Shellout Bulldozer

Assalammualaikum semua. Kalau sesiapa yang masih ingat, Hans pernah makan Nasi Ayam Penyet Bulldozer dan di lokasi yang sama juga Hans berkesempatan mencuba satu lagi menu istimewa yang dijual disini iaitu SHELLOUT BULLDOZER.


Nama Kedai :
AYAM PENYET BULLDOZER

Alamat :
No 49,
Off Jalan Balakong,
4, Jalan Cengal,
Taman Impian Ehsan,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.


Waktu Operasi :
12.00 PM - 12.00 AM

Telefon :
0196474067

Facebook : 


Memandangkan sudah lama Hans tak makan Shellout jadi teringin juga nak cuba rasa Shellout dekat sini. Nama menu pun dah memang ganas dah kan. Memandangkan Hans datang dengan seorang kawan jadi kami pilih Set A yang bersesuaian untuk dua orang makan.



Seperti biasa bila makan shellout ini pastinya meja makan tu dibalut dengan plastik yang bersesuaian digunakan untuk longgokan makan-makanan laut nih. Untuk pengetahuan semua, Hans tidak makan ketam jadi sangat bertuah lah rakan Hans tu sebab dia dapat makan semua ketam yang wujud dalam longgokan makanan laut seperti dibawah. Yang kelakarnya tu dia pula tak makan siput kulit hijau tu jadi Hans lah pula yang kena makan semua spesis terbabit. Hans keliru sedikit tentang nama siput berkulit hijau tu sama ada kupang atau kepah sebab ada yang panggil kupang dan ada pula yang panggil kepah. Hahaha!



TARAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!! Ini lah rupa serta kuantiti makanan untuk Set A Shellout Bulldozer nih. Jadi, antara haiwan-haiwan laut yang ditemu di dalam menu ini ialah ketam, udang, sotong, kepah dan lala. Tidak dilupakan ialah jagung yang dipotong kecil. Memandangkan masa tu Hans lapar nasi jadi Hans pun pesan lah semangkuk nasi putih untuk dimakan bersama-sama dengan shellout nih. Tunggu apa lagi? Masa untuk mengketedarah kini bermula!  




Minuman untuk kali ini masih lagi Jus Teh Hijau atau popular dipanggil oleh netizen dengan nama Green Tea Juice. Jadi, Hans pun makan lah dengan berselera dan rakus sekali tanpa memandang orang sekeliling. Hans agak suka dengan rasa kuah Shellout Bulldozer nih tambah-tambah bila dimakan bersama dengan jagung tu. Rasa sangat kena dengan anak tekak Hans nih. Bagaimana pula dengan kombinasi rasa makanan-makanan laut yang lain? Sedap ker tidak?



Selesai sudah menghabiskan Shellout Bulldozer ini. Jadi, ini antara pandangan Hans serta rakan Hans untuk menu yang kami makan kali ini :



Kuantiti Makanan:
Banyak

Kuah Shellout Bulldozer:
Sedap Dimakan Dengan Nasi

Ketam:
Kawan Hans Cakap Kurang Segar Sedikit (Hans Tak Tahu Sebab Hans Tak Makan)

Sotong:
Sedap Dan Lembut Cuma Kuantiti Agak Sedikit

Udang:
Sesedap Rasa

Siput:
Sedap Dan Kuantiti Sangat Banyak 

Kebersihan:
Baik


Servis:
Pantas




Jadi, harga Shellout Bulldozer yang Hans makan untuk kali ini serta skala kesedapan adalah seperti di bawah :


Shellout Bulldozer (Set A):
RM25.00

SKALA SEDAP : 
3.7 / 5 


P/S : ALHAMDULILLAH! KALAU ADA REZEKI DATANG KE SINI LAGI, HANS NAK MAKAN NASI GORENG BULLDOZER PULA

65 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. adoi...telan air liur tengok post ni... payday masih lama niii

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      nanti makan lah shellout dekat area sana

      Padam
  2. Wow.. Murah dan berbaloi.. Kena gi terjah ini.. Nice sharing Hans..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      bahagi dua dengan housemate seorang RM12.50 sahaja lah kiranya
      memang murah dan kenyang
      hehehe

      Padam
  3. Balasan
    1. saya tak tahu sangat range harga shellout
      sebab ini kali kedua makan shellout..
      kali pertama makan shellout dekat publika tp free...haha

      Padam
  4. tak tau naper tak pernah lagi pegi ni. ingin pegi tapi kalau dah jumpa tak jugak makan. haha mami jer yg ingin nak pegi .. nantila cari tempat sesuai. kat sini pernah ada org cakap makan utk 4 org rm50. tapi tak tau la byk mana

    BalasPadam
    Balasan
    1. 4 orang RM45
      tapi kalau add on nasi putih jadi RM50 lah kut
      yang saya makan nih set 2 orang pun dah kenyang dah
      hehehe

      Padam
  5. hoiiii murahnya dik, tgk mcm2 ada..... siput kulit ijau tu.... biasa akak panggil kupang atau mussel

    BalasPadam
    Balasan
    1. ar ar...kupang lah kan? bahasa omputih mussel
      tapi ada juga panggil kepah
      pening saya kadang2 tu
      haahaa

      Padam
  6. Sedapnya. Menggoda sgt shellout tu.

    BalasPadam
  7. usihhhh sedap nyer nampak :) harga pun berpatutan. terima kasih share :)

    BalasPadam
  8. nampak bebeno sedapnya, sampai cengkerang pun hilang

    BalasPadam
    Balasan
    1. cengkerang tu belah kawan saya
      dah tulis situ saya tak makan ketam
      hahaaha

      Padam
  9. Wah! Seronoknya bershellout. PH tak pernah lagi alami shellout hah..hah... Nasi tak boleh lepas ya, Hans? hee..hee...

    BalasPadam
  10. adduuiii telan air liur dibuat nye..
    makanan peberet ni. ^^
    kalau kat ipoh ade macam ni kan best hehe

    BalasPadam
  11. Dapnya... Perut pun kena jaga-jaga juga...kan dah mengandung 3bulan sure susah hati...hehehe :)

    BalasPadam
  12. sampai sekarang...tak pernah try makan shell out. huhu,

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha sama la kita. seafood yg BV makan pun cuma sotong, ikan2 dan udang2. yg lain macam kerang, ketam tak berapa sangat XD

      Padam
    2. aina akmal...try lah nanti yer

      Padam
    3. budak vanilla...saya ketam je tak makan...yang lain sapu..hehe

      Padam
  13. Tq admin.. nanti mai try Mee Racun Gear Box kambing.. pasti terangkat.. cust slalu tanye Klu makan mee racun mati tak??? Hahahaha kami jwb senang jer. Nak kene datang balik tuk dapatkan penawarnye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mee Racun Gear Box Kambing tu dekat mana pula?

      Padam
  14. wouuu... x pernah lagi pekena makanan gini

    BalasPadam
  15. untung kawan hans dpt makan ketam tanpa kompromi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaah
      hans pula untung dapat makan kupang tanpa kompromi
      hahaha

      Padam
  16. sedapnya... terliur, btw saya tak pernah lgi try shellout

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      nanti try lah
      tapi setiap shellout mesti rasa lain sebab bergantung pada jenis kuah yang dibuat
      hehe

      Padam
  17. boleh tahan murah juga harganya =)

    BalasPadam
  18. dappnyerrrrrrrrrrrrrrrrrr..x penah lg try shellout wlupun dah lama viral..ekeke... tp rm25 tu murah kottttttttttt... kalo Putrajaya ni rasa xde rega tu..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      tu lah kan
      rasa2 mahu RM40 ke atas lah kut

      Padam
  19. berbaloi sgt rm25 dgn kuantiti..nampak pun mcm sedap.
    btw sy pun suka seafood wpun ada eczema.kihkih

    BalasPadam
    Balasan
    1. owhhh
      wahhh nanti gatal2 lah kalau makan seefood?

      Padam
  20. wah mcm menarik jer. dekat jer ni dgn rumah, boleh try lah ni. RM25 tu kira murah lah utk shellout tu..

    BalasPadam
  21. skarang shell out dh byk restoran buat...kalo yg original shell out sure mhl kn..better buat kt umh mkn rmi2 meriah tp kalo tgk set shell out tu murah juga

    BalasPadam
  22. kalau jenis yg xmkn byk tentu rs portion ni terlajak lbh ;-)

    BalasPadam
  23. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih sudi follow
      salam perkenalan juga

      Padam
  24. Kaki seafood macam CCL memang wajib makan shellout ni . Lagi sedap seafood yg segar2

    BalasPadam
  25. Kolesterol....😰😰😰
    Kikikiki... teman pernah cuba Shell out di kilang Bateri, kat JB... memang terbaik bro... best... macam nak repeat jerk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      sesekali makan okay jer
      owh,xpernah sampai lagi kilang bateri
      dengar tu selalu

      Padam
  26. wahh sedapnyaaa.. harga pun tak mahal mana ni. boleh try

    BalasPadam
  27. Memang nampak banyak shellout bulldozer ini. Oh, dekat area seri kembangan. Kalau jalan area sini bolehlah makan sini nanti. hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      sila try
      nasi ayam penyet dekat sini pun sedap

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama