Assalammualaikum semua. Hari ini Hans nak berkongsi sekali lagi tentang kepentingan makan ubat cacing walaupun kita nih dah besar tua rengka sekali pun. Hahaha!
TARAAAAAAAAAAAAAAAA!!!
Untuk pengetahuan semua pembaca, kita sebenarnya perlu mengambil ubat cacing untuk membasmi dan menghapuskan segala jenis keturunan cacing di dalam badan kita nih sebanyak dua kali dalam setahun. Maksudnya, anda wajib makan ubat cacing nih sekali untuk setiap 6 bulan.
Hans pula sepatutnya kena ambil awal bulan Januari yang lepas tetapi sebab asyik terlupa jer. Jadi, hari nih masa lalu depan farmasi tu Hans teringat dan terus beli serta makan tanpa menoleh ke belakang lagi.
Taraaaaaaaaaa! Inilah ubat cacing kegemaran Hans yang dibeli sebentar tadi iaitu NOXWORM CHEWTAB perisa coklat. Harga tak silap tadi dalam RM8.90. Boleh didapati di kedai toko jamu..ehh...boleh didapati di farmasi-farmasi berdekatan anda. Boleh tahan sedap lah rasanya bila makan ubat cacing nih. Tak percaya cuba lah! Hehehe!
Inilah rupa ubat cacing nih. Saiz sebesar panadol tu jer. Hisap hisap kunyah...dap nya cumi cumi princhly boom boom...hahaha! Makan ubat cacing terus jadi macam Princhly Mabuk. Baiklah! Jadi, mari kongsikan serba sedikit kenapa perlu dan pentingnya kita mengambil ubat cacing nih.
Di bawah ini adalah tanda-tanda yang kemungkinan besar anda sedang hadapi jika cacing-cacing di dalam perut anda sedang membina komuniti bestari untuk mencapai TN50 seberapa cepat yang boleh :
- Mudah berasa letih
- Kembung perut
- Kegatalan pada lubang dubur
- Anemia @ kurang darah disebabkan ada jenis-jenis cacing yang hisap darah anda
- Tiada selera makan
- Wajah pucat
- Sakit perut @ cirit-birit @ kembung @ sembelit
- Kurang berat badan walaupun selera makan macam gorilla
- Sakit kepala
- Gusi & Hidung berdarah
- Etc..
CACING PITA YANG DITEMUI DALAM PERUT PESAKIT DI INDIA. NGERI WEHHH!
Punca utama berlakunya jangkitan cacing ini disebabkan banyak perkara juga. Antaranya :
- Tidak membasuh tangan sebelum makan.
- Tidak membasuh tangan dengan cara yang betul @ tidak bersih sebelum makan
- Suka makan daging atau lauk yang mentah @ tidak dimasak
- Makan makanan yang tidak dimasak dengan sempurna
- Makan sayur atau buah-buahan yang tidak dibasuh @ tidak dibasuh sempurna
- Minum air yang tercemar @ tidak dirawat @ tidak dimasak
- Menggunakan air yang tercemar @ tidak dirawat @ kotor dalam urusan seharian
- Berkaki ayam sewaktu berjalan di atas tanah @ pasir @ kawasan-kawasan yang menjadi habitat cacing membiak
- Etc...
Jadi, untuk mengelakkan masalah kesihatan anda semua semakin teruk disebabkan cacing-cacing durjana di dalam badan anda tu maka dinasihatkan anda semua jangan ambil mudah bab cacing di dalam perut nih. Jangan ingat bila anda dah berumur 18 tahun ke atas, anda dah perlu nak ambil ubat cacing sebab semakin lama anda buat endah tak endah maka semakin banyak lah anak-anak cacing yang anda semua hasilkan tanpa anda sedari.
PANJANG GILA CACING!!!
Lagi pun sekarang kalau sesiapa yang rajin membaca kisah-kisah pasal cacing nih pasti tahu dalam tahun nih saja banyak kisah cacing-cacing pita dalam badan manusia yang semakin panjang saiznya hinggakan doktor-doktor yang terlibat di dalam pembedahan membuang cacing pita pun terkejut dengan saiz cacing yang ditemui dalam badan manusia pada zaman moden kini. Jadi, tunggu apa lagi!! Ayuh semua! Anda mampu mengubahnya!
P/S : JADI JANGAN LUPA JADIKAN AMALAN MAKAN UBAT CACING SEBAGAI SALAH SATU DARIPADA AMALAN WAJIB ANDA SEKELUARGA :)
Ubat tu nampak macam bateri jam. Hehe, tak tau berapa ekor dah cacing dalam perut sebab tak pernah makan ubat cacing
BalasPadamwah tolong lah makan
Padamjangan nanti cacing beranak pinak dalam usus perut lak
bahaya
Omg,ngerinya Hans...
Padamhahaha sebelum kengerian berlaku baik makan ubat cacing
PadamAlaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, cacing mcm spaghetti. Sedih! haha.
BalasPadamKena pi beli ni. Tak ingat la penah makan ubat cacing ke tak em
hahahha...tau xper....sila lah makan sebelum terlambat
PadamNasib baik akak dah makan. Kalau tengah makan tertengok gambar cacing tu...alahai
BalasPadamhahahaha...kalau tidak mesti putus selera..haha
PadamWeyhhh baca post ni baru teringat... dah lamaaaa gilaaa tak maka ubat cacing.. >0< aduhh tengok gambar cacing lagi seram.. kena terus gi beli ni.. thank you ingatkan! hahaha
BalasPadamhahaha
Padamcepat-cepat makan
benda yg dah ditinggal sekian lama..thanks, ingatkan budak2 kecik je kena makan ubat cacing..
BalasPadamnanti buang air besar, cacing2 ni keluar sekali erkk..
tak lah
Padamzaman sekarang ubat cacing tu dia dah hancur lumatkan cacing masa dalam perut
so bila keluar tu tak nampak lah cacing macam dulu-dulu
hehehe
Ya ampunn..geli yakmat tengok gambar2 cacing tu.
BalasPadamUnat cacing ni bukan budak2 jenkena makan. Org dewasa pun ada cacing. Kita duk makan ulam2 mentah tu pun boleh ada telur cacing.
yer betul tu
Padamsebab kadang2 lalat hinggap ke apa kita tak perasan
Lepas apa yg saya dah terrtengok... entahlah ada selera nak makan malam ke tak! hahah T_T
BalasPadamhahahaha
Padamkira malam ni diet lah
hehehehe
Eeeeekkk...geli! Tapi kan, lepas makan tablet tu, bila ke toilet ada cacing keluar ke?
BalasPadamtak ada
Padamcacing tu dah hancur dalam perut lagi
bukan macam dulu-dulu dah
sekarang ubat dah moden :)
iyerrrr gelinyaaa
BalasPadamhahahaha
Padamsaya rasa pun nak ambik juga ubat cacing..
BalasPadamwalaupun tiada sistem yang ada di atas..
walau tak ada pun kena ambil
Padambila ada simptom2 tu selalunya yang cacing dah banyak
Tak pernah makan ubat cacing.last makan masa baby dlu..hahaha..teruk tak...no wonder lah tanda tanda no.4 dan no.9 selalu kena. Memang kena makan ubat cacing gayanya. Ubat cacing tu perisa coklat saja ye.perisa lain mcm orange ke strawberi ke ada x?
BalasPadamtak sure la pula bab tu
Padamhahaaha
pernah gak makan yg perisa coklat ni.sedap. Haha
BalasPadamkan? hahaha...rasa macam nak makan lagi je...nasib ubat cacing
Padamhuu first singgah sini nampak cacing .. adui.. lama dah rasa tak makan ubat cacing ni .
BalasPadamsilalah makan segera :)
PadamBila baca blog ni,baru teringat si bongsu akak dah lama sangat tak beri ubat cacing.
BalasPadamkena bagi tu
Padamkarang beranak pinak cacing dalam perut
hehehe
Urghh..gambar tu tak boleh geli lagi ke? Muntah..
BalasPadamhahaha
Padamada lagi ngeri pun ada tapi takut kang orang tak visit blog nih terus pula nanti
hahaha
*Pengsan... hahhaha
BalasPadamGua ambil Zentel setiap 6 bulan, InsyaaAllah selamat dari 'kecacingan' :D
Follower #3670
hahaha
PadamZentel pun okay
thanks sudi follow :)
Dah macam mi pulak cacing2 tu..
BalasPadamsalam perkenalan Hans
memang gitu rupanya
Padamhaha
salam perkenalan juga
Yarggghhh disgusting lah gambar tu Hans, nasib baik dah breakfast..
BalasPadamTapi itulah hakikatnya, betullah apa Hans kongsi ni.. Kita kena makan pembunuh cacing demi kesihatan usus dan perut.. Terus rasa nak beli ubat ni..
hahaha
Padamyups
realitinya begitulah rupanya
gial akn..cikyan mmg biasa mkn ubat cacing nih...sbb mmg tahu pasal cacing ni semua.. ngeri tgk kan...cacing tu bknnya kecik.. besar hoiii.. ngeri...kdg buat penyakit yg kit tak duga...makan la ubat cacing...selamatkan diri sendiri..huuu, ngeri..
BalasPadamyes
Padamselamatkan diri dari serangan cacing pita
hehehe
Ya makan ubat cacing penting walau sdh tua. Sy makan 2 kali setahun ubat cacing.
BalasPadamyes
Padammemang setahun kena 2 kali makan :)
aduihh... takut akak tengok...
BalasPadambertindak lah segera
Padamhehehe
akak bayangkan gambo2 tuh mcm spageti je dik hahahha... klu tak, mmg tak lalu mkn lah jwbnya nengok caicng2 tuh
BalasPadamhahahaha
Padamkang nanti tgok spagheti terbayang cacing lak
Eiiii...ngerik dowh...
BalasPadamingatkan spaghetti.....
hahaahaha
Padamhakikatnya itu adalah rupa cacing di dalam perut kita
adoi...gelinyaaa....
BalasPadamissh..kena beli juga ni...nak makan ybat cacing jugak laaa
yer memang perlu makan :)
Padamdewasa pun kena yer makan? Ohhhh...baru tahu ni.. thanks info
BalasPadamyes....dewasa pun kena makan
Padamtaktau pulak ada ubat cacing perisa coklat siap boleh kunyah lagi. menarik nie.
BalasPadamgeli tengok cacing tuuuuu T^T
jenis air ada
Padamjenis pil ada
so pilih mana yang berkenan di tekak
hahaha
besarnya cacing
BalasPadammemang besar sebab usus kita kan besar
Padamehh ! baru tau orang dewasa pun kena makan ubat cacing jugak.. ingatkan kanak2 ja.. adehh..
BalasPadamberapa kerap kena makan ni Hans?
yes...orang dewasa pun kena
Padammacam yang saya tulis di entry tu...
setiap 6 bulan kena makan sekali...
tetapi kalau serangan cacing teruk..itu kena dapatkan pandangan doktor :)
Erkkk ngeri laa
BalasPadammemang ngeri
Padamhehehe
Ish cacing rupa tu dalam perut kita ye. Iyekkkkk nampaknya kena beli ubat cacing jugak la. Lama kot tak makan ubat cacing. Ingtkan budak je yang kena makan.
BalasPadamhehehe...yg dewasa pun kena makan :)
Padammakan banyak tp berat tetap x naik-naik, adakah disebabkn oleh cacing dlm usus ?
BalasPadamsama ada memang ditakdirkan metabolisme dalam badan tinggi atau memang sebab cacing
Padamhahaha
yang penting makan jer ubat cacing 2 kali setahun
uih mak aihhh. Ngeri der tengok cacing-cacaing pesta dalam perut tu. Seingat aku dah lama tak makan ubat cacing sejak zaman bangku sekolah rendah lagi. Ehh kalau makan ubat cacing ni, cacing ni keluar nanti ikut mana ya? Seram lak bila teringat zaman kecik dulu keluar ikut tutttt.
BalasPadamcacing2 tu dah hancur dah masa keluar
Padambukan zaman dulu cacing keluar hidup2
hahaha
so jangan risau
tak pernah consume ubat cacing..selalu bagi anak jea..lepas bersalin ni, kena consume ni
BalasPadamyups...
Padamkalau masa mengandung xsilap tak elok makan
tapi kalau dah bersalin okay lah tu
sebut buat cacing...ingat zaman kecik2 je pernah mkn..rupanya ada juga ubat cacing utk golongan dewasa...eee...gelinya tengok
BalasPadamyes
Padammemang ada sebab orang dewasa pun kena makan
kalau x ada tanda-tanda tu kena mkn jugak ke...atau pergi dapatkan khidmat nasihat dari Dr...ke tak ada tanda2 tu pun boleh mkn
BalasPadamtak ada tanda-tanda pun kena makan
Padamsebab memang setiap 6 bulan kena makan
kalau ada tanda2 tu tanda dah teruk
kalau ada cacing dlm perut..akan keluar melalui najis or mcm mana? atau mati kena 'kisar lumat' dlm perut
BalasPadamubat sekarang moden
Padamcacing-cacing tu semua dah kena kisar lumat dah dalam perut
Alamak ngerinya.. Baru tau ubat ni wujud. Macam ada je semua symptom ni.. Selalu termakan makanan yang tak cukup masak la kot ^^"
BalasPadamhah
Padamdah kena makan dah tu
kita setahun kena makan 2 kali iaitu 6 bulan sekali makan
Ubat cacing ke racun cacing..pening lah wakaka!..besar tablet tu..tapi ada juga yang jenis cecair..
BalasPadamubat cacing tu racun untuk cacing tapi ubat untuk manusia :)
Padamhari ni baru beli ubat cacing...nak cuba, last makan masa umur 6 thn dulu..Harap dpt atasi masalah loya disebabkn kecacingan.
BalasPadamuishhh
Padam6 tahun last makan?
mak aihhh
hahaha
Tiba2 malam ni mau cari info tentang cacing..alahaiiii..lupa last mkn ubat cacing bila. Masa sekolah rendah dulu kottt.. Sebenarnya saya takut mau makan ubat cacing.. Teringat masa keci2 dulu.. Pegi tandas.. Mmg berteriak sbb nampak cacing tu. Huhu. Serammmm.. Btw, betul ke ubat cacing sekarang ni terus hancurkan cacing?? Takda chance dah nak gerak ke mana2??
BalasPadamyes
Padamyang sekarang terus hancurkan
dah tak nampak dah cacing macam mee goreng tu
hahaha
kena mkn setahun 2x....sekali mkn tu kena brp biji ye tuk org dewasa
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com