Assalammualaikum semua. Hans nak kongsi sedikit tentang satu info menarik dan istimewa buat semua pembaca diluar sana yang berminat untuk menjadi usahawan makanan yang berjaya. Jadi, sila baca dan dapatkan info-info menarik di bawah ini yer.
Mee Goreng, Nasi Goreng Kampung dan rojak buah sebagainya memang sinonim dengan industri makanan di Malaysia dan perniagaan makanan, sekiranya di tadbir dengan betul dapat mendatangkan pulangan yang lumayan.
Mee Goreng, Nasi Goreng Kampung dan rojak buah sebagainya memang sinonim dengan industri makanan di Malaysia dan perniagaan makanan, sekiranya di tadbir dengan betul dapat mendatangkan pulangan yang lumayan.
Ia juga
merupakan salah satu industri mampu membantu masyarakat “Bottom 40%” (B40)
untuk berganjak ke dalam kurungan pendapatan yang lebih tinggi.
Kumpulan
B40 yang terdiri daripada golongan berkolar biru, graduan yang menggangur dan
berpendapatan rendah, suri rumah dan pesara dengan pendapatan isi rumah median
sebanyak RM3,000.
Sempena pelancaran produk segera Shinsegae Mamee Foodservice yang disasarkan kepada peniaga makanan baru-baru ini, Shinsegae Mamee menganjurkan satu sesi panel bersama pihak berkepentingan seperti GIATMARA, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk membincangkan golongan B40 boleh berjaya dalam industri makanan.
Sempena pelancaran produk segera Shinsegae Mamee Foodservice yang disasarkan kepada peniaga makanan baru-baru ini, Shinsegae Mamee menganjurkan satu sesi panel bersama pihak berkepentingan seperti GIATMARA, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk membincangkan golongan B40 boleh berjaya dalam industri makanan.
Dalam sesi panel tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA, Haji Jamal Nasir Othman berkata terdapat keperluan untuk 91,000 pekerja mahir dalam Makanan & Minuman menjelang 2020.
Di dalam satu sesi panel tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Tn Haji Jamal Nasir Othman berkata, terdapat keperluan sebanyak 91,000 pekerja mahir dalam bidang Food & Beverage menjelang tahun 2020.
Di dalam satu sesi panel tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Tn Haji Jamal Nasir Othman berkata, terdapat keperluan sebanyak 91,000 pekerja mahir dalam bidang Food & Beverage menjelang tahun 2020.
“Dianggarkan, hampir 1,000 pelatih bidang F&B mengikuti
latihan sepenuh masa di GIATMARA setiap tahun. Setakat ini, GIATMARA telah
mengeluarkan 10,570 orang chef. Di GIATMARA, kita berharap agar chef-chef
yang dilatih ini dapat mengusahakan perniagaan sendiri,” katanya.
Jamal
juga menambah bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW)
melalui GIATMARA telah mengambil inisiatif untuk menggalakkan pengwujudan
usahawan dengan memperkenalkan program-program seperti Mobilepreneur & Mobile
Truck selain program Rintis Niaga (inkubator).
“Ia adalah satu polisi kerajaan
yang amat baik dalam membantu golongan B40 berganjak kepada M40 (Middle 40%)
seterusnya T20 (Top 20%),” kata Jamal.
Ketua
Pegawai Eksekutif GIATMARA itu juga berpendapat bahawa kerjasama strategic
bersama pemain-pemain industri adalah penting bagi memastikan bahawa kualiti
pelatih yang dihasilkan adalah berdasarkan keperluan semasa.
Beliau
menambah bahawa GIATMARA berminat untuk bekersama dengan Shinsegae Mamee
memandangkan produk-produk Shinsegae Mamee Foodservice yang dilancarkan
baru-baru ini menarik dan dapat membantu pelatih-pelatih GIATMARA dari segi
penjimatan kos dan masa sambil mengekalkan keaslian rasa makanan.
Di
dalam sesi panel yang sama, Eksekutif Chef Shinsegae Mamee Chef Faizul Hazly
Ghazali berkata bahawa kebolehan memasak semata-mata tidak dapat membantu
seseorang chef untuk berjaya dalam perniagaan makanan.
“Untuk berjaya dalam perniagaan
makanan, pemilik perniagaan itu harus bijak merancang masa dan mengawal kos
disamping menjaga kualiti makanan yang dihidangkan,” kata Faizul.
Berdasarkan
ketiga-tiga perkara tersebut, Shinsegae Mamee telah mengeluarkan 10 produk
segera Shinsegae Mamee Foodservice yang diperbuat dengan bahan-bahan asli dan
tidak ditambah dengan perisa tiruan dan pengawet tiruan.
“Bila kita dengar perkataan
makanan segera, persepsi pertama yang datang ke fikiran kita ialah tak
‘original’. Tetapi, ramai juga chef yang berjaya telah mengambil jalan pintas
dengan menggunakan bahan-bahan segera untuk menjimat kos and masa.
“Walau bagaimanapun, bahan-bahan
segera yang digunakan haruslah berkualiti tinggi supaya rasa dan kualiti
masakan mereka tidak terjejas,” kata Faizul.
Eksekutif
Chef Shinsegae Mamee itu juga menambah bahawa Shinsegae Mamee Foodservice
sedang cuba mengubah persepsi bahawa semua makanan segera tidak asli adalah
tidak benar dengan mengeluarkan gabungan bahan-bahan segera yang tidak ditambah
dengan perisa dan bahan pengawet tiruan agar dapat membantu para peniaga
makanan mengurangkan kos dan menjimatkan masa dan mengekalkan keaslian rasa
makanan tersebut.
TENTANG MAMEE DOUBLE DECKER
MAMEE-Double
Decker (M) Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 1971 merupakan cetusan idea bersama
Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Datuk Pang Chin Hin dan anak sulungnya Ketua
Pegawai Eksekutif, Tan Sri Pang Tee Chew yang berkecimpung aktif dalam industri
penghasilan mee kering. Perniagaan kecil ini kemudiannya berkembang menerusi
label Pacific Food Products yang terletak di Ayer Keroh, Melaka sebelum
dikenali sebagai MAMEE-Double Decker. Ketua Pegawai Operasi Datuk Wira Pang Tee
Nam bersama dengan kesemua ahli keluarga – kini generasi ketiga – berjaya
membangunkan syarikat menjadi antara pengilang makanan dan minuman terbesar di
Malaysia. MAMEE-Double Decker yang diperbadankan pada 1991 mula tersenarai di
papan bursa Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE) pada tahun berikutnya dan telah
menjadi syarikat persendirian sepenuhnya pada tahun 2012. Sehingga kini,
syarikat dan kilang MAMEE-Double Decker terdapat di seluruh Malaysia – termasuk
di Kuala Lumpur dan Kuantan, dengan kekuatan lebih 2,000 kakitangan – sebelum
melebarkan sayap ke Myanmar, Indonesia dan Timur Tengah (dalam proses
perbincangan)
TENTANG SHINSEGAE FOOD
Shinsegae
Food adalah salah satu daripada syarikat teras gabungan Syarikat Kumpulan
Shinsegae yang bermula sebagai sebuah kedai serbaneka pada tahun 1930 (Antara
10 Syarikat yang terbesar di Korea dari segi gabungan aset dengan hasil jualan
USD24.8 bil. yang dicatatkan pada tahun 2016), bermatlamat untuk memperkukuhkan
unsur-unsur teras dalam industri makanan. Shinsegae Food telah menyelaraskan
fungsi-fungsi utamanya kepada sistem sejajar, antaranya sumber bahan mentah
kepada penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran, pemprosesan, penyimpanan,
logistik, pemasaran dan jualan, pertama kali dalam industri makanan sejak dua
puluh tahun yang lepas.
Shinsegae
Food merupakan peneraju dalam perkhidmatan katering makanan domestik untuk dua
dekad yang lalu, kini menumpukan usaha membangunkan perkhidmatan Katering
makanan yang premium dan mendahului pasaran perkhidmatan makanan Korea dengan
menggabungkan perniagaan Restoran dan katering makanan. Shinsegae Food adalah
pengusahaan profesional dan organisasi maju dalam penyelidikan dan pembangunan
yang berterusan untuk meningkatkan daya saing pengeluaran makanan dan berusaha
untuk menjadi syarikat terkemuka dalam produk-produk Makanan Sedia Ada (RTE),
Sedia Untuk Dimasak (RTC) dan Makanan Rumah Gantian (HMR) dengan pelaburan
dalam kemudahan dan teknologi baru.
Di
samping itu, Shinsegae Food turut menerajui perniagaan berteraskan global di
Korea yang melibatkan pencarian jenama produk makanan global yang terkemuka,
mendapatkan lesen-lesen eksklusif dan membekalkannya ke pasaran-pasaran tempatan.
Malah, restoran-restoran baru dan lebih khusus termasuk Olbaan, O’slo, Gramercy
Hall dan Johnny Rockets dilancarkan untuk menggambarkan perubahan trend secara
mendadak dalam budaya pemakanan.
P/S : Sesiapa Yang Berminat Nak Jadi Pengusaha Makanan Tu...Sila Rebut Peluang Nih Yer.
sekarang usahawan makanan makin ramai. tak heran akan datang industri F&B berkembang maju :)
BalasPadamyups
Padamsebab ramai meniaga makanan :)
haa ape lagiii. rebut peluang cepatt :D
BalasPadamrebut jangan tak rebut :)
Padamwaaaa hahah
BalasPadamwahhh happy nampak
Padamwah..bagus ni. siapa yg minta tu kena la rebut peluang cpt
BalasPadambetul2
Padamsiapa yang memang minat jual makanan memang bagus cuba
Thanks for dropping by. ;)
BalasPadamwelcome jayce :)
PadamMakin meluas produk Mamee ni diperkembangkan.
BalasPadamyups
Padamdalam masa yang sama bagi manfaat pada ramai yang lain :)
Menariknya.. mama suka makan mee segera haha
BalasPadamhahahaha
Padamproduk mamee mmg best. GV suka mamee mee segera keluaran mereka ini.
BalasPadamyups
Padamsebab pelopor kan
tu yang sedap2 tu
chef yg botak tu kn yg mengharumkn nama negara tempoh hari ms winter olympic lps...
BalasPadamsaya tak pasti
Padammungkin yer
menarik..
BalasPadamyups
Padambagus untuk bakal-bakal pengusaha makanan
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com