Jom Berbuka Puasa Di Tony Roma's

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan salah satu lagi lokasi menarik untuk anda berbuka puasa pada bulan Ramadan ini iaitu di mana-mana cawangan Tony Roma's Steakhouse Restaurant berdekatan anda. Apa yang menariknya kerana kali ini pihak Tony Roma's Malaysia melancarkan Tony Roma's Festive Delight sepanjang bulan Ramadan dan Syawal nanti istimewa buat anda yang ingin menikmati hidangan yang lazat dan berkualiti disini.


Apa yang istimewanya tentang Tony Roma's Festive Delight ini ialah mereka menawarkan 4 jenis pilihan menu yang anda boleh nikmati pada harga yang sangat luar biasa murah. Mengikut hasil pengiraan Hans, jika anda memilih hidangan yang menawarkan set Selera Iftar yang bersesuaian untuk kumpulan berjumlah 3 hingga 4 orang atau set Meriah Meal yang bersesuaian untuk kumpulan berjumlah 5 hingga 6 orang maka harga bayaran untuk seorang jauh lebih murah berbanding anda berbuka puasa di bufet Ramadan hotel-hotel. Lebih penting anda dapat menikmati hidangan tulang rusuk kambing yang segar dan berkualiti pada harga yang sangat berpatutan dan anda tidak akan peroleh jika berbuka dengan menu yang sama di restoran-restoran lain. 


Secara jujurnya, ini adalah kali pertama Hans berpeluang menikmati juadah di Tony Roma's Steakhouse Restaurant walaupun sebenarnya pernah merancang untuk makan disini sejak zaman belajar lagi. Akhirnya, pada bulan Ramadan yang mulia ini tertunai sudah impian Hans untuk menjamu selera disini. Menariknya Hans dapat menikmati lebih daripada satu hidangan gara-gara jemputan pihak Tony Roma's Malaysia untuk Hans merasai sendiri semua hidangan yang terdapat di dalam Tony Roma's Festive Delight ini. Seperti yang anda sudah sedia maklum, setiap menu didatangkan dengan tulang rusuk kambing yang sangat lazat. Terdapat juga pilihan Ayam BBQ dan juga Ribet Daging Lembu yang anda boleh cuba disini.


Memang betul lah apa yang rakan-rakan Hans cakap sebelum ini bahawa menu-menu dekat Tony Roma's Steakhouse Restaurant ini memang betul-betul sedap. Bayangkan licin meja makan Hans tanpa meninggalkan sebarang sisa pun melainkan tulang semata-mata. Rotinya yang lembut habis! Saladnya yang segar pun habis! Udangnya yang penuh rasa berkrim habis! Ayam yang cukup dengan perapannya habis! Tulang rusuk kambing yang lembut dan sedap habis! Kesimpulannya, Hans sangat-sangat bersyukur dapat berbuka puasa dengan menu-menu yang serius betul-betul sedap. Mesti tak akan membazir sebab anda akan makan semua hidangan disini sehingga licin. Jadi, dibawah ini Hans kongsikan dengan anda semua 4 jenis pilihan menu di dalam Tony Roma's Festive Delight yang anda boleh cuba untuk berbuka puasa atau sewaktu menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti. 


Menu Tempting Tomyum BBQ 1/4 Chicken ditawarkan pada harga RM30.90. Rasa ayam yang dipanggang dengan sos Tom Yam BBQ ini bukan sekadar kelihatan cantik diluar dengan rupanya yang berkilat tetapi juga memberikan kelazatan yang tidak terhingga apabila tiba ke dalam mulut anda. Dihidangkan bersama jagung, coral salad dan nasi kuning atau kentang putar mengikut pilihan anda. Satu pilihan yang menarik buat anda yang menggemari rasa tomyam.


Menu Sensational Serai BBQ 1/4 Chicken ditawarkan pada harga RM30.90. Rasa ayam yang dipanggang dengan sos Sensasi Serai BBQ ini dihidangkan bersama jagung, coral salad dan nasi kuning atau kentang putar mengikut pilihan anda. Satu pilihan yang menarik buat para penggemar hidangan tempatan kerana ia menawarkan rasa rempah dan serai yang pasti memikat selera anda.


Menu Selera Iftar pula ditawarkan pada harga RM169.80 yang mana kuantiti makanan yang dihidangkan sesuai untuk kumpulan berjumlah 3 hingga 4 orang untuk berbuka. Apa yang menariknya yang anda boleh lihat pada gambar di atas ialah menu ini penuh dengan pelbagai jenis makanan. Ada Lamb Ribs Roma Rack yang dilimpahkan dengan sos madu plum, 1/2 bahagian ayam BBQ, riblet daging dengan sos original TR, salad campur, jagung, dua baguette panas, 4 bekas kentang putar atau nasi mengikut pilihan anda dan disertakan dengan 4 mangkuk sup. Serius sangat berbaloi!


Menu Meriah Meal pula ditawarkan pada harga RM258.80 yang mana kuantiti makanan yang dihidangkan sesuai untuk kumpulan berjumlah 5 hingga 6 orang untuk berbuka. Apa yang menariknya yang anda boleh lihat pada gambar di atas ialah menu ini lebih banyak jumlah makanannya. Memang sesuai sangat untuk anda makan disini bersama keluarga. Antara hidangan yang ada di dalam Meriah Meal ini ialah Lamb Ribs Full Slab yang dilimpahkan dengan sos madu plum, 1/2 bahagian ayam BBQ, dua riblet daging dengan sos original TR, salad campur dengan udang kickin', tiga baguette panas, 6 bekas kentang putar atau nasi mengikut pilihan anda dan disertakan dengan 6 mangkuk sup. Jika anda memilih hidangan ini, anda pasti akan tertawan dengan rasa udang kickin' yang terdapat di dalam salad. Memang padu rasanya!


Alhamdulillah! Hans sudah merasa kesemua hidangan Tony Roma's Festive Delight. Disebabkan rasanya yang sedap serta harganya yang sangat murah dan berpatutan maka Hans bercadang untuk datang semula untuk menikmatinya sekali lagi bersama rakan-rakan terdekat. Sempena kita semua menyambut Ramadan dan bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, apa kata anda semua datang ke seluruh cawangan Tony Roma’s Malaysia dan rasai sendiri menu-menu Festive Delights yang telah pun dijual bermula pada 1 Mei 2019 sehingga 30 Jun 2019 ini. Hans jamin setiap suapan akan memberikan kegembiraan buat anda apabila menjamu selera di Tony Roma's. Selamat menjamu selera!

98 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Terliur tengok semua menu terutama tulang rusuk kambing tu...huhuhuuuu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      sama lah dengan Hans
      masa tengah siapkan artikel ini pun terliur tengok gambar
      hahaha

      Padam
  2. ya Allah sedap sangat ni 😍 kalaulah berpeluang nk g makan sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah
      rezeki tak pernah salah alamat
      mesti dapat punya

      Padam
  3. Sedapnya berbuka kat Tony romas. Ribs dia memang terbaik. Nanti nak cubala

    BalasPadam
    Balasan
    1. ribs dia memang terbaik
      lembut dan sedap
      wajib cuba

      Padam
  4. Wowwww semuanya sedap-sedap kannn...haritu dapat gak invote tapi sebab jauh, so kita bagi Hans je laa makan dulu hahahaha...
    Kat Johor ni taknak plak dia invite kekekeke...

    Berbaloi woo makan di TR ni..puashati walau bayar agak mahal...kannn

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      rugi lah tak datang
      sedap ooooowhhhhh

      Padam
  5. Mmg suka tony romas ni. Suka makan ribs dia. Tp biasanya makan time ada special occasion je. Time buka puasa x pnah lagi try.boleh la try makan sekali nti

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      try lah makan masa berbuka
      layannnn owh ribs dia
      tapi hans paling suka udang kickin' yang dalam salad tu
      sedap gila

      Padam
  6. Nampak lazat dan menyelerakan semuanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan nampak jer lazat tetapi memang lazat pun
      hahaha

      Padam
  7. Sedap tengokk ayam geramm nak pergi sana pulak hahaha.. Mujur masuk malam ni kalau masuk kat blog siang haru biru tengok makanan

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      pergi lah makan dekat tony romas nanti sebab sekarang harga makanan untuk bulan ramadan dan syawal nih kira murah dah nih

      Padam
  8. Wahhhh sedapnye menu dia.. x sabar nk try ujg mgu ni... fuhh terliur btul..

    BalasPadam
  9. Pantas dan efisyen hehehehe bagus lah kita rasa sedap daging tu pun masih tak habis lagi wakakaka

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahhaha
      mesti efisyen
      hehehe
      amboi...tak hilang lagi rasa sedap tu?

      Padam
  10. Oh my semuanya nampak sedap-sedap belaka 😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      memang semuanya pun sedap-sedap belaka

      Padam
  11. Confirm sedap ni.. ��

    BalasPadam
  12. Terbaik semua hidangannya nampak menyelerakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang semua hidangan menyelerakan
      selamat mencuba

      Padam
  13. Mengancam betul tengok tulang rusuk kambing tu Hans. Nasib baca post ni dah malam haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      tahu xpa
      kalau tengok waktu siang mahu kurus puasa
      hahaha

      Padam
  14. ray teringin kot nak makan kt sini tp xde peluang lg

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah rezeki tak kemana
      mesti dapat makan punya dekat sini nanti

      Padam
  15. Memang meleleh air liur tgk. Harga set yg meriah tu pun meriah sungguh. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe harga meriah tapi bahagi lima ke enam orang memang jadi murah sangat

      Padam
  16. sedapnya tengok menu tu semua, belum pernah try makan sini lagi. harga berbaloi dengan hidangannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena try makan di Tony Roma's
      mesti puas hati

      Padam
  17. Dia punya lamb rib tu marveles la. Dengan basah2 madu pulak tu..erm..

    BalasPadam
  18. Wah.. sedapnya menu dia.. terliur tengok

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      sama lah
      tengok waktu siang memang terus rasa lapar

      Padam
  19. Amboi menarik betul menu2 dekat sini. Nampak besar portion dia 👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      portion dia memang besar
      kena dengan harga
      hahaha

      Padam
  20. Mak oiii temptingnya...ini x adil ni..x ajak sis pun ..

    BalasPadam
  21. Wahh.. Sedapnya... Jenuh nak makan ni..

    BalasPadam
  22. Wow..ini blh buat orang panas hati..haha..tgk gmbar pun rasa lpar😂

    BalasPadam
  23. Steak terbaik memang best di Tony Roma wah best ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      memang best dan langsung tidak mengecewakan

      Padam
  24. Tony Romas ni memang sedap kot. Suka makan shrimp dia yg ada byk tu. Lepas tu steak dia awesome sgt rasa dia. Tapi tu lah, tak boleh selalu sgt makan sebab harga. Hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      shrimp dia memang sedap lain macam
      harga untuk ramadan dan syawal kali ini murah gila-gila dah

      Padam
  25. Tak pernah makan kat tony romas ni. Nampak sedap pulak semua makanan yang disediakan .Harga pun boleh tahan jugak tapi berbaloilah untuk beberapa orang makan .Boleh share share

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hans pun baru 1st time tetapi memang berbaloi
      yups, bila kongsi ramai-ramai jadi murah sangat-sangat

      Padam
  26. Hei 😭 sedapnya ayam panggang tu.. Ada jagung pulak favoritee

    BalasPadam
  27. sedapnya makan tony romas. sesekali nak jugak tukar selera berbuka kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu
      sesekali makan ayam panggang dengan tulang rusuk memang layan

      Padam
  28. Amboii han. Mcm tahu2 je kak feni tgh ushar buffet utk iftar. Hemm tak sabar pulak nak tunggu weekend. B

    BalasPadam
  29. My favourite place for ribs 😍

    BalasPadam
  30. Untunglah, dapat berbuka kat Tony Roma's. I dah memang suka makan di outlet NU Sentral. Harap dapat cuba Festive Delight ni sebelum promosi tamat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      mesti sempat punya sebab Festive Delight nih sampai 30 Jun

      Padam
  31. Balasan
    1. tengok je dah sedap
      apatah lagi rasanya
      hahaha

      Padam
  32. Uishh sesungguhnyaaaaa saya berpuasa hahaha. First picture pun dah nampak sangat menggiurkan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahah
      sesungguhnya saya juga sedang berpuasa

      Padam
  33. Sedapnya kalau ada menu ni untuk berbuka

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      berbuka lah di Tony Roma's
      confirm puas hati

      Padam
  34. Balasan
    1. hahahaha
      nama pun Meriah Meals
      mestilah meriah
      hehehe

      Padam
  35. Tony Roma's always have such huge portion!

    BalasPadam
  36. Aduhaiii..telun air plam bila baca artikel ni. Ok dah masuk dalam list berbuka puasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheheeh
      tengok waktu siang memang terasa laparnya

      Padam
  37. Ramainya pi tony romas so niceee. Ribs dia nampak sedapppp

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan nampak jer sedap
      rasa pun memang sedap
      hehehe

      Padam
  38. Tudia, baca pun rasa dah kesedapannya..

    BalasPadam
  39. Wow.. Tengok ayam tu sedapnya.. Dia dipanggang ye. Nyumnyum tu..

    BalasPadam
  40. Meriah meal tu betul2 meriah !!

    BalasPadam
  41. Ya ampun... Sedapnya tengok. Tulang. Rusuk kambing tu Terliur dibuatnya . Terus rasa nak pi berbuka kat sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      pergi lah berbuka sekali
      sedap ohhhh
      puas hati makan

      Padam
  42. Makaiii sedapnya.. terliur wehh nasib baik xtengok siang hari kaau xmau kena g pasar cari ayam ni

    BalasPadam
  43. Sedapnya menu Tony Roma’s. Tak pernah lagi makan kat sini. Nanti nak try la

    BalasPadam
  44. ramai yg mek tengok review sedap aje si tony roma ni. mungkin puasa tak berpeluang, nanti datang KL julai nanti insyaAllah berkesempatan mek nk jengah tony romas.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama