Assalammualaikum semua. Alhamdulillah selesai sudah Hans menempuhi Ujian Bakat Penerbit Rancangan di Angkasapuri sebentar tadi. Sebenarnya sudah hampir tiga atau empat tahun Hans tak pergi kemana-mana temu duga yang berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) nih sebab kekecewaan pada pengalaman lampau. Hahaha. Alhamdulillah kali ini dibuka hati untuk Hans bersemangat pergi ke ujian bakat nih.
Baiklah! Untuk pengalaman kali ini Hans terus diuji bermula di rumah lagi sejak awal pagi. Rezeki ada kawan Hans dapat juga ujian bakat kali ini dan tinggal berdekatan dengan rumah Hans. Jadi, dia ajak Hans tumpang sekali. Hans pun memang dah bersiap-siap awal tetapi satu kejadian ngeri telah berlaku tanpa dapat dihalang. Waktu tu Hans di dalam lif bersama seorang wanita cina. Apabila pintu lif terbuka, Hans pun melangkah dengan bergayanya sambil memakai blazer keluar daripada lif tu tetapi tiba-tiba Hans terasa macam tersadung sesuatu benda dan terdengar seperti bunyi besi jatuh. Hans terpinga-pinga sekejap sebab tak tahu apa sebenarnya yang berlaku.
DUGAAN DAN UJIAN DI PAGI SUBUH
Rupa-rupanya tapak kasut hitam Hans yang sebelah kiri tercabut Kak Bedah oiiiiiiii!!! Astafirullahalazim!!!! Hans memang rasa malu sebab perempuan cina tu pandang. Jatuh imej abang yang ala-ala Hritik Roshan pagi nih. Rasa cemas pun ada tetapi nasib baik Hans ada lagi sepasang kasut kulit yang baru dibeli dua bulan lepas. Jadi terpaksa masuk lif semula untuk kembali ke rumah sebab nak tukar kasut. Sampai sahaja depan pintu rumah, tapak kasut hitam Hans yang sebelah kanan pula tercabut. Ya Allah!!!! Apa nasib aku nih Kak Senah oiiiiii!! Rupa-rupanya Hans baru tahu kasut-kasut kulit nih kalau lama tak pakai memang kasut boleh mereput atau tapak tertanggal walaupun dijaga seelok mana pun. Macam Hans sendiri, kasut hitam yang tapak tertanggal nih memang Hans simpan elok-elok dalam kotak siap letak silika gel lagi. Mana lah nak tahu kan boleh jadi macam nih sebab kasut kulit nih memang Hans tak pakai pun melainkan pergi temu duga jer.
Kemudian dalam pukul 6.55 pagi tu sampai lah Hans dekat Angkasapuri. Daftar dekat pondok pengawal dan selepas itu pergi ke Wisma Radio. Kebetulan terserempak pula dengan kawan sekerja dan berborak-borak lagi. Tiba-tiba kawan Hans nih tanya Hans ada masuk tak group telegram Penerbit Rancangan. Hans tak ada pula masuk jadi Hans minta lah telefon dia sebab nak baca apa tips yang mereka kongsi. Sekali tiba-tiba Allah gerakkan hati Hans untuk baca satu mesej daripada seorang ahli kumpulan tersebut,"Tempat temu duga saya dekat Dewan Cendekiawan tapi mereka kata dah tukar tempat. Ada sesiapa yang tahu dekat mana?"
YA ALLAHHHHHH!!! APAKAH DOSA KU????
Ya Allah! Rupa-rupanya ada dua lokasi ujian bakat nih dan Hans salah tempat. Kedua-dua kawan Hans nih memang ujian bakat mereka dekat Wisma Radio. Masa Hans sedar tu lagi 5 minit pukul 8.00 pagi dan di dalam jadual memang pukul 8.00 pagi tu dah mula. Masa nih memang Hans cuak tahap nak mati. Hans pun tanya lah dekat urus setia pendaftaran tu dekat mana Dewan Cendekiawan nih? Dia kata jauh dan kena keluar dan kemudian belok kiri. Ya Allah! Mati aku!
Keluar daripada Wisma Radio tu, terus Hans blur sebab dekat kiri tak ada nampak pula pejalan kaki. Akhirnya Hans ternampak ada seorang lelaki di dalam kereta...rasa-rasanya memang pekerja RTM lah tu. Terus Hans tanya dia. Dia pun tunjuk lah dekat Hans kawasan tu. Perghhhhh!!! Memandangkan lama tak jogging jadi memang rasa jauh gila tempat tu. Gigihlah Hans berjalan kaki dan menaiki jalan berbukit tu. Sampai dekat Dewan Cendekiawan tu sekali kosong tak ada orang. Nasib ada seorang makcik cleaner nih dia bagitahu mereka ubah lokasi. Bukan dekat sini tetapi dekat Dewan IPPTAR lama. Masa tu memang dalam hati Hans dah cakap dah,"Apalah dosa aku hari nih Ya Allah sampai kau uji aku macam nih!". Hahahaha! Lepas ucap terima kasih dekat makcik tu, Hans berjalan patah balik ke Dewan IPPTAR lama tu dan alhamdulillah baru nampak ramai calon-calon lain.
RASA-RASA MACAM HILANG 10 KILOGRAM TADI
Masa tu serius Hans memang berpeluh gila dah. Mesti urus setia yang tengok Hans daftar masa tu ingat Hans cuak nak buat ujian bakat nih agaknya. Hahaha! Lepas daftar terpaksa Hans keluar dari situ kejap berkipas dekat luar sebab memang panas gila. Maklumlah tawaf RTM sekejap tadi. Hahaha! Dalam pada tu terjumpa pula member UiTM dekat situ. Sembang lah sekejap. Kemudian sembang-sembang juga dengan 4-5 orang calon yang ada dekat situ. Masing-masing ada kisah masing-masing. Biasalah Hans kan suka dengar kisah orang sebab boleh jadi tauladan atau buat kita rasa bersyukur kan.
BURUK JADINYA SEBAB MASA TU BOSAN-BOSAN TAK TAHU NAK BUAT APA.
JADI GULUNG-GULUNG LAH KERTAS NIH! HAHAHA!
Nombor giliran Hans ialah 059. Macam biasalah mula-mula ada pihak urus setia bagi taklimat ringkas dulu. Lepas tu setiap kumpulan dalam 15 orang akan di bawa pula ke satu tempat untuk diberi sedikit taklimat tentang ujian bakat dan diberi masa 15 minit untuk tulis info atau isi untuk pembentangan nanti. Tetapi, apa yang kita tulis tu mereka akaN ambil dulu dan kemudian pulangkan semula dekat kita masa kita dekat kawasan ujian bakat nanti. Jadi, untuk ujian bakat ini terdapat 3 seksyen iaitu seksyen A, B dan C.
PEMBACA BERITA RTM NIH MACAM SITI NURHALIZA KAN?
Seksyen A ialah ujian suara untuk melihat kelancaran kita bercakap dimana Hans diberi satu teks berita dan diminta membaca berita itu tanpa ada tokok tambah. Hanya baca apa yang tertulis di kertas yang diberikan mereka.
Seksyen B pula ialah ujian untuk menguji penggunaan ayat dan bahasa kita. Macam ujian bakat tadi, untuk seksyen B ini ada 4 pilihan seperti sukan, hiburan, radio dan laporan lintas langsung dan kena pilih salah satu daripada tugas ini. Setiap pilihan telah diberi info-info serta maklumat-maklumat dan tugas kita kena pandai untuk jadikan benda tu kreatif dan cantik dengan susunan ayat dan perlu disampaikan dengan gaya yang tersendiri.
Seksyen C pula ialah antara cabaran yang agak menarik kerana kita perlu membentangkan idea untuk sebuah rancangan atau program televisyen berdasarkan situasi yang diberi atau dalam bahasa produksi biasa disebut sebagai pitching. Disini kita perlu yakinkan panel kenapa idea rancangan kita patut diterima mereka.
Agak menyesal sebenarnya Hans tak makan sebab giliran Hans pada pukul 12.45 tengahari. Bangun pula pukul 5 pagi tadi. Jadi, memang masa tu tiba-tiba pula perut menyanyi-nyanyi. Hahahaha! Macam tadi Hans sekejap ada rasa cuak dan sekejap rasa okay pula cuma alhamdulillah masa tiba giliran Hans tu Hans memang tak ada rasa cuak. Tetapi, bila Hans rasa macam ada tersasul sikit masa baca berita untuk seksyen A tadi, mula fokus Hans sedikit lari.
Sampai pula untuk seksyen B di mana Hans memilih siaran lintas langsung macam yang dalam berita tu. Masa tu pun Hans tak tahu lah apa Hans cakap. Ada lah info yang Hans tulis dekat kertas tetapi masa tu Hans memang main cakap ikut sedap mulut jer lah. Konon-konon spontan padahal tak tahu lah apa yang aku merepek tadi. Hahaha!
Sampai pula seksyen C lagi lah Hans rasa macam merepek jer. Sebab sebelum masuk memang dan rancang dah apa nak cakap untuk seksyen nih tetapi bila dah kelaut dalam tu memang akhirnya main hentam jer lah cakap ikut suka hati. Masih ikut apa yang Hans tulis tetapi rasa lama pula Hans cakap. Hans pun tak tahu lah Hans cakap tadi tu ada info yang menarik atau tak. Sebab masa tu memang dah main cakap jer dan kurang fokus sikit selepas segala ujian dan dugaan yang berlaku sejak pagi tadi.
Alhamdulillah! Segala-galanya dah selesai dan Hans pun tidak lah terlalu mengharap sebab bila difikirkan balik sebenarnya Hans boleh buat jauh lebih baik dari tadi. Tetapi, tak apa lah! Kalau ada rezeki ke peringkat seterusnya, alhamdulillah lah! Janji Hans dah datang dan dapat pengalaman baru. Terima kasih juga kepada semua pekerja dan urus setia RTM yang baik-baik dan ramah-ramah sebentar tadi. Jadi, inilah antara pengalaman Hans sebelum, semasa dan selepas selesai menghadapi ujian bakat penerbit rancangan nih. Kepada calon-calon yang lain tu, semoga buat yang terbaik yer! Yang penting jangan lupa sarapan dan semak lokasi ujian bakat anda betul-betul. Assalammualaikum!
P/S : TAK SEMPAT NAK AMBIL GAMBAR PAKAI PAKAIAN FORMAL DENGAN BLAZER TADI! KALAU TIDAK MESTI KORANG TAK DAPAT BEZA HANS DENGAN HRITIK ROSHAN! KAHKAHKAHKAH!
Ya Allah, banyaknya dugaan Hans. Semoga Hans lulus interview ni. Aamiin.
BalasPadamhahaha
Padaminilah pertama kali pergi ujian bakat dan inilah pertama kali ada banyak dugaan macam nih
memang mencabar
hahaha
ada rezeki In Sha Allah
terima kasih doakan
Amin
kalaulah sesenang itu nak slim... bahagianyaaaa
BalasPadamhahahah tu lah pasal
Padamhahaha
wah satu pengalaman yang menarik dan byk dugaan ;)
BalasPadammenarik tu tak pasti
Padamtapi banyak dugaan tu betul
hahaha
waalaikumussalam. semoga hans berjaya ke peringkat seterusnya. insyaAllah ada rezeki tu lepas bermacam-macam dugaan aaminnn....
BalasPadamamin
Padamhahaha
ada rezeki ada lah kan
lama nau nunggu keputusan nya ye Hans
PadamHebak ujian sampingan huhuhu... Wish u all the best my friend! Rtm boleh adaptasi kisah benar di atas utk drama mgu ini...huhuhu...
BalasPadamhahahaha
Padamsila lah adaptasi dan bagi aku royalti idea asal
haha
Hebak ujian sampingan huhuhu... Wish u all the best my friend! Rtm boleh adaptasi kisah benar di atas utk drama mgu ini...huhuhu...
BalasPadamsemangat nau komen sampai 2 kali
Padamhahaha
tq tq
woww best nya..mesti kecut teruk haha
BalasPadamsecara jujurnya tak kecut teruk pun...sebab lapar kut...dah fikir dah bab takut ker tak tu..haha
PadamWahhh Han.... tragik sungguh cerita sebelum gi interview tu.... mcm mcm berlaku, harap harap ada rezekilah ek. Suka dengan semangat Han tu, berani je nak gi interview, hakak ni jenis ngeri orangnya. Nebes makcik hihi....
BalasPadamNasib tak de gambo abg ensem kat sini kalau tidak, ramai dah anak dara pengsan hahah
kalau letak karang terus ramai minta nombor phone pula
Padamhahaha
Mcm2 dugaan..tang tawaf RTM tu yg x tahan..in shaa Allah, didoakan semoga brjaya..
BalasPadamamin
Padamterima kasih :)
Boleh sy tau ada masa ke yg ditetapkan utk seksyen B dan C tu? Dan kebanyakan perempuan yg menghadiri ujian bakat tu memakai pakaian baju kurung atau kemeja dan blazer?
BalasPadamada tapi tak pasti berapa minit
Padamkebanyakan yang hadir pakai baju kurung
tapi ada jer yang pakai kemeja, slack dengan blazer
janji pakaian formal
amin
BalasPadammudah-mudahan :)
Hahaha macam2 jadi dalam satu hari. Syukurlah semuanya selesai juga dgn jayanya. Wahhh hebatnya pandai bercakap dpn orang ramai. Kalau Mai ni lidah terkelu nanti.
BalasPadamHihihi, dh femes jangan lupa Mai! Lol.
ALL THE BEST!
tak lah cakap depan orang ramai
Padamdia masuk dalam bilik
lepas tu ada lah 2 orang panel dengan seorang perempuan jaga audio semua
banyaknya dugaan...kihkihkih.
BalasPadamtapi sy pun sama..tapak kasut tetiba tercabut masa hari konvo student.
dahla tercabut masa tgh lintas jalan. nasib baik ada sandal spare.
apapun, good luck utk awak.
kalau dah rezeki..tak kemana.
nasib tak tercabut masa naik atas pentas
Padamhahaha
kalau bab kelancaran tu, awal2 lg sy dah angkat bendera putih...x pe yg penting pengalaman sbb tu yg xde dijual di mana2
BalasPadampengalaman tu penting
Padamsetuju :)
kertas angka giliran tu kelakar. sebab bosan dia jadi mangsa. kehkeh
BalasPadamhahahaha
Padambosan menunggu
perghhh, gila macam2 jadi, sabar ye.. tatau la kalau kita kat tempat hans macam mana, huhu
BalasPadamhahahaha
Padammemang penat lah jawabnya
banyakknye dugaan hans
BalasPadamisyallah andai ada rezeki kt sini
ayu doakan...
mudah-mudahan
Padamamin
fuhhhhh banyaknya dugaan dalam satu hari! Kalau tak dapat pun at least Han dah berusaha.
BalasPadamyer betul tu
PadamAdededeeee byknya rintangan, tp buat aku sym sorg gak baca, ms tu mmg cemas tp bila fkr balik cfrm boleh gelak. Insyaallah if dh rezeki tak kemana tu. Yg penting dah cuba kan ������
BalasPadamyups
Padamyang penting dah cuba
All the best han, mudah2an dapat
BalasPadammudah-mudahan
Padamamin
Of all time, tapak kasut lekang pulak. Kalau saya mesti panic habis.
BalasPadamSemoga Hans berjaya.
saya pun panik sekejap
Padamnasib teringat ada kasut lebih je
kalau tidak memang panik betul lah jawabnya
haha
doa2 jgk la mana tau ada rezeki kan hans.... tp tulah udahla bangun awal tak bfast mmg lah terganggu bila dh lapo semua rsa tersasul.... lenkali sentiasa bwk biskut atau roti dlm beg
BalasPadamitu lah
Padamingat tak lama sekali lama sebab ramai orang
hahaha
lepas nih memang kena standby biskut ke roti
kalau dah rezeki tak ke mana..
BalasPadamkalau bukah rezeki redha sahaja la bro..
namun jauh dalam hati saya memang nak Hans dapat kerja tu.
penulisan Hans hebat dan memukau hati saya untuk membaca dan terus membaca..
jangan pula lupa..Hans adalah idola saya..
cewah...lebih lebih la pulak..sekadar gurauan
hahaha
Padammudah-mudahan ada rezeki
yang penting dah cuba
hehe
Pengalaman itu yang penting. Walau apa pon moga Hans berjaya. Aminn
BalasPadamamin
Padamterima kasih doakan
Bersusah-susah dahulu.... bersenang-senang kemudian... bukan senang untuk senang dan bukan susah untuk susah... good luck bro... wish you all the best...
BalasPadamIn Sha Allah
Padamamin
Bila lihat gambar tapak kasut tercabut. Teringat peristiwa berlaku ketika menghadiri mesyuarat alami perkara sama tapak kasut tercabut.
BalasPadamTebal muka pakai selipar dengan berstokin. :)
hehehehe
Padamyang pernah mengalami jer tahu perasaan tu
hehe
Hahaha.. memang naya.. last2 kasut tu cenna? Satu pasang pakai kiri, satu pasang pakai kanan? Kahkahkah..
BalasPadamAnyway, good luck ya.. ^^
ada je dekat rumah nih
Padamnanti pasang tapak baru
masa pergi sana pakai kasut lain..kan dah tulis dah dekat entry
mana tahu Allah kasi ujianmacam tu sebab nak bg hans gembira bila tahu result nanti. doa kan heheh
BalasPadamamin
Padammudah-mudahan ada hikmah dan kebaikan
Pergh!! Dugaan sungguh ye Hans..
BalasPadamSha doakan semoga ada rezeki Hans..
In Sha Allah
Padamamin
terima kasih doakan :)
santek yg macam siti nurhaliza tu. btw pengalaman yg menarik hans. moga success ke peringkat seterusnya.
BalasPadammudah-mudahan
Padamamin
Goodluck. Semoga ada rezeki..
BalasPadammudah-mudahan
Padamamin
byk betul dugaan tetapi kalau dah rezeki xkan ke mana..mesti dag dig dug nk tahu result kan..
BalasPadamtak dag dig dug pun sebab tak berharap
Padamhahahaha
da kuar result ke lom?
BalasPadamakak wish good luck ye.
moga karier hans berkembang maju.
bersekali dgn minat hans, akan jadi terbaik nanti ye.
tak keluar lagi
PadamHans pg ujian bertulis dan terjemahan tak?
BalasPadampergi
Padamresult keluar tengahari tadi
kenapa?
Lulus x? Lepas nih ada ujian lg ke?
PadamB29 Hans lulus
PadamB41 Hans gagal
lepas nih ada interview jer lah tapi tak tahu bila tarikh nya lagi
kenapa? ambil juga ker?
Haah. Mcmna Hans bole tahu B41 gagal? Email ada bgtau ke?
BalasPadamHans dapat email untuk B29 jer
PadamB41 hans check dekat laman web SPA sebab dapat sms suruh check
Liyana dapat dua2 ker?
bila date interview B29 dik? rasanya masih ongoing. all the best! boleh ganti tempat akk nanti :-)
BalasPadamalhamdulillah dah selesai dah hari tu
Padamdoakan saya ada rezeki dapat yer kak
amin
temu duga sama ujian bakat sama ke?
BalasPadamsesi pitching tu individu atau berkumpulan ya
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com