Jimat Belanja Di Segi Fresh Market

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Sudah hampir seminggu umat Islam berpuasa dan ada sebahagian pihak yang merungut kerana kos berbelanja pada bulan ini meningkat mendadak kerana harga makanan yang dijual di bazar Ramadan agak mahal. Manakala pihak penjual pula mengatakan harga bahan-bahan masakan yang mereka beli dijual dengan harga yang tinggi menyebabkan kos perniagaan mereka meningkat dan terpaksa menaikkan sedikit harga makanan untuk mendapatkan keuntungan. Jadi, Hans sebenarnya ada penyelesaian untuk masalah kedua-dua pihak ini yang Hans nak kongsikan pada artikel kali ini.

Makanan Ringkas Orang Bujang Tetapi Sedap Sewaktu Bersahur

Macam Hans sendiri sebagai orang bujang memang jarang turun ke dapur sebab sibuk dengan kerja. Kalau balik kerja itu kadang-kadang dah lewat dan kalau nak masak memang lepas Isyak lah baru makan agaknya. Hahaha! Kalau hari-hari nak beli makanan dekat bazaar Ramadan pula memang semakin menipis lah duit di dalam dompet. Jadi, apabila ada rakan Hans yang cadangkan Hans beli barang dapur dan sediakan menu-menu yang ringkas untuk dimasak maka Hans pun tanya lah dekat dia dimana tempat yang menjual barang-barang dapur yang harganya murah. Rakan Hans pun bagitahu ada satu pasaraya ini yang bukan sahaja menjual barang-barang dapur dan barang mentah dengan harga yang murah tetapi juga kualiti barang yang dijual jauh lebih baik daripada barang berjenama yang lain.

Memang Murah Betul Beli Barang Dekat Segi Fresh Market

Rupa-rupanya pasaraya yang dimaksudkan ialah Segi Fresh Market dan memang dekat juga lah dengan kawasan rumah Hans. Serius Hans memang tak tahu barang-barang dekat Segi Fresh Market ini rupa-rupanya murah. Sebagai perbandingan, apabila Hans berbelanja sebelum ini di pasaraya besar untuk stok dapur bujang selama sebulan dengan membeli barang-barang makanan asas seperti sardin, laici, longan, susu krimer manis, susu krimer sejat, sos cili, chocolate malt drink, instant coffee dan stok tisu, memang harga keseluruhan barang-barang ini melebihi RM100. Tetapi, apabila Hans berbelanja di Segi Fresh dengan nilai RM100, Hans dapat membeli lebih banyak barang jika membeli-belah barang-barang dapur dan makanan seolah-olah untuk stok dapur bujang selama dua bulan. Nampak tak betapa jimatnya membeli-belah dekat Segi Fresh Market ini.

Sardin Sedap! Jem Sedap! Laici Sedap! Lepas Nih Masak Bihun Pula.

Apa yang menjadikan produk-produk di Segi Fresh Market ini berharga murah tetapi masih mengekalkan kualiti yang baik kerana produk-produk ini merupakan jenama daripada pasaraya ini sendiri seperti Trader's Choice, Crowns Choice, Berkat dan banyak lagi. Lebih penting lagi ialah produk mereka ini telah diiktiraf halal dan mendapat sijil halal daripada pihak Jakim. Betul lah cakap rakan Hans itu memang barang-barang makanan yang dijual disini sangat murah dan betul-betul menjimatkan wang Hans. Patut lah Hans tengok ramai wanita terutama suri rumah serta para pemborong yang datang membeli barang-barang makanan disini secara pukal sebab harganya yang betul-betul menjimatkan duit poket sesiapa yang membeli-belah dekat sini.


Jadi, apa kata selepas ini anda datang sendiri ke mana-mana cawangan pasaraya Segi Fresh Market dan lihat sendiri barang-barang makanan yang dijual. TIdak kisah membeli untuk keperluan keluarga atau keperluan untuk perniagaan makanan anda, setidak-tidaknya anda memang dapat menjimatkan wang dan buat penjual makanan dapat menjual makanan dengan harga yang rendah tetapi masih mendapat pulangan keuntungan yang sama. Maka marilah sama-sama menjadi pembeli dan pengguna yang bijak macam Hans dengan membeli-belah di pasaraya Segi Fresh selepas ini. Jimat! Kualiti! Sedap! Pastinya terbaik!

Untuk maklumat lanjut tentang SegiFresh Sila click link tertera di bawah :

INSTAGRAM:

FACEBOOK:

16 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Weh tempat favorite aku Shopping... Sbb depan rumah je.. Serius susu dia murah gila.. Kau g yg kat mana ni weh?

    BalasPadam
  2. Kualiti barang sama tapi harga lebih murah. Jimat, kan. Pilihan yang bijak. Nak pi cari Segi Fresh Market jugak lah

    BalasPadam
  3. Sedapnya masak sardin tu hehehe geram lak kita tak jemput berbuka sekali kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      amboiii
      awak tu makan sedap-sedap selalu tak ajak kita
      AWASSSSSS YER!

      Padam
  4. Nak try lah shopping di Segi nanti. Murah dan berkualiti nampaknya tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena shopping dkt SEGI FRESH nanti kak ana
      mesti seronok punya

      Padam
  5. memang pasaraya Segi tempat aku tuju kalau nak cari barang dapur. sebabnya murah dan segar. nasib baiklah dekat dgn tempat yg aku tinggal

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah
      untung lah dekat dengan rumah
      hehe

      Padam
  6. Ingatkan SEGI Fresh ni macam kolej tu. Tak pernah lagi shopping kat segi ni sebab jauh. tapi dengan kata banyak juga eh barang murah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      itu kolej SEGI
      yang nih Segi Fresh
      tetapi memang murah
      sesuai sangat nak borong barang dapur dan barang mentah

      Padam
  7. Wah! Pandainya orang bujang hidup berdikari!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama