Atok Asam Pedas Sungai Sembilang Kuala Selangor

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Jadi, kali ini Hans ingin berkongsi aktiviti seterusnya sewaktu mengikuti program Exploring The Treasures Of Selangor yang dianjurkan oleh Tourism Selangor dengan kerjasama Fire Fly. Destinasi makan tengahari kami yang terakhir ialah di Atok Asam Pedas Sungai Sembilang di Kuala Selangor.


Hans bukannya penggemar asam pedas tetapi agak mengejutkan kerana asam pedas di Restoran Atok Asam Pedas Sungai Sembilang, Kuala Selangor ini memang memberikan satu rasa yang sangat menarik, padu dan lazat. Pada hari tersebut terdapat tiga jenis ikan yang boleh dipilih untuk menu asam pedas. Hans memilih untuk menikmati juadah asam pedas ikan pari pada kali ini.


Serius asam pedas ikan pari dekat sini memang sedap betul. Isi ikan sangat lembut. Tidak bau hanyir. Kuah asam pedas pun sedap sampai terfikir macam nak tapau bawa balik rumah jer nak buat cicah roti. Hahaha!

 TELUR DADAR

 SAYUR KAILAN

 ASAM PEDAS IKAN PARI

 SET NASI PUTIH, TELUR MASIN DAN TIMUN


Memandangkan makan tengahari kali ini ada orang belanja jadi Hans tak tahu harga sebenar menu ini. Tetapi, apa yang Hans boleh katakan memang tidak rugi kepada para peminat asam pedas untuk datang mencuba menu ini di Restoran Atok Asam Pedas Sungai Sembilang, Kuala Selangor ini. In Sha Allah pasti anda puas hati! Selamat menjamu selera.

6 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Pernah makan di sini, kebetulan balik kampung jadi singgahlah.

    BalasPadam
  2. sedapnya... akak mmg peminat asam pedas, ikan pari mmg pilihan yg paling best
    lps ni kalau jln2 ke sana nk try jgk lah, selalu jgk jln2 selangor belah sana...

    BalasPadam
  3. dulu blajar area sana.. hehe tapi x penah singgah sini. rasanya rajin juaga explore tapi tah hehe..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama