Korean Sensasi Ayam Terhangat Daripada Marrybrown

Assalammualaikum semua. Sebenarnya kalau ikutkan sejarah hidup Hans ini memang sudah lama tidak mengunjungi dan makan sebarang menu keluaran Marrybrown. Rasa-rasanya kali terakhir Hans makan dekat Marrybrown masa zaman belajar dulu. Lama kan? Hahaha! Jadi, baru-baru ini Hans terpandang sebuah iklan yang menunjukkan visual sebiji burger berwarna merah yang besar. Nampak macam menarik dan apabila dapat tahu  burger tersebut ialah burger Korean keluaran Marrybrown jadi Hans pun cubalah kali ini untuk makan. 



Pihak Marrybrown Malaysia telah mengeluar sebuah menu baru iaitu Sensasi Ayam Terhangat Korean yang boleh dinikmati melalui kombo pilihan sama ada Kombo Kepak Ayam Terhangat Korean atau Kombo Burger Ayam Terhangat Korean yang dihidangkan bersama kentang goreng Kimchi dan minuman ringan.


Jadi, Hans pun memilih untuk mencuba menu Kombo Burger Ayam Terhangat Korean dan menunggu di dalam lima minit sebelum burger idaman Hans sampai. Wah! Dapat makan panas-panas yang seronok ini. Kotak burger pun memang cantik sangat warnanya. Tak sabar Hans nak tengok wajah burger di dalam ini.



Taraaaaaaaaaaaaaa!!! Inilah rupa bentuk burger Burger Ayam Terhangat Korean yang dipesan oleh Hans di Marrybrown. Nampaknya warna roti burger sangat cantik dan comel. Tetapi, saiz roti burger sedikit kecil berbanding apa yang dipandang di dalam iklan. Biasalah perkara normal kalau tengok dalam iklan memang roti burger semua besar-besar laptop. Bila sampai depan mata besar telefon bimbit sahaja. Roti burger ini rasa gebu dan licin sikit. Ada iras-iras rasa macam span pun ada. Memang kelembutan roti Burger Ayam Terhangat Korean ini lain macam sikit.


Jadi, mari kita lihat dahulu rupa Burger Ayam Terhangat Korean ini daripada tepi. Nampak macam menarik dan menyelerakan bukan? Mari tengok Hans bedah siasat isi dalaman burger ini pula.


Inilah isi dalaman Burger Ayam Terhangat Korean yang mempunyai isi ayam yang empuk, sos Korean pedas dan sejemput salad. Jadi, Hans pun mulakan dengan gigitan pertama. Gigitan pertama Hans memberikan pengalaman aneh. Rasa sos Korean pedas ini sangat aneh untuk lidah Hans. Tiba-tiba timbul sedikit rasa penyesalan kerana mencuba menu ini tetapi Hans teruskan juga lah makan. Rugilah beli mahal-mahal kalau tak makan kan? Tetapi, sekali lagi Hans merasa pengalaman aneh apabila tiba gigitan Hans untuk kali kedua. Tiba-tiba rasa sedap pula. Gigitan seterusnya dan seterusnya memberikan Hans pengalaman makan yang sangat indah sehingga akhirnya Hans berjaya menghabiskan Burger Ayam Terhangat Korean ini dengan licin. Kemudian terasa macam nak pesan lagi satu pun ada. Hahaha! Serius tiba-tiba terasa sedap dan sangat menyelerakan.

.
Alhamdulillah! Selesai sudah Hans menjamah Burger Ayam Terhangat Korean dan kemudian Hans melantak kentang goreng Kimchi Marry Brown pula yang terasa seperti makan keropok Twisties. Hahaha! Pada pandangan Hans, keistimewaan Burger Ayam Terhangat Korean ini sebenarnya muncul apabila isi ayam dimakan bersama dengan sos Korean pedas tersebut. Macam Hans kalau makan burger ada dua cara. Pertama makan roti serta sayur dahulu dan kemudian baru makan daging ayamnya. Kedua pula makan segala-galanya daripada roti sehingga isinya bersama-sama. Jadi, untuk menikmati kesedapan Burger Ayam Terhangat Korean ini perlu mengikut langkah kedua kerana isi ayam sangat sesuai dimakan bersama sos Korean pedas tersebut.



Jadi, harga untuk menu Kombo Burger Ayam Terhangat Korean ini ialah di dalam lingkungan RM16.00 dan secara peribadi Hans sangat berpuas hati juga dengan rasa menu terbaru Marrybrown kali ini. Rasa sedap pula dengan anak tekak Hans ini.



Jadi, kepada yang belum mencuba, silalah pergi ke cawangan Marrybrown berhampiran dan cuba rasai sendiri pengalaman makan Burger Ayam Terhangat Korean ini sementara stok masih ada. Selamat menjamu selera . 

SKALA SEDAP : 4 / 5


P/S : Hans Tak Sabar Nak Menjamu Selera Di Pak John IOI City Mall Esok! Hehehe!

2 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Perghhh mantap reviewnya, mmg bebetul sedap la ni kan? Nak kena cuba la ni nampaknya... heheh

    Btw Hans, layan komik indie tempatan tak? Jemput join my GA Contest, hadiahnya komik edisi terhad. Hehehe... GA Contest plain83 :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada yang kata tak sedap
      ada kata sedap
      untuk Hans masa makan memang rasa sedap
      ikut tekak masing-masing

      kalau sempat hans join...hehehe

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama