Assalammualaikum semua. Saja lah hari ini Hans terasa nak menunjuk-nunjuk dekat hangpa semua dan berlagak sikit sebab dapat pakai cermin mata baru setelah hampir setahun lebih merancang nak tukar cermin mata baru. Hahahaha!
Taraaaaaaaaaaaa!!! Inilah cermin mata baru Hans iaitu model Alain Delon-8055-58-gold dengan kanta cermin mata kodak uv. Kalau mengikut kepada reka bentuk tak adalah banyak sangat bezanya dengan cermin mata lama. Maksud tiada beza itu ialah daripada segi bentuk cermin mata yang petak dan tiada bingkai dibahagian bawah cermin mata. Tetapi, perbezaan yang ketara ialah kanta cermin mata Hans kali ini tidak akan berubah warna kepada warna hitam apabila berada di kawasan luar dan panas. Namun, fungsinya tetap sama untuk melindungi mata daripada sinar UV. Selain itu, keistimewaan cermin mata baru Hans kali ini ialah selain melindungi mata daripada sinar UV cahaya matahari, ia juga melindungi mata Hans daripada kesan cahaya-cahaya daripada gadget seperti laptop, telefon bimbit dan televisyen. Alhamdulillah!
Alkisahnya, Hans memang daripada tahun lepas bercadang nak buat tetapi mesti ada sahaja halangan terutama daripada segi kewangan. Jadi, empat hari sebelum hari raya Aidilfitri baru-baru ini, Hans berkesempatan pulang ke kampung halaman di Alor Setar. Emak Hans bagitahu ada kedai cermin mata hantar kad raya dekat Hans dan menariknya dekat kad raya itu ada diberikan baucar diskaun RM100 untuk pembelian melebihi RM180 kalau tak silap Hans.
Hans pun apa lagi kan...memang semangat lah nak pergi buat cermin mata baru. Kebetulan rezeki di bulan Ramadan pada tahun 2018 ini meningkat sedikit. Kali terakhir Hans buat cermin mata di Optometris Faizah di Alor Setar sewaktu Hans masih belajar lagi di UiTM. Dan cermin mata seterusnya yang Hans buat ialah di sebuah optometris di The Mines. Jadi, semangat lah Hans mencari dekat mana Kedai Optometris Faizah yang baru ini sebab diberitahu mereka berpindah tetapi masih di kawasan yang berdekatan dengan Pekan Rabu.
Akhirnya, Hans bertemu dengan kedai Optometris Faizah yang memang berdekatan sangat dengan Pekan Rabu Alor Setar. Kedainya sangat cantik dan memang selesa. Alhamdulillah, layan diberi sangat bagus dan Hans sangat berpuas hati. Seperti biasa, mula-mula semak dulu keadaan mata. Kemudian, kena masuk peperiksaan mengenal huruf pula. Hahahaha! Lepas tu baru tahu adakah kanta cermin mata menjadi semakin tebal, berkurang atau sama. Alhamdulillah, mata kanan Hans tiada apa-apa perubahan cuma ketebalan kanta cermin mata untuk bahagian kiri meningkat sedikit. Berkat makan sayur banyak agaknya.
Jadi, sesi memilih cermin mata mula dilakukan. Pekerja Optometris Faizah turut membantu memberi cadangan. Memandangkan sekarang ramai remaja dan dewasa suka memakai cermin mata bulat, jadi pekerja disini ada juga mencadangkan kepada Hans tetapi Hans sememangnya tidak berapa gemar dengan cermin mata bulat sebab takut nanti kelihatan seperti karakter Harry Potter pula. Hahahaha. Jadi, Hans masih selesa mengambil reka bentuk yang lebih kurang sama dengan cermin mata sebelum ini.
Disebabkan Hans pergi ke kedai Optometris Faizah pada waktu hari raya semakin dekat, jadi kanta cermin mata yang Hans nak perlu ditempah dahulu dan cermin mata baru Hans ini tidak dapat disiapkan awal sebab semua urusan pos dah tutup pada masa tersebut. Kalau tidak buat pagi dan petang itu juga atau keesokan harinya dah boleh siap dah. Jadi, Hans minta mereka pos kan ke rumah sewa Hans di Seri Kembangan menggunakan GDEX.
Alhamdulillah! Cermin Mata Alain Delon terbaru Hans selamat sampai di rumah. Memang terbaik servis GDEX nih sebab pekerja Optometris Faizah pos kan semalam dan hari ini cermin mata sudah sampai depan rumah.
Terima kasih kepada cermin mata Hans yang lama yang sudi berkhidmat lebih empat tahun dengan Hans. Jasamu akan ku kenang selama-lamanya. Bersemadilah dikau dengan tenang di sana.
Terima kasih juga kepada Optometris Faizah kerana memberikan servis, perkhidmatan serta layanan yang sangat baik seperti sebelum-sebelum ini. Kepada yang tinggal di Alor Setar tu dan kalau terasa nak buat cermin mata baru, bolehlah melangkah masuk ke dalam kedai Optometris Faizah ini. Hans pasti hangpa semua mesti puas hati punya. Kalau tak percaya, silalah ke sana sekarang. Terbaik!
Optometris Faizah
Alamat:
No 45,
Jalan Langgar
(Berhadapan Bangunan Unitar & OUM),
05460 Alor Setar,
Kedah.
Nombor Telefon:
+604 734 9648
Laman Facebook:
Optometris Faizah
Cantik. Saya pun dh 2 thn tak tkr, thn ni mesti tkr, dh agak krg selesa
BalasPadamhehehehe
Padam2 tahun dah boleh tukar dah tu
hehehe
Alhamdulillah, tahniah cermin mata baru, tambah ceria dihari raya.
BalasPadamSalam Aidilfitri dan maaf zahir batin juga buat Hans :)
hehehe
Padamterima kasih
selamat hari raya dan maaf zahir batin juga buat bro Khir Khalid
PH pakai contacts tapi kat rumah pakai specs. Boleh tahan design cermin mata baru tu. Sesuai dengan raut wajah Hans.
BalasPadamsaya tak berani pakai contacts lens
Padamhehehe
alhamdulillah kalau nampak sesuai dengan muka saya
Frame nya cakep.
BalasPadamPemilihan framenya tepat, sesuai dengan bentuk wajah.
Kinah baru je tukar tahun lepas. Smart la design yang ni. Berapa total semua tu Hans? Dulu kinah pun ada jugak pakai yang bila kena cahaya jadi warna hitam tapi dah macam makcik2 pulak pasu tukar lens kodak yang boleh lindung mata dari cahaya.
BalasPadamtotal semua kalau ikutkan dekat RM900 lebih
Padamtetapi lepas diskaun dan guna voucher tu
Alhamdulillah cuma RM600 saja
hahaha...itulah...masa Hans pakai kanta yang boleh tukar warna hitam tu, masa tu trend
mula-mula rasa seronok lah tapi bila bergambar kanta asyik gelap...dah macam pakai cermin mata hitam pula
rasa tak best
hahaha
Design Kanda spec tuan admin sama la dengan yang teman guna sekarang... teman guna spec frame less... teman ada masalah spec yang berat.... teman biasa nya beli spec yang paling ringan sekali... sekarang nie teman guna bingkai titanium... nampak gayanya macam nak kena tukar spec yg baru jugak nie....😏
BalasPadamowhhh
Padamsaya okay jer spec berat
cuma yang baru ini memang ringan...lagi selesa pakai
sama lah titanium juga
ikutkan sebenarnya setiap 2 tahun kita digalakkan tukar cermin mata baru
hehehe
Rabia pakai spek mata baru jugak
BalasPadamwah
Padambagus lah :)
wah..lebih bergaya di Aidilfitri dengan spek baru. Selamat Hari Raya Hans. Maaf Zahir Batin
BalasPadamhahaha
Padamterima kasih
selamat hari raya juga
maaf zahir batin
Hahaa eh lebih kurang sama dengan style bingkai spek mata gua yang half frame tu, nice *thumbs up* ;)
BalasPadamGua pakai 2 style, 1 half frame, dan 1 lagi frameless. Photochromic glasses, bentuk segiempat tepat :)
akan datang nak pakai yang tak ada bingkai
Padamsekarang nih lebih confident dengan half frame
hehehe
cermin mata raya
BalasPadamhehehe
Padamtapi pakai lepas raya
haha
Cermin mata baru ni kena dengan bentuk muka Hans..
BalasPadamSis pun baru tukar cermin mata bila terasa pandangan dah tak berapa selesa.
Maklumlah faktor usia, hehehe
hehehehe
Padamalhamdulillah rasa lebih kacak dari biasa
kena tukar dah tu sis kalau tak selesa
mungkin power naik tu
wah lagi ensem lah dgn spek baru
BalasPadamtahu tak apa
Padamhahahaha
bestnya tukar spek baru. tringan gak nak tukar baru tp selalu xde masa. dah 3 tahun lbih xbtukar spek. haha
BalasPadamalah
Padamsekejap saja tukar cermin matanya pun
spek mata raya ye dik... cun sgt designnya n mmg sesuai ngn Hans
BalasPadamalhamdulillah nampak sesuai
Padamhehehehe
wow..cermin mata baru..saya pula malas nak tukar cermin mata ni..modal tengah tak ada ni..hahaha =)
BalasPadamhehehe
Padamkalau lama sangat tukar lah bro
nanti rosak mata
hehe
makin hensem la :-)
BalasPadamamin
Padamhehehehe
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin Hans. Wahhh....cermin mata raya la ni :) Cermin mata Kak Laili pun segi. Tak pernah pakai bulat!
BalasPadamsaya masa sekolah rendah pakai bulat
Padamkelakar gila tengok balik
hahaha
slmt hari raya juga
maaf zahir batin
Cantik spek mata hans.. Sha pun baru tukar ujung tahun lepas.. Kali ini amik bingkai plastik yang tahan lasak..
BalasPadamterima kasih
Padamheehehe
yups memang ambil bingkai yang tahan lasak
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com