Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman hujung minggu Hans yang cukup menarik apabila berpeluang menyertai satu program amal yang bukan sahaja bermanfaat tetapi juga mendekatkan Hans dengan golongan asnaf yang sebenarnya masih ramai di Malaysia terutamanya di kawasan Kuala Lumpur.
Apa yang membuatkan program ini lebih menarik bagi Hans kerana buat julung kalinya Hans berpeluang mengayuh basikal bersama Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail sempena program Jelajah Rahmah Asnaf @ Ambang Ramadan 2019 yang berlangsung sekitar kawasan Masjid Al-Akram Kampung Datuk Keramat pada 28 April 2019 yang lepas.
Program Jelajah Rahmah Asnaf @ Ambang Ramadan 2019 ini merupakan anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun serta Pengerusi MAIWP Datuk Seri Syed Hussein Alhabshee.
Program Jelajah Rahmah Asnaf @ Ambang Ramadan 2019 yang turut disertai lebih daripada 100 orang peserta ini dimulakan dengan acara senaman ringkas serta bacaan doa sebelum konvoi berbasikal ke lima buah rumah asnaf sekitar Kampung Datuk Keramat ini dimulakan bagi menyampaikan bantuan berbentuk wang tunai serta barangan keperluan harian buat mereka yang terpilih.
Untuk maklumat semua, konvoi berbasikal untuk program Jelajah Rahmah Asnaf @ Ambang Ramadan 2019 ini memerlukan para peserta mengayuh basikal sejauh 3 kilometer. Hans sendiri melihat program sebegini sangat baik bukan sahaja di dalam mendekatkan kita dengan golongan asnaf tetapi juga merapatkan hubungan antara para pemimpin dengan golongan rakyat sendiri. Hans sehingga kini masih terasa keseronokan kerana dapat mengayuh basikal seiring dengan Raja Muda Perlis sepanjang program tersebut berlangsung.
Kehidupan di ibu kota Kuala Lumpur sememangnya sangat mencabar terutama apabila mempunyai tanggungan keluarga yang besar. Keluarga asnaf yang pertama kami temui untuk menyampaikan sumbangan dan beramah mesra ini bukan lah golongan yang mengharapkan bantuan semata-mata kerana kedua-dua suami isteri bekerja sehingga kini namun disebabkan gaji mereka berdua berada di dalam kategori 'cukup makan' serta bilangan anak yang agak ramai menyebabkan keluarga ini pernah mengalami kesusahan hidup sehingga bayaran sewa rumah serta bil utiliti tertunggak. Jadi, secara tidak langsung bantuan yang diberikan ini setidak-tidaknya memberikan satu sinar baru buat mereka sementara menantikan bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.
Seterusnya program Jelajah Rahmah Asnaf @ Ambang Ramadan 2019 meneruskan lagi misi kayuhan dengan melawat keluarga-keluarga asnaf seterusnya yang terdiri daripada ibu tunggal warga emas, ahli keluarga OKU serta pasangan suami isteri yang menghidap masalah kritikal. Siapa sangka di kawasan rumah teres sebegini sebenarnya terdapat ramai keluarga yang sebenarnya bertarung dengan kehidupan dunia demi mendapatkan sesuap nasi untuk kelangsungan hidup. Apa yang membuatkan Hans terkedu dan pada masa yang sama bersyukur dengan kehidupan yang dilalui apabila melawat satu rumah keluarga asnaf dimana di dalam rumah tersebut tinggal lima buah keluarga besar yang menjadikan ruangan kawasan keluarga tersebut kelihatan sangat kecil dan menyedihkan.
Alhamdulillah, Hans sangat teruja dan begitu gembira dapat menyertai program Jelajah Rahmah Asnaf @ Ambang Ramadan 2019 kali ini kerana program ini berjaya membuka mata Hans untuk menulis dan menyampaikan sendiri apa yang Hans lihat dan rasai buat semua pembaca blog www.hanshanis.com kali ini. Hans setuju program sebegini diperbanyakkan lagi dan diteruskan dari semasa ke semasa untuk membuka mata lebih ramai masyarakat di luar sana untuk membantu dan seterusnya mencari kaedah-kaedah tertentu untuk menyelesaikan masalah kemiskinan serta kesusahan yang dihadapi oleh golongan asnaf seperti ini. Hans turut berharap agar lebih ramai pemimpin kita di Malaysia mengikut jejak langkah Raja Muda Perlis untuk sentiasa turun padang mendekati golongan asnaf.
Konvoi berbasikal sempena program Jelajah Rahmah Asnaf @ Ambang Ramadan 2019 kali ini berakhir di lokasi Masjid Al-Akram. Program diteruskan pula dengan penyampaian sumbangan oleh Tuanku Faizuddin Putra Jamalullail yang berkenan menyampaikan bantuan tunai dan barangan keperluan harian kepada 100 asnaf yang hadir di Masjid Al-Akram. Alhamdulillah rezeki di bulan Ramadan yang akan datang.
Menerusi program ini juga, pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berharap agar mesej utama yang mereka ingin sampaikan kepada masyarakat iaitu zakat yang dikutip daripada para pembayar zakat di Wilayah Persekutuan menerusi Pusat Pungutan Zakat MAIWP telah diagihkan semaksimum mungkin kepada golongan asnaf.
Hans ingin mengucapkan tahniah buat pihak MAIWP yang telah banyak menganjurkan program-program agihan zakat untuk membantu golongan asnaf. Jadi, Hans sendiri ingin menyeru kepada anda semua agar sentiasa bermurah hati memberi bantuan kepada pihak-pihak yang memerlukan. Sempena dengan kedatangan bulan Ramadan ini, marilah kita sama-sama beramal dan menunaikan tanggungjawab membayar zakat demi membantu golongan-golongan asnaf yang memerlukan ini. Sekarang nak bayar zakat pun sangat mudah hanya menerusi PPZ MAIWP dan sudah terbukti bayaran zakat anda telah diagihkan kepada pihak-pihak yang layak menerima zakat. In Sha Allah, tindakan anda membayar zakat pasti akan dibalas dengan kebaikan oleh Allah S.W.T.
Memang bertuah dapat join program-program macam ni.
BalasPadamAlhamdulillah... Seronok tengok semakin ramai golongan atasan membantu golongan kurang bernasib baik.. Yeah! Lama tak jumpa Tengku selepas tamat belajar di Perlis dulu..huhu.. Yengku memang best
BalasPadamyups
Padammemang seronok
owh belajar dekat perlis ker dulu?
Terbaik apabila kerabat diraja turun padang mencemar duli demi rakyat.
BalasPadambetul tu
Padambukan senang kan nak bersama raja :)
Terbaik apabila kerabat diraja turun padang mencemar duli untuk rakyat.
BalasPadamyes
Padamsetuju sangat
Kerabat skrg pun dah dekat dgn rakyat... Mmg salute dgn MAIWP sbb sentiasa jaga kebajikan asnaf di bandar.
BalasPadambetul tu
Padambagus aktiviti dan program yang MAIWP buat nih
Alhamdulillah..seronok tengok bila kerabat diraja turut serta dalam aktiviti rakyat..moga aktiviti bersama rakyat ni berterusan..
BalasPadamyups
PadamHans pun harapkan benda yang sama
seronok dapat kayuh basikal dengan Raja Muda
Alhmdulillah..raja muda perlis sanggup trun padang untuk membantu golongan asnaf yang memerlukan
BalasPadambetul tu
Padamkita pun kena sama-sama bantu mulai sekarang :)
Bestnya dapat join aktiviti amal macam ni. Sekurang kurangnya ia membuka mata kita melihat kesusahan orang lain .Harap aktiviti macam ni akan diteruskan pada masa akan datang .
BalasPadamyes
Padamsiapa sangka kan disebalik rumah teres ramai orang hidup dalam kesusahan
Alhamdulillah. Berjiwa rakyat ;)
BalasPadambetul
Padamharap pemimpin-pemimpin lain ikut contoh Raja Muda Perlis nih :)
Wah terbaik, semoga tengku sentiasa dirahmati begitu juga yg telah menjayakan program tersebut. Semoga lebih banyak golongan yg susah dibantu wlu dgn apa cara sekalipun
BalasPadambetul tu
Padamharap-harap lebih ramai membantu dan membayar zakat
amin
Alhamdulillah..dah dekat bulan Ramadan ni tentu ada yg tidak dpt menyambutnya terutama golongan asnaf
BalasPadambetul tu kak
Padamsetidak-tidaknya ringan sikit beban mereka
Alhamdulillah.. semoga semuanya terus diberkati Tuhan.
BalasPadamamin ya rabbal alamin
Padamalhamdulillah.... pihak istana peduli dengan rakyatnya.
BalasPadamwalaupun Raja Perlis tetapi tetap mengutamakan rakyat seluruh Malaysia :)
PadamAlhamdulillah..Raja yang berjiwa rakyat..
BalasPadambetul tu
Padamsokong 100%
Terbaik lah. Berjiwa rakyat dan patut dicontohi. Dan tahniah buat MAIWP.
BalasPadambetul tu kak Ana
Padamtahniah buat MAIWP
Bagus sangat. Alhamdulillah
BalasPadamAlhamdulillah memang program yang bagus
PadamAlhamdulilah, teruskan usaha murni ini.
BalasPadamharap-harapnya program macam ini sentiasa diteruskan
PadamSeronok kan dapat join program macam ni.. Kita dapat tengok sendiri kehidupan asnaf..
BalasPadamyer
Padamsetuju sangat
memang dah tengok depan mata rasa sedih dan simpati
Seronok ada raja muda yg mesra rakyat..
BalasPadambetul tu
Padamrasa seronok sangat
Aktiviti sihat tambah pula dgn pahala..
BalasPadamhehehehe
Padamhilang sekilo lepas kayuh
Wah... Beruntungnya awak dapat kenangan berbasikal dengan Raja Muda Perlis. Porgram yang bagus!
BalasPadamalhamdulillah
Padamrezeki
hehehe
Alhamdulillah. Semoga negeri-negeri lain mengikuti jejak langkah Tuanku
BalasPadambetul tu
Padamharapnya begitulah :)
Program ni menarik, seronok sesekali bt aktiviti berbasikal ni
BalasPadamyes
Padamlama tak berbasikal..sekali basikal dengan Kerabat Diraja...nasib tak jatuh masa bawa...haha
Wah, best experience ever ni!
BalasPadamalhamdulillah antara pengalaman menarik lah
PadamAlhamdulillah, bagus ya ada program sebegini, dapat mendekatkan diri dengan golongan asnaf dan dalam masa yg sama dapat membantu mereka yang memerlukan. kalau ada peluang memang sis nak join program2 macam ni
BalasPadamIn Sha Allah
Padamnext time ada lagi boleh lah join
Baiknya Raja Muda Perlis, berjiwa rakyat :)
BalasPadamsangat baik, ramah dan sporting :)
PadamWow salute. Berjiwa rakyat👍
BalasPadammemang jiwa rakyat Raja Muda Perlis ini tebal
PadamBagusnya event macam ni
BalasPadamhehehe memang bagus
PadamBagusnya ada aktiviti kayuhan macam ni. Boleh mengeratkan silaturrahim juga kan..
BalasPadamalhamdulillah betul tu
PadamBagussnyaa. Mmg berjiwa rakyat.. Lg srnok kalo dpt join skli kan
BalasPadamnext time ada rezeki silalah join :)
PadamRasanya dah banyak tahun Raja Muda Perlis ni buat aktiviti 'kayuh amal' ni... Untung org org perlis.
BalasPadamHans boleh follow tiap2 tahun la lepas ni.. 👍👍👍
alhamdulillah
PadamIn Sha Allah
Seronok bila Raja Muda Perlis berjiwa rakyat. Lagi rakyat sayang
BalasPadambetul tu
Padamhehe
Wah bagus yer.. camni raja berjiwa rakyat
BalasPadamyes
Padambetul tu
Terbaiklah.. Macam ni la raja disayangi ramai
BalasPadamsebab tu rakyat Perlis sayang tu
PadamTbaik kerabat di raja sekarang. Sggup turun padang jmpa rakyat jelata
BalasPadamitulah yang seronok tu kan
PadamTuanku Raja Muda memang dekat di hati rakyat
BalasPadamhah
Padamini dia rakyat Perlis
hehehe
Alhamdulillah Raja Muda berjiwa rakyat..
BalasPadamalhamdulillah
Padambetul tu
setuju sangat
Bagus la buat aktiviti macam ni. Boleh bersenam sambil beramal kan? Nak2 pulak kerabat diraja.
BalasPadamya
Padamitu yang Hans syukur sangat tu dapat sertai program macam nih :)
Pengalaman baru ni..
BalasPadamhehehe
Padamitu lah
pengalaman baru yang best
Bagus ada program macam nie kan..
BalasPadamalhamdulillah
Padammemang sangat bagus
membantu yang memerlukan
Bgus ada program mcm ni
BalasPadambetul tu
Padamharap program macam nih berterusan
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com