Hans Comix : Perempuan Kebaya Merah

Assalammualaikum semua! Pada minggu ini memang tengah viral tentang filem Dukun yang dikatakan mendapat sambutan yang cukup luar biasa daripada penonton-penonton di seluruh Malaysia. Untuk Hans Comix kali ini pula Hans akan merungkai persoalan tentang identiti sebenar Perempuan Kebaya Merah ini. Semoga semua terhibur!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
V

Kita berada pada zaman di mana kita mudah tercampak ke kancah muflis akhirat jika kita bersikap suka mengata dan memaki hamun dengan pelbagai tuduhan di media sosial. Keghairahan menyebar fitnah dan mengadu domba sudah menjadi satu perkara biasa di media sosial pada hari ini.

Rasulullah S.A.W bersabda dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A: "Tahukah kalian siapa yang disebut dengan orang yang muflis?"

Para sahabat menjawab; "Orang yang muflis menurut kami wahai Rasulullah, adalah orang yang tidak punya dirham dan dinar serta harta benda."

Baginda bersabda : "Seorang muflis daripada kalangan umatku ialah seorang yang datang pada hari Kiamat dengan pahala solat, puasa dan zakat, namun pada masa yang sama dia juga membawa dosa mencela orang ini, menuduh orang itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang itu dan memukul orang ini (dan seumpamanya), lalu diberikan kepada orang ini sebahagian daripada pahala-pahala kebaikannya dan diberikan kepada orang itu pula sebahagian pahalanya, hinggalah akhirnya habis pahalanya namun belum lagi terbayar dosa-dosa yang tertanggung atasnya, lalu diambil dosa-dosa mereka tadi dan ditompokkan ke atasnya hingga akhirnya dia dihumban ke dalam neraka."


P/S : SAMA-SAMA KITA MUHASABAH DIRI :)

46 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Peringatan yang ohsem Hans.. Orang sekarang cepat sangat menviral walaupun perkara tu belum dibuktikan kesahihannya..

    BalasPadam
  2. perempuan berkebaya merah...kemain viral....raya nanti rmi la berkebaya merah..nanti nk bc review hans tgk dukun

    BalasPadam
  3. kikiki..hahaha.yerlah,netizen ni kan.Pantang kes sensasi,cepat aje melaporkan.

    BalasPadam
  4. hahahha...gigih nya...lawak betul... #singgah sini

    BalasPadam
  5. tu sisi buruk kecanggihan teknologi ni...
    sebab di hujung jari orang boleh sebar dan tular semua benda dengan pantas
    tanpa pikir.. maybeee mengaibkan / fitnah / hasad dengki

    tapi itulah realiti dan cabarannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu
      jadi itulah yang diri kita dan lain-lain kena belajar ubah :)

      Padam
  6. Terima kasih Hans atas peringatan tapi komik tu buat zumal ketawa sorang2

    BalasPadam
    Balasan
    1. zumal ketawa dekat bahagian mana tu?

      Padam
    2. Dari skrip Datuk Alif - impossible dari perempuan jadi lelaki tu, bila tengok gambar bawah memang ketawa sakan la

      Padam
  7. hehehe last tu lawak.. salam kenal dari mamajue.com :)

    BalasPadam
  8. hati-hati sebelum nak viral kan apa-apa. takut menyebar fitnah kan

    BalasPadam
  9. Lucu bangat ya. Perempuan berkebaya merah viral di Malasyia kah? Baru tahu saya malahan

    BalasPadam
  10. Fuhhh tkezut tgk gadis bekebaya merah tu..... 😂😂😂

    BalasPadam
  11. wujud ke tidak agaknya perempuan bekerbaya merah tu? kihkih :D

    BalasPadam
  12. Wah ternyata di negeri jiran pun ada yang viral ya hehe ...

    semoga Allah memudahkan kita semua untuk terus perbaiki diri untuk bekal di kehidupan kekal kelak aamiin

    BalasPadam
  13. Membaca hadis yang dititipkan itu amat menyentuh hati saya..

    moga kita semua dijauhkan dari menjadi muflis di akhirat.

    bayangkan sahaja 40 tahun beribdah..

    tetapi kerana dosa sesama manusia ..

    kita ditagih untuk membayarnya.

    naubillah min Zalik

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah
      semoga kita dijauhkan dari muflis di akhirat

      Padam
  14. Pilihan diatas tangan kita. Nak pahala berpanjangan atau saham dosa tidak berkesudahan.

    BalasPadam
  15. Ahahahaha..kussss semangat! Sakit jantung tengok >_<

    BalasPadam
  16. hahaha tak mustahil raya nanti ramai pakai kebaya merah! hehe

    jemput join segmen zati

    SEGMEN BLOGLIST BY ZATI

    BalasPadam
  17. PArt last tu tak boleh tahan. haha

    BalasPadam
  18. nice comix ni. akhirnya penuh hikmah.
    tapi tu la. gambo dukun tu :) hadoi lah! ha ha ha ha...

    BalasPadam
  19. ahhahahaa super impose tak boleh blah..keh keh keh mendukun sgt tau..ahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaahah
      "kalau tiada saya...kehidupan rakyat akan terjejas!"

      Padam
  20. semak sebelum sebar... tiru tagline halal jakim

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama