Makan-Makan Di Kelantan

Assalammualaikum semua. Pada 23 April 2018 sehingga 25 April 2018, Hans berkesempatan ke Kota Bharu, Kelantan atas urusan kerja. Jadi, untuk kali ini Hans sahaja nak kongsikan pengalaman Hans makan-makan sepanjang dalam perjalanan dan urusan kerja disana.

HARI PERTAMA

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu mengambil masa lebih kurang tujuh jam sampai naik kematu punggung Hans di dalam van. Jadi, Hans dan rakan sekerja yang lain pun mula bertanya sesama sendiri nak makan tengahari di mana. Hans pun mengambil langkah seribu dengan google makanan yang menarik dan sedap di Kota Bharu dan akhirnya bertemu lah dengan sebuah gerai makan bernama D Tower Soup.


Memang ramai betul orang tempatan makan tengahari dekat sini. Banyak juga menu tetapi mengikut rujukan dan komen-komen yang Hans sempat baca di internet mengatakan ayam bakar dan sup dekat sini sedap. Jadi, Hans pun pesan lah menu-menu ini untuk makan tengahari.


Kalau tengok pada rupa sup nih memang nampak tak sedap. Hans pun mula was-was sedap ker tidak sup nih. Tetapi, sekali hirup...perghhhhhh!! Terangkat beb! Sedap lah sup nih! Patut ramai orang makan dekat sini.


Ayam bakar dekat D Tower Soup nih pun sedap. Rencah dan perapan dia memang syahdu lah. Manis-manis yang memang sesuai dengan anak tekak Hans. Baguslah orang Kelantan sekarang dah mengurangkan manis di dalam makanan dan minuman. Kalau dulu-dulu memang manis melecas makanan dan minuman orang Kelantan nih. Alhamdulillah sekarang masing-masing dah jaga kesihatan. Hehehe!


Ini set nasi untuk makan. Ada nasi putih, sejemput taugeh dan satu sudu besar sambal. Jadi, mari melantak berjemaah dengan rasa gembiranya.


Nampak licin pinggan tu? Hahaha! Licin sebab lapar dan dalam masa yang sama memang sedap. Tetapi, harga makanan dekat sini sangat ngeri yer! Memang agak mahal sebenarnya. Jadi, seeloknya kalau hangpa makan dekat sini, sebelum hangpa ambil sebarang lauk ker sup ker air ker, adalah wajib hangpa tanya harga dulu sebab dekat kedai pun mereka ada tampal notis minta pelanggan tanya harga makanan. Takut nanti lari baget pula. Hahaha! Apa-apapun, menu-menu dekat sini yang Hans sempat makan memang sedap cuma harga jer tak sedap. Hahaha! 


Petang pula tu pergi ke Pantai Cahaya Bulan. Dekat sini memang terkenal dengan makanan bernama Colek. Hangpa pilih lah makanan apa yang hangpa suka nanti tukang masak akan goreng balik untuk panaskan. Sepanjang Pantai Cahaya Bulan tu memang ada berbelas atau berpuluh kedai makan yang jual Colek nih. Nasib kedai yang Hans makan nih Colek dan sos nya sedap.


Jus mangga antara minuman kegemaran Hans. Jadi, Hans saja lah cuba minum Mango Float dekat sini dan ternyata sedutan pertama berjaya membuatkan Hans terawang-awang di udara. Hiperbola betul kan? Hahahaha!


HARI KEDUA


Hari kedua adalah hari yang teramat sibuk sebab Hans dan rakan-rakan bekerja. Jadi, Hans tak sempat nak ambil gambar depan kedai makan nih. Lokasi kedai pun Hans tak tahu cuma yang Hans tahu dekat dengan Pasir Puteh. Tetapi, makanan kampung dekat sini memang sedap weh! Solok sedap! Budu sedap! Sayur sedap! Ikan sedap! Kerabu pauh sedap! Sedap belaka lah! Hahaha! Memang menambah lah makan sebab sedap sangat. Kena pula dengan Teh O Beng! Memang terbaik!


Malamnya tu makan dekat satu kedai makan nih. Hans ternampak ada cucur udang jadi tanya dekat pekerja kedai tu ada Mee Rebus ker dekat sini dan dia kata ada. Hans pun pesan lah mee rebus sekali yang sampai mee hailam. Lepas tu ada kawan-kawan Hans dari Kelantan cakap mee rebus dekat Kelantan tu ialah mee hailam. Oh, tidak! Tipah tertipu! Hahaha! Tetapi, alhamdulillah nasi Mee Rebus versi Kelantan nih boleh tahan sedap. Dapat tidur lena malam tu.


HARI KETIGA


Perhentian makan pertama ialah kawasan yang berdekatan dengan Gua Musang. Hans lupa nak ambil gambar kedai sebab masa tu baru bangun tidur. Dekat sini Hans makan nasi putih dengan sup tulang jer. Rasa biasa-biasa jer. Boleh lah buat perut kenyang. Tetapi, sirap bandung cincau kedai nih sedap. Kena pula masa tu panas terik jadi memang pilihan yang bijak.


Tiba waktu petang, tiba-tiba rakan sekerja kata nak makan Lemang To'Ki dekat Bentong. Hans pun memang okay jer sebab tahu lemang situ sedap. Sekali pergi tiba-tiba lemang dah habis. Jadi, terpaksa makan ayam bakar sahaja. Nasib ayam bakar kali nih sedap sebab sebelum nih Hans makan isi ayam agak kering. Tetapi, yang kali ini sedikit juicy jadi memang seronok lah makan.


Sudah lah lemang dah habis, cendol To'Ki nih pula mengecewakan. Sebelum nih Hans pernah makan cendol dekat sini dan rasanya sedap. Tetapi, yang kali ini memang tak sedap. Sangat mengecewakan!


Nak dijadikan cerita, tiba-tiba lemang To'Ki wujud kembali. Pelik tetapi benar! Teruslah beratur pergi beli. Alhamdulillah! Memang rezeki dapat makan lemang To'Ki yang sedap bersama rendang ayamnya yang sedap. Jadi, berakhir sudah sesi Hans berkongsi senarai juadah makanan yang dimakan sepanjang tiga hari bekerja di Kota Bharu, Kelantan. Jumpa lagi dalam kisah makanan yang seterusnya iaitu pengalaman Hans makan Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur.

P/S : Sekarang Hans Sedang Berada Di Kemboja Atas Urusan Kerja. Doakan Semuanya Baik-Baik Belaka Yer. 

34 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Alololooo foood! Fooooòd! I 💖 fooooooooods tp nasib baik masa baca ni dh kyg 😁. Sbhgian dr aktiviti aku if pergi jejln juga ni

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. heehhee nasib bukan bulan puasa

      Padam
    2. tapi tengah puasa syaaban. memang mengundang lah.haha

      Padam
    3. owh tak apa
      pahala berganda lepas tengok
      hehe

      Padam
  3. amboii sedapnya.... dah lama tak p kelantan, macam kena p ja..

    BalasPadam
  4. Dah la tgh lapar ni...
    Tengok makanan apa pun sedap

    BalasPadam
  5. Lemang to'ki tu memang sedap. Bungkus bwk balik pun still ok lg

    BalasPadam
  6. meme la mknan d kelate sedap2 belako. ore mari kelate sbb nk make n shopping. abe ki folo blog hans, orait?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      sedap sebab sekarang dah tak manis sangat macam dulu

      Padam
  7. Mampu tengok ja! ^^ Tak elok jilat skrin kan? hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. jilat skrin karang kena renjatan elektrik pula
      hahaha

      Padam
  8. kecur air liur tengok mango float... dap nyaaaaa

    BalasPadam
  9. Waalaikumussalam.. alhamdulillah semoga semua selamat.

    BalasPadam
  10. Baca entri ni buat perut rasa nak makan je.

    BalasPadam
  11. Bookmark dulu.. Sebab ada perancangan nak ke Kelantan cuma tak tahu bila..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      sila naik flight jika sis bukannya seorang yang penyabar di atas jalan raya
      hahaha

      Padam
  12. Mahal ke makanan kt D'Tower Soup tu..set yg Hans makan tu brp rial?..
    lemang & rendang..sedapnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mahal D'Tower Soup tu
      harga tak pasti berapa tetapi 6 orang makan dekat RM90
      kira seorang dalam RM15

      Padam
  13. Fuh, terliur la. Maybe tempat ni yang pak cik zumal selalu cerita...

    BalasPadam
  14. ayam bakar tu nampak menggoda la hans ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      sedap lah
      ada manis sikit-sikit
      cuma kecil

      Padam
  15. makanan kat kelantan ni antara yang paling best la. Kalau turun kelantan lagi, cuba- cuba la nasi berlauk yang tengah hot kat area tumpat nuh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pergi tumpat hari tu
      tumpat jauh sangat
      haha

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama