Assalammualaikum semua. Sebenarnya Hans dah lama makan McDonald's McFlurry Durian D24 ini tetapi disebabkan kekangan masa ditambah sedikit kemalasan maka lambat sikit Hans berkongsi tentang ulasan Hans terhadap aiskrim pujaan ramai penggemar aiskrim McD nih.
Sebenarnya aiskrim McFlurry Durian D24 ini pernah diperkenalkan pada 24 Ogos 2017 tetapi jualan aiskrim ini hanya bertahan seminggu sahaja. Bukan sebab tidak laku tetapi laku teruk bak hang. Hahaha! Semua cawangan McD kehabisan stok durian D24 disebabkan sambutan yang sangat dasyat daripada penggemar aiskrim durian sehinggakan Hans sendiri tidak sempat nak cuba.
Jadi, memandangkan piihak McDonald's Malaysia mengeluarkan semula aiskrim McFlurry Durian D24 ini dan ditambah pula Hans memang hantu durian, jadi Hans tidak melepaskan peluang untuk mencuba selepas gagal pada tahun lepas. Hahaha!
Alhamdulillah! Hans mendapat pes durian yang sangat banyak dan ini sangat membuatkan Hans puas hati dan rasa berbaloi dengan bayaran yang dikenakan iaitu RM7.99 sahaja. Sebelum ini ada juga baca komen dimana ada yang mengadu pes durian yang mereka terima sedikit tetapi sebaliknya pula untuk Hans sebab memang penuh dalam bekas.
Jadi, komen Hans tentang aiskrim McDonald's McFlurry Durian D24 selepas menjamah dengan khusyuknya ialah aiskrim ini bukan lah terlalu sedap sehingga buat Hans rasa macam nak beli lagi keesokan harinya. Aiskrim ini juga bukanlah tidak sedap sebab pes durian di dalam aiskrim yang sangat banyak tu memang membantu membangkitkan rasa. Alhamdulillah rasa aiskrim ini lebih bagus daripada keropok durian atau aiskrim durian yang lain cuma Hans rasa lebih puas jika makan durian daripada buah berbanding makan durian yang digabungkan dengan aiskrim. Senang cakap layan lah juga semasa makan tetapi kiranya tak adalah buat Hans rasa aiskrim ini di dalam kategori wow sangat. Hahaha!
Jadi, kepada yang belum pernah makan lagi McFlurry Durian D24 ini boleh lah pergi ke cawangan McDonalds berhampiran sebelum kehabisan stok. Selamat menjamu selera!
SKALA SEDAP : 3.7 / 5
P/S : APA PULA MENU BARU McDONALD'S MALAYSIA SELEPAS INI YER? TAK SABAR NAK BUAT ULASAN! HEHE!
Uihhh sedapnya. Aritu suami order yang parti punya. Sedap hans. Puas makan.
BalasPadamyang parti punya dia tambah coklat ker?
Padambelum sempat cuba lagi =)
BalasPadamhehehe
Padamtak tahu sekarang ada lagi ker tak
ada orang kata rasa dia biasa-biasa je, saya pun tak sempat merasa hehe
BalasPadamsedang-sedang jer rasa dia
Padamhehehe
Blm try lagi, tah ada ke tak jat miri nii
BalasPadammesti ada punya
Padamx try and probably never will haha
BalasPadamtak makan durian?
Padammcm teringin... tp akak rasa layan lgi beger rio dia... dh makan ulang2 berapa kali ntah heheh...
BalasPadamburger Rio dah 2 kali saya makan
Padamsedap kan?
hahaha
Ais krim durian
BalasPadamSuka durian tapi belum tergerak nak makan aiskrim durian.. Haha
Kalau bagi buah durian laju lah. .
hahaha
Padamkalau Hans pun laju jer kalau bagi buah durian
Del dah rasa hari tu.. sedap betulllll pergh tip top durian dia, rugi betul sapa yang tak makan durian.
BalasPadamwww.cakapsinilah.com
hehehehe
Padambagus dah cuba
bau sure menyengat ni Hans.
BalasPadambau durian tapi tak ada lah bau kuat
Padamkira orang sebelah kalau tak makan durian tak ada lah terganggu sangat
hehehe
Bukan harga dia 8.99 ke
BalasPadamowh yer lah kut
Padamtertypo lah tu
hahaha
woaah ini memang power. mahai sikit tak kira nak juga beli =D
BalasPadamhahaha
Padambeli lah cepat sebelum stok habis lagi
Heard ramai yang bagi moderate review pasal this durian McFlurry. Harga boleh tahan pricey. Still ada lagi ke this menu?
BalasPadamsetakat nih tengok masih diiklankan
Padamcuma tak pasti ada lagi ker tak
rasa-rasanya ada lagi
Tak cuba pun.. Susah nak jumpa MCD.. kikiki..
BalasPadamsana susah nak jumpa mcd ke?
PadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com