Assalammualaikum semua. Lama dah Hans tak menulis tentang ulasan makanan dan kebetulan pada minggu ini KFC telah mengeluarkan satu menu baru yang diberi nama KFC Zinger Cheezilla. Biasa lah tu bila dah nak dekat gaji nih memang pandai lah pihak pengurusan KFC nih nak dapatkan duit gaji anda semua tu dengan mempromosikan menu baru nih kan. Secara jujurnya Hans rasa inilah pertama kali Hans makan burger keluaran KFC. Bila Hans tengok iklan nampak macam menarik pula jadi Hans ambil keputusan untuk cuba makan burger nih selepas selesai solat jumaat sebentar tadi.
Tengok lah gambar dekat atas nih. Nampak besar dan sangat padat dengan kepingan filet ayam dan keju mozzarella. Memang berjaya buat Hans rasa tak sabar-sabar nak beli dan makan. Jadi, Hans pilih KFC Zinger Cheezilla Combo Set yang berharga RM16.90 dimana Hans dapat burger nih sebiji, kentang goreng dan air pepsi yang tiada kalori. Katanya lah tiada kalori. Hahaha!
Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Inilah rupa kotak KFC Zinger Cheezilla. Masa dapat jer kotak nih, Hans tengok macam kecil jer. Dalam hati terus cakap memang manusia nih selalunya mudah tertipu dengan iklan-iklan pemasaran nih. Dalam iklan memang semua nampak besar. Tetapi, masa pegang kotak tu boleh tahan juga beratnya. Tetapi, Hans abaikan dulu burger nih sebab yang penting kena makan dulu kentang goreng sebelum ia sejuk dan terasa lemau. Jadi, mari makan kentang goreng dulu. Yahooooo!!!
Kentang goreng yang KFC nih bagi tak ada lah banyak sangat kuantitinya tetapi agat mengejutkan sebab rasanya memang sedap. Garing rangup dan ciri-ciri kentang ini memang menepati citarasa Hans sendiri. Ditambah pula memang perut dah lapar jadi memang laju lah mengketedarah kan. Jadi, kentang goreng dah selamat berenang-renang di dalam perut. Mari kita buka kotak yang membaluti rupa KFC Zinger Cheezilla nih pula.
Perggghhhhh!! Jangan disangka kotak burger yang kecil menandakan burger tersebut juga kecil. KFC telah membuktikan sebaliknya. Serius besar gedabak KFC Zinger Cheezilla nih. Sampai terkeluar isi ayam tu. Patutlah masa pegang kotak tu tadi rasa berat jer. Memang terbaik nak habaq mai!
Nampak tu? Nampak tak? Filet zinger ayam dengan keju mozarella sampai dah nak terkeluar daripada roti. Patut lah KFC letak nama Cheezilla. Memang burger nih jatuh dalam kategori adik beradik dengan Godzilla dan Kaiju. Punya lah besar! Jenuh lah Hans nak menganga luas masa makan nanti. Apa-apapun, sebelum tu mari kita bedah siasat dulu KFC Zinger Cheezilla nih.
Yang sebelah kiri ialah filet zinger yang memang besar dan padat dengan isi ayam. Yang sebelah kanan pula ialah isi keju mozarella yang sangat besar! Ditambah lagi dengan sos keju. Cuma tadi Hans tak perasan ada ker tidak salad. Hahaha! Yang penting memang KFC Zinger Cheezilla yang Hans makan tadi sangat besar. Tak percaya tengok bawah nih.
Alhamdulillah! Rasanya boleh tahan sedap. Memang bertali-tali lah keju bila Hans makan burger nih tadi. Bersemadi sudah KFC Zinger Cheezilla yang besar nih di dalam perut Hans yang kurus tu. Hahaha! Serius bagi Hans memang sangat berbaloi sebab kuantiti filet ayam dan isi keju yang sangat banyak sampai Hans dah rasa kenyang walaupun baru makan setengah bahagian burger. Terbaik lah KFC!
Dengan harga RM16.90, anda semua sudah boleh menikmati kelazatan dan kemewahan menu terbaru KFC Zinger Cheezilla di semua cawangan KFC berdekatan rumah dan tempat kerja anda. Tunggu apa lagi! Serbu KFC cepat-cepat dan pastikan pekerja KFC tidak dapat berehat kerana melayan pesanan dan kerenah anda semua. Muahahaha!
SKALA SEDAP : 3.8 / 5
P/S : MASIH BERASA KEKENYANGAN AKIBAT PENANGAN KFC ZINGER CHEEZILLA.
tgk first gambo tu, mmg drooling sangat. tp, ape yg dpt selalu tak sama ngan gambo kannn
BalasPadambiasa lah
Padamiklan mesti tak sama dengan yang realiti
tetapi nasib rasa yang dijanjikan dan kuantiti dia memang besar macam iklan
hahaha
Nampak sedap je makan burger KFC nie . Tapi wani tak makan cheese , hehe . Selalu cheese celet dekat suami punya makanan .
BalasPadamlaaaa
Padamkenapa tak makan?
alergik ke?
Baca tajuk sekali lalu tadi ingatkan KFC Zinger Cinderella. Hahaha... lama dah tak pekena spesies Zinger ni, selalunya dok order Colonel burger, spicy fried chicken, cheesy wedges n coleslaw ja. Nanti nak try menu baru ni pulak la, nampak menarik :D
BalasPadamhahaha jauh sangat cinderella tu...try lah..kenyang ohhh
PadamTerbaek. Sedap ni..
BalasPadamhehehe
Padamkenyang perutsuka hati
Arghhh stress tengok. Akak nih memnag peminat zinger burger tau.kalau pergi kfc memg orde burger.tak boleh jadi nih hari nih juga nak ajak suami makan kfc
BalasPadamhahaha
Padamhari nih dah makan ker belum burger nih?
Pergi KFC selalu nak makan ayam je. I kurang sikit burger2 ni. Tp encik suami mesti suka sebab dia suka burger
BalasPadamsuami mesti suka burger kfc cheezilla nih
Padamheehee
nampak dalam pic mcm sedap..
BalasPadamrasa realiti pun not bad
Padamsedap
macam kena cuba je nih hihi
BalasPadamsila cuba untuk kekenyangan sehari
Padamhehe
hahaha ni la contoh power of advertisement...
BalasPadamtengok gambo iklan meleleh air liur
tapi tgk sebenar.. aduhai...
tapi tak kisahlah kan.. yang penting sodapppp..
hehehe
Padamnak tarik orang mesti lah iklan kena gempak :)
tapi sedap :)
GV confirm nak rasa burger ni. Nampak sedap sangat Mr Hans. :D
BalasPadamhehehe
Padamcuba lah
mana tahu kena dengan selera tekak
zinger burger kfc mmg sodap.
BalasPadamtapi sy tak suka cheese. so better beli yg biasa jelah.hehe
hehehehe
Padamrugi tak suka cheese
hehe
besau nau rabak mulut sy nnt😆😆😆
BalasPadamtekan-tekan burger tu bagi padat
Padamtak pun makan satu-satu bahagian dulu
hahaha
uishh ! Buat hakak terliur malam-malam ni
BalasPadamhaha
Padamlain kali tengok waktu siang
hehe
sedap la pulak.. dh hampir setahun xmkn kfc ahaha..
BalasPadamuishhhh
Padamboikot ker apa
hahaha
nmpk sedap..berbaloi dgn harganya..2 jenis cheese..
BalasPadammemang puas hati :)
PadamBurger ayam KFC kadang-kadang cepat muak lah Hans sebab daging ayam dia tebal..
BalasPadamItu pendapat sis..
owh yer ker
Padamtapi yang nih sedap
2 kali dah makan
hahaha
KFC Zinger Cheezilla tu bersaiz sangat besar. Macam boleh 2 atau 3 orang berkongsi bersama.
BalasPadamsaya kena makan sorang
Padamshare mana kenyang
hahaha
3.8 jek? tgk gambar iklan tu menarik gilak..tgk hans pergi mkn..tu jek burger nya..boleh la ek
BalasPadam3.8 kira okay lah tu
Padamsedap burger nih
dah dua kali dah saya makan
hehe
akak dah makan.. agak kurang di tekak akak hihihi
BalasPadamhahaha
Padamtak kena dengan selera akak la tu kut
saya suka cheese :)
Terus rasa nak gi KFC sekarang.. kikiki
BalasPadamhahaha
Padamsila serbu sebelum terlambat
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com