Assalammualaikum semua. Kalau tengok tajuk di atas mesti sesiapa yang membaca dapat tahu yang hari lahir Hans jatuh pada bulan Julai dan bersamaan dengan bulan kelahiran Perdana Menteri Malaysia Ketujuh. Nak juga bagitahu kan....hahaha!!! Ikutkan pada waktu sekarang ini masih lagi belum tiba tarikh kelahiran sebab hari lahir Hans di minggu terakhir bulan Julai tetapi disebabkan ada yang bermurah hati nak sambut awal jadi Hans pun ikutkan sahaja lah. Rezeki jangan ditolak. Hehehe!
Kalau ikutkan sudah lama tak ada orang yang sambut hari lahir Hans nih. Sedih gila kan? Hahaha! Kalau sekadar ucap Selamat Hari Lahir tu alhamdulillah masih banyak lagi tetapi kalau bab orang nak sambut bagi kek, hadiah atau buat kejutan tu memang sudah lama lah Hans tak merasa. Kali terakhir tak silap masa belajar kut. Hahaha! Tarikh lahir Hans ini sebenarnya selalu rakan-rakan tak dapat sambut atau nak prank sebab jatuh pada waktu cuti semester atau cuti hari raya. Pernah sekali lah masa belajar dulu mereka dapat sambut guna kek cawan agaknya tetapi sampai sekarang Hans ingat lagi momen menarik dan indah tu. Terharu gila masa tu. Hahaha!
Nak dijadikan cerita pada hari Jumaat yang lepas, ada lah seorang insan yang memang Hans anggap macam adik sendiri dah pun ajak lepak. Dia kata nak belanja Hans makan dan tengok wayang. Hans pun ikut sahaja lah memandangkan Jumaat lepas tak ada apa-apa aktiviti nak dibuat.
Disebabkan dia sampai agak lewat gara-gara kesesakan jalan raya yang sangat dasyat maka akhirnya Hans ajak dia lepak dekat IOI City Mall Putrajaya sahaja sebab itu antara lokasi yang dekat dengan rumah Hans. Mula-mula pergi beli tiket wayang dahulu dekat GSC dan kemudian baru cari tempat untuk makan malam. Lama sebenarnya Hans tak makan Subway nih. Jadi, layan juga lah bila dapat makan dan rasa sedap pula rotinya. Sambil-sambil makan tu sempat lah borak-borak dengan adik Hans nih pasal kehidupan dan kerjaya. Dah rasa tua pula bila bercerita pasal kehidupan nih dekat orang muda. Hakikatnya memang Hans dah separa muda sekarang. Hahahaha!
Individu yang belanja Hans ini tak lain tak bukan PU Riz. Terima kasih dik sudi belanja! Hahaha! Hans bagitahu lah nak ambil gambar dia. Lepas ambil Hans tak tengok pun dan sambung makan. Sekali bila nak upload tengok gambar dah rupa macam nih sebab tengah mengunyah. Tak apa lah. Sesekali siarkan gambar candid macam nih kira halal lah. Selalu semua gambar dia nak hensem macam hero Malaya saja memanjang. Hahaha! Terima kasih adik ku sudi belanja makan.
Memandangkan Hans dah tengok filem Ant-Man and The Wasp yang agak membosankan tu jadi Hans bagitahu lah nak tengok filem Thailand bertajuk Brother Of The Year. Kasihan dan simpati juga lah sebab si Riz nih belum tengok lagi filem Marvel tu tetapi dia ikutkan jer lah layan filem Thailand ini. Alhamdulillah nasib filem Brother Of The Year ini memang tidak mengecewakan dan sangat menghiburkan.
Alhamdulillah di penghujung usia ini masih ada yang sudi nak sambut hari lahir Hans walaupun terawal. Hahahaha! Terima kasih sangat-sangat kepada Riz kerana sudi belanja dan menceriakan kehidupan abang hang ini di hari Jumaat yang lepas. Semoga Allah balas jasa baik ini. Jadi, kepada yang membaca nih tak reti-reti lagi ker nak mesej Hans minta alamat untuk pos hadiah? Sila bertindak dengan kadar segera. Hahahaha!
P/S : Terlewat Bangun Jadi Terlepas Tengok Movie Screening Pagi Tadi! Sob Sob Sob!
terbaek bro... kenal muhidin?
BalasPadammuhidin dari Sarawak ker yang sekarang belajar dekat England tu?
Padamkalau yang itu kenal...antara member baik di tempat kerja dan sifu saya tu
ahahahaha
haaa.. mmg dia.. haha
Padammana ejul kenal dia? kawan sekolah?
PadamSelamat ulang tahun Hans.. semoga sentiasa dalam rahmat Allah.. Untung ada yang belanja..
BalasPadambelum masuk lagi birthday
Padamlagi 2 minggu lebih...haha
terima kasih
alhamdulillah rezeki ada yang belanja
Nnt dua minggu baru ucap hpy bday 😁 khamis tu mai nak beli subway, dah nak tutup, taknak layan gik, so cuba lagi nx yr ms pi kl tuk course 😊😊
BalasPadamhahahaha....
Padamjangan lupa ucap pula
laaa tutup ker?
melepas lah
Selamat ulangtahun kelahiran..semoga success dalam apa jua yang anda lakukan
BalasPadamterima kasih atas doa
Padamamin ya rabbal alamin
Semoga Allah SWT sentiasa memberikan taufik, rahmat, barakah juga lindungan kesihatan, hidayah dan redhaNYA untuk Mohammad Hanis Ismail. Moga sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa.. Aamiin. Happy Birthday :)
BalasPadamalhamdulillah
Padamterima kasih atas doa ini
amin ya rabbal alamin
SELAMAT HARI LAHIR . SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMIURAHI REZEKI...
BalasPadamterima kasih bro Jamil
Padamamin
Selamat Hari Jadi :-)
BalasPadamterima kasih
Padamtetapi belum sampai tarikh nya lagi
hahaha
SElamat hari lahir
BalasPadamterima kasih bro Fahmi :)
PadamSelamat Hari lahir..Sama Bulan dengan PM ke-4 dan ke 7 :)
BalasPadamyeahhhh
Padamitu yang Hans suka tu
hahahaha
Selamat hari Lahir Hans. Wahh gigih dia peringatkan birthday dia tiap2 entri hihi. Birthday yang ke berapa tu?
BalasPadamnak masuk 30
Padamhahaha memang gigih sebab mana tahu ada rezeki orang murah hati nak bagi hadiah
hahaha
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com