Assalammualaikum semua. Wah! Wah! Wah! Buka Facebook nampak orang kongsi gambar durian. Buka instagram nampak orang kongsi video makan durian. Tengok televisyen pun ada kisah pasal durian. Sebagai salah seorang peminat dan juga tergolong di dalam kategori peminat tegar durian atau pun lebih dikenali sebagai hantu durian, mana Hans boleh tahan tengok semua asyik bercakap tentang durian murah lah, durian sedap lah, durian terlajak manis pahit lah. Jadi, Hans ambil keputusan untuk pergi mencari buah durian untuk dibaham sepuas-puasnya.
Pada 17 Julai 2018 bersamaan hari Selasa, selepas siap solat Maghrib maka Hans pun terus keluar dari rumah dengan misi mencari penjual durian. Alhamdulillah, berdekatan dengan kawasan South City ada satu penjual durian kelihatan dengan longgokan pelbagai jenis durian di dalam lorinya yang disusun mengikut jenis, gred serta harga. Yang paling menarik perhatian Hans apabila ada pembeli lain yang makan durian disitu sebab memang Hans mencari tempat yang Hans boleh makan durian terus ditempat durian dijual.
Kalau bab nak buka durian ini memang Hans gagal. Kalau dah buka dan nak suruh tekan atau kopek untuk bahagian dalam durian tu Hans pakar lah. Hahaha! Jadi,Hans pun memilih untuk beli durian kampung sebagai bagi Hans memang durian kampung ini ada satu rasa yang sangat asli dan sedap. Mula-mula berhajat nak makan satu sahaja dulu sebab nak tengok sedap ker tidak sebab sekilo RM6 sahaja tetapi buah pertama baru berapa ratus gram sahaja. Jadi, Hans tambah lagi sebiji untuk cukupkan 1 kilogram. Ya Allahhhhhhh!!! Betapa nikmatnya apabila suapan pertama masuk ke dalam mulut. Terus terlupa keadaan sekeliling yang dikelilingi oleh ratusan buah kereta yang melalui kawasan hadapan tempat jual durian tersebut. Makan punya makan dan sedar-sedar dah selesai dua biji durian. Haih! Tak boleh jadi ini! Tak puas lagi makan! Lagi pun baru RM6 sahaja yang Hans belanjakan.
Jadi, Hans terus pergi beli buah ketiga tetapi kali ini nak ambil buah yang lain dan lebih besar. Di sebelah buah durian kampung itu dikhabarkan dekat Hans ialah buah durian daripada kampung orang asli tetapi Hans tak tanya durian jenis apa. Apabila disuap sahaja di dalam mulut.....Ya Allahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! Bantuin Nabila Ya Allahhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! Pahit pahit manis wehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! Serius sedap gila! Memang rakus lah Hans mengketedarah buah durian orang asli ini.
Lembut isinya! Lemak berkrim! Serius memang puas hati weh! Memandangkan Hans makan seorang diri jadi memang agak mencabar sikit nak ambil gambar di dalam suasana yang kekurangan cahaya disamping menggunakan hanya sebelah tangan. Hahahaha!
Ikutkan hati sebenarnya Hans macam nak beli buah keempat tetapi mengenangkan keesokannya nak kena kerja pagi jadi Hans tahan nafsu dulu. Maklum sahaja lah bila dah berumur ini terasa risau juga kalau terlebih makan nanti jadi bukan-bukan pula dekat badan. Kalau kata esoknya tu cuti memang Hans belasah lagi makan. Hahaha!
Alhamdulillah! Dengan RM17 sahaja, Hans dapat makan tiga biji durian yang sedap-sedap dan memang Hans sangat berpuas hati. Selalunya, kalau makan di rumah memang Hans akan ambil kulit pangsa durian dan isikan air di dalamnya. Kemudian Hans akan minum air tersebut dan selama perkara ini diamalkan memang badan tak panas selepas makan durian. Tetapi, apabila makan di tempat penjual durian ini dan tiada air minuman disediakan maka terpaksalah Hans pergi beli air cap badak. Itu pun tak adalah sejukkan sangat pun badan pada malam tu. Hahahaha!
Esok malamnya pula memang tidak rancang pun nak makan durian. Selepas makan mee rebus di sebuah kedai tiba-tiba terasa nak makan sebab mee rebus pada malam tersebut tak rasa sedap pula. Selalu makan mee rebus dekat kedai makan ini memang sedap tetapi tak tahu lah asal kali ini kurang sedap pula dah. Jadi, kali ini sahaja nak cuba makan dekat penjual durian yang lain dan semangat lah Hans merempit pergi ke kawasan Puncak Jalil.
Dengan yakinnya, Hans ambil sebiji durian kampung yang besar dan makan seorang diri juga. Tetapi, penjual durian ini jual agak mahal. Harga sekilo dalam RM10-RM12 seingat Hans. Kadang-kadang risiko bila ambil buah durian yang besar ini bila rasanya tak menepati lidah Hans. Isi buah durian lembut. Buah tak ada yang rosak. Ulas dah banyak. Rasa masih manis tetapi kurang lemak. Jadi, boleh lah makan tetapi tak berapa nak puas sangat sebab rasa tu tak ada pahit dan lemak tu. Nak dijadikan cerita banyak pula ulas durian dalam buah nih. Jenuh makan tetapi sedar-sedar dah habis sebiji. Hahaha!
Lepas dah selesai makan memang cadang nak pergi bayar lah dekat penjual tu tetapi bila terpandang longgokan durian itu terus niat nak membayar tu bertukar kepada beli lagi sebiji untuk makan dekat situ juga. Tetapi, kali ini ambil buah durian kampung yang saiz kecil sahaja. Sekali sedap nak mati weh! Lemak! Manis! Pahit! Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!! Hans betul-betul teruja gila makan buah durian kedua ini. Serius laju gila Hans makan padahal sebelum ini rasa macam dah kenyang. Lepas dah habis makan tu tiba-tiba macam nak makan lagi tetapi fikir punya fikir dah dua malam berturut-turut Hans makan durian ini. Jadi, Hans menasihati diri sendiri supaya bersabar dalam mengawal nafsu. Alhamdulillah untuk hari ini iaitu hari ketiga, Hans berjaya mengawal diri daripada makan durian. Hahahaha. In Sha Allah, hujung minggu ini nak makan durian lagi! Nak buat macam mana dah Hans nih memang hantu durian. Sekian, pengalaman Hans makan durian pada minggu ini. Bertemu lagi di lain hari. Assalammualaikum!
P/S : Hari Lahir Hans Dah Nak Dekat Wehhh! Lagi Seminggu Sahaja Lagi! Mana Hadiah? Cepat Bagi! Hahahaha!
Amboi Hans dasyat. Kinah yang makan sebijik je dah mula nak demam dah. Terror la haha
BalasPadamhahaha
Padamini pun kantoi abah Hans tengok dekat whatsapps gambar biji-biji durian tu
hahahaha
hi hans..
BalasPadamwahh kemain bnyk tul gmbo duriansss ni..
adeii skit pula mta kita tgok...haha =p
hahahahaha
Padamsakit mata sebab cemburu ke apa tu
kehkehkeh
Akhirnyaaa ... keinginan Hans makan durian terlaksana 😁
BalasPadamSedap betul ya, Hans
alhamdulillah
Padammemang sedap
hehehe
waduh hans.... mmg betul2 hantu durian nih... sekali hadap blh abis 3 biji....
BalasPadamskrg durian tgh murah, mmg puas makan... durian yg sebelum2 ni mahal pun dh mampu milik...
aduhai rm6 sekilo pastu dpt lak yg isi elok pahit manis lemak... mmg layan lah
memang layan
Padamtambah-tambah harga memang mampu makan
hehehehe
Sedapnya
BalasPadamdurian memang pasti sedap
Padamhehehe
Murahnya, RM17 untuk 3 biji. Saya balik hari tu dapatlah merasa makan sebiji.
BalasPadamalhamdulillah
Padamtempat pertama makan tu memang murah
terlebih makan nanti panas pula badan
BalasPadammemang panas pun
Padamtu beli air cap badak
hahaha
Itu diaaa..dahsyat betul Hans makan ni. Sampai 2 malam berturut-turut
BalasPadamhahhahaah
Padammengidam punya pasal
Fuh !...
BalasPadamSaya makan 3 ulas sudah memadai..
tak larat lagi nak makan sehingga 3 biji.
bukan peminat tegar durian lah jawabnya nih
Padam3 ulas mana puas
hahaha
Aduhaiiii sedapnya durian. Kat sini rm17 tu blm tentu dpt beli sbijik yg betul2 bagus. Rega cam beli emas 😣😣
BalasPadameh dekat sana harga durian mahal ker?
PadamJelesnya! Dah la murah, rasa sedap pula tu. Isi pun cantik warnanya
BalasPadamhehehe
Padamrezeki dapat buah elok-elok
Hadoi....... LOL!
BalasPadamhahahaha
Padamterlapar ker tengok?
hehe
hans
BalasPadamkalau ikutkan saya ni bukanlah peminat tegar tapi disebabkan kali ini harga mampu milik maka dok ulang la beli kat brader yang dok jual kat belakang pejabat tu
hehehehe
Padamitu lah
alang-alang harga murah nih makan jer lah selagi tak memudaratkan :)
Betul2 hantu durian ni.
BalasPadamhehehehe
Padamada lagi yang hantu
nak joinnn makan duriann
BalasPadamhahahaha...nak makan dekat mana?
Padammmg puas betul kan mkn durian tahun ni...sebab murah giler...i pun puas hati dpt 2x repeat beli durian...tapi pastu susah tido sebab kepanasan...haha...
BalasPadamyes
Padamtahun lepas makan pun sebab bos sponsor masa rumah terbuka
tahun ni beli sendiri dan melahap seorang diri
puas gila
hehehe
Mmg puas giler makan durian musim2 ni. Kalau boleh hari2 nak makan durian. Tp ye la , kena limit juga utk kesihatan. Jom visit http://www.ketamkecil.com/5-cara-mengawal-kencing-manis-yang-betul-untuk-elak-kerosakan-buah-pinggang/
BalasPadamyups
Padamkalau banyak sangat nanti boleh demam jadinya
Puas hati tu Hans.. RM 17 dapat rasa 3 biji durian yang molek sungguh isinya.. Haih tetiba terliur pulak lepas baca entri ni.. Walaupun baru je sehari lepas makan durian 😂
BalasPadamhahahaha
Padamapa lagi
repeat buat kali kedua
Sedaaaaaaapnya durian...
BalasPadammestilah sedap
Padamhehehe
skarng ni pusing kiri kanan nampak durian.. wallaweh =D
BalasPadamhahahaha
Padamtengah musim durian
Ha..ha... samalah kita...hantu-berhantu durian...hi...hi...
BalasPadamhahahaha
Padamokay dah boleh hi5
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com