Hari Lepak Sedunia Bersama Adik

Assalammualaikum semua. Hari Ahad bersamaan 11 Mac 2018 ini merupakan antara hari bersejarah dalam hidup Hans sebab setelah 9 tahun berkenalan dan akhirnya dapat juga Hans bertemu, berbual dan bersantai dengan adik Hans. Mesti yang baca sekarang nih rasa pelik kan sebab kenapa dah lama tak jumpa? Terpisah ker? Ada masalah keluarga ker? Hahaha! Sebenarnya adik yang dimaksudkan nih bukan adik kandung Hans sebab Hans nih anak yang bongsu. Tetapi, sebab dah memang kenal lama sangat dah dan memang rapat dari zaman awal Hans menulis blog dulu. Jadi, Hans sendiri pun memang dah anggap dia macam adik Hans sendiri.


Sebenarnya memang dah lama dah dia ajak Hans lepak tetapi ada jer halangannya dari segi masa. Bila dia ada masa tiba-tiba Hans pula yang sibuk dan begitulah juga sebaliknya. Alhamdulillah, setelah 9 tahun dan akhirnya Allah takdirkan untuk kami berdua dapat berjumpa dan mengutuk sesama sendiri secara berhadapan. Masa mula kenal memang dua-dua kurus tetapi bila berjumpa memang dua-dua makin kurus. Memang unik betul silaturahim Hans dengan dia nih. Hahaha!

DIA INGAT DIA FATTAH AMIN KUT NAK TUTUP MUKA?


Kelakarnya tu dah lah baru pertama kali jumpa tetapi Hans seronok betul sebab dapat pau dia dengan suruh dia belanja Hans. Sebenarnya daripada minggu lepas lagi memang dia cakap nak belanja. Jadi, terima lah akibatnya! Hahahaha! Bukan senang nak merasa adik sendiri belanja kan? Jadi, destinasi lepak ialah dekat The Mines sebab tempat nih yang paling dekat dengan rumah Hans pun.

SEDAP PULA MAKAN MUFFIN NIH TADI PANAS-PANAS!


Cabaran pertama yang sangat sukar dan harus diselesaikan dengan secepat mungkin ialah memilih tempat makanan tengahari. Hans suruh dia pilih sebab dia nak belanja tetapi bila dia sebut jer Hans buat suara mengeluh sebab Hans dah bagitahu dah nilai belanja makan paling minima ialah RM50. Biadap kan perangai Hans? KAHKAHKAHKAH! Kejam pun macam ada juga kan? Tetapi, memandangkan Hans sebenarnya seorang lelaki berhati murni jadi akhirnya dengan persetujuan bersama maka tempat makan yang dipilih ialah Kenny Rogers. Lagi pun Hans dah lama tak makan dekat situ. Rindu nak mengketedarah muffin Kenny Rogers nih.

FORTUNE SARANGHAEYO KENNY ROGERS! NANTI RAJIN HANS TULIS REVIEW MAKANAN NIH!


Alhamdulillah! Sambil-sambil makan tu berborak banyak benda juga lah tentang kerja, kehidupan dan macam-macam lagi. Yang kelakar tu Hans memang makan bersepah juga lah tambah-tambah masa memotong ayam pakai pisau tu. Dia dah suruh pakai tangan tetapi malas nak basuh tangan kan jadi itulah hasinya. Tak tahu lah apa yang diumpatkan dia di dalam hati bila tengok abang dia nih selekeh jer makan tadi. Hahaha!

CANDID CAMERA! KALAU DIA TAHU MAMPUS DISUMPAHNYA HANS JADI BATU! HAHA!


Apa-apapun, memang kenyang betul makan tadi dan terasa bertambah sedap sebab orang belanja kan. Mak Hans cakap kalau makan orang belanja dan rasa sedap tu maksudnya orang yang belanja kita tu ikhlas. Hehehehe! Lepas tu pergi solat Zohor dulu sebelum teruskan aktiviti seterusnya iaitu menonton filem Tomb Raider dekat TGV Cinema.

ADA MASA NANTI HANS BUAT REVIEW FILEM NIH DEKAT BLOG FILEM HANS!


Tak sangka pula dia nak belanja lagi cuma yang menariknya harga tiket sekeping cuma RM10 sahaja bila menggunakan kad debit Maybank tetapi hanya untuk tayangan filem sebelum pukul 6 petang. Nasib filem Tomb Raider tu menarik dengan aksi-aksi dan jalan cerita yang pantas.

SEDAP JUGA BENDA ALAH NIH! NANTI HANS BUAT REVIEW MAKANAN!


Selesai menonton filem maka terus lah bergegas ke surau untuk solat Asar dulu. Kemudian, diajak lagi Hans makan dekat Shihlin Taiwan Street Snacks pula. Hans kalau bab makan memang tak menolak dan mengiyakan jer ajakan tu. Hahaha! Pertama kali Hans makan dan memang sedap lah Crispy Chicken dan Crepe Sausage dekat Shihlin nih. Bertambah sedap tu sebab ada orang belanja pula kan. Mana tak gembiranya sebab jarang merasa orang belanja Hans seharian nih. Hahahaha

NANTI HANS BUAT REVIEW MAKANAN YER! HAHAHA!


Dalam perjalanan pulang, kami singgah sekejap dekat masjid berhampiran dengan rumah untuk solat Maghrib. Selepas tu dihantarnya Hans balik ke rumah. Alhamdulillah! Dapat juga lah jumpa adik Hans yang seorang nih. Selalu berborak atau merepek dekat whatsapps dengan instagram sahaja. Bila jumpa depan-depan memang bertambah seronok sebab dapat kenal perangai masing-masing. Tambah-tambah perangai pun sama-sama masuk air tahap sederhana juga. Paling kelakar tu sebab dia tegur Hans pakai jam dekat tangan kanan. Rupa-rupanya dia pun sama. Sebab tu yang jadi adik-beradik tu. Hahaha!

SIAPA PAKAI JAM DEKAT TANGAN KANAN? KITA GENG! HAHAHA!


Sebenarnya, zaman Hans menulis di blog dulu memang dia lah yang rajin bantu design dan edit blog Hans. Sekarang dia dah pencen dah menulis blog sebab fokus dengan kerja. Bila fikir balik memang kelakar pun ada sebab kenal dekat laman sosial sahaja tetapi boleh jadi rapat. Rasa bersyukur sebab dapat kenal dengan dia. Ada rezeki nanti boleh lepak lagi dan kali nih Hans pula nak belanja. In Sha Allah! Tetapi, kalau dia nak belanja lagi amat lah dialu-alukan dan Hans pasti tak menolak. Hahaha! Apa-apapun, terima kasih sebab sudi jadi sahabat dan adik kepada insan kacak bernama Hans! Semoga selama-lamanya jadi adik beradik yer. Amin!

P/S : Alhamdulillah! Dah Nak Kahwin Dah Adik Hans Yang Seorang Nih! Semoga Berbahagia Hingga Ke Jannah! Abang Hang Juga Yang Single Mingle Lagi Dik! Jealous Pula Dekat Hang! Hahaha!


80 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Bertabah ler dpt Hans jadi abang,,kaki pow rupanya. HAHAHA. btw kita genglah pakai jam belah kanan, even mai kidal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh mana ada saya pow
      hahahaha
      haha GPJTK (geng pakai jam tangan kanan)

      Padam
  2. Wah bestnya ada orang belanja. Satu hari memanjang makan. Sayang pulak dia berenti menulis blog kan. Boleh share cerita. Hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      tu lah
      dia bab2 edit dan design memang power

      Padam
  3. Bertuah Hans ada adik pemurah macam ni... sedap pulak nampak set KR tu. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah rezeki ada adik pemurah..hehe
      nampak macam sedap kan? tapi kuah dia manis masin sikit

      Padam
  4. kikikiki... bestkan bila ada sahabat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. nih dah merangkap adik sendiri dah
      tu yang lagi best tu :)

      Padam
  5. adik hans pemalu hehe...bila kenal thru alam maya tiba2 dpt jumpa live mmg seronok kn..nk plak adik belanja abg ye hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia bukan pemalu pun...saja gedik jer tu buat2 malu..hahaha
      alhamdulillah..memang seronok jumpa live dan memang bertambah2 seronok sebab dibelanja..hahahaha

      Padam
  6. best eh tomb rider? nantilah nak tengok.. aah memang harga tiket rm10 dulu everyweek tengok movie sebab rm10. wahahaha. sekarang dah insaf sikit. baiklah.. semoga hubungan abang dan adik ni berkekalan hingga ke syurga. Amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh layan lah lah Tomb Raider...nak kata terlampau best tu tak tapi kategori boleh layan dan enjoy...
      saya tak tahu sangat pasal TGV sebab saya selalu tengok dekat GSC jer

      Padam
  7. Hahaha gambar makanan lagi xD
    Dulu suka pakai jam kat tangan kanan, walaupun tulis guna tangan kanan juga..
    Tapi tak tau sebab apa tangan kanan allergik semacam, sekarang pakai kat tangan kiri ja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahah..dah makan so ada lah gambar makanan..hahaha
      tak boleh masuk geng GPJTK (geng pakai jam tangan kanan)

      Padam
  8. Tiba-tiba dapat adik ye? Lain mak lain ayah..tahniahla..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah lama dah dapat adik..dari 9 tahun lepas lagi :)

      Padam
  9. makan bila adik belanja mmg sedap. menjaga silaturahim tu sunnah...

    BalasPadam
  10. ni bkn lepak dah ni... ni dah mcm g kenduri mkn2 hahaha

    BalasPadam
  11. tak aci juga..

    gambar abang Hans tak masuk dalam artikel blog..

    anyway memang seronok la jumpa saudara dan seagama bersama dalam dunia realiti.

    paling best kalau makan sedap sedap pulak tu.

    BalasPadam
  12. hahaha...kesian adik tu dapat abang kaki pau =)

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah.. semoga silaturahim berkekalan hingga ke akhir hayat.. Aamiin.. Sha pun pakai jam tangan kanan.. peace..

    BalasPadam
  14. seronoknya kalau dapat kawan yang sekepala kan

    BalasPadam
  15. Ingat adik kandung tadi terpisah sekian lama hihi...best bila dapat geng sekepala ni, semoga kekal selamanya...

    BalasPadam
  16. wah menarik dapat kenalan macam adik beradik...

    BalasPadam
  17. sedap tu makan kenny rogers...lepas tu suh belanja nando's pulak hahaha

    BalasPadam
  18. taktau pula pasal harga tiket murah tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun baru tau sebab jarang tengok wayang dekat tgv

      Padam
  19. sedap-sedap semua makanan free tu yek hehehe. masa yang terbaik untuk eratkan lagi hubungan sesama saudara Islam.

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah
      makanan tu dah memang sedap
      tambah sedap bila orang belanja
      hahaha

      Padam
  20. Seronoknya lepak-lepak dengan adik :)

    BalasPadam
  21. Amboi..bestnya dapat adik budiman macam ni...

    BalasPadam
  22. Ape pnya abg la kaki pau adik..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab tu tak ada adik kandung kut...
      sebab kaki pau
      hahaha

      Padam
  23. Alhamdulillah
    rezeki
    Amin..semoga dimakbulkan doa tu :)

    BalasPadam
  24. That piece of fried chicken looks super delicious, Hans. Yum.

    BalasPadam
  25. Boleh jadi model iklan finger linkin good tu

    BalasPadam
  26. Hi. Jgn nakal2. Orang ni tgh perhati ni. Lagi satu nti ko nak blnja aku chilis kn n infinity war kan.. :p

    BalasPadam
  27. Kalau kita ada chemistry dengan seseorang secara tak langsung kita boleh ngam macam adik-beradik..
    Masing-masing ada persamaan tu yang best! hihihi

    BalasPadam
  28. Kite pon pakai jam tangan kanan😁😁

    BalasPadam
  29. Sekali sekali mengepaw, apa salahnya. Hehehe

    BalasPadam
  30. thaniahhhhh.
    tapi memang betul, sronok jumpa dengan yg lame dah duk borak dalam alam maya pastu jumpa kat depan depan.

    BalasPadam
  31. adududu.terliur tengok pic makanan

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      nampak macam ada depan mata jer kan
      hehe

      Padam
  32. adik lah segalanya. untung jadi adik okay. hahaha

    BalasPadam
  33. Best adik beradik tak berkira. Hehehe...

    BalasPadam
  34. perubahan hormon sbb tu dua2 makin kurus..hihi..9 tahun lamanya bersahabat di alam maya..Alhamdulillah, dapat berjumpa di alam nyata..

    BalasPadam
  35. Wah, sedapnya makan kenny rogers. Bagus tu adik beradik tak berkira. Hihi. Terbaik semua. :)

    BalasPadam
  36. untungla... ada org belanja macam2...

    dpt jumpa kwn2 lama ni mmg bes la kan... bkn senang nk dapat jumpa kwn2 lama ni.. kadang-kadang banyak kali rancang pun 1 pun blom pasti berjaya lagi untuk jumpa balik...


    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama