq tau sudi terjah entri dan tinggalkan komen.. Alhamdulillah berjaya dengan jayanya.. tahniah hans..
BalasPadamAlhamdulilah
Padamsemua berjalan dengan lancar
wahhh..seronoknya Hans...tahniah Hans..rezeki tu dapat kipas meja tuu..
BalasPadamyups
Padammemang rezeki
tak sangka pun
hahaha
wahh menariknyaa.. baru tahu suasana macam mana. bukan senang nak majlis berjalan lancar . kan.. .penat pun tak apa.. tapi berbaloi
BalasPadamhehehe...yups
Padamselalu orang datang tengok yang dah siap sedia jer
hehehe
Pengalaman kerja yang sangat menarik.. Part durian tu, i is jeles.. hahahaha
BalasPadamhehehehe
Padamsila lah jealous lama-lama
hahaha
nmpk mmg bertungkus lumus nk jayakan program ni... kalu yg dtg tu x betul2 ambil manfaat mmg rugi laa kan...
BalasPadamyes
Padamsebab macam2 ada
rugi kalau datang tapi pulang kosong
:)
wah!! tahniah!!lama tak rasa aktiviti sibuk macam ni..
BalasPadamhahahaha
Padammemang sibuk
makan pun berkejar-kejar
wahhh... tahniah !! best best !! .. mesti seronok dpt jumpe piyeeemm ^^
BalasPadamhahahaha
Padamrasa biasa jer
dgr SL1M ingat RM2000 :-)
BalasPadamuntung budak-budak SL1M
Padamwowww...dgr Hans cite pasal keje keje dan preaparation yg kena buat ni..tido x cukup..latihan berkali2..yg baca ni pun rasa penat tau :-)
BalasPadamyang baca pun rasa penat
Padamapatah lagi yang bekerja
hahaha
masa nak tidur macam di NERAKA kah kah kah
BalasPadamhaha
Padamtahniah
10 markah
wahh meriahnyee
BalasPadammemang meriah
Padampuluh ribu datang
wow..macam best jer
BalasPadamhehehe best lah juga
PadamOhhh nilah dia programnya....sebab minggu lepas mak sedara suami cakap dia pun pergi sini, kilang dia pun join event ni
BalasPadamowh kilang dia nama apa kak?
Padamkikikiki... Kambing dan durian, memang kombinasi yang terbaik untuk berkipas...
BalasPadamhahaha
Padamtahu tak apa
nasib boleh tidur sebab penat sangat dah
ewahh... sedapnya makan durian.. aku tak merasa lagi beb tahun ni.. cis..
BalasPadamhehehe
Padamtu lah
mahal sekarang durian pun
alang2 benda free memang pulun melantak lah
hehehe
bestnya hans. pengalaman tu seronok!.. ada peluang untuk jd crew di sl1m...
BalasPadammemang dah jadi dah pun
Padamhahaha
Ahahahahaha duriannn! Okey, fokusnya kat durian xD
BalasPadamhahahaha
Padamdurian tu menu wajib fokus dan wajib telan
pengalaman yang sungguh berharga.
BalasPadamalhamdulillah :)
PadamBlogwalking & Selamat berhujung minggu dari https://theathra.blogspot.my/
BalasPadamterima kasih :)
PadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com