Hans melawat Kedutaan Malaysia di Kemboja

Assalammualaikum semua. Pada 28 April 2018 sehingga 29 April 2018, Hans berkesempatan terbang ke Phnom Penh, Kemboja atas urusan penggambaran bersama Dr Wan Abdul Hannan serta para sukarelawan Hospital Beyond Boundaries (HBB) yang melakukan aktiviti amal di sana. Paling tak disangka, Hans berpeluang masuk ke dalam bangunan Kedutaan Malaysia di Kemboja dan bertemu dengan pegawai-pegawai Malaysia yang bertugas di bumi Phnom Penh ini. Satu pengalaman yang Hans sifatkan sangat mahal dan berguna.

ADA NAMPAK APA-APA TAK DALAM GAMBAR NIH?

Secara tak langsung, kehadiran Hans disini sangat membantu Hans untuk tahu lebih lanjut tentang apa sebenarnya tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh pihak kedutaan disini. Tugas-tugas mereka banyak tetapi yang menarik minat Hans ialah apabila mereka terlibat di dalam menghadiri mahkamah untuk mengikuti kes-kes jenayah atau sebarang kes yang melibatkan rakyat Malaysia disini. Jadi, Hans dapat tahu banyak juga kisah-kisah tentang warganegara kita yang dipenjara disini terutamanya disebabkan jenayah penyeludupan dadah serta menjadi keldai dadah antara sedar atau tidak. Memang menyedihkan! Jadi, kepada semua yang suka melancong tu diharapkan anda semua berhati-hati apabila berada di tempat orang yer.

ENCIK RUZAIMI DAN DR HANNAN RANCAK BERCERITA TENTANG HBB

Yang paling menarik dan Hans sendiri pun baru tahu, pegawai kedutaan berkongsi info dimana adalah lebih baik jika sebelum kita terbang ke mana-mana negara, kita maklumkan dahulu kedatangan kita kepada pihak kedutaan Malaysia di berada di negara-negara yang kita lawati melalui email. Di dalam email boleh kongsikan butir peribadi, tempat penginapan sewaktu berada di negara yang anda lawati serta berapa hari anda berada disana kerana jika ada apa-apa yang berlaku seperti kes kematian atau kehilangan, mudah untuk pihak kedutaan menjejaki anda.

HANSHANIS.COM SECARA RASMI MENINGGALKAN JEJAKNYA DI PAPAN INI

Perkara yang membuat Hans terasa sangat teruja apabila Hans dan rakan-rakan yang lain berpeluang meninggalkan jejak di Kedutaan Malaysia di Kemboja ini melalui tandatangan kami di kawasan yang disediakan. Alhamdulillah, hanshanis.com telah berjaya meninggalkan jejaknya disini dan diharapkan nama blog ini akan pergi lebih jauh selepas ini dan dapat membantu lebih ramai orang di luar sana. 

BERGAMBAR DI HADAPAN RUMAH MALAYSIA PHNOM PENH BERSAMA PEGAWAI KEDUTAAN

Terima kasih kepada Encik Ruzaimi serta pegawai bertugas yang lain kerana melayan kami dengan cukup ramah dan mesra serta sudi membawa kami melawat keseluruhan bangunan kedutaan Malaysia yang terletak di bandar Phnom Penh, Kemboja ini. Sangat seronok mendengar penerangan mereka tentang negara Kemboja. Banyak ilmu dan input baru yang bernilai diperoleh disini.

NAMPAK GAYANYA HANS PERLU DIET UNTUK KEMBALI LANGSING DAN MENJADI KACAK SEMULA! 

Alhamdulillah, sempat bergambar kenang-kenangan bersama Encik Ruzaimi serta pegawai-pegawai kedutaan Malaysia di Kemboja ini sebelum pulang ke Malaysia. In Sha Allah, kita berjumpa lagi kalau ada rezeki dan berpeluang bekerjasama dengan pihak kedutaan Malaysia di Kemboja pada masa akan datang. Amin!

P/S : Selepas Ini Hans Akan Kongsikan Pengalaman Selama Dua Hari Berada Di Phnom Penh, Kemboja Bersama Kumpulan Sukarelawan Hospital Beyond Boundaries (HBB). Nantikan!

16 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. kalau travel, saya tk pernah jumpa kedutaan malaysia pun. kecuali ada sekali tu jelah jumpa kat perth, itupun tak masuk dalam xD

    pengalaman yg mahal sangat ni, bukan senang nk dpt kat mana2! thanks for info, lpsni kalau setiap kali berjalan kemana-mana kena email diorang dululah, takut jadi benda2 yg tak diingini pula

    BalasPadam
    Balasan
    1. yer..saya pun baru tahu sebenarnya
      itu yang kongsi tu..
      hehehe

      Padam
  2. ya..

    saya juga baru tahu..

    rupa-rupanya hantar email ke pihak kedutaan sebelum kita pergi ke negara tersebut.

    satu info yang sangat berguna juga untuk saya nie..

    yang akan melancong untuk berbulan madu..

    aamiin

    BalasPadam
  3. Nice sharing hans.. Maklumat yang tak semua orang tahu.. Ke sha je yang tak tahu sebenarnya.. Kikiki..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ramai tak tahu
      saya pun tak tahu
      ada yang dah berpuluh kali terbang ke luar negara pun tak tahu
      tu lah saya kata satu info berguna buat semua tu
      hehehe

      Padam
  4. info yang sangat berguna untuk kita semua ni. rupanya kita boleh email mereka untuk maklumkan kedatangan kita negara yang kita nak lawati tu. jadi lepas maklum pada mereka baru tenang sikit hati nak travel kan. :)

    thank you for the info! :D

    Fatina Mudz

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      ikut cakap kedutaan, bila tak ada masalah memang tak nampak kesan dia...
      tetapi bila ada masalah memang akan kelam kabut sebab masa tu lah kedutaan diperlukan untuk bantu tetapi pihak kedutaan pula tak ada info tentang kita

      Padam
  5. Perkongsian yg baik
    For security purpose.. Bgus jgk info tu.

    BalasPadam
  6. Baru tau yg kita boleh bgi info kat embassy, good sharing hans

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih
      info yang baik harus dikongsi :)

      Padam
  7. Zumal tak pernah sampai lagi ke sana... teringin gak nak pergi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. pergi lah Zumal
      tiket sekarang promo murah jer

      Padam
  8. best laa jumpa 'org malaysia' hahahaha... sy x penah lg g mn2 kedutaan bla travel. kalau amik alamat n no phone penah laa ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      nih pun duta jemput
      jadi pergi lah sebab memang tak pernah masuk mana-mana kedutaan pun
      hahaha

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama