Assalammualaikum semua. Lama Hans tak buat ulasan makanan kan. Semalam sebenarnya rasa lapar macam orang yang sepuluh hari tak makan. Jadi, Hans ajak lah kawan serumah makan tetapi masalahnya tak tahu nak makan mana. Akhirnya, kami menuju tempat yang dikira dekat dengan kawasan rumah iaitu Uptown Mines Wonderland!
Sebenarnya Hans memang rajin juga lah makan dekat kawasan sini sebab banyak kedai-kedai makan kan. Memandangkan memang tujuan utama nak makan nasi dalam kuantiti yang banyak jadi hati kami tergerak-gerak nak cuba makan di Saloma D'Cafe.
Nama Kedai :
SALOMA D'CAFE
Alamat :
Uptown The Mines,
D.E. ,
1, Jalan Dagang SB 4/1,
1, Jalan Dagang SB 4/1,
Mines Wellness City,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.
Waktu Operasi :
06.00 PM - 03.00 AM
Waktu operasi tu Hans kurang pasti bila waktu yang tepat tetapi senang cerita malam sampai ke tengah malam tu mesti mereka buka lagi lah. Jadi, Hans pesan nasi goreng paprik + nasi lebih serta jus tembikai gelas besar. Sambil-sambil menanti makanan siap tu Hans tengah memikirkan sesuatu juga. Adakah tukang masak sambil memasak akan menyanyi dan menari dengan gaya Saloma? Tetapi, sepanjang pengamatan Hans melihat tukang masak Saloma D'Cafe nih memasak tak ada pula terdengar suara nyanyian mahu pun lenggokan tarian.
Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Dah sampai dah paprik yang Hans pesan! Walawehhh! Sekali sampai pinggan dia bukan main besar. Memang puas hati lah kan! Hans cuba rasa kuah paprik nih dulu dan memang sedap lah. Untuk gerai-gerai makanan di Uptown, bila dapat makanan yang rasanya sedap di lidah...apa lagi hang nak kan? Hang sebat ja lah!
Kawan Hans pula pesan ayam goreng kunyit. Hans pun apa lagi....wajib lah pau makanan dia kan sebab nak rasa. Hahaha! Boleh tahan sedap! Memang ayam nih digoreng penuh kasih sayang lah oleh makcik yang bertindak sebagai tukang masak di dapur tu.
Hans dan kawan minta nasi tambah dan nasi goreng kami sampai dalam kuantiti yang memang padu. Nasi den bertingket-tingket bak kata Warihhhhh! Nasi goreng dia pun boleh tahan sedap dan kalau perut nih boleh bercakap mesti dia akan cakap, "I Love You!"
Inilah jus tembikai gelas besar. Dalam gambar nampak macam kecil pula tapi hakikat depan mata memang boleh tahan besar lah gelasnya. Kalau minum dekat kedai mamak, selalunya jus buah gelas besar nih rasa manis lebih pada gula tetapi bila minum dekat Saloma D'Cafe nih, rasa manis buah tu lebih menyerlah. Sangat berpuas hati lah dengan jus tembikai gelas besar depa nih! Hao Chi!
Layanan dekat sini pun mesra. Servis dan kepantasan makanan sampai depan meja makan pun bagus. Jadi, harga makanan dan minuman yang Hans makan tadi seperti di bawah :
Ada yang bertanya kenapa Hans asyik review kedai makan rakyat-rakyat marhaen jer? Tak mahu review restoran mewah atau kafe yang hipster mister ker? Nak buat macam mana makcik pakcik bawang wehhhh.....baget Hans terhad! Hahaha! Tak mampu memanjang nak makan dekat tempat-tempat hipster. Tetapi, kalau ada rezeki Hans makan tempat-tempat macam tu mesti Hans akan kongsikan ulasan dekat blog nih seperti mana Hans makan Daging Salai Masak Lemak dekat restoran sebuah hotel sebelum nih. Jadi, dibawah adalah skala sedap untuk makanan yang Hans dah makan di Saloma D'Cafe ini.
P/S : DOAKAN ADA REZEKI HANS MAKAN DEKAT HOTEL ATAU KAFE-KAFE HIPSTER YANG MAKANANNYA MENARIK DAN SEDAP-SEDAP! BOLEH BUAT REVIEW UNTUK KORANG TENGOK DAN CEMBURU DENGAN HANS. HAHAHA!.
Nasi Goreng Paprik:
RM7.50 + RM0.50 (Nasi Tambah)
Jus Tembikai Gelas Besar:
RM8.00
Ada yang bertanya kenapa Hans asyik review kedai makan rakyat-rakyat marhaen jer? Tak mahu review restoran mewah atau kafe yang hipster mister ker? Nak buat macam mana makcik pakcik bawang wehhhh.....baget Hans terhad! Hahaha! Tak mampu memanjang nak makan dekat tempat-tempat hipster. Tetapi, kalau ada rezeki Hans makan tempat-tempat macam tu mesti Hans akan kongsikan ulasan dekat blog nih seperti mana Hans makan Daging Salai Masak Lemak dekat restoran sebuah hotel sebelum nih. Jadi, dibawah adalah skala sedap untuk makanan yang Hans dah makan di Saloma D'Cafe ini.
SKALA SEDAP : 3.5 / 5
Alahaii tengok paprik tu rasa terliur pulakk.
BalasPadamhahahaha....sebab sedap tu yang terliur tu
PadamLama x mkn paprik.. Mcm best nih..
BalasPadamhehehe...sila cuba
Padamhehe
Nasi goreng tu nampak menarik.. Hihihi
BalasPadamhehehe...rasa pun sedap :)
Padamwow licin. terliur gila tgk paprik tu. lapa pulak rasa
BalasPadamhahahaa
Padamtu lah kan
nampak sedap bila dipandang
tapi memang sedap
yes i can see that. no doubt
Padamhahaha..alright
PadamHuishh, terjah sini pepagi camni.. tengok pulak gambar yg mengecutkan perut... laporrr nyaa !!!
BalasPadamhahahaha
Padamsekarang dah kenyang lah tu sebab dah makan
hehehe
xsemestinya hipster tu sedap..huhu
BalasPadamhahahaa
Padambetul
selalu hipster kureng sikit...
tapi kalau jumpa yang sedap memang sedap betul
licin pinggan tu nmpk sgt betul2 lapar ;-)
BalasPadamhahaha saya memang sejenis manusia yang suka makan macam sampai licin pinggan tu
Padamfaveret jugak ni nasi goreng paprik..
BalasPadamalah makan kedai macam ni lagi sedap n berbaloi kot.
#gengbajetterhad.kihkihkih
hehehehe
Padamyups..
geng bajet terhad
hahahaha
Apa signiture dish kat situ...
BalasPadamkalau ikut yang dia iklan depan kedai dia macam nasi ayam penyet dengan nasi ayam...
Padamtapi tak try lah pula sebab masa tu selera nak makan yang bergoreng2 nih
haha
cantik design bunga pada pinggan tu
BalasPadamhahaha
Padamcantik ker?
cantik!
Padamhahahhaa
Padamalright
ingatkan dpt 4.5/ 5 td dok kata best2 n sedap hehhehehe....
BalasPadamnk try jauh pulak dik oi, klu dkt2 sini ok jgk... nmpak sgt jenis mls nk kuar mlm2 semata nk try mkn
dulu2 masa muda rajin lah sampai ke putrajaya nun cari mkn
sedap tu sedap
Padamtapi 4.5 dengan 5 tu tinggi sangat tu
kira untuk gerai makan dan makanan yang kami makan tu, memang sedap lah :)
macam lama juga tak rasa paprik!! rindu :)
BalasPadamhahaha
Padamhari nih try lah rasa paprik
ade kedai lagi ek dekat Mines Uptown ni, ingatkan dah tutup..
BalasPadamada tapi lokasi dia berubah
Padamsekarang lokasi dia belakang mines 2 tu
ok dah tu.. x payah g kedai hipster sgt la.. hahahhaha
BalasPadamhahha
Padamtp kedai hipster presentation makanan dia selalu lawa
amboi..licin..iihih.
BalasPadamhahahaha
Padamsedap + lapar
Kalau tengah lapar confirm habis.
BalasPadamNi kalau saya, habis diet.. huhuhu..
hahaha
Padamwah,berapa bulan dah diet tu?
berbaloi dah dengan harga kat sana.. licin makan jangan bazir2 ek..
BalasPadamnanti bazir nasi menangis
Padamhahaha
Itu gambar yang pertama macam real makanan datang ke meja ni!
BalasPadamhahahah
Padammemang real pun
lapoooonyaa nampak makanan. hahaha
BalasPadamhahahaa
Padammakan lah dah lapooo
Sedapnya nampak paprik ayam tu.. Portion pun banyak mesti puashati laa..
BalasPadamDidoakan hans dapat review makan dekat hotel pulak.. heee
Amin
PadamIn Sha Allah
dulu pernah dapat tapi sebab dalam 2 tahun nih sibuk dengan kerja sampai blog tak ber update
tahun nih In Sha Allah memang aktif balik menulis
sayang pula tinggal blog :)
saya kalau harga makanan dah cecah RM8 dah kira mahal..
BalasPadamseolah-olah esok dah nak makan lagi dah...
hahaha
Padamstandard makanan dekat KL bro
ada juga yang murah tapi kebanyakkan sekarang harga murah lingkungan itu lah...hahaha
wah, saya pernah dengar the mines je...pernah lah jejak kaki dua tiga kali hehe
BalasPadamnih uptown the mines...belakang mines 2 :)
Padaminyaallah ade rezeki nanti akan smpai jugak tu hans
BalasPadamhye mai singgah lawat sini
mudah-mudahan
Padamamin
From your writing and review, this place is worth going. Did u ask them why they named the cafe as "Saloma"?
BalasPadamhahaha..tak tanya pula sebab diorang sibuk masak kan
Padamhehe
wow macam sedap
BalasPadamhehehe setakat makan hari tu memang sedap
PadamSedapnya...hans suka buat review makanan ye...mmg sis pun suka part review makanan...best!
BalasPadamyups...suka kongsi makanan yang saya makan rasa sedap
Padamhehehe
macam nampk ok.
BalasPadambak orang muda cakap sekarang - Onsssss
Padamhaha
Selalu gak gi The Mines..boleh singgah nih
BalasPadamyups...try lah singgah
Padamkut2 kena selera :)
Bila Hans nak belanja Zumal makan ni???
BalasPadamada rezeki In Sha Allah
PadamBerbaloi makan kat sini ya, sedap dan harga pun murah..
BalasPadamyups
Padamboleh tahan :)
InsyaAllah nanti up lah level hans review cafe or hotel. Tggu maaa je tu.
BalasPadamIn Sha Allah
Padamharap ada rezeki
restoran mcm ni lg sedap dari cafe2 hipster yg harga mencekik darah..portion ciput..
BalasPadamabaikan makcik pakcik bawang tu..
hehehehe
Padamcari kedai hipster yang portion banyak
ada ker tak?
Dap nyer😄😄
BalasPadamalhamdulillah sedap
Padamnanti cuba lah makan sana
hehe
jus tembikai tu melambai2 la plakk
BalasPadamHaahah...tu tanda nak kena minum tu
Padamwow.seronoknya makan makan (^_^).
BalasPadamMakan2 mana tak seronok....hehehe
PadamJanji sedap dan mampu nak makan kat sini. betul tak Hans?
BalasPadamYes...betul lah tu...
PadamYang penting sedap
Wah makanan sedap2 belaka sampai licin pinggan tu :D
BalasPadamHeehehe...
PadamItu yang licin tu
Baru tau kat situ pun ada kedai makan gak, lenkali boleh laa singgah
BalasPadamyups
Padambanyak kedai-kedai makan dekat situ
jenuh nak pilih
haha
Jauh sangat nak pergi. huhu
BalasPadamhahaha
Padamdekat mana tu?
alah...area2 cik renex tinggal mesti ada punya jual nasi goreng paprik
Tengok ayam goreng kunyit teringat nasi goreng special KL. Rindunya dekat orang kat sana
BalasPadamnasi goreng special KL?
PadamWahh...nasi tu dia letak apa je?
Urghh..dah la tengah puasa ni
BalasPadampahala lebih tu
PadamBanyaknya portion padprik tuh
BalasPadamyups
Padamagak banyak
rasa berbaloi juga lah
ayam goreng kunyit tu my fevret! tak sah kalau ke kedai makan tak order yg tu .
BalasPadamowhhhh
Padamhehehe
kena makan ayam kunyit dekan tok deng lah macam tu
Anak2 kakya hantu paprik.. diaorang mmg suka paprik dan buat pedas2 lagi dioarang suka.. lupa nak gtau..kakya dah follow blog hans okey. Dah follow blog kakya lum..hehehe
BalasPadamowhhhh susah ker nak buat paprik?
Padampuas minum kalau gelas besar ini.. hehehe..
BalasPadamhahahaha
Padamserius puas
hehehe
owner kedai ada kaitan dengan Saloma tak :-)
BalasPadamrasa2 tak ada
Padamhahahaha
tak tanya pun
kekekeke
Huwaaaa !!!
BalasPadamBtw kenapa pulak dengan part tukang masak menari tu xD
hahahha
Padamsaja imaginasi
Act nama saloma tu dr owner sebelumnya and nama owner tu sendiri saloma,after tukar owner nama tu still tak tuka so sbb tu la nama kedai tu saloma d cafe👌 jemput dtg lagi
BalasPadamIn Sha Allah
Padamada rezeki ke sana lagi
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com