Nasi Lemak WANJO Kampung Baru

Assalammualaikum semua. Alhamdulillah petang tadi, Hans berkesempatan menikmati juadah Nasi Lemak yang sangat sedap dan paling popular di kawasan Kampung Baru, Kuala Lumpur iaitu NASI LEMAK WANJO.


Nama Kedai :
NASI LEMAK WANJO KG. BARU

Alamat :
No 8,
Jalan Raja Muda Musa,
Kampung Baru,
50300,
Kuala Lumpur.

Waktu Operasi :
07.00 AM - 12.00 PM
03.00 PM - 12.00 AM
Hari Selasa Tutup Kecuali Cuti Umum

Telefon :
0123953884

Facebook : 


Nasi Lemak Wanjo ini ialah nasi lemak kukus dan mula beroperasi sejak tahun 1963 lagi menggunakan resipi rahsia warisan turun-temurun. Hans pun memang pernah makan dekat sini. Adalah juga dalam dua atau tiga kali. Daripada kedai biasa-biasa sampai lah jadi cantik dan besar macam sekarang nih. Memang terbukti pelanggan ramai dan untung pun banyak sehingga berjaya ubah suai menjadi lebih besar dan sangat selesa buat semua pelanggan yang datang makan disini.


Sebenarnya ikutkan hati Hans tadi memang nak ambil gambar lauk-pauk yang dijual tetapi sebab masa tu memang otak dah fokus nak mengketedarah jer jadi memang lupakan hajat tu. Hahaha! Jadi, mari kita lihat rupa Nasi Lemak Wanjo kepunyaan Hans tadi.


TARAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!! Ini lah rupa serta lauk pauk yang Hans ambil untuk dikunyah dan ditelan masuk ke dalam perut. Ada telur goreng, sambal sotong dan tempe. Harga keseluruhan Hans tak tahu sebab ini bos belanja lepas habis kerja. Hahahaha! Tunggu apa lagi? Masa untuk Hans mengketedarah kini bermula dengan kiraan 3,2,1! Yehaaaaaaaaaaaaaaaaa!  



Bos dengan kawan-kawan yang lain minum air biasa jer tetapi minuman Hans nak menghebat sikit. Hahaha! Minuman untuk kali ini ialah Jus Mangga Wanjo. Jadi, disamping makan nasi lemak yang sedap dengan cukup berselera, rakus dan laju sekali tanpa memandang orang sekeliling dan dapat minum pula jus mangga yang menyegarkan nih...apa lagi hang nak komplen kan? Hang makan ja lah sampai habis! Hahaha! 


Seperti yang hangpa dapat tengok pada gambar di atas tu, hangpa rasa Nasi Lemak Wanjo nih sedap ker tak? Jadi, ini antara pandangan Hans untuk menu yang Hans makan pada kali ini :


Kuantiti Makanan:
Sederhana Banyak

Nasi Lemak:
Sedap, Lembut Dan Lemak

Sambal Sotong:
Susah Nak Jumpa Sambal Sotong Kembang Yang Sedap Tetapi Yang Nih Memang Sedap

Sambal Nasi Lemak:
Memang Sedap! Maklumlah Rahsia Warisan Turun-Temurun

Telur Goreng:
Rasa Telur Lah!

Ikan Bilis:
Sedap Dan Sangat Rangup 

Tempe:
Sedap Dan Saiz Besar 

Kebersihan:
Baik

Servis:
Pantas



Jadi, macam Hans bagitahu tadi berkenaan harga tu Hans kurang pasti sebab bos belanja. Tetapi, Hans kongsi harga untuk menu asas sahaja seperti di bawah :

SET BIASA NASI LEMAK WANJO
(BERSAMA TELUR REBUS ATAU TELUR GORENG):
RM3.50

JUS MANGGA WANJO : 
RM4.00 

SKALA SEDAP : 
5 / 5 

P/S : ALHAMDULILLAH! KEPADA YANG MASIH BELUM PERNAH CUBA MAKAN DEKAT SINI....SILALAH CUBA DAN IN SHA ALLAH HANG PA SEMUA MESTI PUAS HATI PUNYA LAH. 

40 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. sedapnyer..smbal sotong kembang tu.Kalo order nasi lemak,memang tak pernah miss.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      memang sedap sambal sotong kembang dekat sini

      Padam
  2. adoi !! menggugat iman betul ni.. kakak akan pastikan hujung minggu ni kakak singgah.. hee~ eh ! lepas ni awak try nasi lemak pakcu kat 223, PJ.. serius sedap..

    BalasPadam
  3. Pepagi tengok nasi lemak. Pergh... Rasa teringin pulak. Tapi sayang jauh... Mampu menengok jela. Hehe...

    BalasPadam
  4. wow RM3.50 je? murah nyaa. tapi nampak memang sedap dan menyelerakan! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. RM3.50 tu yang set biasa...kalau macam Hans makan nih ada sotong la ada tempe la...tak pasti harga berapa...haha

      Padam
  5. Time Mrs. A duduk KL dulu rasanya pernah datang makan kat sini tapi lama dah tak datang rasa nasi lemaknya pun dah lupa hahahha..

    Suka cara tempe tu digoreng mesti rangupkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups...memang dulu-dulu lagi dah ada
      rangup tempe nya

      Padam
  6. ermm menarik, nampak sedap dan murah~

    BalasPadam
  7. Jarang sangat sampai ke Kg Baru ....So mmg tak dapat rasalah nampaknya. Nampak pun tau mmg sedap tu Han...

    Air mangga dia pun nampak mcm pekat tu. Wallah sedapnya

    BalasPadam
  8. Dugaan2, tgugat perut mlihat gbr mknan ni. I is kenot brain 🤣🤣

    BalasPadam
  9. Tgh pantang..tgk aje lah... huaaa

    BalasPadam
  10. murahla harganya.... tgk sambal sutun tu mmg menggoda, itu mmg sambal peberet akak tu....
    skrg ni mmg jarang2 sgt membeli mkn kt kg baru, jemm akak klu cari mkn area situ

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      situ memang jem
      tapi banyak tempat makan sedap2

      Padam
  11. nasi lemak sambal kembang plus tempe.. memang terbaiklah..

    BalasPadam
  12. Nasi Lemak Antarabangsa pun kat area situ jugak kan... Macam best je... Nanti la, kalau ada masa tiba-tiba bersarapan kat Kg Baru, boleh la teman cuba nasi lemak tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. nasi lemak antarabangsa saya tak minat sangat
      dulu2 sedap
      sekarang macam rasa nasi lemak wanjo lagi sedap
      hehe

      Padam
  13. telan air liur....tak lapar pun boleh masuk perut lagi ni kalau dihidang

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      wah
      betul-betul selera makan kuat nih
      hahaha

      Padam
  14. Kalau terpergi area nie, bolehlah Sha cuba.. Sebab menu hans tu nampak mengancam betul..

    BalasPadam
  15. kena try ni..tapi taulah kampung baru.tang parking je susah sikit

    BalasPadam
  16. sambal sotong! wuuwuwuwuuww. nasi lemak dahlah fav! ado sotong pulakk. eh lapo pulak. belum lunch lgi nih. haha

    BalasPadam
  17. Lapaq pulak tengok nasik lemak memalam ni..hurm :(

    BalasPadam
  18. pernah makan tapi dah lama dulu..kena pi try lg..sambal sotong nmpk nyum, nyum..

    BalasPadam
  19. menarik!
    nasi lemak memang kalau dikukus tu, terbaik, Hans.
    aida gi kg baru ni dedolu, skali aje.
    tu pun gi time bulan puasa. gi merasa bubur lambuk :)

    BalasPadam
  20. pernah dgr tp x penah sggh wpn berpuluh kali pegi kg baru ;-)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama