Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Berita baik buat semua pembaca blog hanshanis.com yang menyambut perayaan Hari Krismas dan Tahun Baru 2019, Summit Hotel Subang USJ kini menawarkan Hi-Tea Hari Krismas dengan nilai harga serendah RM55 sahaja istimewa buat anda semua.
Special Hi-Tea For Christmas
Alamat:
Ocenia Buffet Restaurant,
Summit Hotel Subang USJ,
Persiaran Kewajipan,
USJ 1,
47600 Subang Jaya,
Selangor.
Tarikh:
Summit Hotel Subang USJ,
Persiaran Kewajipan,
USJ 1,
47600 Subang Jaya,
Selangor.
Tarikh:
22 Disember 2018 - 1 Januari 2019
Waktu:
Waktu:
12.00 P.M - 04.00 P.M
Harga:
Harga:
RM55 (Dewasa)
RM38 (Kanak-Kanak)
Nombor Telefon:
RM38 (Kanak-Kanak)
Nombor Telefon:
+603 8023 3000 ext 3021
Nampak tak betapa terujanya Hans melihat menu utama yang disediakan oleh Summit Hotel Subang USJ seperti gambar di atas? Hahaha! Untuk makluman semua, menu-menu yang disediakan disini adalah halal dan menawarkan pelbagai pilihan kepada anda. Daripada makanan barat, makanan kampung, hidangan laut, pencuci mulut serta pelbagai lagi yang disediakan untuk memenuhi selera anda semua apabila berkunjung untuk menikmati Special Hi-Tea For Christmas disini.
Jadi, Hans kongsikan dengan anda semua terutama kaki makan berkenaan hidangan utama yang dihidangkan sempena Special Hi-Tea For Christmas ini yang semestinya bertepatan dengan tema hari Krismas iaitu Chef Sakysa's Roasted Turkey, Lamb and Beef. Kalau anda datang ke Summit Hotel Subang USJ ini, anda wajib cuba menu utama ini. Selain itu, disini juga disediakan pelbagai lagi menu-menu barat serta kampung seperti gambar-gambar dibawah ini. Ini sangat menguntungkan anda semua sebagai pelanggan kerana dapat menikmati kesemuanya dengan nilai harga yang sangat rendah.
BUTTER OATS PRAWN
MEAT BALL BAKED
KARI IKAN
AYAM
BEEF RENDANG
FISH FINGER
KACANG PANJANG GORENG
MEE GORENG MAMAK
NASI GORENG KAMPUNG
Seterusnya, Special Hi-Tea For Christmas turut menawarkan pelbagai hidangan salad dan sandwich kepada semua pelanggan yang memilih pakej ini. Anda pasti akan rambang mata melihat pelbagai jenis hidangan yang dipersembahkan dengan cukup menarik melalui gabungan kombinasi warna yang pelbagai dan memukau.
Kepada peminat makanan laut pula, Summit Hotel Subang USJ turut menawarkan anda semua hidupan laut yang segar dan terletak elok di atas ais untuk dinikmati oleh penggemarnya seperti gambar yang Hans kongsikan di atas. Kepada sesiapa yang sukakan menu-menu lain seperti mee, roti, ais kacang serta aiskrim, disini juga turut disediakan gerai kecil yang menghidangkan semua juadah ini dan wajib dicuba oleh anda semua.
Seperti biasa, perkara terakhir yang wajib anda semua cuba selepas puas menikmati pelbagai jenis juadah berat semestinya ialah menikmati pencuci mulut yang disediakan disini. Pencuci mulut yang disediakan disini seperti kek, pastri serta manisan adalah antara pencuci mulut yang sedap dan berbaloi untuk dinikmati berkali-kali.
Jadi, kepada semua pembaca blog hanshanis.com yang berminat untuk merasai dan menikmati hidangan yang ditawarkan di dalam Special Hi-Tea For Christmas di Summit Hotel Subang USJ ini, boleh lah bersiap sedia mulai sekarang untuk membuat tempahan melalui info-info rujukan yang Hans kongsikan pada permulaan artikel di atas. Selamat menjamu selera :)
P/S : Kenyang Perut Suka Hati. Kalau Lapar Lagi Kena Lah Datang Sekali Lagi. Hehe!
Huwaaa... semua nampak menyelerakan nak kata lapar baru lepas high tea ni tapi kat officelah
BalasPadamhahahaha
Padamkena tutup mata lah jawabnya
nanti karang lapar pula
Makan dan makan lagi... Huarrggghhhh... Menarik semua yang dihidangkan.. Yummy!
BalasPadamhehehehe
Padammakan selagi boleh
alahai sedapnya ayam tu
BalasPadamhehehehe
Padamtu lah pasal
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com