Assalammualaikum semua. Baru-baru ini pihak pengurusan KFC Malaysia telah melancarkan sebuah menu terbaru mereka kepada para penggemar makanan segera KFC iaitu KFC Mad Mex Twister yang diolah mengikut citarasa Mexico. Menu baru ini pula khabarnya hanya dijual di dalam tempoh waktu yang terhad saja.
Melihat kepada promosi iklan yang dilakukan oleh pihak KFC telah berjaya membangkitkan selera Hans maka Hans mengambil keputusan untuk mencuba menu KFC Mad Mex Twister ini yang berharga RM10.90 yang didatangkan khas dengan Crispier Fries serta secawan minuman ringan. Kepada yang berminat untuk membeli secara ala carte pula, harga menu ini cuma RM7.50 sahaja.
Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Inilah rupa pembalut KFC Mad Mex Twister yang sangat cantik ini. Boleh tahan besar dan panjang juga lah saiz twister KFC kali ini. Jadi, mari kita bedah siasat dulu apakah intipati yang terdapat di dalam twister kali ini!
KFC Mad Mex Twister kali ini menampilkan sentuhan citarasa Mexico melalui kepingan KFC Zinger yang lembut dan disertakan pula dengan Keju Pedas Mexico yang cukup istimewa. Keunikan menu kali ini ialah apabila ia disertakan bersama gabungan kacang kuda, kacang ginjal merah dan jagung bersama sos Keju Pedas Mexico. Hidangan unik ini juga disertakan lagi dengan hirisan salad segar dan dibalut sempurna dengan tortilla.
Itulah rupa sebenarnya KFC Mad Mex Twister yang Hans peroleh sewaktu makan di cawangan KFC berdekatan The Curve. Memang isi di dalam wrap sangat padat dan penuh dengan bahan-bahan yang diiklankan mereka. Jadi, bagaimana pula dengan rasa menu terbaru twister kali ini?
Alhamdulillah! Hans berjaya menghabiskan KFC Mad Mex Twister ini. Cuma bagi Hans, rasa menu terbaru kali ini tidak berjaya menarik hati Hans untuk makan lagi buat kali kedua. Hans sukakan rasa daripada sos keju pedas Mexico tersebut tetapi gabungan kacang dan jagung seperti tidak kena di lidah Hans. Mungkin disebabkan Hans bukan peminat kacang yang sejati jadi rasa yang tercetus daripada gabungan dua jenis kacang serta jagung tersebut dirasakan agak aneh untuk diterima oleh tekak Hans ini. Tetapi, lain orang lain citarasanya. Mungkin anda sendiri boleh cuba rasa sendiri dan siapa tahu kalau-kalau menu terbaru ini akan menjadi menu kesukaan anda.
Dengan harga RM10.90, anda sudah boleh menikmati hidangan menu terbaru KFC Mad Mex Twister ini di semua cawangan KFC berdekatan rumah dan tempat kerja anda. Jadi, tunggu apa lagi? Cubalah menu ini sekarang sementara stok masih ada. Selamat menjamu selera!
SKALA SEDAP : 2.5 / 5
P/S : PANDANGAN SKALA SEDAP ADALAH BERDASARKAN CITARASA LIDAH HANS SENDIRI. JADI, MUNGKIN ADA YANG AKAN MENYUKAI DAN MUNGKIN ADA YANG SEPENDAPAT DENGAN HANS. DISARANKAN CUBA DAHULU DAN NILAIKAN SENDIRI :)
tried it tadi. not bad and I kinda like it.
BalasPadamboleh repeat lah?
Padamheehee
haha yep this one, I will. ^^
Padamowhhh kira kena dengan selera lah tu
Padamhehehe
esok nak try jugalah.
BalasPadamdah try ke?
PadamNampak mcm best tapi saya tak suka sgt makan twister. Btw, tq sebab share pasal makanan ni
BalasPadamhehehe
PadamHans pun jarang sangat makan twister
saja nak cuba
oh ada menu baru..tkde plak nmpk iklan kt tv
BalasPadamhans selalu tengok update kfc dekat instagram kfc
PadamMrs. A pun tak berapa suka kalau ianya sejenis yang macam ni (dibalut menda alah tu).
BalasPadamKalau tak lapar sangat takt ahu nak makan apa baru pilih ni kot hahaha...
wrap @ tortila
Padamhehehe
akak suke klu jenis yg wrap2 ginih... sblum2 ni rajin jgk try wrap kfc, yg nih blm try lg nih... mcm sedap je ada isi pdas2 ni
BalasPadamtry lah makan tengok akak
Padamkut2 kena dengan selera ker
hehehe
Nampak juga dekat menu KFC semalam tapi tak cuba pula.
BalasPadamya
Padammenu baru lancar
hehee
makan ni ada rasa macam dekat Mexico tak =)
BalasPadamterasa macam nak salsa
Padamhahaha
ni menu baru ke? sebab last week pegi KFC tak nampak pule. bolehla try nanti sebab ada sos cheese tu heheh
BalasPadamyups...menu baru keluar hari Rabu minggu nih
PadamOkay...leya nak try la petang ni
BalasPadamdah try?
Padamkomen?
haha
tengok rupa fuh ..
BalasPadammemang sedap juga tu
cuma pergi KFC nie nak bedal ayam sahaja la
hahahaha
Padamayam kfc memang sedap lah dengan coleslaw dia
Tadi tgk juga ms kat kfc tp jagung dan kcg tu macam meremehkan, terbantut niat, trus beli snack plate 😊
BalasPadamhahahahaa
Padampatut cuba menu tu tadi
hehehe
nak cubalah.. CT suka semua wraps KFC tapi yang ni belom cuba. soon soon !!
BalasPadamhah selamat mencuba
Padamdah cuba nanti tinggalkan komen dekat sini
kongsikan pengalaman dan pandangan tentang Mad Mex Twister nih pula
hehehe
Belum sempat cuba lagi. Hope it tastes good. Hari hari lalu KFC nampak this poster! Ahhh, terliur!
BalasPadamhahahaha
Padamcuba lah
beli ala carte jer
murah
hehehe
Ada menu baru eh.. Lama pula rasanya tak masuk KFC..
BalasPadamyups
Padammenu terbaru yang twister mad mex nih
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com