Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Pada 5 Mac 2019 yang lepas, Hans berkesempatan mengikuti Half Day To KLIA 2 Media FAM Trip anjuran Tourism Malaysia dimana Hans dibawa berjalan-jalan melawat beberapa lokasi menarik yang wujud di dalam KLIA 2. Memandangkan Hans bukannya di dalam kategori manusia yang kaya-raya dan selalu berpeluang melancong ke luar negara maka KLIA 2 ini memang agak asing lah untuk Hans. Jadi, Hans sebenarnya agak teruja nak tahu lokasi apa sebenarnya yang menarik dan wujud di KLIA 2 ini.
Jadi, Hans telah dibawa oleh Mr. Mohd Akbal Setia (Pengarah Tourism Malaysia Central Region), Mr. Tian Keng Swee (Penolong Pengurus Besar Gateway KLIA2), Ms. Joanne Beh, (Pengurus Pengiklanan & Promosi Gateway KLIA2) dan Puan Zuliana Jamlus (Eksekutif PR MAHB) menuju ke lokasi pertama untuk Half Day To KLIA 2 Media FAM Trip iaitu Kofi Kraze² yang terletak di Aras 3 Gateway, KLIA2.
Untuk pengetahuan semua, Hans ialah sejenis manusia yang sangat sukakan bau aroma kopi yang menyelerakan tetapi apa yang uniknya ialah Hans kurang gemar minum kopi melainkan kopi kampung. Jadi, Hans sebenarnya agak risau juga apabila diberitahu yang Hans akan diberi peluang merasai pelbagai jenis Premium Cold Brew Coffee yang telah di inovasikan dengan pelbagai rasa. Risau daripada segi penerimaan Hans sendiri sebab takut nanti tidak dapat habiskan minuman kerana kurang gemar rasa kopi yang pahit.
Bertambah cemas lagi apabila Hans terdengar bahawa pihak Kofi Kraze² akan menyajikan Hans semua jenis Premium Cold Brew Coffee yang ada disini seperti kopi keladi, kopi cili, kopi kelapa, kopi pandan dan banyak lagi. Tetapi, dalam banyak-banyak jenis kopi iatu ada satu jenis yang berjaya menarik perhatian Hans iaitu kopi durian. Maklum sahaja lah Hans kan peminat segala jenis makanan berasaskan durian kecuali tempoyak. Hahaha!
Sebelum Hans mencuba Premium Cold Brew Coffee,terdapat sedikit penerangan yang diberikan kepada Hans oleh pihak Kofi Kraze². Rupa-rupanya biji-biji kopi yang mereka gunakan untuk menghasilkan minuman kopi ini didatangkan khas dari Sumatera, Indonesia. Manakala kajian penyelidikan dan pembangunan (R&D) kopi-kopi ini pula dilakukan di Malaysia untuk menghasilkan minuman kopi dengan pelbagai rasa yang bakal Hans cuba sebentar lagi.
Alhamdulillah Hans berjaya menikmati secawan kecil setiap jenis Premium Cold Brew Coffee ini. Hans berasa terkejut dan agak teruja kerana terdapat beberapa jenis kopi yang tidak berasa pahit sewaktu diminum malahan rasanya sangat sedap dan menyegarkan. Terdapat empat jenis kopi yang berjaya menambat hati Hans iaitu Kopi Pandan, Kopi Macha, Kopi Taro-Taro (Keladi) dan semestinya Kopi Durian sewaktu Hans menikmati secawan kecil setiap jenis kopi seperti gambar yang tertera di atas.
Hans telah dimaklumkan bahawa Premium Cold Brew Coffee ini sebenarnya telah diproses menggunakan teknologi terkini yang diberi nama Maxtract dimana biji kopi telah diadun bersama air sejuk dan menggunakan penapis organik untuk mengekstrak biji-biji kopi ini. Inilah yang menyebabkan kopi yang Hans minum tidak berasa pahit tetapi lebih menyelerakan.
Jadi, sementara anda menanti ketibaan kapal terbang anda di KLIA 2 atau pun menunggu kedatangan kenalan atau keluarga maka silalah lepak-lepak minum Malaysian Premium Cold Brew Coffee di Kofi Kraze² ini. Hans yang jarang minum kopi pun boleh jatuh hati dengan kopi-kopi dekat sini. Apatah lagi anda yang sememangnya peminat kopi kan? Selamat mencuba!
wah sedapnya mama ni dah le penggemar kopi.. lama x singgah sini
BalasPadamHans baru pertama kali tapi memang sedap lah
Padamhehehe
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com