MYBestBox Malaysia

Assalammualaikum semua. Kali ini Hans nak berkongsi dengan semua pembaca berkenaan sebuah tempat tarikan terbaru di Kuala Lumpur iaitu MYBestBox yang terletak di tingkat 6, Berjaya Times Square. Kalau anda sampai sahaja dekat Berjaya Times Square ini, anda pasti tak akan sesat untuk mencari lokasi menari ini. Tengok sahaja gambar di bawah dan pasti anda akan jumpa punya.


Sebelum itu, Hans ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MYBestBox dan juga Tourism Malaysia kerana menjemput Hans untuk hadir ke Majlis Pelancaran Pembukaan MYBestBox Largest Variety Show Game Hub pada 19 November 2018 yang lepas. Kalau tidak memang Hans sendiri tak tahu wujud lokasi permainan yang cukup menarik seperti mana yang terdapat di dalam MYBestBox ini.


Hans pasti ramai yang sedang membaca sekarang tertanya-tanya bagaimanakah konsep permainan yang terdapat di dalam MYBestBox ini kan? Sebenarnya setiap permainan yang disediakan disini mengambil inspirasi daripada rancangan-rancangan terkenal Korea Selatan seperti Running Man dan Super Trio Game Master. Jadi, MYBestBox ini dilancarkan buat pertama kalinya di Malaysia untuk memberikan pengalaman kepada semua pelanggan untuk merasai sendiri pengalaman menarik dan menyeronokkan seperti mana yang dialami sendiri oleh selebriti-selebriti ini yang boleh kita tonton sendiri reaksi wajah mereka di kaca televisyen.


Majlis pelancaran berjalan dengan cukup lancar dan meriah dengan kehadiran ramai wartawan, media serta blogger yang begitu bersemangat untuk melihat dan merasai sendiri pengalaman bermain permainan-permainan yang telah disediakan untuk mereka selepas MYBestBox ini dilancarkan secara rasminya pada hari yang sama.


Pelancaran MYBestBox juga turut diserikan dengan kehadiran dua selebriti terkenal Malaysia iaitu Izzue Islam dan Adeline Tsen yang berjaya membuatkan para media terhibur dengan gelagat mereka semasa majlis pelancaran serta sewaktu media mencuba pelbagai permainan menarik di dalam MYBestBox.


Majlis akhirnya telah dirasmikan oleh YBhg Dato' Dr Ammar Abd Ghapar yang merupakan Pengarah Kanan Bahagian Domestik Dan Acara Tourism Malaysia. Selepas sahaja selesai majlis perasmian, sememangnya Hans sudah tidak sabar-sabar lagi untuk masuk ke dalam tetapi sebelum itu mari Hans kongsikan serba sedikit tentang MYBestBox ini untuk rujukan anda semua.


MYBestBox yang berkeluasan 12,000 kaki persegi ini boleh memuatkan hampir 500 orang dalam satu-satu masa. Ia terbahagi kepada tujuh bahagian yang menyediakan lebih 40 permainan yang menjadi tarikan utama anda saat berkunjung kesini. Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan jenis permainan serta harga tiket, anda boleh lihat gambar di bawah sebagai rujukan anda.


MYBestBox

Alamat:
Lot 06-99,
Level 6, Berjaya Times Square,
No. 1, Jalan Imbi,
55100 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Waktu:
7.00 P.M - 10.30 P.M

Nombor Telefon:
+603 2775 5117

Untuk Tempahan Korporat:
+6019 381 1090

Email:
info@mybestbox.com.my

Laman Web:
MY Best Box

Laman Facebook:


Memandangkan Hans sudah tahu para pembaca blog Hans ini mesti tidak dapat membayangkan bagaimana rupa permainan yang terdapat di dalam MYBestBox ini, jadi Hans dengan gembira dan gigihnya memuat turun sebuah video dimana akan memberi gambaran kepada anda semua betapa gembiranya Hans sewaktu berada di dalam dan sempat mencuba beberapa jenis permainan yang terdapat di dalam ini.


Jadi, Hans sarankan kepada anda semua supaya datang ke MYBestBox ini bersama dengan keluarga atau rakan-rakan anda dan bermainlah sepuas hati. Hans pasti kedatangan anda beramai-ramai kesini bukan sekadar akan menghiburkan anda tetapi juga merapatkan silaturahim sesama ahli keluarga dan rakan-rakan anda. Semoga gembira dan terhibur semasa datang ke MYBestBox ini nanti.

P/S : Hans Akan Kongsikan Pengalaman Hans Sewaktu Berada Di Dalam MYBestBox Ini Pada Artikel Yang Akan Datang. Nantikan :) 

2 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Tahniah MyBestBox Malaysia atas pembukaan rasmi pertama di Berjaya Times Square dlm Malaysia. Am at menarik utk aktiviti sekeluarga dan telematics.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang menarik dan seronok kalau datang sini ramai-ramai

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama