McDonald's Mexicana Chicken Burger

Assalammualaikum semua. Baru-baru ini Hans terpandang sebuah iklan tentang menu terbaru keluaran McDonald's iaitu McDonald's Mexicana Chicken Burger. Melihat kepada rupa burger tersebut di iklan sememangnya berjaya menarik perhatian Hans untuk mencuba burger terbaru ini. Cuma Hans secara peribadi agak tertanya-tanya juga apakah sebenarnya simbolik menu makanan yang berasaskan mexico ini diperkenalkan oleh kebanyakan restoran makanan segera kepada rakyat Malaysia? Adakah disebabkan citarasa yang sama atau sekadar mengikut trend terkini?


Menurut pihak pengurusan McDonald's Malaysia, McDonald's Mexicana Chicken Burger adalah menu kedua selepas McDonald's Rio Burger yang diperkenalkan sempena kempen tahunan mereka yang diberi nama Discover the World. Kalau sebelum ini burger Rio memang menjadi antara burger kegemaran Hans jadi Hans memang mengharapkan burger Ayam Mexicana ini berjaya menambat hati Hans juga.


Seperti biasa Hans akan pastikan gambar kotak menu terbaru keluaran McDonald's ini di ambil terlebih dahulu. Rekaan dan hasil seni yang dicetak di atas kotak berjaya menyampaikan ciri-ciri serta motif negara Mexico.



Jadi, apa pula kelainan dan keistimewaan McDonald's Mexicana Chicken Burger kali ini? Untuk menu kali ini ia menampilkan hidangan yang seakan-akan hidangan tradisional daripada negara Mexio dimana diletakkan kepingan ayam rangup bersaiz besar yang dilimpahi dengan mayonis tomato istimewa serta sos jalapeno untuk memberi sedikit rasa pedas kepada hidangan ini. Selain itu, Burger Ayam Mexicana ini juga ditambah dengan campuran lada benggala merah, salad, tomato, keju cheddar putih dan disertakan dengan ban lembut yang membawakan cita rasa hebat kepada seluruh rakyat Malaysia. Jadi, mari kita lihat bagaimana rupa Burger Ayam Mexicana yang berada di dalam kotak ini. 


Taraaaaaaaaaaaaaa!!! Yeahhhhhh! Kali ini burger didatangkan sekali dengan pembalut yang memudahkan Hans untuk makan tanpa perlu risau jika ada sos yang menitik atau terjatuh ke meja. Terima kasih McDonald's cawangan Serdang Raya kerana servis mereka sentiasa bagus dan menyenangkan pelanggan setia seperti Hans.



Kali ini rupa roti burger sama seperti burger-burger biasa. Tak ada bentuk seakan-akan bola seperti Burger Rio tetapi saiz rotinya memang sedikit besar. Kalau boleh dilihat Burger Ayam Mexicana ini juga nampak menarik dengan kombinasi warna daripada sayur-sayur yang pelbagai warna. 


Ini pandangan daripada tengah pula dimana burger terbaru ini memang berjaya memberi satu daya tarikan melalui campuran lada benggala merah, salad dan tomato yang boleh dilihat menjadikan menu kali ini nampak sangat menarik untuk dijamah.


Tudiaaaaaaaaaaaaaa!! Nampak tak? Hans sebagai salah seorang manusia yang sangat suka makan sayur memang sekali lagi memuji menu terbaru ini sebab berjaya membangkitkan selera Hans yang tengah demam untuk makan dengan berselera. Jadi, mari lihat Hans bedah siasat dulu untuk melihat isi dalaman McDonald's Mexicana Chicken Burger.

.
Hans ambil bahagian dalaman yang menampilkan lada benggala merah, tomato, keju cheddar putih serta kepingan ayam. Bahagian lagi satu ialah kepingan salad, mayonis tomato istimewa serta sos jalapeno. Nampak menyelerakan betul! Jadi, jangan tunggu lama-lama....nanti lama-lama....ia diambil orang. Hahaha! Mari lihat Hans melantak  McDonald's Mexicana Chicken Burger!


Alhamdulillah! Selesai sudah menjamah McDonald's Mexicana Chicken Burger. Pada pandangan Hans, keistimewaan burger ini datang daripada mayonis tomato istimewa yang memberi satu rasa yang lain daripada yang lain. Mungkin inilah agaknya rasa menu tradisional di negara Mexico. Kombinasi sos ini dengan lada benggala merah dan tomato memang sangat-sangat sesuai dengan citarasa Hans. Walaupun masih belum berjaya menandingi rasa enak Burger Rio tetapi menu terbaru McDonald's Mexicana Chicken Burger ini juga tidak kurang hebatnya. Jadi, kalau betul menu ini merupakan menu yang berjaya menampilkan rasa asli tradisi Mexico, Hans rasa Hans boleh hidup lah di Mexico sebab rasa makanannya boleh diterima akal. Hahaha! Dari segi kepedasan, Hans rasa menu ini memang langsung tak ada rasa pedas dan sesuai dengan semua golongan termasuk kanak-kanak.



Jadi, harga untuk menu terbaru McDonald's Mexicana Chicken Burger ini ialah RM15.95 untuk set medium yang didatangkan khas dengan kentang goreng serta McFreeze. Untuk ala carte pula hanya berharga RM12.50. Tetapi, kalau tengok gambar resit di bawah mesti ada yang hairan kenapa harga lain kan? Untuk pengetahuan semua, harga yang Hans bayar berlainan disebabkan Hans tukarkan McFreeze dengan air minuman Milo.



Jadi, kepada yang belum pernah makan lagi McDonald's Mexicana Chicken Burger ini  dan teringin nak tahu bagaimana rasanya hidangan tradisional masyarakat Mexico maka anda boleh pergi ke cawangan McDonalds berhampiran dan cuba rasaI sendiri pengalaman makan hidangan terbaru ini. Selamat menjamu selera . 

SKALA SEDAP : 3.5 / 5


P/S : TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG BERI UCAPAN DAN DOAKAN YANG BAIK-BAIK UNTUK HANS SEMPENA HARI LAHIR PADA 26 JULAI 2018. SEMOGA DOA KALIAN YANG BAIK-BAIK ITU MAKBUL. AMIN!

20 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. adui.. mcm sedap je. kena try ni...

    BalasPadam
  2. Sedap kinah dah try. Tapi takde pulak pembalut macam tu. Tunggang langgang burger huhu. Mungkin nak cepat kot sebab order drve thru je hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. owhhh
      kalau Hans selalu makan dekat cawangan Serdang Raya nih memang kemas dan bersih
      tak ada sepah-sepah atau susunan comot
      hehe

      Padam
  3. Fuh, nampak sangat menyelerakan mexicana ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tetapi pandangan Hans...Burger Rio lagi sedap
      hehehe

      Padam
  4. kenapa banyak guna tema Mexico ya sekarang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. entah
      KFC pun madmex dari mexico juga
      hahaha
      tu yang Hans cakap macam berlawan tu

      Padam
  5. Tak pernah mkn apa2 btema mexico, mgkin boleh try bege ni

    BalasPadam
  6. tak pedas tu penting.. Rio pedaas tamooo ahahha.. baru dapat cuba pie baru burger ni belom ada chance lagi =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rio tu tak lah pedas mana pun
      mungkin sebab Hans kaki makanan pedas kut
      hahaha

      Padam
  7. hehee baru je cuba ujung minggu lepas,
    rasa.. not bad lah tapi takde rasa macam nak mengulang kali kedua

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahhh
      itulah
      rasa dia boleh tahan sebab sos dia tu sedap juga
      tetapi dia tak sama macam burger rio yang buat hans rasa nak mengulang beli dan makan
      hehehe

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama