Assalammualaikum semua. Kali ini Hans nak kongsi sikit tentang menu kekal baru keluaran McDonald's yang kedua iaitu Hot N'Crispy Chicken Burger yang telah pun dijual mulai 26 Mac 2018 yang lepas.
Sebenarnya Hans dah melantak burger nih minggu lepas tetapi sebab kesibukan kerja jadi baru lah hari nih dapat kongsikan dengan hangpa semua. Untuk menu Hot N'Crispy Chicken Burger ini, rasanya lebih pedas kerana ia menggunakan sos jalapeno yang dikatakan mampu memberi rasa pedas yang menggigit bibir hangpa semasa dan selepas memakan burger nih. Jadi, harga untuk menu ini ialah RM14.95 untuk set lengkap yang didatangkan khas dengan kentang goreng dan minuman ringan. Kalau nak beli ala carte pula cuma bayar RM12.95.
Jadi, sebelum makan tu macam biasa lah Hans dengan muka tak bersalah ambil gambar kotak dulu. Saiz kotaknya pun biasa-biasa jer. Jadi, mari kita tengok bagaimana rupa burger di dalam kotak nih.
Taraaaaaaaaaaaaaa!!! Alhamdulillah, sekali lagi Hans dapat burger yang berada di dalam keadaan yang baik dan kemas. Lepas tu tengok wajah roti burger nih pun nampak menarik dan menyelerakan.
Sekali lagi Hans cuba menguji keimanan hangpa semua dengan ambil gambar secara dekat, rapat dan jelas. Baru hangpa terliur bila tengok dekat laptop atau telefon hangpa tu kejap lagi. Hahahaha! Jadi, sebelum makan mari kita bedah siasat kejap apakah yang terdapat di dalam burger kali nih.
Seperti biasa semestinya ada ayam goreng crispy, sos cili jalapeno, cheddar cheese, mayonis, salad dan tomato. Macam mana? Nampak sedap tak?
Lagi sekali saja Hans tunjuk isi dalaman Hot N'Crispy Chicken Burger nih dekat-dekat. Hahaha! Mesti ada yang berdendam dengan Hans lepas tengok gambar nih sebab mesti perut hangpa semua terus berbunyi. Kan? Hahahaha! Jadi, apa tunggu lagi? Jom tengok Hans makan.
Memandangkan Hans memang peminat Spicy Chicken McDeluxe, jadi memang burger nih rasa sama jer lah cuma yang berbezanya sebab ada sos jalapeno. Cuma itu sahaja! Sos tu memang rasa pedas tetapi sebab Hans nih kaki makan pedas jadi kira tak ada lah pedas sangat. Apa-apapun, alhamdulillah kenyang. Jadi, bagi Hans rasa burger nih memang saling tak tumpah sama macam Spicy Chicken McDeluxe yang cuma ditambah sos jalapeno sahaja. Jadi, memang Hans musykil juga lah sebab apabila dikata menu baru jadi memang Hans mengharap segala-galanya terutama rasa burger pun baru lah kan. Tetapi, tak ada perbezaan apa sangat pun. Jadi, kepada yang nak cuba makan tu boleh lah cuba sebab selera setiap orang kan berbeza. Bagi Hans, burger nih sedap lah juga tetapi kalau nak kata ada kelainan rasa atau keunikan tu....rasa-rasa macam tak ada lah. Apa-apapun, selamat menjamu selera.
SKALA SEDAP : 3.3 / 5
P/S : BANYAK BENDA NAK TULIS TETAPI INTERNET DEKAT KAMPUNG BERKELAJUAN SIPUT PULA. HAHAHA!
dh rasa dua2 akak suka yg smoky grilled beef
BalasPadamhehehe...dua2 biasa jer
PadamUmi pun dh makan both SMOKY GRILLED BEEF with smoky Chipotle Sauce dan HOT N’ CRISPY CHICKEN with tangy Jalapeno Sauce tu..mmg sedap tapi rasa mcm tak de beza dgn Chicken Mc Deluxe pun..apa2 pun burger McD mmg sedap lar
BalasPadamtu lah
Padambeza dekat sos jer
ahahaha
wah..lum cuba lg
BalasPadamrasa macam spicy chicken mcdeluxe jer
Padamhehehe
Wah, memang menguji keimanan betul gambar burger tu walaupun kenyang makan megi dah...
BalasPadamheheheh
Padamgambar menggoda kan
Tengok gambar, macam Zinger Burger KFC pulak... :)
BalasPadamhahahaha
Padamtapi nih mcd :)
Suka sekali sama ayam crispy nya
BalasPadamsedap kan :)
Padamcheese dia meleleh..
BalasPadammemang terbaik la burger nie
cheezila lagi puas hati
PadamNak try lah nanti.
BalasPadamhehehe sila lah cuba
Padamnmpk sedap..blm try. haritu dah try smoky beef burger McD, I like...
BalasPadamowhhhh
Padamnanti cuba yang nih pula
ingatkn nk citer psl ayam rendang crispy., hehe
BalasPadamini ayam crispy tanpa rendang...hahaha
Padamsedapnyerrr.tetiba terasa lapar (walaupon baru jer makan tadi)bila tengok burger ayam ni..
BalasPadamhehehehe
Padamesok lah cuba makan burger nih pula
memang berjaya buatkan perut ni berkeronconggg! Aishhh..
BalasPadamhehehe
Padamgambar makanan nampak menggoda kan
pehhh ain tak cuba cuba pun lagi burger ni.
BalasPadamburger nih menu tetap
Padamboleh cuba lagi nanti
belum cuba lagi. nasib baik tak cuba, baru pergi mcd hari tadi XD
BalasPadamburger nih sedap tapi macam chicken mcdeluxe jer
PadamTak tahu pun McD ada keluarkan burger baru. Hehe. Nampak macam chic mc deluxe je. Tambah cheese je nampaknya. Nanti cuba.
BalasPadambeza dia sos dia guna jer
Padamwowo.. sodap ni. hehe
BalasPadamboleh lah :)
PadamKalau anak saya makan sekali 2 bijik bugger. Tak boleh selalu...kopak la Mak dia...
BalasPadamhahaha...tudia..tak elok makan burger banyak-banyak
PadamNampak sedap tapi saya dah boikot McD, cuma prosperity je takkan boikot selamanya :D
BalasPadammacam mana tu? boikot tapi prosperity tak? haha
PadamMama pun suka gak MC deluxe. Confirm mama pun suka burger ni juga
BalasPadamyups
Padamrasa sama jer
hehehe
Yang ni Mrs. A belum try lagi.
BalasPadamNak juga try ni sooner or later nak tau juga skala pedas dia macam mana huhuhu...
try lah tengok
Padamnanti update sini balik skala pedas berapa
haha
Lamanya tak drive thru McD ni.. Sedapppp rasanya tu..
BalasPadamhehhe
Padamcuba lah tengok
em.. asal kakak rasa macam tak de beza jek dengan Spicy Chicken Mc Deluxe ?
BalasPadambeza dekat sos dan cheese jer
PadamHah ha “rasa pedas yang menggigit bibir” . . .
BalasPadamhahaha
Padamdiorang lah cakap macam tu
tapi untuk saya tak ada gigit bibir pun
hehehe
nampak sedap tp buat ms ni sy hanya mampu tgk je laa sbb ada ulser x leh kena pedas waaaaa
BalasPadamowh
Padamtak apa
tak silap saya dua menu nih menu kekal
jadi ada lagi nanti
sedap lah tgk tp sampai skrg tak sempat makan lg entah ada promo lg ke tak.. kfc pun ada burger baru. teringat burger arang mcd tu sampai ulang mkn
BalasPadamowh burger arang yang korea tu kan
Padamyang tu sedap juga
hehe
Teman dah lama tak makan McD nie... untuk burger, teman prefer Burger King...🤗
BalasPadamburger king sedap ker?
Padamsedapnya hanss! busyra belum cuba lagi.
BalasPadamhahaha
Padamnanti cuba lah
Hari ni #ganglunch decide pi McD.. Ingat nak cuba burger baru ni. Dari 2 pilihan LZ pilih Smoky Grilled Beef sebab LZ tak makan burger ayam.. >_<
BalasPadamowh macam tu
Padamhehehe
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com