Assalammualaikum kepada semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berkesempatan hadir ke majlis pelancaran Kempen Mesra Bonanza terbaru oleh Petronas Dagangan Berhad (PDB) yang menawarkan hadiah keseluruhan RM1.7 juta tunai dan mata kad Mesra bernilai RM2 juta untuk direbut oleh 10,000 pelanggan mereka.
Untuk makluman semua, tempoh kempen ini bermula dari 5 April 2019 sehingga 31 Januari 2020. Apa yang perlu dilakukan oleh pemilik kad Mesra untuk merebut hadiah lumayan ini amat mudah dimana mereka hanya perlu membeli bahan api atau barangan di Kedai Mesra bernilai minimum RM30.
Setiap bulan kira-kira 1,000 orang pemenang akan dipilih untuk menerima mata ganjaran sebanyak 20,000 mata ganjaran Mesra yang bersamaan dengan nilai RM200.
Manakala untuk setiap dua bulan pula, tiga pemenang utama akan berpeluang membawa pulang RM100,000 tunai sementara 14 pemenang lain akan berpeluang memenangi wang tunai RM3,000.
Kepada pemegang Kad Mesra Bonanza, anda perlu berbelanja dengan nilai belian terkumpul sebanyak RM500 dalam masa dua bulan bagi melayakkan diri anda menerima hadiah utama.
Transaksi pembayaran pula boleh dibuat secara tunai, kad kredit/debit, Gift Card dari Petronas atau menerusi aplikasi Setel. Sila pastikan kad Mesra anda dileretkan setiap kali pembelian dibuat.
Manakala aplikasi Setel pula akan mengemaskini mata ganjaran sekiranya kad Mesra anda sudah didaftarkan pada aplikasi tersebut.
Lebih menggembirakan buat para pengguna kad Mesra ialah kini anda mampu menikmati tiga kali mata ganjaran Mesra untuk setiap liter pembelian bahan api. Jadi, sertai segera Kempen Mesra Bonanza untuk melayakkan anda menjadi pemenang utama.
Untuk makluman lanjut, sila layari www.mymesra.com.my bagi mendapatkan info tentang Kempen Mesra Bonanza ini.
wuishhh lumayannya hadiahh
BalasPadammemang lumayan
Padamsiapa yang ada kad mesra bonanza tu memang bagus kalau join
untung2 menang :)
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com