Assalammualaikum semua. Kalau sesiapa yang masih ingat, Hans pernah makan Nasi Ayam Penyet Bulldozer dan di lokasi yang sama juga Hans berkesempatan mencuba satu lagi menu istimewa yang dijual disini iaitu SHELLOUT BULLDOZER.
Nama Kedai :
AYAM PENYET BULLDOZER
Alamat :
No 49,
Off Jalan Balakong,
4, Jalan Cengal,
Taman Impian Ehsan,
Off Jalan Balakong,
4, Jalan Cengal,
Taman Impian Ehsan,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.
Waktu Operasi :
12.00 PM - 12.00 AM
Telefon :
0196474067
Facebook :
Memandangkan sudah lama Hans tak makan Shellout jadi teringin juga nak cuba rasa Shellout dekat sini. Nama menu pun dah memang ganas dah kan. Memandangkan Hans datang dengan seorang kawan jadi kami pilih Set A yang bersesuaian untuk dua orang makan.
Seperti biasa bila makan shellout ini pastinya meja makan tu dibalut dengan plastik yang bersesuaian digunakan untuk longgokan makan-makanan laut nih. Untuk pengetahuan semua, Hans tidak makan ketam jadi sangat bertuah lah rakan Hans tu sebab dia dapat makan semua ketam yang wujud dalam longgokan makanan laut seperti dibawah. Yang kelakarnya tu dia pula tak makan siput kulit hijau tu jadi Hans lah pula yang kena makan semua spesis terbabit. Hans keliru sedikit tentang nama siput berkulit hijau tu sama ada kupang atau kepah sebab ada yang panggil kupang dan ada pula yang panggil kepah. Hahaha!
TARAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!! Ini lah rupa serta kuantiti makanan untuk Set A Shellout Bulldozer nih. Jadi, antara haiwan-haiwan laut yang ditemu di dalam menu ini ialah ketam, udang, sotong, kepah dan lala. Tidak dilupakan ialah jagung yang dipotong kecil. Memandangkan masa tu Hans lapar nasi jadi Hans pun pesan lah semangkuk nasi putih untuk dimakan bersama-sama dengan shellout nih. Tunggu apa lagi? Masa untuk mengketedarah kini bermula!
Selesai sudah menghabiskan Shellout Bulldozer ini. Jadi, ini antara pandangan Hans serta rakan Hans untuk menu yang kami makan kali ini :
Minuman untuk kali ini masih lagi Jus Teh Hijau atau popular dipanggil oleh netizen dengan nama Green Tea Juice. Jadi, Hans pun makan lah dengan berselera dan rakus sekali tanpa memandang orang sekeliling. Hans agak suka dengan rasa kuah Shellout Bulldozer nih tambah-tambah bila dimakan bersama dengan jagung tu. Rasa sangat kena dengan anak tekak Hans nih. Bagaimana pula dengan kombinasi rasa makanan-makanan laut yang lain? Sedap ker tidak?
Kuantiti Makanan:
Banyak
Kuah Shellout Bulldozer:
Kuah Shellout Bulldozer:
Sedap Dimakan Dengan Nasi
Ketam:
Ketam:
Kawan Hans Cakap Kurang Segar Sedikit (Hans Tak Tahu Sebab Hans Tak Makan)
Sotong:
Sotong:
Sedap Dan Lembut Cuma Kuantiti Agak Sedikit
Udang:
Udang:
Sesedap Rasa
Siput:
Siput:
Sedap Dan Kuantiti Sangat Banyak
Kebersihan:
Baik
Servis:
Pantas
Pantas
Jadi, harga Shellout Bulldozer yang Hans makan untuk kali ini serta skala kesedapan adalah seperti di bawah :
Shellout Bulldozer (Set A):
Shellout Bulldozer (Set A):
RM25.00
SKALA SEDAP :
3.7 / 5
3.7 / 5
P/S : ALHAMDULILLAH! KALAU ADA REZEKI DATANG KE SINI LAGI, HANS NAK MAKAN NASI GORENG BULLDOZER PULA!
adoi...telan air liur tengok post ni... payday masih lama niii
BalasPadamhehehe
Padamnanti makan lah shellout dekat area sana
Wow.. Murah dan berbaloi.. Kena gi terjah ini.. Nice sharing Hans..
BalasPadamyups
Padambahagi dua dengan housemate seorang RM12.50 sahaja lah kiranya
memang murah dan kenyang
hehehe
Wah murah tu...
BalasPadamsaya tak tahu sangat range harga shellout
Padamsebab ini kali kedua makan shellout..
kali pertama makan shellout dekat publika tp free...haha
tak tau naper tak pernah lagi pegi ni. ingin pegi tapi kalau dah jumpa tak jugak makan. haha mami jer yg ingin nak pegi .. nantila cari tempat sesuai. kat sini pernah ada org cakap makan utk 4 org rm50. tapi tak tau la byk mana
BalasPadam4 orang RM45
Padamtapi kalau add on nasi putih jadi RM50 lah kut
yang saya makan nih set 2 orang pun dah kenyang dah
hehehe
hoiiii murahnya dik, tgk mcm2 ada..... siput kulit ijau tu.... biasa akak panggil kupang atau mussel
BalasPadamar ar...kupang lah kan? bahasa omputih mussel
Padamtapi ada juga panggil kepah
pening saya kadang2 tu
haahaa
Sedapnya. Menggoda sgt shellout tu.
BalasPadamhehehehe
Padamsila cuba nanti
usihhhh sedap nyer nampak :) harga pun berpatutan. terima kasih share :)
BalasPadamsama2
Padamselamat mencuba :)
nampak bebeno sedapnya, sampai cengkerang pun hilang
BalasPadamcengkerang tu belah kawan saya
Padamdah tulis situ saya tak makan ketam
hahaaha
Wah! Seronoknya bershellout. PH tak pernah lagi alami shellout hah..hah... Nasi tak boleh lepas ya, Hans? hee..hee...
BalasPadammakan nasi baru sedap
Padamhehehe
adduuiii telan air liur dibuat nye..
BalasPadammakanan peberet ni. ^^
kalau kat ipoh ade macam ni kan best hehe
Cuba cari kat medan selera Dataran Perkim Ipoh...
Padamcari jangan tak cari :)
PadamDapnya... Perut pun kena jaga-jaga juga...kan dah mengandung 3bulan sure susah hati...hehehe :)
BalasPadamhahaha
Padamdah 5 bulan dah rupa perut nih
hijau tu kupang..
BalasPadamyer betulllllllllllll
Padamsampai sekarang...tak pernah try makan shell out. huhu,
BalasPadamhahahaha sama la kita. seafood yg BV makan pun cuma sotong, ikan2 dan udang2. yg lain macam kerang, ketam tak berapa sangat XD
Padamaina akmal...try lah nanti yer
Padambudak vanilla...saya ketam je tak makan...yang lain sapu..hehe
PadamTq admin.. nanti mai try Mee Racun Gear Box kambing.. pasti terangkat.. cust slalu tanye Klu makan mee racun mati tak??? Hahahaha kami jwb senang jer. Nak kene datang balik tuk dapatkan penawarnye.
BalasPadamMee Racun Gear Box Kambing tu dekat mana pula?
Padamwouuu... x pernah lagi pekena makanan gini
BalasPadamnanti kena cuba tu
Padamsedap ohhh
hehehe
untung kawan hans dpt makan ketam tanpa kompromi
BalasPadamhahahaah
Padamhans pula untung dapat makan kupang tanpa kompromi
hahaha
sedapnya... terliur, btw saya tak pernah lgi try shellout
BalasPadamhehehe
Padamnanti try lah
tapi setiap shellout mesti rasa lain sebab bergantung pada jenis kuah yang dibuat
hehe
boleh tahan murah juga harganya =)
BalasPadamitu lah
Padamramai kata murah
saya makan jer
hehe
dappnyerrrrrrrrrrrrrrrrrr..x penah lg try shellout wlupun dah lama viral..ekeke... tp rm25 tu murah kottttttttttt... kalo Putrajaya ni rasa xde rega tu..huhu
BalasPadamhehehehe
Padamtu lah kan
rasa2 mahu RM40 ke atas lah kut
Peeggggg sodapnyaaa
BalasPadamhehehe
Padamsedap2
berbaloi sgt rm25 dgn kuantiti..nampak pun mcm sedap.
BalasPadambtw sy pun suka seafood wpun ada eczema.kihkih
owhhh
Padamwahhh nanti gatal2 lah kalau makan seefood?
wah mcm menarik jer. dekat jer ni dgn rumah, boleh try lah ni. RM25 tu kira murah lah utk shellout tu..
BalasPadamhehehehe
Padamkalau murah silalah try :)
skarang shell out dh byk restoran buat...kalo yg original shell out sure mhl kn..better buat kt umh mkn rmi2 meriah tp kalo tgk set shell out tu murah juga
BalasPadamyups
Padamikutkan murah dah nih
kalau jenis yg xmkn byk tentu rs portion ni terlajak lbh ;-)
BalasPadamhahaha
Padamterlajak lebih
hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
BalasPadamsincerely , farahain zfa
terima kasih sudi follow
Padamsalam perkenalan juga
jauh la pulak nak menapak
BalasPadamdok dekat mana?
PadamKaki seafood macam CCL memang wajib makan shellout ni . Lagi sedap seafood yg segar2
BalasPadambetul2
Padamlagi segar lagi umphh
Terliur la Hans...
BalasPadamdekat perlis lagi best kan seafood nya
PadamKolesterol....😰😰😰
BalasPadamKikikiki... teman pernah cuba Shell out di kilang Bateri, kat JB... memang terbaik bro... best... macam nak repeat jerk...
hehehe
Padamsesekali makan okay jer
owh,xpernah sampai lagi kilang bateri
dengar tu selalu
wahh sedapnyaaa.. harga pun tak mahal mana ni. boleh try
BalasPadamhehehe
Padamyes
sila try
Memang nampak banyak shellout bulldozer ini. Oh, dekat area seri kembangan. Kalau jalan area sini bolehlah makan sini nanti. hihi.
BalasPadamhehehe
Padamsila try
nasi ayam penyet dekat sini pun sedap
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com